Friday, 5 February 2010

Set Ros Merah Jambu.....

Salam Semua
Naik kelabu dah mata kak ni tengok set roses hitammmm...okeh jum kita layan pulak set roses pink ni...ada kata 4 roses ada kata 5 roses ..ye jugek dah kira bunga rose tu memang 5 kuntum pun...tak kisahlah nak panggil apapun..yang pasti roses ni memang cun habiss..tambah dalam gambar..luar bunganya tak besar manapun ...nak tengok betapa cantiknya roses ni tengok kat bloglaa..tak puas mata memandang ..akak rase nak nyumm..nyumm...kombinasi susunan bunga dan kolornya tu cukup mantop ...okey kita layan dulu ye entry 5 roses ni...


Close-up bunga roses ni..teko sumber dari Salina- storantik..hehe..macam goreng pisang panas permintaan atas teko ni masa dia published kat blognya...siapa yang dapat senyum panjang le...Akak ni berbarter ngan Salina ni....terimakasih daun keladi na...cunnn kan bunga ni...


Ini pinggan bujur dari NurSalam ....ngam2 je ikan bawal putih kukus ni . kukus je terus dalam pinggan ni..boleh tahan tebal pinggan ni. Sebelum ikan ni kena ngap, kak sempat bagi posing dengan teko & cawan2nya tu..sampai suami kena tunggu kejap tunggu akak shot...tak pe lah mood ok..kalau tak, mau akak berani hehehe .. Ok na..pinggan bujur masih kat akak..bilalah nak hantar ni..apapun selamat dalam simpanan akak ni..




Sebenarnya bukannya banyak pun koleksi bunga ni, tapi tak sabar2 nak guna sebab cun tu la..cawan janda 2 biji tu hasil barter dengan Ezany ...kagum ngan dia ni muda2 dah kolek barang2 lama ni...teruskan felix... Ok semua ..jumpa kita lagi..esok hari keje bagi kami ....keje..keje...byeeee

Thursday, 4 February 2010

Rose Hitam Lagi

Salam semua..............



Kisah cawan sirose hitam yang tak berapa nak menawan ni..hampir sepurnama terbiar tidak berpiring dan beribu....tapi atas jasa baik Yatt, piring telah dititipnya...dicarigali olehnya dari Kluang kalau tak silap. Cerita tahun lepas ni...lama juga dah. Betul2 kagum ngan Yatt ni sebab boleh cari piring sirose hitam ni.....terimakasih atas tersusah payah itu ....akak hargai yang amat..ku kenang jasamu my sis..



Teko sirose hitam ni puas pujuk rayu cik adik Shas tu....tak mau juga dilepaskanya..hampir2 ku letgo je cawan2 ni ..tiba2 dapat berita teko roses akan dikirimkan ..bulan 12 lepas...dapat juga sudahnya...Shas siap pesan..dah kata bawak2 bersaboooo.....apapun terimakasih ya Shas..tak jadilah nak letgo weh..tekonya cun betul..padanlah cik shas tak nak lepaskan....




Walaupun cawannya tak berapa nak cuna macam mulut lebar tu tapi sebabkan tekonya cun, sedap juga mata ni memandang...



Ini sukusakat sihitam rose ni.....almari ni dahlah lama, padat pulak..jangan runtuh dah le....layannnnnn..jumpa kita lagi..bye..bye...



Renung sejenak..

"Wahai orang beriman! Sesungguhnya di antara isteri dan anak2 kamu
ada yang menjadi musuh bagi kamu. Oleh itu berhati-hatilah terhadap mereka!
Tetapi kalau kamu suka memaafkan, berhati lapang dan memberikan ampun,
sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha penyayang. "


(Surah at-Taghabun, ayat 14)

Monday, 1 February 2010

Teko padi dah berdua..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....
Sambung entry lepas tentang set padi..kebetulan baru dapat hari ini pasangan teko padi jantan ni pasangannya siteko bulat tu..Haniss, terimakasih ya atas kiriman ni..nasib baik siteko padi ni tidak menerima nasib seperti sipinggan yang dititip bersama..terbahagi 4 ..hanya dapat mengeluh je ..tak ada rezeki...apapun masih bersyukur sipadi bulat ni selamat sampai...





Posinglah kejap dengan anak padi ni...ada banyak anaknya malas nak bawak keluar..wakil je la...ok layannnn...penat sungguh hari ni...jumnpa lagi..bye...

Saturday, 30 January 2010

Ikut resam padi, semakin tunduk bila berisi


salam semua

Set teko & cawan Bunga Padi


2 hari lepas badan tak berasa nak sihat..mula2 kena jangkitan selsema dengan suami , makan ubat selsema ok sikit, melarat pula ke sakit tekak..dan semalam virus semakin mengganas hingga memaksa ku telan antibiotik ... rasa nak tercabut tulang2 badan..tapi tetap pergi bertugas selagi mampu kubawa badan..di tempat kerja dah demam dan balik terus makan ubat demam ..terus lena... Skg 70% dah ok.. Itulah sekejap dan sedikit je Allah nak menguji ketahanan iman kita..Sakit macam ni pun mampu menyebabkan ibadat terganggu, kerja rumah banyak tertangguh..aktiviti luar tak boleh nak buat..belum lagi Allah nak ujiku dengan ujian yang lebih berat... semoga dijauhkanNya.....




Koleksi pinggan sibunga padi
Minggu lepas suami yang selsema, batuk dan demam..hingga nak pandang muka kita pun tak nak..makan tak de selera..kita ni fikir2lah nak masak apa supaya suami makan dan cepat sihat...tapi time kita kena sapalah yang nak masak ya...kalau kita tak sedap badan elok makan jenis kukus2 dan sup..Tapi sup2 ayam ke daging memang tolak tepi olehnya. Makanan kukus dan sup senang untuk dihadamkan dan orang yang tak sihat sistem hadamnya tak berapa nak kuat untuk proses makanan...






Pinggan mungkun - sumber IMAH

Sayur hijau - sumber vitamin menu wajibnya , tapi tak nak berminyak2....tumis sikit guna minyak , tambah air..kalau jenis sawi boleh buat sup ..banyakkan kuah..kangkung janganlah ..nanti lain pulak yang jadi..Sumber protein gunalah jenis ikan sebab mudah untuk dihadamkan berbanding daging dan ayam..kalau boleh jangan goreng , lebih baik kukus ..daging ikan tu jadi lembut dan kurang kolestrol ..Lagipun kukus ikan lebih cepat dan mudah...



Pinggan bujur - sumber SHAS


Ikan siakap antara ikan yang sesuai untuk dikukus sebab isi putih. Ikan ni kalau belaan kolam rege sangat patut..1 kilo RM13-14 je, tapi kalau tangkapan laut RM20 ke atas..tapi mana nak dapat..kalau pergi ke kuala2 laut bolehlah rembat, tapi kalau sekadar di pasar, rata2 belaan kolam..Sebab tu seekor pun kadang2 tak sampai RM10 . Time kita demam ni teringat balik masak ikan kukus ni minggu lepas..bersemangat masak untuk orang demam siap tangkap gambo lagi dalam pinggan2 lama ni ...masak ikan ni kejap je ..lepas tu masa ngap pun kejap ..laju je....seperti biasa maknya selalu dapat kepala ikan ...mak memang sentiasa berkorban....


ikan kukus

1 ekor ikan isi putih- lumur dgn garam dan minyak jagung 1 sb. Kukus separuh masak

6 biji bawang putih, cili hijau , tomato, bunga kantan - potong halus .masukkan kedalm ikan tadi luar dalam. bubuh air asam yang dicampur 1sb tepung jagung dan kukus semula 5 minit.

Angkat dan tabur bawang goreng sikit..hidangkan panas.

Ikan kukus boleh guna versi apa jua ..hanya jangan tinggalkan bawang putih..banyakkan bawang putih lagi baik untuk jantung..Almaklum jantung dah tua ni kena banyakkan makanan sihat..Kalau di tempat kak ni kukus ikan patin belaan sungai pun popular..nantilah kalau senang boleh kita kongsi bersama. Pinggan yang diguna untuk kukus tu pinggan bujur bunga padi dan terus hidang...ok kita jumpa lagi ..semoga dipanjangkan umur ...





dari mana punai melayang?
dari paya turun ke padi,
dari mana datangnya sayang?
dari mata turun ke hati....





Wednesday, 27 January 2010

Gerobok Sudah Berbaju


Assalamualaikum dan selamat malam..masa berlalu pantas...kena mencuri-curi waktu untuk entry. Nak tunggu masa free betul2 tak akan adalah..., Kepada kekawan yang telah meninggalkan pesan, jangan risau tak cepat lambat, tetap kurespon yaaa..tunggu ya..
Hari ni telah terima satu sampul besar pos laju lagi .....boss yang bagi sampai ke tanganku..gamaknya dia mesti ingat mesti ada hal penting ni..aku pun ingat gitu juga ..bila bukak hehehe...napkin yang dittip oleh kak yon sudah sampai...jeng2 tu dia.. bestnya...Napkin kain kotak warna biru dan coklat air bersulamkan renda kait kelilingnya..terimakasih kak Yon...cantik dan comel buatan napkin ni...



Lepas Isyak baru teringat napkin masih dalam sampul..buka2 terus posing kat gerobok tak berpintu ni...ni yang warna biru ..yang coklat air tu simpan dulu...ok ke kak yon letak kat sini? Kalau hias2 ini memang x reti , main belasah je ( istilah bossku) Rasanya napkin ni banyak gunanya selain alas gerobok, untuk meja makan pun cantik ...untuk alas bakul pun ok kut..

Ini gambar lama dulu sebelum berbaju...



Dalam pada itu pada itu, nak kongsi juga teko gemuks & cawan ala2 sunshine meakin tu adalah hasil barter dengan silent blogger di selatan tanahair...teko & gengnya tu sangat bermakna bagiku dalam melengkapkan koleksi meakin2 polos. Terimakasih ya, nanti akak entry semula dengan isinya sekali hehehe... Teko tinggi pinky tu pula hasil barter dengan blogger Ezany..t.q ya ezany. Oh ya tureen meakin rossan barter ngan Shas tu yang rajin tolong kekawan semua ....Selain itu koleksi atas dan koleksi bawah adalah pemberian seorang rakan.. Ok sampai di sini dulu ya..kita jumpa lagi..semoga panjang umur , sihat badan dan murah rezeki ..bye....bye...

Tuesday, 26 January 2010

Jum barter ..





Salam rakan-rakan bloggers dan semua pengunjung...semoga kita sentiasa dalam rahmatNya..

Entry kali ini nak kongsi dengan kekawan semua koleksi akak yang nak dibarter..kenapa nak letgokan sebab barang-barang ni semua yatim piatu...lama dah kak simpan tapi tak jumpa-jumpa ahli keluarganhya..So ambik keputusan barter je ngan sesiapa yang ada barangan ini dan ingin melengkapkan koleksi tinggallah pesan ya....ok layannn



creamer & bekas gula



cawan tea cina




Bekas gula & teko


Kepada sesiapa yang ingin melengkapkan koleksi tinggalkanlah pesan ya...hanya sugarpot bunga hijau yang last sekali tu dah ada orang yang punya...kak aton tunggu ya ....ok byeeeee.........

Saturday, 23 January 2010

Apa ada di dalam tureen?

Tureen dari Seremban
salam semua...dah makan tengahari?..Ni bukan tengahari dah ni..hampir kul 2 petang dah..Semalam sedang mengemas, tiba-tiba teringat sang mangkuk yang satu ni...lebih sedap dipanggil tureen..Teringat zaman kecik2 dulu..keluargaku ada tureen ni.. ternampak2 macam warna biru putih...siap ada tutup lagi..selalu dijadikan bekas nasi hidang..masa tu aku kecik sangat lagi, so memori tu tak boleh nak ingat sangat ni..kalau aku tak ingat, adik2 bawahku lagilah gamaknya ...Kisah tureen di atas ni, pemberian adikku ZIE yang tinggal di Seremban...... Katanya dibeli lama dah..Masa tu ada sale beli 2 dapat 1 free... Satu dah lepas ke Sabah dihadiahkannya kepada anak saudara kami yang mengajar di sana ..( Anak saudara pertamalah katakan.) 1 lagi ada padanya dan yang 1 lagi ni dah memang rezeki agaknya ..kakaknya lah yang dapat..tak dipelawa sekalipun , sah2lah kumintak..muka tak malu ni..tambah2 bab2 pinggan ni...Secara rasminya zie, nak ucapkan terimakasih daun keladi ya..hehehe


Rasanya tureen macam ni lebih sesuai diletakkan makanan berkuah..terutamanya jenis soup2 ni..semalam dah dimasakkan ayam masak asam ni..letak ajelah ke dalamnya sebab nak n3 tureen ni . Rasanya ini bukannya koleksi lama sangat sampai boleh dikategorikan antik..Apapun memang tak ade juallah sekarang ni..tengok bentuk tureen ni lawakan...kembung gitu. Rasanya geng2 alam maya ni ada tureen bunga ni...pernah nampak dulu..

Ayam masak asam pedas
BAHAN:
ayam - 1 ekor
bawang merah - 6 ulas
bawang putih - 4 ulas
lada kering kisar - 1 senduk
lengkuas titik - 2 cm
kunyit hidup - 1cm
air asam - 1 mangkuk
garam
daun kesum - 1 ikat
tumis bawang2 yang ditumbuk. Masukkan lada kisar..masakkan hingga terbit minyak.Masukkan air asam, lengkuas dan kunyit. Masukkan ayam, tambah air.Masakkan dengan api perlahan hingga ayam masak dan tambah garam. Akhir sekali masukkan daun kesum untuk rasa dan bau yang harum....SELAMAT MENCUBA !
Ayam masak asam ..dah pening2 nak masak apa ayam sebab selalu sangat goreng2 tambah kolestrol je, semalam petang masak aje gulai asam. Tumis guna minyak sikitttt je untuk bawang merah dan putih...bubuh air asam dan daun kesum...Sedap juga sesekali macam ni..Anak akak laju je mencedoknya....Oklah jumpa kita di lain hari....moga kita dapat berkongsi ......byeeeeee!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails