Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Monday, 18 April 2011

Antik di Cameron Highland

Assalamualaikum & Salam Sejahtera





Apakhabar semua.....jumpa kita kembali. Masa berlalu pantas dan urusan bertambah..tak pernah bernoktah. Urusan kerja, urusan peribadi , urusan yang dicari-cari ..ishh entahlah..bukannya tak rindu kat blog ni tapi apakan daya. Walaupun akak tak dpt selalu berblogging di sini namun sentiasa mencari2 kesempatan untuk menjenguk koleksi geng2 lain. Terimakasih kepada kekawan yang masih sudi ke mari ...sayang kalian...muahhhh...jika ada kesempatan akak pun tak mahu ketinggalan menjenguk blog2 member semua...Buat masa ni akak memang sibuk memanjang dengan urusan anak2. Mungkin ramai yang tak tahu akak ada blog masakan ' Cooking Time' yang link kat sebelah blog ni...Blog masakan akak ni kerap juga diupdated sebab memang akak memasak setiap hari.. okeh apapun akak nak sharing satu cerita di sini. Jum tengok.....

TIME TUNNER CAFE



Bulan lepas, akak pergi Cameron Highland. Semasa akak pergi ke satu tempat untuk memetik strawberry, akak terperasan semasa sedang duduk dalam satu cafe yang berkonsepkan barang-barang lama. Semasa sedang minum selepas memetik strawberry, tiba2 akak terpandang sekeliling penuh dengan koleksi lama. Apabila akak bercakap dengan tuan cafe, dia kata kat bawah ada muzuem mempamerkan barang-barang lama. Apa lagi melompat akak nak pi tengok malangnya rombongan akak dah nak bertolak pergi...punyalah terkilannya akak tak dapat tengok..hanya sempat ambil gambar persikitaran untuk kenangan.






Sekiranya ada peluang lagi ke sini, akak akan pastikan singgah di Cafe ni untuk tengok koleksi lama yang dipamerkan di muzuem tu. Kepada tuan cafe ' Time Tunner' ni akak ucapkan terimakasih atas layanan mesra beliau. ok lah kita jumpa lagi...masa dah sampai untuk akak berhenti...jumpa lagi ...bai..bai....

Friday, 3 December 2010

~Apa Ada Di MAHA 2010 ? ~

Assalamulaikum & Salam Sejahtera
.... bau kambing..
Semalam kami ke MAHA...tak mau ketinggalan dengan apa yang berlaku di MAHA, kami pun bertolak dari rumah sebelum 8 a.m dan sampai 12 tgh lebih kurang....akak, suami dan Ahmad ..terus ke Kajang jumpa anak2 saudara dan ayahnya join sekali untuk meriahkan suasana...almaklum ibu mereka ni sedang kursus di Langkawi...saje ajak diorang jalan2 cari makan.....yang seronok anak2 ni lah..emakayah ikut je ...banyak peristiwa tak dapat dirakamkan sebab memori card tertinggal dalam laptob..gambar yg boleh dirakam dlm kamera terhad seperti di bawah...
Lagipun sempat berjalan tak separuh dari pameran ...tak larat.....penat weh...yang paling seronok tengok demo COWBOY2 Australia dengan lembu2 liarnya ...ini memang best..smpai ramailah jugak yang jadi cowboy hari tu ....dpt beli topi cowboy murah2...lagipun kena beli sebab cuaca panas.....layan pic MAHA ni

kambing pun cantik....


spesis kambing gurun kut..

lembu ni bosar....kalau korban ni berbaloi...




kalau boleh nak masuk duduk atas lembu tu... lembu2 ni semuanya dijual..lebih kurang RM2000 seekor...tapi oklah sebab besar tak macam lembu kampung .....



mak cowboy & anak cowboy...






amacam...duduk lama gak kat pondok ..selipar AHMAD dah putus...






Kambing panggang...bukan free ye...






nak cakap pun dah tak larat nih....







Si Ahmad ni menang jawab kuiz..sampai 3 soalan dijawabnya betul...tau kenapa..tak ade orang yang nak jawab kuiz gerai tu..sampai dia kena reject nak jawab lagi..bagi peluang orang lain pulak. Macam2 dia dpt..beg recycle dan serunding2 kat atas tu ....





COWBOY dari Autralia..bukan sorang...ramai..ini ambil gambar lepas presentation .. cukup best tengok real cowboy ni beraksi dengan lembu2 liar...naik kuda sambil tangkap lembu....kagum tengok..yang ini boleh hilangkan penat kita bila berjalan kat MAHA....





Wani ...baru habis UPSR je ni..suka buat lawak..ibunya di Langkawi kursus 8 bulan. bila ditanya rindu tak kat ibu..katanya bila tengok mainannya baru teringat kat ibu...aduhai ibu wani kalau baca ni jgn risau kat anak2 tersayang...depa ni happy je sebab bapaknya memang bapa mithali...ehemmmm..... okeh kalau kekawan nak ke MAHA..pegilah jgn tak pegi...macam2 ada..siap duit je ....jumpa lagi dengan cite2 lain..wassalam.





SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH





Saturday, 5 December 2009

CARRIBBEAN BAY RESORT








Salam semua...hari ni nak kongsi sikit info tentang satu tempat percutian di sebelah pantai timur...baru dibuka 2 bulan lepas. Tempat ni memang dibuat di atas tanah seluas lebih 200 ekar..dan baru diteroka sebanyak 80 ekar...terletak di Gambang jalan menuju ke Kuantan.




Hari Jumaat lepas 4hbDis. kak ikut suami..kena meeting kat sini. Anak ikut 2 orang je..konon nak mandi-manda..apa nak buat gi musim hujan.. x keluar bilik lah sudahnya...sudahnya kami tengok hujan turun....




N3 ini sebab ada kawan-kawan nak tgk ..mana tahu cuti ni nak bawak anak bermain air dan segalanya ada...makan tak de kena makan kat hotel..siap duit je..kalau tak gi keluar cari makanan ..











Antara apartment yang boleh disewa...konsep apartment di sini ialah pembeli membeli dari pemaju sini dan pemaju menyewakan semula dari pembeli secara kontrak..Alkisahnya kak ni salah seorang pembeli apartment ni juga tahun lepas.....dah bayar deposit pun tup2 takut risiko , kak pi batalkan tanpa pengetahuan suami.....le ni tengok tempat membangun dan ramai benor yang datang , rasa pulak nyesallllll....tapi tak pelah tak rugipun tapi tak untung...ye le tu nak nyedapkan hatiku ini je..












Pemandangan dari bilik ..hujan turun tak berhenti2 ...nasihat kak tak yah pegi waktu ni..silap2 terkurung kat sini tak boleh balik sebab air dah naik sampai jalan kat jalan besar luar sana..tapi best juge sesekali gitu ...






Taman tema air...jauh ke belakang lagi banyak tempat bermain air..gambar ambk dari jauh sebab dah nak balik petang semalam..luas lagi di belakang tu..



Ini tempat sewa motor lasak . Sekali naik RM30. boleh ronda sampai dalam hutan..Jungle tracking..best ni...




Rumah kuda..boleh naik kuda kat sini...luas kawasan ni tapi kuda pun tak nak keluar sebab hujan















Ini depa baru balik dari jungletracking..sewa motor ni redah hutan ...kalau accident mintak tolong ngan pak belang hehehe




Ahmad geramm sebab tak dapat mandi ..berkurung dalam bilik.....



Okey ..sampai sini je yang sempat dirakamkan ..gambar tak memuaskan..kalau kita pi sendiri tengok memang tempat ni besar dari yang lain2. tu luas ...okey sesiapa yang bercuti pi tengok dulu kajian cuaca..biar selamat....ok byeeeeee























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails