Monday, 4 October 2010

~ BEKAS KUIH RAYA @ KUIH RAYA RETRO ~

~ SALAM AIDILFITRI ~
KUIH SIPUT
Belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir bathin kepada semua pengunjung Satu Nostalgia. Syawal berakhir akan berakhir pada minggu ini . Walaupun kesuntukkan masa dan ruang tapi hati masih mengingati geng2 pengumpul koleksi pinggan mangkuk lama....kalian tetap diingatan walaupun blog semakin sepi disebabkan banyak kekangan... Pada subuh ni, akk nak berkongsi dengan geng2 semua bekas kuih raya ni..antara bekas kuih yang terlama ...kaca dan berat...Tak silap Mama Voque, Yatt, Ezany, kak Aton, Aida Mn, .......sape lagi ek...ada koleksi ni..pada yang akk tak sebut nama ni..maaf lah ya..nanti akk skodeng balik blog u olls ..ok jum layan bekas kuih ni & kuih-kuih lama @ retro yang masih boleh didapati hingga sekarang...

BUAH BIDARA


BANGKIT SANTAN


BISKUT KAC ANG





KUIH GOYANG


Kuih goyang ni panggilan yang biasa di tempat akk...masa kecik berlengas tolong mak buat sampai 2-3 tin biskut ..bukan tin kecik, tin besar macam kedai biskut jual tu.. Kuih goyang ni juga dikenali sebagai kuih ros. Kepada genarasi sekarang tak taulah diorang sanggup buat ke tidak lagi kuih ni ...termasuk diri akk ni...Masa kecik paksa rela sekarang teringin nak buat masa pulak...habis tu camno anak-anak nak pandai buat...


Made in ENGLAND


Bekas kuih ni ada cop di bawahnya..kena tengok betul-betul baru jelas.. tau dari mana...ENGLAND.. Akk pernah terbaca dalam blog MAMA VOQUE..tentang asal usul bekas kuih ni..Memang tebal..rasa nak test jatuhkan pecah ke tidak ..takut pulak berderai ..putih mato den pulak...apapun nanti nak tengok balik produk ni serupa pyrex ke..maksudnya kualitinya tu...pada geng2 antik yang ada info tentang bekas kuih ni bolehlah kita share ek...ok jumpa lagi di lain hari dan waktu...salam sayang..muahhhh..


Thursday, 16 September 2010

KAD UCAPAN IDILFITRI DARI RAKAN ALAM MAYA

~ SALAM AIDILFITRI ~
KAD RAYA K.AZAH

KAD UCAPAN DARI KELLY



Rasanya tak terlambat lagi nak tayang kad2 ucapan dari members bloggers yang berkunjung ke mari. Akk sangat menghargai titipan kalian..hanya mintak maaf sebab lewat ambik tapi tak pe kan ..kan... kita masih dlm mood raya ni..masih jauh ke depan..so dikesempatan ini akk ingin mengucapkan terimkasih atas ingatan adik2 ni semua yang menitipkan kad di blog akk...kalian dalam ingatan..terimakasih..cayang kalian...muahhh.



.

~ ~ KAD RAYA DARI CHAH ~



~ KAD RAYA DARI EZANY ~



HARI RAYA HARI MULIA
MOGA KITA SEMUA BERBAHAGIA

Monday, 6 September 2010

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL 2010 ~ TEKO MINI ~

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
Bulan Ramadhan hanya tinggal 2 hari sahaja lagi..Insyaallah kita akan menyambut syawal ..sama-samalah kita berdoa semoga puasa kita pada tahun lebih baik dari tahun lepas. Dikesempatan ini akak mengucapkan kepada semua rakan-rakan di sini Selamat Menyambut Hari Raya dan menyusun sepuloh jari memohon maaf andai sepanjang persahabatan kita di alam maya ini ada yang terguris rasa dan andai terkasar bahasa. Bukannya apa, kadang2 dlm keghairahan kita melayani hobi ini kadang2 kita tak jangka telah melukai perasaan orang lain secara tak sengaja. Andainya itu terjadi sekali akak memohon maaf Zahir & Bathin. Semoga Syawal yang menjelang tiba akan membawa keceriaan dan kegembiraan kepada keluarga kita & kita semua .


Entry ini susulan dari yang lepas. Almari ni bukan luas sgt tapaknya tapi akak sumbat juga teko-teko mini untuk barisan hadapan tu..pada pandangan mata akk lah..teko mini nampak besar dlm gambar tapi sebenarnya kecil je..teko2 mini tu akk perolehi dari rakan2 bloggers kecuali teko mini kangkung kiri dan kanan tu..teko kangkung tu betul2 kecil ..ini dapat dari Sabah..adik akk tolong belikan. Manakala teko mini bersegi tu diberi oleh kawan cina kami ..Mr Chan, mini kangkung bulat tu pemberian dari Shas, mini sakura tu pula beli dari blogger Nannie dan mini peonies tu berbarter ngan Yatt. Terimakasih kepada rakan2ku ini...kalau tak de ehsan kalian..tak de lah teko2 mini ni..Sebenarnya koleksi teko lama ni bukan sekadar hobi semata tapi sebenarnya inilah punca wujudnya siratulrahim sesama kita dan kalian tetap dalam ingatan...
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL

Saturday, 21 August 2010

TEKO BATU - TEKO ALADDIN

~SALAM RAMADHAN ALMUBARAK~






Hampir separuh Ramadhan kita lalui, masa pantas berlalu pergi tanpa sesaat menunggu ....sedar tak sedar hampir 2 bulan tak update blog ni..rasa macam nak pencenlah pulak..mengenangkan betapa susahnya akak nak realisasikan blog ni di awal-awal kegilaan hobi pelik ni , lebih setahun lepas..bukan akak je yang susah sampai sifu blog akak ni pun akak susahkan - SHAS -. Dengan semangat bulan Ramadhan ni ( lepas sahur tak tidur dah ), bolehlah jenguk balik koleksi teko2 batu - lama ni yang telah kuabaikan kebelakangan ni..elok jugalah sambil menyusun semula. Sambil menyusun teko-teko ni, baru terperasan..tersedar???..banyak betoi teko2 batu ni....camne boleh kolek semua ni??? Pura-pura hairan..hihi..patutlah cik abang tu..& anak2 suruh akak bertaubat dulu...(mula2 depa sokong, agaknya dah tak de topic lain akk cite..naik jemu diorang...siayahnya suruh akak stoppppp)..tapi kalau dah minat ...teruskan juga mencari dan mengumpul..sudah2nya inilah hasilnya..akk sendiri pun naik hairan ...ishh2...bukanlah menyesal tapi terherann lah pulak...Agaknya camne geng2 blogger yang lebih banyak koleksi dari akk ni....sebab koleksiku ni tak sampai pun 50% dari koleksi2 otai2 tu semua..kalau dah mengadap pc ni susah tul akk nak stop...okeh kekawan..ini antara koleksi teko2 batu yang ada..( ada lagi tak muat dah nak display kat almari ni)..jum layann..tiada yang baru..melayan yang lama...








Barisan kehormat kat belakang sekali tu jenis teko aladdin yang akk dapat dari berbagai sumber..ada yang barter, online dan gift dari geng2 blogger dan pengumpul pinggan lama..Kalau dikenang semula..banyak jasa teko2 ni sebab telah merapatkan siratulrahim kami pengumpul teko secara tak langsung..Rasa terimakasih seikhlasnya dari akk untuk blogger Shas, Yatt, Sue Antik, Aida Mn, Kak Aton, Zie, Welly, Salina, Tasha, Din Maha dan kenalan2 di luar sana...yang telah mendapatkan teko2 ni untuk akk.Tanpa kalian, tak de lah teko2 ni... Terasa lama akk tak berhubungan secara online , apatah lagi di alam nyata..tapi sebenarnya kalian sentiasa dalam ingatan ..biar jauh di mata tapi dekat dihati..Terpandang teko, teringat kawan2 semua...






Inilah hasil sentuhan semula pagi tadi , almari teko..Ada 3 rak..Yang atas belum diubahsuai lagi..Tengah jenis teko aladdin, bawah sekali teko bulat..pun punya cerita tersendiri.nanti N3 seterusnya teko bulat ni pulak. Teko2 batu lain tak dapat disumbat dah ..kena display tempat lain pulak..Tak boleh letak dlm kotak atau dlm kabinet.... boleh lupa nanti.Set cawannya dan pinggan kena asingkan. Harap2 sentuhan ni boleh menjadi terapi kepada mata yang dah penat ni..Jam menunjukkan 9.30 a.m. Ok kena stop weh, banyak keje lain yang menunggu, jumpa kita di lain hari dan waktu..bukak puasa petang ni menu apa? Moga puasa kita pada hari ni lebih berkat dari semalam..InsyaAllah.


Thursday, 19 August 2010

Saturday, 3 July 2010

ANAK DARA SANYO, JAPAN

SALAM SEMUA
Di pagi Ahad ni nak kongsi satu cerita tentang set teko cawan anak dara Sanyo mari Japan ni..nak kata koleksi ni cantik sesangat pada selera kak ni tak jugelah...mula2 adik akk Hamzah yang masa tu pi kursus di Sabah telep0n akak maklumkan ttg set ni, akk keberatan nak ambik...Tapi adik akk beria2 pulak suruh akk ambik sebab sinyonya Sabah tu dah pengaruh dia habaq set ni dah berusia 40 tahun lebih..Lepas tu Hamzah send foto lagi, habis kawan2 cakap cantik kak , beli kak, antik laa..tambah ada anak dara yang duduk merayu burung pungguk tu..dek terpengaruh sms adik ..rembat je laaa...

Mengikut si Nyonya yang tuanpunya asal set ni ..set biru ni dah disimpannya selama 40 tahun lebih..Tapi tak pernah digunakannya sebab kalau tengok camne lah nak guna ..bermotif sangat sampai tak sanggup nak guna.so yang ni betul2 jadi hiasan. Akak sebetulnya sentiasa gunakan set2 cawan lama ni untuk kelainan tapi kenalah rajin untuk mengemas dan menyimpan semula..hingga kadangkala naik lemas dengan rutin yang tak berkesudahan..asyik keluar masuk almari je...


Tengok tu motif anak dara Sanyo tu sedang merayu kat anak burung pungguk tu hehehe...


Motif yang serupa pada cawan - cawan



tu, rege yang masih tak buang ...sepuloh sen pun tak leh kurang..adik akak cakap beli je kesian kat nyonya tu ..untung dapat pembeli macam adik akk hihihi..( bukan 1 dibelinya..macam2 dirembatnya asal nyonya tu promote kat dia...smpai akk cakap jadi muzium rumah akk ni nanti )






buatan Japan..agaknya syarikat Sanyo buat ni sebagai gift beli barang2 Sanyo dolu2...





Ok seperkara akak nak kongsi dengan penggemar dan pengumpul antik dan pinggan lama..Kalau nak tau baca sampai habis ..untuk kebaikan kita semua..nak percaya tak percaya terpulanglah..hanya akak rasa patut kita kongsi cite ni..ok layannnn di bawah ni






Dalam kita mengumpul koleksi lama termasuk pinggan lama, pernah tak kita terfikir kisah silam pinggan2 ni semua? Tak pernah kan termasuk akak juge..Sapelah nak ambik kisah sekadar pinggan je kan..Ok , akk ada sorang kawan lelaki sama bertugas.. Dia yang mengingatkan akak tentang hobi ni..Kisahnya dia ni pergi berubat dengan pengamal perubatan Islam (seorang ahli akademik di IPT). Baiklah akk direct je ni ..berdasarkan maklumat yang diperolehinya..jin dan saka ( makhluk halus) boleh wujud dalam koleksi2 lama yang telah lama tidak digunakan. Sebab jin dan saka suka duduk di tempat2 macam ni.. Kalau kita simpan juga dan tidak digunakan ada kemungkinan jin dan saka duduk sama dengan kita seiisi keluarga..eh eh eh..seramkan...caranya cuci pinggan2 ni (rendam) dengan air asam dan garam dulu sebaik kita beli supaya bersih dari unsur2 makhluk halus ni...macam tak logik tapi kita kena ingat makhluk halus memang wujud..hanya tak kacau kita tak pe tapi kalau kena tak aman hidup kita ni...bukan kita takut pada makhluk2 sebab kita hanya takut padaNya..

Akak harap tulisan ni tak cetuskan kontroversi ok..ini hanya nak sharing je dari maklumat yang akak dapat sebab akak tengok kawan akak ni depan mata peristiwa yang berlaku padanya (bukanlah kena jin pinggan mangkuk lama ni ) Hanya dia ikhlas ingatkan akak tentang kewujudan mahkluk halus ni di mana2 terutama pada barang dan tempat lama.. Akak nak kongsi je cite ni terpulanglah pada pandangan rakan semua ya... Untuk makluman, masa akak snap pic2 ni pagi tadi , akak teringat pesan kawan ni..caya tak caya rasa seram dan berdebar2 akak ni masa snap gambo anak dara Sanyo tu...hisss dijauhkan malaikat 44 ..hehehhehe.. oklah sampai di sini kita ..jumpa lagi !!!!

~ SHARING IS CARING ~






Friday, 2 July 2010

TEKO GANDUM

SALAM SEMUA
Akhirnya bertemu jua.....

teko gandum yang ayu

tutup teko


~ Assalamualaikum dan salam bahagia ~

~~~~~~

Dari mana datangnya cinta

dari mata turun ke hati

dari mana datangnya teko

dari langit turun ke bumi...
~~~~~~
wow..hati mane tak berbunga riang bila teko idaman kalbu di depan mata..rasa tak caye tapi bukan mimpi bukan khayalan ni..tengahari tadi ada panggilan tel suruh ambil parcel dipejabat utama..heran juge..parcel ape lagi ni..sebab dah lama tak order online ni...member tolong ambilkan dan tgk parcel..mcm kenal je pengirimnya (kenal di alam maya je ) .Salah address ape cik kak ni..Buka2 tengok ada teko yang memang akk cari2 selama ni..hampir 1 tahun mencari kat alam maya dan realiti..tak wujud atau terlepas...tak salahlah lagi..gumbira tak terkata...panjang ceritanya kisah si teko ini..biarlah rahsia hehehhehee...hanya akak nak kongsi di sini ...dunia blogger boleh membuat kejutan2 yang menyeronokkan setakat ini wpun ada yang tak seronok tapi sikit je...Kadang2 kemesraan di alam maya lebih membawa erti dalam kita berkongsi hobi ni..dunia realiti susah nak cari kawan yang faham kepelikan dalam keseronokan mendapatkan koleksi pinggan mangkuk lama ni...apapun akak ucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada blogger Aida Mn dari alkesah yang bersusah mendapatkan teko idaman kalbu ni untuk melengkapkan set cawan gandum yang dah lama tak beribu tu..tengok sini . Set gandum ni akak suka bangat sebab putih melepak bak kata Mat Gebu macam model Tasha tu..gebuss..betul tak Mat..Sekali lagi dunia blogger telah menjadikan impian satu kenyataan..Akak ambil kesempatan ni ucap terimakasih juga kat Yatt yang telah bersusah payah mencarikan cawan2 kat Kluang dulu..Yatt, dah lengkap koleksi akk ni. Setahun tunggu baru dapat ibu teko yang cantik ni...





tutup teko yang luas..boleh masuk tangan lagi..




Teko dan Cawan


Muncung teko yang unik..kat hujungnya yang melentik tu ada lubang kecik...pandai orang Jepun ni reka..air yang dituang tak akan meleleh ke badan teko sebab ada lubang kecik dimuncungnya itu.Ini buatan Jepun. Panjang pulak akak menceceh malam ni, bukannya apa dapat semangat baru untuk terus berblogging ttg koleksi pinggan lama ni selepas dapat suntikan dari members blogger ni..Jasa kalian sangat akk hargai..nak balas pun susah sebab hal2 ni mmg subjektif untuk dinilai..oh ya satu nak kongsi..teko ni gift dari Aida Mn untuk akak..jangan jelesss ek hehehee sebab Aida kata akak tolongnya untuk berblogging dalam hobi ni..ye ke..sebenarnya tak besar manapun pertolongan akak tu..cikit cangat...walau apapun Aida sangat2 akak hargai..budimu dikenang..moga persahabatan di alam maya ni berterusan antara kita semua..yang penting keikhlasan dan hati mau baik baaa...ok jumpe lagi ..salam semua muahhhhhhh!!!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails