Terima Kasih Cikgu
Assalamualaikum & selamat datang kepada pengunjung blog Satu Nostalgia .Kemunculan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan minat & hobi dengan kalian semua .Disamping itu ia sebagai koleksi nostalgia bagi saya sendiri dan untuk dikenang oleh generasiku. Apa saja yang terpapar di sini semuanya memberi erti yang tersendiri bagi diri ini...biarpun mungkin tak bermakna & berharga pada orang lain tapi bagiku membawa seribu kenangan ....
Saturday, 15 May 2010
~ Without Teacher ....~
Monday, 10 May 2010
~ Ingatan Hari Ibu ~
Putihnya bunga melambangkan doa ibu yang tulus untuk anak-anak , seorang ibu mampu mendoakan sepuloh anaknya namun dalam sepuloh anak itu berapa orang yang ingat untuk mendoakan ibunya yang seorang ? Seorang ibu berdoa:
" moga Allah memanjangkan usiaku kerana sekiranya aku mati awal siapalah hendak mendoakan kesejahteraan anak-anakku itu nanti ? " Itulah hati seorang ibu!
Sunday, 2 May 2010
~Tip untuk tentukan makanan halal atau tidak~
Senyum Kambing~
Apabila kita sendawa kekenyangan , angin keluar melalui hidung maka tidak syak lagi makanan itu mengandungi arak!
~
Api yang menjulang naik di dalam kuali bewarna biru, itu bermakna kaedah flambe dilakukan dengan menggunakan arak bukannya minyak kelapa..batalkan order dan angkat kaki !
~
Berhati-hati dengan penggunaan lemak babi di dalam makanan bergoreng. Lemak babi dihasilkan dalam bentuk mentega. Dibubuh dalam minyak panas untuk menggoreng ayam dan keropok. Sebab itu keropok Cina tidak mudah lemau atau masuk angin. Ini kerana bakteria babi yang kuat ( tidak mati ) dapat menyokong bakteria lain untuk terus hidup. Bagaimana nak kesan bakteria babi dalam keropok dan ayam goreng? Mudah je ..bila kita rasa terdapat sedikit kelat..maka sudah terang lagi bersuloh!
~
Demikian sedikit tip dari seorang chef yang mempunyai tanggungjawab sosial dalam menyedarkan kita semua apa yang berlaku dalam hidangan pada hari ini..ramai di antara kita yang menutup mata sebelah dan pekakkan telinga untuk hal2 begini...chef ini mengingatkan kita semua bukan hotel sahaja yang menggunakan arak untuk memberi kelainan pada makanan tetapi tidak ketinggalan juga restoren2 . Untuk info lanjut sila baca AL-Islam keluaran Mei 2010
Okeh tepuk dada tanya selera...jumpa lagi ...wassallam.
Wednesday, 28 April 2010
Cuci mata lagi !
Assalamualaikum dan selamat tengahari ......ini nak sambung sikit lagi koleksi pinggan mangkuk yang ada di dalam rumah sepupu akak yang entry sebelum ni....Memang menawan hati , leka menelek koleksinya itu...aduhai kalaulah dapat ...hmmmmm...sabo je laaa...Akak tak nak ulas apa-apa tentang koleksinya itu . Ada yang lama dan ada yang baru. Semua dibeli semasa beliau duduk kat luarnegeri selama 20 tahun lebih..Sepupu akak cakap dia tunggu sales , kalau tak mana mampu nak beli..kata dia.. ada juga yang diperolehi dari carboots sales...tapi memang koleksinya cantik2 ..layan je ya gambar-gambar kat bawah ni...
Koleksi yang ada di dapur kering ...
Cuci mata lagi...
Pic akhir ni lah dapur basahannya yang ditutupi pokok rimbun tu..tak sempat nak ambik dekat gambar dapur tu sebab bateri dah jem..bahagian dapurnya tu luas dan ada ruang2 yang tertutup dan terbuka..nantilah ada kesempatan akan ku terjah lagi....sepupuku ini memang dah faham kalau kamera akk hala sana sini dia pun dah tak kisah ...akak lagilah tak kisah..hahahaaa. Akak pun dah cakap nak masuk blog, dia tak ambik pot pun janji jgn tayang muka dah lah katanya..
.
Pic akhir ni sebenarnya kawasan nurserynya tu..macam2 bunga dan daun-daunan ada kat sini..heran juga akak macamanalah dia menguruskan semua ni seorang diri ..Atap nurserynya tu dah penuh dengan bunga dan daun . Kakak sepupu ni suka sangat menanam bunga dan herba2..bukan tanaman di sini je malahan herba2 org putih tu pun banyak ditanamnya..Masa dia balik dari luar negeri tu, dibawanya bijibenih seperti basil, thyme, oregano dan sebagainya. Akak pun punggah je pasu2 kecilnya tu balik....setakat ni masih hidup lagi... Walaupun hidupnya seorang sebab 2 anaknya dah bekerja , belajar dan seorang lagi anak istimewa tapi hidupnya begitu terisi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkannya..beliau suka berkebun, memasak , melukis , menternak dan juga mengumpul koleksi pinggan mangkuk lama dan baru..haaa yang ini entry seterusnya ya untuk sama2 kita mencuci mata ..ok layan je cite akak ni , terimakasih pada yang sudi...jumpa lagi .......bye..bye...
Sunday, 25 April 2010
~ Award dari Nenek Voque ~
Friday, 23 April 2010
~ Ikan di laut, asam di darat....Bigroses
Sistem barter memang sangat bermakna untuk kita yang dah terkena panahan mengumpul pinggan lama ni. mana tidaknya dengan berbarter kita dapat memenuhi hajat untuk set2 kita yang kurang sana, kurang sini..Nilai sesuatu barang yang dibarter subjektif, tidak dapat dinilai kerana ia bergantung kepada keperluan kita sendiri..kalau kita betul2 kita faham sistem barter ni akan memberi kepuasan di samping mewujudkan ikatan sahabat ..betul tak...serius pulak catatan ni..oklah , Aida bagi gift lagi teko kecik di atas tu..cantik dalam kotaknya. Aida, mekacih ya atas tanda ingatan ni..Satu ketika dulu kak ada teko besar comel bunga ni tapi dah letgo..ni menggantikan teko yang dah tak de tu..satu kebetulan pulak. Pada Aida, teruskan hobi yang unik ni...
Dalam pada kita melayan hobi, semoga kita dapat mewujudkan siratulrahim sesama kita semua...
Apapun tabik spring pada yang boleh bungkus macam ni..sebab akak pun tak mampu nak buat..sebab tu tak boleh nak jadi tokey pinggan lagi..memang mencabar masa membungkus dan mengepos..bukan sedikit masa digunakan ..terimakasih pada semua yang pernah mengirim barang , kerana tanpa sokongan kalian susah la nak kumpul koleksi pinggan lama ni..jumpa lagi ....bai..bai...

