Salam semua. Hari Jumaat ni semoga kita semua dimurahkan rezeki dan panjang umur. Harap kita semua diberi kesihatan yang baik . Amin. Hari ni nak kongsi dengan kalian semua set teko yang akak barter dengan blogger yang dikenali ramai Sue Antik..Sue , terimakasih atas set ni..... Kak bubuh nama set ni ya ok tak sue. Set ni ada 2 warna buluhnya. Teko, jug creamer dan pot gula tu buluh hitam....Set cawannya pulak warna hijau...datang dari tempat yang berbeza..Apapun cwnny tingggal 4 je, dah pecah satu dlm kotak pos tu...geram juga akak tgk..dah tebal ngan paper pecah jugak...Apapun kita kongsi tengok ye.... Assalamualaikum & selamat datang kepada pengunjung blog Satu Nostalgia .Kemunculan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan minat & hobi dengan kalian semua .Disamping itu ia sebagai koleksi nostalgia bagi saya sendiri dan untuk dikenang oleh generasiku. Apa saja yang terpapar di sini semuanya memberi erti yang tersendiri bagi diri ini...biarpun mungkin tak bermakna & berharga pada orang lain tapi bagiku membawa seribu kenangan ....
Thursday, 30 July 2009
Set Buluh Perindu
Salam semua. Hari Jumaat ni semoga kita semua dimurahkan rezeki dan panjang umur. Harap kita semua diberi kesihatan yang baik . Amin. Hari ni nak kongsi dengan kalian semua set teko yang akak barter dengan blogger yang dikenali ramai Sue Antik..Sue , terimakasih atas set ni..... Kak bubuh nama set ni ya ok tak sue. Set ni ada 2 warna buluhnya. Teko, jug creamer dan pot gula tu buluh hitam....Set cawannya pulak warna hijau...datang dari tempat yang berbeza..Apapun cwnny tingggal 4 je, dah pecah satu dlm kotak pos tu...geram juga akak tgk..dah tebal ngan paper pecah jugak...Apapun kita kongsi tengok ye.... Teko & Creamer Buluh Perindu
Teko Buluh Perindu Japan Mari
Teko Buluh Perindu
Wednesday, 29 July 2009
Teko Wild Roses
Set Teko OC Red & White Roses

Set Oriental Ceramic White & Roses diberi nama...Set ni blogger2 tegar pinggan mangkuk lama ada set ni..Pada mulanya akak hanya ada pot gula je ( ada 2 biji pulak tu)...lTanpa sedar lengkaplah pulak satu set..banyak sumber akak dapat ni...apapun terima kasih kepada semua yang menyumbang...I lap u all....Oriental ceramic ni adalah spesis pinggan lama..mudah retak seribu..kalau ikut apek yang jual tu..kilangnya kat Johor pun dah tutup..tapi yang jenis ni import dari luar pun ada ...Jumpa esok ya....
Set Cawan Rose padi

Salam semua..Inilah cawan bunga rose padi..istilah hentam je..betul ke bunga rose tu mat ?? Cawan ni pun akak dapat dari rakan setugas yang banyak membantu dapatkan akak cawan & teko lama...dia nak mak & mak mertuanya banyak koleksi pinggan 2 lama ni...dia berjaya dapatkan untuk akak sbb member kak ni pun sampai mimipi2 cawan lama ni..he..he..kena tempias akak..t.kasih ya imah....jasamu ku kenang....Cuba tengok bunga tu dekat2..apa pandanganmu shas ??.Mu ada tekonya kan..bolehlah tu..Tuesday, 28 July 2009
Teko Rose Bridge


teko bunga kangkung
salam semua...N3 semula selepas 5 hari berlalu..hai lelah juge dibuatnya hobi ni...tapi minat punya pasal teruskan juga blog ni...sebelum tu t.kasih kat shas blogger k.warisan bonda yang secara tak langsung byk menolong menggerakkan akak ni untuk teruskan blog ni...t.kasih jugelah pada rakan-rakan keliling pinggang kak ni..he.he. N3 hari ni teko bunga kangkung ..kecil je .Rasanya kat China depa guna ni untuk minum teh cina depa sbb tu ada cwn teko kangkung khas untuk minum teh cina....alkisanya..Apapun teko ni pemberian biras akak yang bermurah hati suruh akak simpan peninggalan bondanya yang telah tiada ..akak ada 3 bijiteko ni tapi akak paling suka yang ni sbb comel...tgk tutupnya tu..Monday, 27 July 2009
Teko Rose Bridge
Salam semua..hari ni sambung N3 dengan teko ni....teko kami guna masa kecik2 dulu...nasib baik ada 1 biji lagi spesis ni..pinggan makannya banyak le..akak nak kata melambak pun boleh.. Teko ni x tau lah ada jual ke tak lagi kedai apek..yang akak nampak bunga kangkung banyaklah..Teko ni jadi cantik lagi kalau ada set cawannya tapi x de tu lah masalahnya.. tapi akak ada set cawan rose yang boleh beribukan dia..tunggu je ya..Wednesday, 22 July 2009
Cawan kaca airmata biru

Cawan Bunga Pionies

Salam semua...dengan susah payah berjaya juga ku entry cawan ni pulak..Bunga Peonies...istilah yang akak pinjam dari blogger2 tegar (MG) .. Cawan ni sweet dan montok..bunganya sedap mata memandang. Sebelah besar , sebelah lagi kecil...tu mcm gambarnya. Bagaikan namanya yang indah begitu jugalah cawannya. Rim emas kat mulut cawan jadi pemanisnya. Akak dapat ni dari mak kat kampung ..Adalah 7 biji kut..dulu lagilah banyaknya ..entah ke mana menghilang..nyesal pulak x rembat awal2 sbb cwn2 ni terbiar je..x de sesapa yg nak membelainya..Masa akak kutip cwn2 ni ..akak ngomel jugela kat adik lelaki ..susah nak dpt dah spesis ni tapi adik akak jawab .."ooh bersepah2 lah kak.." Dengan excited akak tanya kat mana? Dengan selamba dia jawab "Kat negeri Chinalah" Sabau je la... Sebab tu setiap kali tgk cwn ni teringat jugalah kat adik tersayang..jauh di mata tapi dekat di hati huk huk.Tuesday, 21 July 2009
cawan kangkung bujang licin
ini entry untuk cawan teh cina..istilah akak lah.. orang2 cina kat negeri cina minum pakai cawan ni gamaknya...kita kat sini boleh acuan apam...yang kecik tu buat acuan kuih lompang..jangan tak tak tau...
hai peminat2 bunga kangkung..ini satu lagi versi cawan kangkung bujang. Cawan ni licin dan ringan. Ini mak punya asalnya..alkisahnya mak kawan ni banyak koleksi kangkung kat kampung nun jauh....kat jambtan bosi tu....akak ingat bunga lagi masa muda2 belia dulu..ada 1 besen besar kat kg..kalau tersepak pecah pun buat x nmpak je...tapi skg ni berebut2 nak menyimpannya....biasalah tu...cawan ni pun cantik ada lingkaran emas kat mulutnya tu. Sunday, 19 July 2009
Cawan Bunga kangkung
Ini entry pertamaku... Setelah sekian lama hanging blog ni, hari ini dgn bantuan rakan setugasku yang comel lote Diana..(mek ganu) aku berusaha nak siapkan blog ini..banyak kekangan almaklum otak dah lama ..mcm cawan lama ni juga. Tambahan buat2 sibuk ..bkn senang nak ngadap benda ni..ok la, cantikan cawan bunga terung ni..cawan ni mmg dah lama sgt usianya. Birasku yang baik hati menghadiahkan padak satu set lengkap dan siap menceritakan sejarah cawan ini. Koleksi arwah maknya orang Beranang, Selangor...cawan ini tebal, bunga kangkungnya besar dan ada lingkaran emas di mulutnya.. Lekuklekak kat bhg bawahnya tu yang klasik..rasanya ramai dah blogger kita yang memiliki cawan ni...cawan bujang kangkung 











