Saturday 6 February 2010

Titipan Seorang Sahabat

Salam semua.....





Entry petang ni sangat istimewa bagiku kerana koleksi yang 'istimewa' di atas adalah titipan dari seorang sahabat alam maya yang jauh nun di selatan tanahair...bukan senang meluangkan masa untuk mencari koleksi2 ini semata2 bagi memenuhi keinginan orang lain . Terimakasih tak terhingga kepada rakan maya yang 'low profile' ni..Seorang yang sangat sibuk tetapi masih sudi meluangkan masa untuk berkongsi minat dan hobi ni..Kerana hobi & minat yang sama ..terjalin satu ikatan persahabatan walaupun di alam maya...kerana kami tidak pernah berhubung melalui talian apapun kecuali alam maya ni...Minat yang sama mampu mendekatkan kita semua tanpa mengenal status dan latarbelakang kita..ini pendapat peribadiku lah ..tak taulah apa kata members semua...



Teko gemuks dan cawan-cawan ala2 meakin ni hasil berbater kami ...teko dan cawan ni sangat membuat akak teruja..bukan senang nak dapat koleksi ni ..trimakasih yg amat sangat kepada rakan blogger ni ...sementara pinggan meakin sunshine tu kak dapat di kedai apek ..sebanyak 8 keping dengan regenya yg amat2 berbaloi..pakan ada 8 je kalau 80 keping pun ku rembat kalau dah regenya macam tu...harap2 jumpa lagi set ni ....durian runtuh bukan selalu ..setahun sekali je ..hehehehe..bawak bersabo...





Di samping set teko ni , sahabat ni telah menitip satu benda yang buat ku melompat suka..ibaratnya gitulah..taklah melompat betul2..dah tua2 ni tak boleh silap laku..kang lain hal lak jadinya..acuan muffin...tak disangka acuan ni rupanya porcelain ..memang cantik sangat..cantik dari dalam gambar ni ..pemberian ini membuat akak terharu dan besar nillainya ni....

belum bakar


Ini muffin yang belum dibakar..malam semalam buat muffin sebab anakku Ahmad nak bagi cikgu-cikginya kat sekolah..entah angin apa tak taulah..tapi layann jugelah untuk sukakan hatinya dan hati cikgu2nya...Mestilah cikgu2 suka dapat walaupun seketul sorang ..terasa anak murid hargai susah payah mereka mendidik...Sebab tu penat2 pun buat juga untuk penuhi hajat anak kecik ni....






Inilah hasil muffin yang dibakar dalam acuan porcelain ni..naik cantik ..baru ingat ni bukannya adunan muffin..adunan kek coklat ni...Kalau muffin lagi cantik sebab akan merekah permukaannya kalau dibakar elok.....Kalau digunakan acuan ni boleh dihidang terus atas meja..sebab acuan ni memang cantikkk...Oklah setakat ni yang dapat dikongsi bersama. Kepada sahabat maya yang telah menitip pemberian ini...terimakasih kak ucapkan..semuanya sangat2 kak hargai dan semoga rakanku ni sihat dan dimurahkan rezeki...kepada rakan2 sekelian pun begitu juga..pada pesanan yang ditinggal..nanti kak balas ye ...walaupun lambat tetap kuingat.. ..esok lagilah sibuknya...macam2 hal....ok jumpa lagi dilain entry ..byeeeeeee





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails