Assalamualaikum & selamat datang kepada pengunjung blog Satu Nostalgia .Kemunculan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan minat & hobi dengan kalian semua .Disamping itu ia sebagai koleksi nostalgia bagi saya sendiri dan untuk dikenang oleh generasiku. Apa saja yang terpapar di sini semuanya memberi erti yang tersendiri bagi diri ini...biarpun mungkin tak bermakna & berharga pada orang lain tapi bagiku membawa seribu kenangan ....
Wednesday, 5 August 2009
Bersama Porter Gunung
Misi Semakin Hampir

Keseorangan di puncak
Puncak Gunung Kinabalu. Betapa agung ciptaanNya
Kawasan gunung yang ni boleh dikira sebagai kawasan puncaknya..gambar betul2 atas puncak akak x dpt nak N3 tah mana2 simpan ...ni kira kawasan puncakna..nmpak tak awan yang melambai-lambai kat bawah tu...Ya Allah Ya Rabbi...tidak tergambar ngan kata2 betapa besarnya ciptaanNya. Keinsafan menyelinap masuk ke dalam diri ini melihat kekuasaannya.........Pada pukul 4.30 pagi sedang bergerak naik tiba2 porter suruh akak menoleh ke belakang...dengan keadaan yg tak larat sgt akak toleh..astagfirlullah...nmpak ombak awan sdg bergulung2 seolah-olah mengejar diriku yg sdg tersgt2 lelah ni( oksijen dah nipis) lantas aku terfikir aikk..kat padang masyar ke diriku ini....masa ni lah ku berdoa semoga Allah memudahkan tugasan ku ini...
Pemandangan di atas gunung
sepanjang perjalanan akak sentiasa berzikir supaya diberi kekuatan fizikal dan mental untuk menyudahkan ekspidisi ni.... Akhirnya dengan izinNya juga, dengan ketahanan mental & fizikal walaupun ditahap minimum sampai juge aku ke puncak gunung ini,,satu impian yang yg tak pernah dirancang sblm ni...tpi ini semua ku anggap rezeki dariNya kerana melalui semua ini telah membuat ku tersedar sesungguhnya bumi Allah ini terlalu banyak rahsiaNya yang tak tergapai oleh kita dan tak terlintas difikiran ...mampu membuat kita berasa diri ini amatlah kerdil .....Air mataku yang mengalir keluar tandaku bersyukur dengan anugerah yang diberiNya. Waktu2 beginilah aku merasakan begitu hampir denganNya kerana tidak ada sesiapa lagi keliling untuk berkongsi segalanya....anak tidak dpt meneruskan ekpidisi ini, rakan2 pula telah menuruni gunung..hanya tinggal aku keseorangan dengan sekumpulan porter yang tidak jauh berkeliaran...Tapi jauh di sudut hati ini sekiranya diberi peluang kedua aku tidak akan melepaskannya..InsyaAllah