Monday 28 June 2010

KANGKUNG MEMBIAK LAGI !!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
~
~ Kunjungan rakan-rakan bloggers dan followers sangat dihargai ~
Lama tak cerita ceriti tentang teko lama ni ..ingatkan nak surrendar dah dengan hobi aneh ni...cakap je tapi tak jadi sebab dapat pulak suntikan baru bila ada teko baru diperolehi tanpa dirancang..rasa best juge camni...Alkisah teko kangkung koleksi wajib ni dah bertambah pulak bila SHAS dari WARISAN BONDA menitip teko mini yang kembung perutnya tu..memang akak sukalah Shas dapat teko ni tambahan pulak free of charge..memang dah fitrah manusia suka dapat barang free..akak order mangkuk sampan dapat pulak teko kembong ni sekali..suka benor akak ni..tanpa penutup..tapi cik adik Shas tengok teko minimu ni dah dapat penutupnya ..ngam2 je....pinjam dari teko mini sebesar penumbuk di sebelahnya tu..tengok bawah ni haaa...amacam Shas...jangan suruh akak cari tutup ni dah le..hihihiii..

bunga kangkung menyerlah....

Inilah teko mini tiga beradik serupa tapi tak sama..kaklong, kak chik, kak ngah..(mulah merapu ni...) teko sebelah kiri tu kecik yang amat ....sebesar penumbuk dan sebelah kanan tu besar sikit je dari penumbuk kita ni...suka yang amat dapat teko yang tak dijangka ni. Alkisah dibeli di Sabah oleh adik lelaki akak yang bertugas selama seminggu di sana. Sempat jugalah kusuruh dia meredah kedai apek cari teko lama. Hamzah memang sporting habis bila dia telepon akak macam2 teko disuruhnya akaknya beli sampai dia email gambo2 teko tu.. Tak sangka teko kangkung mini ni betul2 kecik..ingatkan besar macam koleksi yang dah ada..Kusuruh beli 2 je..walahal katanya ada 6 biji lagi..huwaaaaaa...ngapelah tak dirembat semuanya.....kerana regenya kalau di sini (online) 1 biji teko mini sama dengan 6 biji teko mini di kedai apek tu...saboo je laaa



Cuba tengok saiz teko mini bila diletakkan dengan bapak dan mak teko kangkung ni...tapi sejujurnya nampak lebih kecil diluar dari dalam gambar ni...



Inilah cerita teko kangkung selepas begitu lama tak cerita-ceriti teko2 lama ni...kalau dah mula ni susahlah pulak nak berhenti menceceh pasal teko2 ni..Ada lagi koleksi lain yang dibawa oleh adikku tu..nanti kita kongsi2 ok..apapun buat masa ni akak dah kurang memburu teko2 ni sebab banyak komitmen lain lagi yang perlu didahulukan..Namun koleksi pinggan mangkuk lama masih di hati, pantang jumpa rembat juga kalau dah berkenan..kita jumpa lagi di lain hari di lain masa...moga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur...bai..bai....



Monday 21 June 2010

~ Niceblog ~ terima kasih Aida Mn..Alkesah..




Salam semua...untuk kesekian kalinya akak cuba bersiaran dengan setting blog yang tenat ni..bukan tenet yang tenat tapi blog ni yang problem..sampai fed up nak entry baru .Tu pasal lama berehat . Masalahnya akak belum merujuk lagi dengan yang pakar kerana lalulintas traffic jem...banyak sangat perkara lain yang kena uruskan. Walaubagaimanapun masih nak sharing ngan blogger dan followers semua. Akak nak kongsi dapat award niceblog ni dari Aida Mn. Aida ni akak kenal melalui sistem barter yang diamalkan untuk hobi yang tak berkesudahan ni...lama dah tapi baru nak kongsi ni..sory aida. Sesiapa yang nak kenal ngan Aida jum ke blog Alkesah ..koleksinya memang menawan kalbu. Ok jum layan !


1. Apa yang bermain di fikiran u all sekarang?
..camne nak pulihkan blog ni sebab banyak nak kongsi cite niiii...

2. Apa nama samaran u all ?
...nor64....

3. Berikan 3 orang yang u all sayang..
....sebab nak 3 je..of courselah 1.cik bang tu, 2.anak2ku, 3.saudara dan rakan taulan

4.Panggilan untuk sidia?
...panggilan 'abang' dah tentu tak kira suka ke marah weh...

5. Hadiah yang u all impikan dari seseorang yang istimewa ?
... Apa ek..banyak sangat impian ni....

6. Blog mana yang u all suka visit?
... blog apapun tak pe janji berinformasi..eh eh serius pulak bunyi ni...

7.Tagkan kepada 15 blogger yang lain..
... Akak nak bagi kat semua yang membaca entry akak ni..seikhlas hati ni...


Aduhai penat juga nak menghabiskan ni..apapun seronok juga ek....okeh kita jumpa lagi!! Assalamualaikum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails