Kepada kekawan yang terbaca berita terkini dari blog akak ni, kalau lah ada ibu teko yang nak letgo, barter, atau nak bagi je hehehe...bagitau akak ya. Moga satu hari nanti akak dapat ibu teko sirose merah kuning ni..sabar2.. . Okeh jumpa kita lagi..lepas ni ada lagi kiriman yang buat akak tersenyum ... dari seorang sahabat dari utara tanah air untuk dikongsi...tunggu yaaaaa....baiii...
Assalamualaikum & selamat datang kepada pengunjung blog Satu Nostalgia .Kemunculan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan minat & hobi dengan kalian semua .Disamping itu ia sebagai koleksi nostalgia bagi saya sendiri dan untuk dikenang oleh generasiku. Apa saja yang terpapar di sini semuanya memberi erti yang tersendiri bagi diri ini...biarpun mungkin tak bermakna & berharga pada orang lain tapi bagiku membawa seribu kenangan ....
Monday, 29 November 2010
~Rose Merah Kuning~ " Di mana ibu ku..."
Kepada kekawan yang terbaca berita terkini dari blog akak ni, kalau lah ada ibu teko yang nak letgo, barter, atau nak bagi je hehehe...bagitau akak ya. Moga satu hari nanti akak dapat ibu teko sirose merah kuning ni..sabar2.. . Okeh jumpa kita lagi..lepas ni ada lagi kiriman yang buat akak tersenyum ... dari seorang sahabat dari utara tanah air untuk dikongsi...tunggu yaaaaa....baiii...
Monday, 4 October 2010
~ BEKAS KUIH RAYA @ KUIH RAYA RETRO ~
KUIH GOYANG
Bekas kuih ni ada cop di bawahnya..kena tengok betul-betul baru jelas.. tau dari mana...ENGLAND.. Akk pernah terbaca dalam blog MAMA VOQUE..tentang asal usul bekas kuih ni..Memang tebal..rasa nak test jatuhkan pecah ke tidak ..takut pulak berderai ..putih mato den pulak...apapun nanti nak tengok balik produk ni serupa pyrex ke..maksudnya kualitinya tu...pada geng2 antik yang ada info tentang bekas kuih ni bolehlah kita share ek...ok jumpa lagi di lain hari dan waktu...salam sayang..muahhhh..
Thursday, 16 September 2010
KAD UCAPAN IDILFITRI DARI RAKAN ALAM MAYA
KAD RAYA K.AZAHMonday, 6 September 2010
SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL 2010 ~ TEKO MINI ~
Saturday, 21 August 2010
TEKO BATU - TEKO ALADDIN
Inilah hasil sentuhan semula pagi tadi , almari teko..Ada 3 rak..Yang atas belum diubahsuai lagi..Tengah jenis teko aladdin, bawah sekali teko bulat..pun punya cerita tersendiri.nanti N3 seterusnya teko bulat ni pulak. Teko2 batu lain tak dapat disumbat dah ..kena display tempat lain pulak..Tak boleh letak dlm kotak atau dlm kabinet.... boleh lupa nanti.Set cawannya dan pinggan kena asingkan. Harap2 sentuhan ni boleh menjadi terapi kepada mata yang dah penat ni..Jam menunjukkan 9.30 a.m. Ok kena stop weh, banyak keje lain yang menunggu, jumpa kita di lain hari dan waktu..bukak puasa petang ni menu apa? Moga puasa kita pada hari ni lebih berkat dari semalam..InsyaAllah.
Thursday, 19 August 2010
Saturday, 3 July 2010
ANAK DARA SANYO, JAPAN
buatan Japan..agaknya syarikat Sanyo buat ni sebagai gift beli barang2 Sanyo dolu2...
Ok seperkara akak nak kongsi dengan penggemar dan pengumpul antik dan pinggan lama..Kalau nak tau baca sampai habis ..untuk kebaikan kita semua..nak percaya tak percaya terpulanglah..hanya akak rasa patut kita kongsi cite ni..ok layannnn di bawah ni
Dalam kita mengumpul koleksi lama termasuk pinggan lama, pernah tak kita terfikir kisah silam pinggan2 ni semua? Tak pernah kan termasuk akak juge..Sapelah nak ambik kisah sekadar pinggan je kan..Ok , akk ada sorang kawan lelaki sama bertugas.. Dia yang mengingatkan akak tentang hobi ni..Kisahnya dia ni pergi berubat dengan pengamal perubatan Islam (seorang ahli akademik di IPT). Baiklah akk direct je ni ..berdasarkan maklumat yang diperolehinya..jin dan saka ( makhluk halus) boleh wujud dalam koleksi2 lama yang telah lama tidak digunakan. Sebab jin dan saka suka duduk di tempat2 macam ni.. Kalau kita simpan juga dan tidak digunakan ada kemungkinan jin dan saka duduk sama dengan kita seiisi keluarga..eh eh eh..seramkan...caranya cuci pinggan2 ni (rendam) dengan air asam dan garam dulu sebaik kita beli supaya bersih dari unsur2 makhluk halus ni...macam tak logik tapi kita kena ingat makhluk halus memang wujud..hanya tak kacau kita tak pe tapi kalau kena tak aman hidup kita ni...bukan kita takut pada makhluk2 sebab kita hanya takut padaNya..
Akak harap tulisan ni tak cetuskan kontroversi ok..ini hanya nak sharing je dari maklumat yang akak dapat sebab akak tengok kawan akak ni depan mata peristiwa yang berlaku padanya (bukanlah kena jin pinggan mangkuk lama ni ) Hanya dia ikhlas ingatkan akak tentang kewujudan mahkluk halus ni di mana2 terutama pada barang dan tempat lama.. Akak nak kongsi je cite ni terpulanglah pada pandangan rakan semua ya... Untuk makluman, masa akak snap pic2 ni pagi tadi , akak teringat pesan kawan ni..caya tak caya rasa seram dan berdebar2 akak ni masa snap gambo anak dara Sanyo tu...hisss dijauhkan malaikat 44 ..hehehhehe.. oklah sampai di sini kita ..jumpa lagi !!!!
~ SHARING IS CARING ~

.jpg)
