Wednesday, 13 January 2010

Gobok Ke Almari?

Almari Lama
Almari peninggalan arwah ibu mertuaku..berusia puluhan tahun . Sudah berubah warna dari terang ke gelap sikit..Bukannya suka2 nak ubah tapi masa kami mengambilnya dari tempat lamanya di tangga luar rumah, dah hampir nak arwah alamri ni.... Mulanya nak je ku tinggalkan tapi melihat kesungguhan suami nak mengangkutnya balik..lidahku jadi kelu. Suamiku ini memang seorang yang cermat dan menyayangi barang2 lama tambahan yang ada kenangan dengannya..
Selama 3 hari almari ni dalam rumah ..aku naik rimas, banyak sangat nak dibaiki..(nasib baik cerminnya ok lagi).hingga kusuruh simpan dalam rumah stor dengan alasan kesihan kat suami nak kena kerjakan alamari ni.. Mulai keesokkannya , dia pun mulai membaikpulih almari ni sehingga menjadi seperti ini..tanpa merubah bentuk ...semua orang yang datang tanya beli kat mana alamari lama ni..mana ada jual kat kedai dah weh.... Ini sebabnya beria-ia nak pi kutip almari ni kat umah arwah yang ditunggu oleh adik iparku..tambahan almari ni depa tak pelik pun...letak aja kat luar rumah hingga naik uzur sudahnya..bila birasku tengok almari yang masih belum touch-up lagi tu, dia pun sound, ngape almari buruk pun nak simpan? Tak reti juga nak jawab sebab memang buruk pun masa tu....mesti dia ingat aku ni nak berjimat tak nak keluar duit beli almari baru...nasib diriku lah...Terimakasihlah pada suami tercinta sebab dpt berjaya beri wajah baru pada almari ni dengan mengekalkan konsep almari lama tu...
Sudahnya , koleksi yang boleh dimuatkan koleksi retro gitu...hehehe apa lagi bunga kangkungku..dan set teko black & white je...Set2 ni bagiku sesuai diletakkan dalam almari kaca ni...nampak nostalgia & macam dolu2 je... ..Hiss, zaman dulu mak2 kita sumbat banyak teko macam ni ke? Teko2 & cawan2 dlm almari tu punyalah banyak sumbernya ....Bahagian bawah tu tempat koleksi kaca2 & cawan sakura yang tidak beribu...belum ada rezeki nak dapat lagi. Tapi rezeki nak dapat ni bukan kira, ada masa kita dapat tanpa dijangka dan diduga...kadang2 bila kukenang2 perjalanan mengumpul pinggan mangkuk lama ni macam disusun-susun takdirnya........ kena stop dah ni...sambung lagi ya lepas ni ....bye...

Tuesday, 12 January 2010

Keluarga Airmata

Sambungan Koleksi Airmata


Koleksi kaca siairmata ni awalnya dari set cawan 4 biji bertambah dengan terjumpa nya mangkuk2 dan piring2 kuihnya kat kedai apek ...lama jugelah menyimpannya..tup-tup cuti bulan 12 lepas telah menemukannya dengan pinggan bujur dan pinggan bulat besar...banyak rupanya bentuk air mata ni...ternganga ku tengok Sal ada set lengkapnya itu...
u
Ini mangkuk dan piringnya.....masa beli kat kedai apek tu..cawan dah habis..hanya tinggal mangkuk2 ada besar, ada kecil...kalau sesiapa yang minat kat mangkuk2nya ini, bolehlah akak pergi tengok kat kedai apek tu nanti..tapi awas kaca ni berat mak datok ...pinggan besar tu berapa kali terbalik masa shooting...nasib tak pecah...kalau tak putih biji mata....set ni cantik kalau di malam hari liplap kena cahaya lampu...Jumpa lagi nanti dengan kisah KACA lagi di sana sini....byeee

We Care


Saturday, 9 January 2010

Sesuap Nasi Seteguk Air


Anak harimau dari Bentan,
Kena panah Raja Suriati,
Tuan di pandang tidak kelihatan,
Gundah gelana di dalam hati.

Kisah 1

Pantun 4 kerat ni sedap pulak bunyinya..sesuailah untuk menggambarkan perasaan ni sebab tu dah lama tak entry blog ni..dah perasaan gundah gelana..nak wat camne...tapi tangan ni masih nak menulis untuk berkongsi dengan pengunjung semua..Set airmata ni antara koleksi terawalku..mula-mula dapat set putih cawan..pastu asyik jumpa mangkuk & piring pulak...tak semena2 bila pergi rumah sepupuku SAL ternmpak pulak dalam almari lamanya set pinggannya yang bujur, bulat besar dan berbagai2 saiz..(selama ni tak nampak pulak) dapat pulak 4 biji darinya. SAL tak keberatan nak bagi sebab katanya tak pernah guna dan bila kenangkan kak ni mmg selalu bawa buah tangan padanya selama ni hahaha...sebab tu kita ni kena selalu bermurah hati, rezeki kitapun jadi murah! SAL beli kat Woodlands Spore zaman 70an dulu..Lepas tu jumpa pulak kat kedai apek set biru ni ..ada dua colourlah koleksi airmata ni...berat kaca ni. Koleksi terbaru belum dirakam lagi..Ini gambar yang dah ada....




Kisah 2

Sesuap nasi , Seteguk air

Perumpaan ini ku N3 khas untuk kenangan yang sempat dirakam dan disimpan dalam album kenangan. Foto2 dibawah menggambarkan manusia mencari rezeki untuk soruu...gambar 1 ni bersama adik porter (semasa ekspedisi mendaki gunung kinabalu) yang ku upah bawa barang ke Laban Rata tempat kami berehat sebelum ke puncak pada pukul 2 pagi. Upahnya bawak naik dan turun ..I kilo rasanya RM7 . Barang2 tu adalah 10 kilo...diri ini nak bawak tongkat tu pun tak larat..
Gambar 1

Adik porter ni memang setia betul ..setiap kali ku berhenti kepenatan, dia akan berhenti walhal dia langsung tak nampak penat weh..Sepanjang perjalanan tu dia pun dapat habuan coklat, kismis, gula2 yang ku bawak utk tenaga...Walaupun aku takut tak cukup bekalan nanti ..tapi tetap ku beri sebab kesihannnnn. dia hanya pegang 1 botol air mineral je..Lepas tu kami akan isi air di setiap station rehat dengan air gunung yang memang ummmph..Tak cakap banyak budak ni..diam je..mungkin 1 teknik untuk menyimpan tenaga untuk mendaki. Bayangkan pendakian ku bermula pada pukul 9 pagi berakhir pukul 5 petang di Laban Rata untuk berehat...




Jangan chupar cempedak bongkok,
Cempedak bongkok banyak bijinya,
Jangan chupar orang burok,
Orang muda baik budinya.

Selain mengambil upah membawa pakaian pendaki gunung, mereka juga ambil upah bawa tong gas dan bahan2 makanan mentah utk cafe di tempat rehat kat Laban Rata tempat kami berehat sekejap..kalau tengok depa ni mesti timbul rasa insaf pada kita yang lebih bernasib baik... Adalah terdengar di telinga ni , Mat salleh yang sama2 mendaki masa tu mengumpat kenapa kerajaan kita tak hantar je dengan heli barang2 tu ke atas....kononnya mereka kasihan tgk porter ni bawak tong gas berat tu...walhal itu adalah pekerjaan mereka..kalau guna heli habislah tertutuplah punca pendapatan mereka ni.. Rasanya nak menyampuk juga masa omputih tu cakap tapi tenaga kehabisan..tercungap2 camne nak bercakap...hanya cakap dalam hati je le tak cerdik juga omputih ni....sempat mengata lagi tu ..hehehe



Gambar 2

Penjual kerang ni mana satu ..tekalah sendiri ya.heheh. Suka betul dengan jualannya .Tapi apakan daya tak boleh nak membeli sebab perjalanan jauh lagi . Tak kan nak usung ke hulu ke hilir..Hanya aku kasihan dengar penjual ni merayu2 suruh beli..murah yang amat..Tau tak berdiri tegak di tengah2 panas menunggu pelanggan..Selama ku berdiri kat situ lebih kurang 20 minit juga tak de siapa yang sudi singgah...


Gambar 3



Adik ni pula menjual di atas lantai...berlengas tak berbaju..meneruskan tradisi keluarga..Beruntunglah anak-anak kita semua...Kepada anak-anakku tengoklah kehidupan ini..bersyukurlah kalian semua dengan limpah rahmatNya. Sebab tu emak kau orang ni kecewa sangat kalau kalian main2 belajar dan sentiasa demand tak tentu pasal. Bersyukurlah dengan apa yang diberi dan kalau nak lebih-lebih tu usahalah dari sekarang, memang berbaloi apa yang kita perolehi nanti...




Gambar 4



Kumpulan pemuzik buta..mencari sesuap nasi dengan kemahiran yang ada....Sesungguhnya tangan yang menghulur itu sangat mereka hargai...Masa belajar dulu pernah ku temuramah seorang pemuzik buta di pusat latihan orang buta. Beliau buta selepas berumur 37 tahun sebab penyakit mata...bayangkan dugaan yang diterimanya..Setiap kali kutemui penyanyi2 ni di jalanan , teringat nasib pakcik itu....mencari rezeki dengan hanya menyanyi yang belum tentu disukai oleh orangramai yang lalulalang...



Gambar 5



Pak cik ni termenung panjang ..mungkin sedang terkenangkan sesuatu..tak taulah apa ya..Tau berapa rege tembikai merah tu..Ku perlu bayar RM2 je untuk makan sebanyak itu..tapi tak taulah sekarang ni...Semoga pakcik ni lebih makmur perniagaanya .




Gambar 6



Kehidupan perlu diteruskan dengan apa cara sekalipun...Bila ku renung2 betapa diri ini perlu bersyukur dengan nikmat yang begitu besar yang Allah telah berikan . Sebab selalu terleka dan tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Betullah wanita ni ada 9 nafsu..semuanya kalau boleh nak ...hingga tak sedarkan diri termasuk dalam melayan hobi mengumpul koleksi pinggan ni hehehe.Lepas ni ni kenalah muhasabah diri.. Doaku, dalam memenuhi keinginin diri semoga aku tidak lupa pada yang lara .......









Thursday, 31 December 2009

SELAMAT TINGGAL 2009...WELCOME 2010 !



Salam bahagia ....kepada diri ini, keluargaku, follower, rakan2 blogger dan pengunjung blog Satu Nostalgia ingin kuucapkan selamat menyambut tahun baru 2010. Bermakna kita menginjak setahun lagi .. bukan tahun je yang menginjak..umur tu yang paling penting sekali dalam kamus hidup kita ni...Ku tengok rakan2 blogger bikin N3 khas ..teringin juga nak wat tapi tak reti2 nak download gambar yang sesuai..Yang ku reti browse dari gambar yang dah ada..cari2 jumpa le potret masa kat puncak gunung Kinabalu tu..sesuailah tu ye..lambai2 lagi ucapkan selamat tahun baru kat u all hehehe..ignore gambo hero tamil kat belakang tu...ku ingatkan dari India ..rupa2nya dari Kelang je...1 Malaysia !
Sempena malam ni mlm akhir 2009, ingin ku singkap kembali satu dua perkara yang berlaku semasa proses mengumpul dan mencari barang-barang lama ...Memang dah lama minat kat pinggan mangkuk ni..tak kiralah lama ke baru janji cantik di mata ni..ku beli sikit2..Yang menjadi-jadi dok kumpul barang lama ni selepas tengok blog2 antik ..sebelum tu aku ni selalu follow blog2 masak..sebab memang suka main masak2 ni tapi rupa2nya tidak seghairah tengok blog koleksi lama ni. Sampai ku gagah juga untuk buat blog koleksi lama ni ...susahpayah bukan aku seorang yang tanggung, habis rakan2 kelilingku susah juga sebab nak mintak tolong tak berhenti nak publishkan blog ..sampaikan rakan maya Shas Warisan Bonda pun tersusah payah juga nak bantuku wujudkan Satu Nostalgia ..Terimakasih berbanyak kepada semua ya..





Semoga 2010 yang bermula pada tengahmalam ni memberi kita semua harapan baru dan impian baru..Harap2 seperti bunga rose di atas..Rose ni diambil gambarnya di Kundasang..kaki gunung kinabalu (sebelum panjat gunung ) Aku harap kehidupan akan datang akan seceria bunga rose merah ni dan mewangi sepanjang tahun..Azam tahun baru, rasanya semua orang nak buat yang terbaik dan mengharapkan hasil yang terbaik..Apa-apapun keredaanNya adalah segala-galanya........






Teko -teko mini kat atas ni gambar lama . Saja N3 semula sebab teringat masa hunting teko dari kampung hingga balik ke Pahang...Entah apa mood suami kak baik sangat hari tu..Bermula dari Bahau, kami dah singgah menyinggah nak cari teko sampailah kami berhenti di setiap pekan kecil yang kami lalu sepanjang nak sampai ke Temerloh...Pekan-pekan yang kami singgah tu adalah jumpa sikit2 tapi bukan koleksi idaman macam otai2 jumpa..Aku ni dah naik penat..anak bujang yang drive ..suami jadi bigboss beri arahan...Sampai kat pekan kecil,my hubby nampaklah satu kedai lama atapnya pun zing dah naik karat..katanya mesti banyak pinggan lama ni..aku kata tak payahlah dah penat..tak de nanti wat penat je...Dia suruh try juga..Nak ku tolak kang,kok ada melepas pula .ikut je. Aku pun turun dan masuk kedai nyonya tua tu..tanya macam ni
Aku :"Ada teko lama ke nyonya?"
Nyonya : "Apa tu?"
Aku:" Itula, buat air punya" (Sambil tu ku tunjuk aksi bch air)
Nyonya: " Oh ada-ada.lu mau berapa? Mari2 ...."
Dengan semangat bercampur gumbira aku ikut nyonya tu ke depan kedai..lalu ditunjuknya padaku satu benda ..sambil bertanya berapa mau?Ku jawab saya bukan mau susu cap teko..saya mau teko...haiya!!!!! Masuk kereta masing2 nak tunjuk sapa ketawa yang paling kuat....Inilah peristiwa yang aku tak boleh lupa..dah berlaku 3 bulan lepas...Macam2 kes teko ni..baru-baru ni dapat kiriman dari Rayna..2 biji teko dah jadi 4 biji huwaaaa..Harap lepas ni selamat ya....Dalam pada itu teko kiriman yang lain2 tu selamat ..alhamdullilah...





Ini satu lagi peristiwa dalam pos mengepos barang lama ni..agenda bungkus dan mengepos ni yang paling ku tak gemari...betul-betul menduga kesabaran kita...tapi sekurgnya memahirkan diri dalam proses membungkus ni..Hanya di sini kak nak kongsi cerita proses mengepos..
Bungkusan pertama yang kuhantar ialah kepada Shas ke Perak..Pejabat pos di tempat aku tinggal ni menolak mentah2 bungkusan ni..katanya pergi ke Pejabt Pos Laju..yang 5 km dari pejbt pos itu...Aku pergi dan tanpa apa2 prejudis menimbang berat dan petugas itu maklumkan berapa kena..rupa-nya bukan timbang , depa ukur kotak tu..tau berapa RM45 ko...terkejut beruk sekejap..katanya lebih baik pergi ke pejbt pos. Aku cakap pejbt pos ....tak mahu terima, depa hairan..disuruhnya aku pergi ke satu pekan lagi yang jauhnya 5 km lagi dari situ..pegi juga sebab malas nak tangguh2..Pejbt pos ni terima tanpa banyak songe...hairan juga pejbt pos Malaysia ni tak selaras ke??? Habis cerita yang ini..hari2 berikutnya ada juga kirim bungkusan ...aku cuba nasib dipejbt pos tempat aku tinggal..lepaslah juga selepas bersoaljawab ttg kandungan kotak tu, itupun bergantung kepada kerani yang bertugas.


Nak dijadikan cerita hari ini,ku pergi lagi ke pejbt pos ini utk pos 2kotak ke JB dan 1 kotak ke Sg Karang. Ku isi borang pengiriman, dah ambk nombor beratur untuk bayar setem bungkusan. Sampai giliranku, kerani pejbt pos tu tanya apa isinya ..ku jawab kaca dan tembikar..Terus ditolaknya sambil berkata pejbt pos tak terima hantar barang2 macam ni....Apa lagi setelah berkali2 ku tahan sabar..hari ni tak boleh nak tahan dah..ku tanya kerani tu kenapa pejbt pos Malaysia ni tak selaras...Kenapa di bandar satu lagi boleh pos? Dia boleh jawab pergilah ke sana pos... Ini ibarat menjolok sarang tebuan ni ..tak boleh jadi ni weh..Aku pun bertanyakan soalan bertubi2 macam peluru sesat..sampai keluarlah ketua pos nak tau apa yang bising2..dengan ketua2 pos tu kena peluru sesatku ini. Ketua pos ni kata mereka takut didakwa kalau barang2 tu pecah..lepas tu kujawab kami tak pernah terfikir nak dakwa pun kalau barang2 yang kami terima pecah sebab memang kena tanggung risiko sendiri semua tu..kami ni pun faham juga masalah2 penghantaran...Moral ceritanya di sini ialah cara petugas kaunter tu bercakap dengan pelanggan..tak mesra pelanggan langsung..tak padan dengan umur yang muda ..bayangkan ada ke disuruhnya kita pergi pejabt pos yang boleh terima bungkusan tu semata-mata dia tak mau terima...tak cukup kursus budak ni...puas hati ku dapat meluahkan rasa dan perasaan ..itupun puas ku control bahasa....selepas itu aku masuk kereta siap tanya kat anak kecilku..mak tadi marah sangat ke? Anak ku jawab belum sampai 100% marahku..tapi semua orang dengarlah suara mak dalam pejabat pos tu bercakap.. Gasaklah, sekurang2nya petugas2 pejabat pos kawasanku ini kena muhasabah diri dan cuba khatamkan Piagam Pelanggan kat dinding tu....Yang pasti , ku tak pergi dah pejabat pos tu rasa2nya..dah kena blacklist ni..






Cukup di sini ..penat dah dok mengarang dari tadi. Tahun 2010 menjelang tiba..semoga harapanku yang tinggi melangit ibarat puncak gunung ni menjadi realiti tahun 2010..banyak perancangan diharap terlaksana....






Kepada semua yang dikasihi...SEMOGA KITA LEBIH BERJAYA DALAM MENCAPAI DAN MENGGAPAI IMPIAN PADA TAHUN 2010. MARI KITA SAMA-SAMA MERINTIS RANJAU KEHIDUPAN YANG MENDATANG........SELAMAT TAHUN BARU 2010 !!!!

Wednesday, 23 December 2009

Masa berlalu tahun bertambah

ALMARI SOLEK ZAMAN DULU
Salam semua. Dalam keghairahan melakukan aktiviti harian tak sedar kita sudah kepenghujung tahun 2009...Bagiku tahun ini ku tutup dengan pelbagai peristiwa yang telah berlaku....sekadar ingin berkongsi cerita dengan kalian...terutama dengan rakan2 sebaya yang dah masuk era...life begin at 40!! ....hehehe muda lagi...kepada yang belum 40 tu , bersedialah anda ke arah perubahan ni...
Hanya nak berkongsi pengalaman menjalani ujian mamomgram...mengesan kanser payudara...aku rasa semua wanita jangan mengecualikan diri untuk ujian ini..Ini adalah satu cara yang paling cepat utk kita kesan cik2 kanser ni ada ke tak dalam badan kita....bukannya berani pun nak buat tapi kupaksa2 diri. Menjelang nak menjalani ujian ini, mood untuk berblog dah hilang lesap, ghairah bercerita pasal pinggan lama2 tak wujud...selepas ujian ini pun mood nak N3 baru pun payah sgt nak keluar ...semata2 MAMOMGRAM ini..spelling ni betul ke?
Tak perlulah cerita bagaimana ujian dijalankan...sakit? taklah sakit macam kita nak melahirkan anak tu....selepas doktor diagnos hasil xray tu..juruxray kata macam ni " Puan, ok boleh tukar baju semula dan balik ya...no follow check up"
Rasa syukur yang amat sangat bila dengar ni...legaaaa. Aku pun segera menukar baju, tiba2 dtg semula juruxray kata macam ni "kak..akak..tukar balik baju tadi, doktor nak buat ultrasound..." Aku rasa dunia dah runtuh!!!!.. ultrasound bermaksud somethingwrong somewhere....Aku pun dibaringkan dan doktor Mymar sambil buat ultrasound smbl potpet dgn juruxray...lututku dah menggigil2..... takut plus kesejukan..
Waktu inilah kuberdoa kepadaNya sekiranya ditakdirkan terdapat virus sgt ditakuti ini, aku memohon dan berdoa bersungguh2 supaya masih ditahap 1...bukannya tahap 4...terbayang anak-anakku dan suamiku..Diwaktu inilah aku terkenangkan perasaan wanita2 yang mengalami kanser payudara dan bagaimana mereka nak menghadapi hari-hari yang mendatang...aku jadi pilu seketika dan insaf dengan kehidupan ini....rupa2nya doktor mengesan terdapat biji2 air disebelah kiri yang dipanggil sis..aku bersoaljawab dan doktor menyenangkan hatiku dengan mengatakan bukan sintom kanser pun, rasa nak kupeluk2 doktor tu....Tapi dalam pada itu kena buat rawatan lanjut sebab dah termasuk dalam rekod perubatan ...Alhamdullilah..Baru diriku diuji sedikit olehNya , aku dah tak mampu nak menahan rasa...Sejak peristiwa ni, kalau boleh nak cakap dengan semua wanita seangkatanku pergilah menjalani ujian ini utk kebaikan juga...lebih baik mencegah sebelum parah..kepada yang pernah menjalaninya, marilah kita berkongsi pengalaman ni sambil memberi info kepada rakan2 semua





KOLEKSI TEKO KECIL & CREAMER

Dalam pada itu , aktiviti harian padat dengan menguruskan mak akak nak kahwin...saudara mara lagi...hingga tak blh nak n3 baru..ke hulu hilir....Rasa2nya sebelum hilang terus mood berblog ni..ku gagahkan juga mengadap pc ni.. Kalau dah berblog pasal koleksi lama tak boleh nak tinggal..Ni salah satu almari lama yang dah ada dalam rumahku ini....sapa yang ada almari ni n3lah ya...Ku letakkan creamer2 dan teko2 mini.. bila kupandang koleksi mini ni terkenangkan pulak biji2 air-sis yang terdapat dalam diriku ini..hisss ..Ada juga antara koleksi ni nak ku letgo dah sebab yatimpiatu ..bukan semualah...kalau nak barter2 bolehlah kut...tinggal pesan ya. Jumpa lagi.SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009.......

Thursday, 10 December 2009

Emak ku kahwin lagi..



Salam ceria...N3 diteruskan dengan cerita tembagaku yang seciput ni...dah lama kusimpan barang2 ni ..nak tambah tak juga. Usia tembaga ni pun dah berpuluh tahun...Bekas tepak sireh dua-dua tu arwah MIL punya.. sekarang dalam simpananku. Hanya vase tembaga tu akk punya , hadiah perkahwinan kami dah lebih 21 tahun dulu. Piala lama yang ada tu pulak souviner dari tuan rumah yang akk beli ni..rumahnya pun antik, sampai member kata porchnya macam zaman P.Ramlee..apa nak kata sebab yang kami nak beli tanah rumah ni sebenarnya. Ok, terpanggil untuk N3 tembaga sebab banyak sangat jemputan kahwin cuti sekolah..sampai satu hari tu pernah pi smpai 4 buah rumah aduhai...tapi jemputan kahwin kenalah pegi..besar harapan tuan rumah menunggu..








Tepak sireh ni walaupun akk simpan tapi macam brg wakaflah jugak sebab MIL punya dulu.. Bulan 8 hari tu pun dah lepas ke Sabah untuk meminang bagi pihak anak saudara suami...laku jugalah akan datang tepak sireh ni ,sebab ramai lagi cucu arwah ni yang tak kahwin...Sebut pasal kahwin2 ni...dalam menyusun jadual untuk menghadiri undangan perkahwinan, pening kepala sebab dalam masa yang sama mak akak pun nak kahwin..hehehe jangan terkejut...Tarikh kendurinya tu(siap pasang khemah u) sama pulak dengan abang ipar nak kahwinkan anaknya ..Mak oh mak...camnalah besok ni...Tapi legalah sikit sebab mak maklumkan akadnya diawalkan dari tarikh kendurinya itu...









Mak telah menjanda selama 10 tahun lebih..tinggal keseorangan di kampung kami yang rumah pusaka tu duduk atas tanah seluas 2 ekar lebih.. Selepas adik bungsu pi Matrik tinggalah mak ni sorang2. Sekarang ni dia terpaksa menyewa rumah di pekan kecil jauhnya 2 kilometre dari rumah kampung...Kadang-kadang kesian juga kat orang tua ni sebab yang anak2 sibuk memanjang...balik pun last2 minute..almaklum semua dengan masalah masing2...Macam raya haji yang baru lepas, nasib baik ku balik sebelum raya, kalau tidak mak dah nekad nak bungkus kain baju nak bawak diri beraya ke bandar yang anak2nya ramai duduk...Itupun aku sampai malam raya, mak dah siap masak rendang & tempah lemang. Sebab tu keputusannya untuk kahwin lagi , kami relakan je sebab dapat juga dia kawan bersembang dan menolongnya..Anak mana yang suka mak dia kahwin tapi kita jangan fikir perasaan kita je, fikirlah kenapa mak bertindak macam ni..aku menyokongnya walaupun sedih juga..almaklum dah ada suami lainlah pulak rentak mak ni nanti..Hanya aku berharap dan berdoa semoga mak dijodohkan dengan lelaki yang bertanggungjawab dan menyayanginya sepenuh hati...sanggup membahagiakannya dan ikhlas mengahwininya..Mak akk ni masih sihat dan berniaga kecil-kecilan semenjak arwah abah akak ada lagi. Kami ni semua sepuloh orang adikberadik kami teruja juga menunggu saat-saat mak berdua..semoga mak bahagia.




Bekas tepak kat atas tu peninggalan mak mertuaku...Sebelum mak mertua akk meninggal , kami duduk bersama arwah hampir 7 tahun juga..Arwah meninggal ketika sedang menunaikan fardhu maghrib malam kejadian . Ketika arwah MIL sedang sujud , beliau kembali kerahmahtullah... ingat lagi aku sedang membasuh pingganmangkuk di dapur, suamiku bercakap kenapa mak sujud lama sangat..tak sedap hatiku mendengarnya..Ku suruh suami memanggil mak tapi suamiku macam terpaku..aku bingkas menuju ke arahnya dan memegang badan MIL. Arwah terus rebah dan menyebabkan kami semua tergamam dan dengan keadaan menggigil, kami mengangkat arwah menuju ke hospital ..tetapi Allah lebih menyanyanginya dan pemergianNya adalah pada malam rakyat mahu menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita 310g0s 1999. Sudah 10 tahun arwah pergi tetapi aku rasa macam baru je berlaku semalam...sesuangguhnya apabila seseorang itu telah tiada , baru kita rasa kehilangannya..Oleh itu bagiku, selalu mengingatkan diri ini biarlah seseorang itu ada dari tiada...terlalu banyak kenangan yang mengimbau apabila seseorang itu telah meninggalkan kita...tambahan pula kalau kita banyak menghabiskan masa dengan mereka...Kehidupan ini memang sementara.....












Tembaga dua biji ni adalah hadiah perkahwinanku 21 tahun lepas...lamanya dah tapi rasa macam baru je berlalu ....bukan kawanku yang bagi tapi kawan suamiku..berbangsa China.Selepas 20 tahun baru nak digilap sampai berkilat.Sebelum ni kusam je sbb kami ni berpindahrandah lebih jugalah 5 kali rasanya..sebab tu tak kesah nak lawokan rumah..baru ni jelah rasa nak menetap terus. Entahlah kut2 di masa depan ni berpindah lagi sebab rezeki, maut, jodoh adalah ketentuanNya . Ok lah panjang dah rasanya mengalahkan karangan nak amk PMR ni...kepada yang sudi membacanya terimakasih, kalau tak aku yang baca n3 ni berkali-kali sambil mengimbau kisah lama..jumpa lagi kita kalau ada cerita ceriti menarik .....wassalam..








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails