Sunday 2 May 2010

~Tip untuk tentukan makanan halal atau tidak~

Senyum Kambing


Assalamualaikum


Suke makan di restoran dan hotel ? Memang suka tapi ada juga yang tak suka sebab bimbang halal ke tidak... Kadang2 terpaksa makan di hotel sebab tak de pilihan contohnya hadiri kursus ke meeting ke wajib makan kat hotel tu kalau tak kebulur... di bawah adalah tip untuk mengesan samada makanan yang kita makan tu mengandungi benda haram ke tidak...Info diperolehi dari AL-ISLAM keluaran Mei 2010.. Diberi oleh seorang Chef yang berpengalaman bekerja di hotel..Sama- sama kita kongsi ya..

~

Apabila kita sendawa kekenyangan , angin keluar melalui hidung maka tidak syak lagi makanan itu mengandungi arak!

~

Api yang menjulang naik di dalam kuali bewarna biru, itu bermakna kaedah flambe dilakukan dengan menggunakan arak bukannya minyak kelapa..batalkan order dan angkat kaki !

~

Berhati-hati dengan penggunaan lemak babi di dalam makanan bergoreng. Lemak babi dihasilkan dalam bentuk mentega. Dibubuh dalam minyak panas untuk menggoreng ayam dan keropok. Sebab itu keropok Cina tidak mudah lemau atau masuk angin. Ini kerana bakteria babi yang kuat ( tidak mati ) dapat menyokong bakteria lain untuk terus hidup. Bagaimana nak kesan bakteria babi dalam keropok dan ayam goreng? Mudah je ..bila kita rasa terdapat sedikit kelat..maka sudah terang lagi bersuloh!

~

Demikian sedikit tip dari seorang chef yang mempunyai tanggungjawab sosial dalam menyedarkan kita semua apa yang berlaku dalam hidangan pada hari ini..ramai di antara kita yang menutup mata sebelah dan pekakkan telinga untuk hal2 begini...chef ini mengingatkan kita semua bukan hotel sahaja yang menggunakan arak untuk memberi kelainan pada makanan tetapi tidak ketinggalan juga restoren2 . Untuk info lanjut sila baca AL-Islam keluaran Mei 2010


Okeh tepuk dada tanya selera...jumpa lagi ...wassallam.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails