Friday, 22 January 2010

Kekwa hitamku membiak...

KEKWA HITAM
Asslamualaikum dan salam sejahtera...kalau dipandang sekali lalu kekwa hitam ni tidaklah menarik sangat sampai nak terbawa2 ke dalam mimpi ...Bayangkanlah hitam aje..bunga, daun batang dan segalanya hitam.....nasib badan nya tak hitam..putih melepak lawan dgn hitam ..nampak cun pulak weh..
Koleksi kekwa hitam ni sangat kemelayuan dipandang mata...walaupun buatan cina...Orang kampung ramai yang memiliki set kekwa hitam ni satu masa dulu. Teringat masa kecik2 dulu, bila hari raya ke 2 pergi ke surau kampung untuk menziarahi kubur dan beraya bersama beramai2 di surau. Masing2 membawa juadah di dalam dulang yang dipenuhi dengan piring batu berisi kuih raya. Lepas tu teko2 dan cawan2 macam kekwa hitam ni digunakan untuk membuat air untuk dihidangkan sesama kami. Tapi sekarang koleksi pinggan ni tidak digunakan lagi..digantikan dengan pinggan melamine ....masa berlalu, pinggan pun bersilih ganti...

Set teko & cawan

Dulu-dulu mak ada teko ni tapi pecah... dulu tak sayang , sekarang baru tau sayang....almaklum nak dapatkan 1 teko macam ni bukannya murah pun..regenya lebih mahal dari set baru..tapi kena pandai intai2lah...kalau rasa munasabah rembat je lah..kalau tak , tunggu ada 'sale' laaaa hehehe.... Set teko and cawan ni dapat dari Shas - Warisan Bonda..sekali dapat 1 set ..bahagia betui rasanya dapat sekaligus..Cawannya sangat comel ..kecil sikit dari black roses..buatannya halus dan rim hitam keliling cawan & piring berkilat ...terimkasih shas..susahpayah bungkus semua ni ..Issh bukan senang nak bungkus2 ni...kena urut dada selalu...sabar..sabar...


Tureen ni bukan kekwa hitam tapi bunga teratai, tak kisah belasah je lah ..masukkan kategori kekwa hitam..bolehlah digunakan sekali untuk menghidang...



Piring layang ni sesuai diletak kuihmuih... Selain dari piring layang, piring mungkun kekwa hitam digunakan untuk lauk dan sayur.


Hidangan pagi

Set kekwa hitam ni banyak gunanya ...sebab tu orang dulu-dulu guna untuk kenduri kendara dan juga harian...Tahun ni rasanya nak guna sepenuhnya koleksi pinggan mangkuk lama ni... Sebab dari pemerhatianku rupa2nya kalau tetamu dihidangkan dengan set lama ,mereka jadi teruja kerana secara tak langsung mampu mengingat semula zaman muda2 yang hanya tinggal dalam lipatan memori ....ok jumpa kita lagi ..semoga panjang umur, murah reseki...byeee!

Thursday, 21 January 2010

Kekwa Hitam

Gulai masak lemak cili api udang dan rebung
Salam semua ..entry ni nak kongsi tentang gulai masak lemak cili api ..masakn Nogori Sembilan..Cara masak gulai cili api cara orang nogori..
Dihidang bersama ikan masin ..walaaaa mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak ...

Gulai udang dengan rebung betung . Rebung betung ni lain dari rebung jeruk biasa tu, rasanya manis. Kalau rebung ni tak dijeruk pun , sedap digulai.. tak rasa pahit pun. Cili api dan kunyit ditumbuk dengan lesung batu .. kalau blender banyak guna air ..gulai tak sedap le...





Kelapa parut ..Guna kelapa biji lebih sedap dari santan beli...Kelapa jangan diblender , perah je dengan tangan..lebih sodap..



Gulai dijerang dalam kuali atau periuk..Masukkan sekali asam keping. Mula2 besarkan api..mula je gulai ni menggelegak..kacau dan perlahankan api dapur..Jangan dikacau lagi..biar je gulai ni masak perlahan-lahan ..
Selalu tengok member masak gulai ni suka kacau dari awal hingga akhir..sebenarnya tak perlu macam ni ..biarkan je , pastikan api perlahan.. masukkan garam lambat sikit untuk bagi masa itu cili masak elok..Kalau tak sakit perut weh...Kemudian masukkan garam . Rasa garam asamnya dan masukkan santan pekat akhir sekali..



Simpan pati kelapa 1/2 mangkuk kecil untuk ditambahkan ke dalam gulai yang telah hampir masak nanti. Fungsi santan ini ialah untuk memekatkan semula gulai yang telah dijerang tadi. Hasilnya gulai masak lemak cili api ni lemaknya tak hilang.. Kalau gulai dijerang , santannya akan cair sebab dah bercampur dengan bahan-bahan yang berair...untuk pekatkan balik simpan sikit santan pekat untuk dimasukkan akhir nanti. Masakkan sekejap saja dan tutup api. Lihat gambar di bawah ni...

Sebab tu kalau orang dulu2 masak , simpan santan pekat ni wajib...baru gulai ada ummphhh....Kalau ikut cakap arwah Wan dulu..kalau tak nak penyakit gulai yang dimasak mesti seimbang dari rasa masam, garam, pedas dann lemaknya....memang betulpun arwah tak de penyakit kronik seperti orang zaman ni hingga akhir hayatnya






Bahan:
Udang - 1/2 kilo
kelapa - 1 biji
Cili api - 20 ulas
kunyit - 2cm
rebung betung - 1 paket
asam keping - 2 keping
garam


Masak lomak cili api udang & rebung


haaa dah siap...ni dimasak pagi semalam sebelum pi keje..bawak bekal nasi panas & gulai ni ..Ambil sarapan berat pukul 9.30 ..tak perlu makan tengahari..Nak makan pun pukul 7.00 p.m nanti. Sebenarnya kena masak pagi2 tu sebab cik abang sessi petang..Kena makan sebelum pi keje..Sambil masak untuk nya, bolehlah berbekal ..dalam pada tu jimat banyak hehehe...Ok cuba-cubalah ya masak lomak cili api ni..memang berbaloi.....bye jumpa lagi ....tata ....










roses hitam

Hitam-hitam si tampok manggis,
Kemuning telah gugur bunganya,
Sungguh hitam dipandang manis,
Putih kuning apalah gunanya...
Blackroses
Set rose hitam ni menawan kalbu ..roes hitam ada ke?.tak kisahlah janji set roses hitam ni memang cun ..Set ni dapat dikumpulkan dalam masa yang agak singkat dan laluan untuk mengumpulkannya pun mudah ..Walhal set ini pada awalnya bukan dalam senarai utama dalam melengkapkan koleksi lama ni ,kerana bagiku sukar untuk mendapatkannya..Tapi dah memang tersurat agaknya mudah pulak , tidak seperti koleksi yang lain. Kepada member blogger yang secara tak langsung telah membantu terimakasih kepada kalian semua ..muahhhh

Pinggan bujur blackroses

Pinggan bujur besar tu hasil barter ngan Nannie..antara pinggan bujur yang sangat kusukai. Dengan saiznya yang besar tu boleh dibubuh sebungkus meehoon goreng ..Cukup pratikal untuk hidangan ramai..Pinggan bulat leper tu pulak rembat dikedai semasa membeli cawan2 tu..Piring mungkun memang koleksi sendiri..pemberian mak yang memang banyak pinggan & piring batu ni . Emak membeli secara kutu semasa mudanya dulu..Tak hairanlah koleksi pinggan batunya satu almari penuh..itupun banyak yang dah pecah ...

Teko Blackroses
Teko black roses kiriman kak aton..terpikat tengok kak aton entry blackrosesnya, ku cuba nasib nak dapat teko blackroses ni walaupun masa tu cawan tak de..harapan menggunung tidak dihampakan ...terimakasih berbanyak kak...


Cawan mulut lebar

Ini dapat selepas dua minggu dapat kiriman teko tu, betul-betul rezeki terpijak kali ni. Pergi ke Seremban dan adikku zie bawak pergi ke kedai2 lama...naik kelabu asap mata kak ni tgk deretan pinggan mangkuk yang lama dan yang baru...Dalam pada tu barang2 yang akak cari tak display kat depan kedai..tokey tanya mau apa...kujawab mau cawan....dipunggahnya sekotak dan bila dibuka berset2 cawan lama.tup2 nampak black roses ni ..rasa nak gugur jantungku tengok, betul2 rezeki ni..tak payahlah pening2 nak cari lagi... harga kat kedai ni bukan mcm kat kedai apek le sebab dah jadi tempat terjah bloggers dari merata tempat...tokey pun demand jugak le...apapun berbaloi jugela beli ...cun habiss cawan2 ni...Sementara tu zie, adikku sorang dah terkena virus pinggan lama ni...hahaha dia pun dah mengumpul sikit2...yang bestnya suaminya pun sama naik...ni sedang tunggu kemunculan mereka di alam maya....


Cop mohor
Dari pemerhatian selepas begitu banyak tengok jenis2 cop ,kesimpulannya cop mohor juga memainkan peranan dalam menentukan kualiti pinggan mangkuk ..Ini adalah antara cop mohor yang mencapai tahap piawaian hehehe..






mangkuk nasi
Untuk melengkapkan set roses ini mangkuk nasi ni yang terakhir dijumpai tahun lepas. Banyak juga lagi kat kedai apek tu .Disebabkan bunganya yang memikat kalbu, kuambil semuanya. Lepas tu balik rumah termenung mana pulak nak disimpan..kepada rakan2 yang nak berbarter bolehlah ..Rasanya kualiti mangkuk ni ok . Rim emas kelilingnya menyerlah lagi.. Ada ke sesiapa yang berkenan dan terkenan dgn mangkuk nasi untuk melengkapkan set , tinggal pesan ya.. Jumpa di lain hari ....bye..bye !!!


Wednesday, 20 January 2010

Black Roses & Kuih Keria


Hari Rabu sudah 13 jam berlalu, entry hari ini mengimbau semula masa-masa lalu.. Kuih keria atau kuih gelang- kuih melayu - adalah antara kuih2 yang terawal yang kucuba buat sendiri di rumah tanpa bantuan sesiapapun. Alkisahnya naluri ingin mencuba membuat kuih keria ni kerana suka sangat makan sebab ada keledek dan gula...nikmatnya .Masa tu umurku awal belasan..selain diriku anak perempuan, ada lagi 2 adik perempuan..seorang duduk diasrama sebab sekolah Convent Seremban, jauh dari rumah dan seorang masih kecik lagi..Akak jadi teko kat rumah masa tu ....sebab emak akak ni berniaga (berkedai) dan arwah abah bekerja... Bebaslah akak nak buat benda-benda yang teringin nak masak...



Kuih keria ni nampak senang nak buat, tapi dah buat baru tau...berpeluh !! .Bab2 merebus dan melenyek keledek tak de hal, sampailah bab2 membentuk menjadi gelang seperti kat bawah ni...Paling akak keliru masa tu ialah masa memasak air gula untuk menyadur kuih gelang ni..Kat sini memang fail habiss...kuih gelangku tak menjadi seperti yang diharapkan ...gula tak mengeras..hissss .kuih gelang pertamaku lembik dan membantutkan selera nak makan ...Apalagi kucampak ke tanah sebagai jalan penyelesaiannya.... habis cite..tapi kusimpan azam mesti cuba lagi..proses belajar membuat kuih keria ni berlanjutan hingga sekarang ni...harap anakku ( seorang je perempuan) mewarisi caraku ini iaitu cuba hingga berjaya.... tau tak pe..



Bahan:


2 buku besar keledek

1 cawan tepung gandum




Keledek direbus dan dilenyek bersama tepung.



Kepal-kepalkan adunan ini dan bentukkan seperti gegelang








Panaskan minyak dengan api yang perlahan.


Setelah minyak panas, masukkan gegelang tadi dan goreng hingga cukup masak dan garing





Toskan gegelang ini sehingga kering dan sejukkan sebelum disira. Sekiranya kuih tidak digoreng garing , ia akan lembik tambah kalau kandungan tepung kurang. Kurang tepung, lebihkan keledek memang sedap tapi mesti goreng hingga garing .





1/2 cawan gula pasir


1 cawan air





masukkan dalam kuali, masakkan air gula hingga berbuih dan bersakar di kuali..






Masukkan gegelang keledek tadi dan kacau hingga rata gula tadi ..sambil tu gula mula mengeras dan menyalut gegelang keledek.









Bila gula tadi sudah mengeras dan menyalut gegelang, padamkan api dan angkat keluar


Sejukkan kuih dan hidangkan untuk minum petang..



Kuih keria nama diberi, menjadi kegemaran satu family. Tapi demi kesihatan kuih ni jarang dibuat kerana kandungan kolestrol dalam kuih keria ni tinggi juga. Bahan2nya pun dari keledek dan tepung , kemudian digoreng dalam minyak dan disira dalam air gula..Kandungan karbohaiderat yang tinggi...Kalau dah buat tu mau habis 5 dan 6 biji kumakan sorang, puas makan dan berbaloi buat. Ye lah kalau buat tak kan buat 2 biji seorang je..baik beli je..Oleh itu untuk keselamatan diri dan kesihatan boleh buat banyak2 dan hulur2lah kat jiran tetangga...di samping memahirkan diri membuat kuih tradisional sambil buat pahala . Oklah cukup sampai di sini ya....semoga kita dimurahkan rezeki. Bye.....







Tuesday, 19 January 2010

Pelita Ayam...Teko Ayan

Salam semua...masa menginjak begitu pantas sekarang ni...hampir menjelang tengah malam ni. Sebelum mata terlelap nak kongsi pasal merah menyala ni . Suka dengan konsep warna dan bentuknya. Pelita Ayam diberi gelaran...Sebelum ni pernah jumpa warna biru laut besar kecik , tapi tak menarik minat nak menyimpannya. Masih banyak dijual kat kedai2 sekitar bandar kak duduk ni....tapi sekali balik kampungku , terjumpa pulak pelita ayam merahnya makngah..suke terus rembat sampai 2 pulak tu. Lepas tu bawak balik nak suloh apa ya....
Inilah satu2nya koleksi pelita yang akak ada....pelita besar gedabak..tapi tak pe, jatuh tungganglanggang pun masih ok..tahan lasak ni..rasa2nya kalau bubuh minyak tanah dan pasang sumbunya mesti best punya.Lepas tu pi gantung depan rumah atau dalam reban ayam heheheh


Teko Ayan ni dah lama dapat dari Welly...berkenan sebab merah tu lah..menyerlah sangat dan nampak klasik juga ni...




oklah , sampai masa kita berundur. Besok nak mulakan tugas seawal pagi... wat camne kita mencari rezeki, kenalah bangun pagi2 sewaktu orang lain enak dibuai mimpi...jumpa di lain entry...senyum2 dan ceria selalu murah rezeki ............!

Sunday, 17 January 2010

Kaca..kaca...kaca...

Salam bahagia untuk diri ni dan kepada sesiapa yang sudi singgah untuk berkongsi rasa dan pendapat ....Isnin mulanya hari pertama untuk yang bekerja ..kalau ikutkan tak sempat nak entry2 ni tapi antara azam 2010...tak mahu tangguh apa-apa saja kerja yang perlu dibereskan ..kuanggap ni pun keje juga...Sambil download gambar ni sambil buat kerja lain....2 dalam 1 selesai juga sudahnya...Hari ni sambung lagi bekas kuih lama2...Semua ni koleksi tahun sebelum dan sebelumnya....
kaca 1
Bekas kuih 6 biji ni berkerawang cantik, berat dan menyerlah .. jumpa kat kedai apek jual bahan hardware ...terselit kat situ.Lama dah katanya.. Selit sikit. Berita terkini kaca kristal bahaya kerana mengandungi plumbum yang tinggi boleh menyebabkan kanser kepada sipengguna.. Oleh itu sebelum membeli selidik dulu kandungan plumbum pada kristal tu.....



Kaca 2

Mangkuk kuih arwah mak mertua punya..akak minat sejak pertama kali tengok dan masa tu baru kahwin you...sekarang dah anak 5 ..lebih 20 tahun dah umur bekas ni.Kalau hari raya selalu diletakkan kek2 ..berat juga ni..
Kaca 3

Mangkuk kecil dijumpai dalam kedai nyonya jual barangan pinggan mangkuk. Nampak cantik pulak walaupun penuh abuk kat celah2 kaca tu..balik bagi service elok2..keluar macam ni...Rembat juga kat kedai tu sebab harga dia memang berbaloi....nyonya tu pun tak ingin nak simpan dah sebab dah lama sangat tak sapa berkenan ..Boleh buat tempat air basuh tangan ni ..


Kaca 4


Bekas kuih persegi yang sangat popular di zaman 70 an dahulu..Mana2 pergi rumah orang pada hari raya, bersusun bekas kuih ni...Tak taulah ada lagi ke apek2 jual ni? istimewanya ada telinga kiri dan kanan bekas ni....berat kaca ni...Pemberian dari birasku yang juga banyak koleksi lama2 di rumahnya.

Kaca 5



Ini bekas kaca yang terakhir ku jumpa tahun lepas..unik juga .Jumpa di kedai nyonya masa nak beli mop baru..ternampak pulak bekas ni kat celah2 almarinya...tapi tak pe harganya pun memang berbaloi...kalau digunakan untuk dengan cara yang betul bekas ni sangat menarik dipandang.. Rasanya cukuplah koleksi kaca putih ..tahun ni kalau dapat nak cari yang warna coklat dan hijau pulak barulah sawan kaca ni berakhir hehehe...oklah kita jumpa lagi.......bye......




Bekas Kuih Sakura U.S.A

Senja menjelang tiba...menunjukkan sudah hampir lebih 12 jam hari ni kita melakukan aktiviti aktiviti seharian...camne kita hari ni? lebih baik dari semalam atau sebaliknya...kita sebagai hamba hanya mampu berdoa supaya perjalanan hidup kita sentiasa dalam keredaanNya.Dalam pada itu semoga kita sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik...
Petang tadi jalan2 blog member, singgah di Nostalgia Zaman Berzaman...eh eh ada entry Sakura U.S.A ...Sebenarnya dah lama tunggu sesiapa members blog yang ada koleksi ni..Bagi kak inilah bunga sakura ( dah lama kak telek2 bunga mangkuk ni ) Rupa2nya ada juga geng yang simpan koleksi ni..Dibeli tahun 1980an .Masa tu tengah belajar pun kak dah mula membeli, sebab suka dengan konsep mangkuk ni...Ada 6 biji semuanya dulu..Akak bawak balik kg dan digunakan setiap tahun untuk mengisi kuih raya seperti kek2, dodol, bahulu dan jenis2 yang tidak mudah masuk dek angin..
Lepas akak beranak 5 , mangkuk2 ni masih di rumah kampung. Dan tengok dah tinggal 4 biji je ni dan tidak digunakan dah, baru ku ambil semula ( macam buruk siku je ni) sebab takut pupus pulak lama2 nanti...
Sesuai sangat dibubuh kek dan bahulu untuk dihidangkan kepada tetamu atau diletakkan di atas meja makan . Senang sebab dah ada penutupnya..


Mangkuk ni bukannya besar sangat, comel je dan sesuai dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih semasa hari raya.



Mangkuk ni tak berat macam porcelin tu sebab dia ni kaca sebenarnya. Brand arcopal . Tapi bila tengok katalog arcopal sekarang ni tak de pulak jenis2 mangkuk ni dijual..Oklah kepada rakan2 yang ada koleksi sakura U.S.A ni keluar2kanlah dari gobok tu..boleh kita kongsi sama..mana tau kalau ada sesiapa yang ada set cawannya & tekonya tu...Kalau nak tengok pinggan makannya pi jalan2 ke Nostalgia Zaman Berzaman ....ok layanzzzz

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails