Wednesday, 9 December 2009

Teko Labu ASMARA

Kepada peminat teko termasuk diriku, seronok tak kalau tiba-tiba ada rakan-rakan bagi teko tanpa dijangka...seronokle ya jawabnya sebab tak payah pergi cari dapat pulak teko pemberian seseorang.... Tak taulah orang lain, tapi aku tak pernah menolak rezeki walaupun tak dijangka....bak kata orang tua-tua dulu rezeki jangan ditolak bala jangan dicarii...walaupun teko tu mungkin tak masuk dalam impian ambik jangan tolak........
Begitulah ceritanya, akak pergi bertandang ke rumah jiran sebelah je untuk tujuan menghantar pakaian2 yang perlu dibaikpulih hehehe...zip tercabut, seluar terkoyak dan macam2lah ..jangan kata akk ni malas ya. Sebenarnya mesin ku dah tak mahu bagi service dah merajuk ..lama dah tak usik..Hantar baiki mesin..jalan duaratus lebih..pakai kejap ..kong balik...malas nak bela dah .. Almaklum dah masuk 21 tahun usianya...boleh masuk gelari antik tu... jangan tak tau lama2 pun mesin elektrik jahit bunga2 lagi.... Duduk sembang2 ASMARA jiran ku ini.. aku pandang2 juga koleksi pinggannya dalam almari semuanya yang baru2, tiba2 dia mengambil teko dalam almarinya tu dan menyerahkannya kepadaku untuk dibawa balik..
Akk tanya mengapa? Di jawabnya " sebab kak nor kan suka simpan teko...ambiklah saya dah tak nak pun, lagipun cawan2nya pun dah pecah. Dah lama sangat teko ni..." apa lagi sambil tersengih je lah sambil menadah tangan.Tapi dalam hatiku ini pun berkata-kata ..tak malu ke aku ni.issh tak boleh fikir gitu..orang ikhlas kita pun ikhlas....yang penting niat kita tu..setuju ke ngan pendapat akk ni..terpulanglah asalkan kita bahagia...kepada MA terimakasih banyak ya kerana sudi bagi akk simpan..begitu juga kepada blogger2 yang pernah barter & berusaha tolong carikan ..terimaksihlah atas keikhlasan kalian..hanya Allah yang dapat membalasnya..kalian tetap di hati ini..ok bye..bye......lap u alls

Tuesday, 8 December 2009

Kuning Oh Kuning..





Berjumpa lagi kita..N3 ni khas untuk si kuning ni..dan untuk tatapan istimewa Shas yang duk kat utara le ni.....cawan yang dah lama dalam koleksiku..tak beribu ..Dalam mencari tu kak dapat sebiji teko kuning hasil pesanan dengan Ajmah..tapi tak berapa nak ngam juga.






Teko Labu Kuning





Hari ni terlihat paparan dari Warisan Bonda....haaa tu la ibu sebenarnya..Shas oh shas..cheq tengok betui2 noo...anak-anak tekomu ada di sini ya..sudi ke nak berbarter ngan kak ni ..harap2 mu sudilah ya..nanti ku hembus-hembus sikit biar cair sikit ....





Teko Kuning - gambar ehsan Warisan Bonda




ok Shas, perbezaan teko hanya pada corak yang ada pada badan teko tu..Koleksiku tiada corak..Shas punya bercorak macam cawan-cawan ni juga...ok Shas tenung betul2 ya.. hehehe. baiklah kita jumpa lagi untuk kisah seterusnya....bye semua..

Monday, 7 December 2009

RED ROSES






Salam semua....pertamanya terimakasih kepada semua pengunjung Satu Nostalgia..kesudiaan anda semua untuk singgah walaupun seperti bayu berlalu sangat dihargai..tambahan kalau kalian semua menyapa dan bertanya khabar ....Juga kepada semua yang sudi jadi follower...terimakasih dan salam ingatan dariku...awat malam ni jadi sentimental sangat ni ...Malam ni juga gatal tangan nak n3 juge pasal pinggan lama ni..Apa yang ada .. ni kira koleksi lama juga kut..Red Roses





Mug Red Roses


Rasanya Red Roses ni banyak versi...ada yang juga keluaran terbaru..tapi yang n3 malam ni bagi kak versi lama punya...apa pandapat kalian yang ada koleksi ni..versi roses ni merah terang menyala macam cilibesar merah tu...kalau tengok yang versi baru merah juga tapi bagi akak yang lama ni lawo lagi..







Ini teko redroses ..pinjam jap dari StorAntik...cantikkan bentuknya tu...macam seorang maharaja yang sedang bertakhta...tengok tutupnya tu....husssh..macamanalah rupa cawan-cawannya tu. Di bawah ni saja nak selitkan koleksi mug yang akak kutip dari kedai apek...sebab cantikk bunga-bunganya itu....dari dulu memang suka kat mug2 ni, yang baru banyak polos je...tapi yang lama memang bunga-bungaan penuh..







Mug Ocera Blue





Sejuk mata memandang...dinding mug ni pun berkeluk-keluk






Ini bunga di sebelah badan mug




Ini pula bunga-bungaan di sebelah lagi..macam sejambak bunga kat kedai bunga








Di bawah ni mug bunga gandum ..salah satu koleksi yang tak puas mata memandang



Mug Bunga Lalang






Mug..mug.... mug..harap2 lepas ni dapat tambah mug lagi..Pada sesiapa nak mug redroses adalah lebihnya..boleh barter le kita ni...akak suka proses barter membarter ni sebab boleh terbina tali hayat antara kita...pada ku nilai barangan barter terpulang pada kehendak diri..nak dikira nilainya tak kan sama ..lainlah kalau menjual sudah di kira lain pula...apa ni..lama ngat tak potpet ngan budak2 agaknya...cakap sorang2 lah pulak ni..ok jumpa lagi..... semoga kita bahagia dengan kehidupan seharian dan sentiasa diberkatiNya.



Saturday, 5 December 2009

CARRIBBEAN BAY RESORT








Salam semua...hari ni nak kongsi sikit info tentang satu tempat percutian di sebelah pantai timur...baru dibuka 2 bulan lepas. Tempat ni memang dibuat di atas tanah seluas lebih 200 ekar..dan baru diteroka sebanyak 80 ekar...terletak di Gambang jalan menuju ke Kuantan.




Hari Jumaat lepas 4hbDis. kak ikut suami..kena meeting kat sini. Anak ikut 2 orang je..konon nak mandi-manda..apa nak buat gi musim hujan.. x keluar bilik lah sudahnya...sudahnya kami tengok hujan turun....




N3 ini sebab ada kawan-kawan nak tgk ..mana tahu cuti ni nak bawak anak bermain air dan segalanya ada...makan tak de kena makan kat hotel..siap duit je..kalau tak gi keluar cari makanan ..











Antara apartment yang boleh disewa...konsep apartment di sini ialah pembeli membeli dari pemaju sini dan pemaju menyewakan semula dari pembeli secara kontrak..Alkisahnya kak ni salah seorang pembeli apartment ni juga tahun lepas.....dah bayar deposit pun tup2 takut risiko , kak pi batalkan tanpa pengetahuan suami.....le ni tengok tempat membangun dan ramai benor yang datang , rasa pulak nyesallllll....tapi tak pelah tak rugipun tapi tak untung...ye le tu nak nyedapkan hatiku ini je..












Pemandangan dari bilik ..hujan turun tak berhenti2 ...nasihat kak tak yah pegi waktu ni..silap2 terkurung kat sini tak boleh balik sebab air dah naik sampai jalan kat jalan besar luar sana..tapi best juge sesekali gitu ...






Taman tema air...jauh ke belakang lagi banyak tempat bermain air..gambar ambk dari jauh sebab dah nak balik petang semalam..luas lagi di belakang tu..



Ini tempat sewa motor lasak . Sekali naik RM30. boleh ronda sampai dalam hutan..Jungle tracking..best ni...




Rumah kuda..boleh naik kuda kat sini...luas kawasan ni tapi kuda pun tak nak keluar sebab hujan















Ini depa baru balik dari jungletracking..sewa motor ni redah hutan ...kalau accident mintak tolong ngan pak belang hehehe




Ahmad geramm sebab tak dapat mandi ..berkurung dalam bilik.....



Okey ..sampai sini je yang sempat dirakamkan ..gambar tak memuaskan..kalau kita pi sendiri tengok memang tempat ni besar dari yang lain2. tu luas ...okey sesiapa yang bercuti pi tengok dulu kajian cuaca..biar selamat....ok byeeeeee























Friday, 4 December 2009

Kemunculan yang ditunggu-tunggu.....



Assalamualaikum sahabat-sahabat sekelian...bagaimana kita hari ini..semoga kita sentiasa dalam keredaanNya....Cuti-cuti ni semua orang ada aktiviti...tak kira apa jua..malam ni pun kak tidak berada di rumah kerana meneman suami meeting di Gambang Resort City...di pantai timur..satu tempat reakreasi ala2 sunway lagoon yang terletak atas tanah seluas 200 ekar lebih... kita cite lagi ya..
Disaat duduk mengadap pc tiba-tiba dapat satu sms masuk...kemunculan blog antik yang namanya pun dah memang sedap didengar.....jeng..jeng....Beliau duduk didaerah yang sama tapi kami ni jarang jumpa. Almaklum masing-masing sibuk memanjang...
Kak nak kongsi dengan kalian kemunculan seorang lagi blogger antik SALINA dengan blognya STORANTIK. Sila layari beramai-ramai storantik.blogspot.com/ Promosi percuma je ni na..cayalah. Rakanku ini baru je terkena virus ni, tapi koleksinya memang mengancam jiwaraga...tak caya pi tengok ....Okeh , selamat datang ke dunia antik ni na...Jangan cepat kecewa kiranya tak jumpa2 barang2 yang dicari..kerana bila dapat kepuasan hanya kita je yang tahu....ok sila layannn

Monday, 30 November 2009

Terapi Minda & Mata


Bunga kantan



Salam bahagia semua yang mengunjung di sini...sekarang musim cuti panjang untuk persekolahan anak-anak kita....ada yang menghantar anak tuisyen supaya jgn leka dirumah dan ada yang belajar di rumah saja ..yang dah tentu memerlukan komitmen yang tinggi untuk melakukannya....bagiku kalau menghantar anak kekelas tuisyen musim cuti ni mestilah datang dengan kehendak hatikecilnya juga...kalau dipaksa memang tidak bermakna apa-apapun ..hanya masa & wang ringgit yang terkorban....... itulah dugaan yang mendatangi kita dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.....jika dibandingkan dengan zaman kita dulu sangat berbeza..tak perlulah diceritakan disini....... hanya diri ini selalu berdoa kepadaNya semoga dipermudahkan urusan mendidik anak-anak supaya mereka menjadi anak-anak yang beriman dan berjaya. Bercerita mengenai komitmen ni, akak nak berkongsi cerita tentang kisah kakak sepupuku yang memang sangat komitmen dalam apa saja perkara yang dilakuknya.......
Oklah, masa beraya dikampung minggu lepas, sempat akak menziarah sepupu kak yang tinggal berdekatan dgn rumah arwah abah akak....walaupun tinggal dekat dgn rumah kelahiranku tapi kak jarang berkesempatan mengunjunginya disebabkan akak duduk jauh dari kg asalku itu... hanyak nak kongsi cerita ..tentang sepupuku ini yang sangat rapat denganku semasa kecil hingga kami meningkat remaja.....kami terpisah lama selepas itu, kerana beliau berhijrah ke luar negara. Hanya berjumpa semula setelah beliau pulang dan membina rumahnya dikg kami....





Semasa mengunjungi rumahnya yang membuatku terpesona ialah cara dia mengisi rutin kehidupannya dengan membuat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk dikongsi bersama...apa yang sempat dirakam di sini ialah hobinya menanam perlbagai jenis bunga -bungaan yang boleh menyebabkanku terlekat mendengar ceritanya tentang bunga-bunga ni...saja ku rakamkan dalam blog ni untuk terapi minda dan mata....





Ini ialah pandangan hadapan rumahnya...sepupuku ini beruntung kerana kawasan rumahnya sangat luas hingga boleh buat aapa-apa aktiviti digemarinya..selain menanam bunga , beliau juga memelihara segala jenis ayam dan itik....dan juga mempunya kebun yang luas di belakang rumahnya.....
selain itu beliau juga mempunya minat melukis dan mempunyai rumah kecil berasingan untuk lukisannya....sesungguhnya beliau seorang yang berbakat dan mempunyai comitmen yang tinggi walaupun membuat perkara yang kita fikir remeh temeh....





Bunga2 raya ini adalah sebahagian koleksi bunga yang ditanamnya..selain ini ditanamnya juga herba2 yang sangat jarang dijumpai di sini..akak akan N3 kan secara berperingkat tentang sepupuku ini.. teruja ku nak berkongsi satu minatnya lagi iaitu koleksi pingganmangkuknya yang boleh buat bijimataku terjojol keluar.....apappun layan dulu le n3 ni ya...kita jumpa lagi.....byeeee.

Sunday, 29 November 2009

Sekuntum Mawar Merah...Sebuah Puisi......


Sekuntum mawar merah...sebuah puisi......
Untuk gadis pilihan..ohhhhh...di bulan Febuari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran...
ribuan mimpi-mimpi ohhhh di bulan Febuari.....
















Salam semua...keindahan Oriental Ceramic Red Roses adalah pada bunga rosenya yang terang benderang dan besar..Ini juga antara set yang terawal dalam senarai koleksiku..mula-mula jumpa jug susu & piring kuehnya 2 keping je...masa tu belum explore blog2 member semua... Dah masuk blog rupa-rupanya ramai yang ada set lengkap red roses ni..sebab kecantikkan rosenya yang merah menyala menawan kalbu..... Semua orang mahu memilikinya....








Dari seciput, redrosesku semakin membiak..teko & cawan2nya adalah ihsan rakanku ..itupun diminta dari makmertuanya sebab kawanku tengok semuanya dibiarkan dalam gobok lama..sampai jadi sarang anai-anai katanya..dapat ke tangannku, ku polish hingga bersinar-sinar dan memancar2 cahaya rosenya itu...






Selain itu koleksi ku bertambah melalui sepupupapatku yang masih menyimpan pinggan2 kini tapi tak terliur nak menggunakannya lagi..dengan rela hati diserah kepadaku.. Ada juga dapat di kedai-kedai apek seperti mangkuk nasi besar ..boleh tahan juga regenya tak seperti yang kusangka...kalau boleh hunting kat kedai apek tu naklah murah2 sebab dahlah berkarat , berdebu dan kita kena cuci lagi...satu lagi kita cari sendiri sampai hidung ni naik resdung .....







Kalau dah cuci bersih siapalah yang tak memuji... semua puji cantikknya bunga pinggan ni ...sedap telinga ni dengar ....tapi koleksi ni dsimpan bukan untuk dipuji tapi untuk terapi minda dan mata......tapi kalau nak puji kita terima ikhlas.. Kalau dah cantikbersih , kita pun teringin nak makan dalam pinggan -pinggan ni ...









Jemput makan kawan-kawan semua, nasi tomato, ayam masak merah, hati masak kicap & sambal terung...bolehlah tu. Dah bubuh makanan pun bunga rosenya masih menyerlah mengintai di celah2 makanan...itulah yang mahal tu...










Sebelum makan marilah kita bersyukur dengan rezeki yang diberiNya....






" Ya Allah, jadikanlah ia (makanan ini)


rezeki yang baik, tiada tuntutan padanya dan tiada pula hisab"









"Ya Allah, berkatilah kami rezeki yang telah Engkau kurniakan


kepada kami dan peliharalah kami daripada azab api neraka"





Kemudian barulah kita menyuap makanan / mengangkat minuman


dengan menggunakan tangan kanan.












Petikan: Indahnya Hidup Bersyariat


Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus




Sampai di sini dulu , kita jumpa lagiii........







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails