Showing posts with label Set Kaca. Show all posts
Showing posts with label Set Kaca. Show all posts

Thursday, 18 February 2010

~pecah kaca pecah gelas~

Semoga pagi Jumaat ni membawa kebahagiaan kepada kita semua dan sentiasa dalam rahmatNya..untuk pagi ni nak kongsi bersama koleksi gelas2 lama yang ada ...puluhan tahun hayat gelas ni...bukan dibeli pun tapi peninggalan orang-orang tersayang dan rakan taulan..semuanya menjadi kenangan dan mampu mengimbau kisah silam bila terpandang semua ni..koleksi ni disimpan dalam kabinet atas ..disebabkan tahap kemalasan ku tinggi ..nak keluarkan, ku panjat je kerusi dan shoot terus ke dalam kabinet atas ..jimat masa sikit..

~ Gelas hijau berkaki ~

Gelas berkaki ni boleh tahan tebalnya..cantik ni..peninggalan tuan rumah yang kami beli 5 tahun lepas...macam2 yang ditinggalkannya..yang berkenan disimpan, banyak juga dibuang..berlori juga yang dipunggah keluar..Kalau tak rumah kami ni jadi pusat alam flora pulak....sebenarnya sampai sekarang pun masih ada saki baki lagi..




Set gelas ni peninggalan arwah mak mertua akak..Masa mula2 kahwin kak dah nampak gelas ni digunakan ..masa tu pun dah jatuh cinta dengan koleksi ni...disebabkan akak duduk sama dengan arwah hingga akhir hayatnya, gelas ni pun samalah juga ...Ezany dan Yatt ada koleksi ni...Ada 3 warna biru, coklat dan hijau..nipis senipis kulit telur .

~ Jug hijau kurus ~



~ Jug hijau gemuk ~


Jug hijau ini yang besar sikit....cantik sangat dengan warnanya tapi nipis ...seram nak guna..takut berderai !


Gelas hijau ~ pokodot ~

Gelas hijau pokodot ni tinggalan arwah mak mertuaku...masa kenduri kendara gelas ini digunakannya selalu..sayang pulak dah tinggal 4 biji , ada ke jual lagi? ....ngape pokodot? akak yang beri nama sebab dinding gelas ini ada corak pokodot..

~ Tapak kaki gelas 4 segi ~



Gelas ni kepunyaan arwah abah akak - masa arwah berniaga zaman diri ini masih berhingus lagi weh..... ini je sempat yang masih ada lagi..


~ Gelas berkaki 4 ~


Style gelas ni dah berpuluh tahun lamanya ..masa akak kecik2 sering tengok digunakan di kedai2 kopi ..untuk minuman panas...termasuk mak akak yang berniaga kedai makanminum ni Dulu punyalah banyak tapi le ni tinggal ni je...pada sesiapa rakan2 kita yang ada simpanlah sebab masa akan datang saham gelas ni melambung tinggi ..kwang..kwang...



~ Gelas Chinese Honey ~


Pic terakhir ni adalah gelas hadiah minum chinese honey zaman dolu2..bukan kami yang minum tapi kawan chinese yang minum ..masa kami ambilalih rumah dan tanah mereka, banyak juge koleksi lama ni yang ditinggalkan sekali..ini salah satu gelas yang ada..simpan juga sebagai koleksi je..mungkin ada antara rakan yang berminat bolehlah tinggal pesan ya...okeh ada satu info di sini..pada sesiapa yang nak tahu tentang bank Islam dan pembiayaannya dalam kad kredit dan pinjaman petang ni di TV3, pada pukul 5 pm . Ramai antara kita termasuk akak sering mempersoalkan kenapa Bank Islam ni mahal? Apa bezanya dengan bank conventional? Pagi ni akak tertengok slot ~ Tanyalah Ustaz ~diTV9 menyentuh issu ini ...jum tengok nanti..semoga kita mendapat hidayahNya...jumpa kita lagi ...byeeeeee

Tuesday, 12 January 2010

Keluarga Airmata

Sambungan Koleksi Airmata


Koleksi kaca siairmata ni awalnya dari set cawan 4 biji bertambah dengan terjumpa nya mangkuk2 dan piring2 kuihnya kat kedai apek ...lama jugelah menyimpannya..tup-tup cuti bulan 12 lepas telah menemukannya dengan pinggan bujur dan pinggan bulat besar...banyak rupanya bentuk air mata ni...ternganga ku tengok Sal ada set lengkapnya itu...
u
Ini mangkuk dan piringnya.....masa beli kat kedai apek tu..cawan dah habis..hanya tinggal mangkuk2 ada besar, ada kecil...kalau sesiapa yang minat kat mangkuk2nya ini, bolehlah akak pergi tengok kat kedai apek tu nanti..tapi awas kaca ni berat mak datok ...pinggan besar tu berapa kali terbalik masa shooting...nasib tak pecah...kalau tak putih biji mata....set ni cantik kalau di malam hari liplap kena cahaya lampu...Jumpa lagi nanti dengan kisah KACA lagi di sana sini....byeee

Thursday, 29 October 2009



Kaca Putih


Pecah kaca , pecah gelas


Sudah baca , harap balas



Pantun 2 kerat di atas mengimbau kisah silam..zaman persekolahan waktu umur menginjak remaja..banyak juga surat2 di bawah meja...orang dulu2 nak berkenalan camtulah..letak surat bawah meja..lepas tu siap dengan pantun lagi...hehehe..masa tu jual mahal le ramai peminat...x balas pun ..tkut pun ade sebab kalau dapat tahu kita ni bermain surat cinta siap ko mengamuklah abah akak...semuanya dalam lipatan memori..



Salam semua... N3 hari ni koleksi kaca ..cawan & piring airmata...bila akak terpandang cawan-cawan ni, terus teringat camtulah kalau airmata ni tumpah menitis ..tak kiralah airmata apa gembira, sedih, hiba dan duka.... akak ada 2 set cawan kaca ni..putih bersih dan biru laut...akak suke tengok...agaknya kalau letak dalam almari yang berkaca dan berlampu..fulamak mesti bersinar-sinar punye...cayala...







Ada mangkuk kaca ni juge...besar juga ..terlupa nak ambk gambonya...Kalay tak silap ada blogg Yatt ade bekas kuih raye bertutup...tak gitu yatt..



Di bawah ni set kaca biru...ni lagilah cantiknya....biru laut. Ini ada jug airnya..lupa juge nak posing ..lainkali ye akak n3 lagi...








Kemasan tepi piring berbiji-biji..boleh tahan berat kaca ni..akak ni no mood nak celoteh panjang..kepala ni penuh dengan perkara-perkara & tugasan yang nak dibereskan... kepadaNya ku berdoa mudahkanlah urusanku dan semoga beroleh kesabaran dalam mengharungi kehidupan seharian....Amin.



















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails