Wednesday 21 October 2009

Teko Mini


Teko Burung


Salam kembali ....cerita teko mini ni bukanlah koleksi lama akak , tapi akak dapat teko bergolek-golek datang nya ...eeh rase macam rezeki akak mencurah-curah pulak minggu ni, rezeki teko le...macam-macam kisah teko mini ni...
Kisah 1 ..alkisahnya akak tgk Mat Gebu display teko mininya berderet ko...akak tinggal komen ..."akak ade satu je teko mini iaitu teko peonies barter ngan Yatt manis tu"...Tup2 lepas tu..

kisah 2..pagi Isnin yang baru ni rumah kami menerima tetamu bangsa Chinese kawan suamiku..maka kuhidangkan juadah menggunakan set kangkung ( t.kasih Shas) yang diN3 sebelum ni...akak tinggalkan tetamu .Tak lama kemudian suamiku memanggil2 sebab kawannya sudah bertanya tentang set kangkung yang dah lama tak kelihatan katanya....akupun cerita-ceriti tentang pinggan lama ni..(my hubby sempat pulak tayang kat dia koleksi yang ade ..ni cukup bagus ni hehe)...tiba2 member ni bertanya nak tak koleksinya yang disimpannya ..apa lagi ku iyakan aja tak kiralah apa ke bendanya janji pinggan lama..(suspens) Petang tu juge dia hantar seperti yang dijanjikan. Wah,ada 2 biji teko mini .Teko burung ( sebiji macam Shas punya) & teko pink bercorak...bestnya... dan yang paling best sekali Mr Chan nak bagi je teko2 ni sebagai tanda persahabatan....ni yang paling best sebenarnya hahaha...orang bermimpi disorong bantal ni..mimpi akak jadi kenyataan nak tengok teko mini display macam mat gebu tuuu (dah kena badi)



Teko burung


Sama tak Shas? gambo ni kuambil menggunakan kamera digital yang dah 3 tahun tak digunakan , punyelah tak memuaskan..aduhh . tapi akak nak N3 juge kabur pun kaburlah...



Teko Pink

Sesapa yang ada teko camni ..mari kita kongsi .Comellote je teko ni...macam icecream warnanya tu...teruk kabur ni.Teko-teko ni tak pernah digunakan oleh beliau. Terimakasihlah Mr Chan atas budibaik mu itu...Disamping itu akak beli dari beliau chinesebowl yang halus buatannya . Beliau tak mahu simpan dah (masih dalam kotak) so letgo murah je kat akak ..ada masa akak N3 nanti....okehh




Teko mini anggur
Kisah 3 ....teko mini anggur akak terjumpa secara tak sengaja hari selasa (semalam la)...ok juge ni kalau nak tambah koleksi teko mini..rembat juge...pada rakan2 blogger yang minat dengan teko mini ni bolehlah barter2 ngan akak sebab akak ada lebih dari 1 ..okeh

Teko mini Peonies


Kisah 4... teko pionies ni pulak hasil barter ngan Yatt ..(blogger tegar ni)... terimkasih diatas titipan Yatt yang macam2 dalamnya...masih dalam proses rendam merendam lagi...Untuk Yatt yang banyak menolong menambah koleksi akak lepas satu2 ...Akak dapat semangat juge dari Yatt ni untuk terus mengumpul koleksi-koleksi lama ..terimakasih yang tak terhingga untuk Yatt..semuanya jadi begitu nostalgia ! (yatt, nanti akak N3 semula )
Itulah kisah teko mini ni. Dalam masa 2 hari je akak dah ada 4 biji teko mini . Sebab tu akak kata rezeki datang bergolek-golek...kalau duit datang macam ni kan bagusssss... Sorrylah pic memang tak memuaskan ..selalunya ambik gambo guna kamera lain..ni seje nak test camera yg dah berabuk tu...




Disebabkan gambo2 tu tak memuaskan yang amat sangat ...akak post jugelah yang ini...pada yang tertanya2 tempat apa ni....memang tak wujud dah kat kedai perabot ..kat mah akak je ade.hehhe..tak lawa manapun almari ni tapi disebabkan umurnye tu dah satu abad kak simpan juge untuk koleksi lama. Maka kususun je lah teko2 mini & set creamer yg sempat dicapai untuk dirakamkan..terang sikit gambo ni yek. Lupa pulak..ni almari solek, bawah ada laci & pintu ..ada kaki lagi..Almari ni masih elok lagi . bolehlah kalau nak menyuluh muke.. Okehlah sampai sini dulu cerita teko mini ni, pada semua yang sedang membaca jangan lupe datang lagi, jangan jemu ya baca N3 kali ni yg macam Hikayat Malim Deman......


















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails