Thursday 10 December 2009

Emak ku kahwin lagi..



Salam ceria...N3 diteruskan dengan cerita tembagaku yang seciput ni...dah lama kusimpan barang2 ni ..nak tambah tak juga. Usia tembaga ni pun dah berpuluh tahun...Bekas tepak sireh dua-dua tu arwah MIL punya.. sekarang dalam simpananku. Hanya vase tembaga tu akk punya , hadiah perkahwinan kami dah lebih 21 tahun dulu. Piala lama yang ada tu pulak souviner dari tuan rumah yang akk beli ni..rumahnya pun antik, sampai member kata porchnya macam zaman P.Ramlee..apa nak kata sebab yang kami nak beli tanah rumah ni sebenarnya. Ok, terpanggil untuk N3 tembaga sebab banyak sangat jemputan kahwin cuti sekolah..sampai satu hari tu pernah pi smpai 4 buah rumah aduhai...tapi jemputan kahwin kenalah pegi..besar harapan tuan rumah menunggu..








Tepak sireh ni walaupun akk simpan tapi macam brg wakaflah jugak sebab MIL punya dulu.. Bulan 8 hari tu pun dah lepas ke Sabah untuk meminang bagi pihak anak saudara suami...laku jugalah akan datang tepak sireh ni ,sebab ramai lagi cucu arwah ni yang tak kahwin...Sebut pasal kahwin2 ni...dalam menyusun jadual untuk menghadiri undangan perkahwinan, pening kepala sebab dalam masa yang sama mak akak pun nak kahwin..hehehe jangan terkejut...Tarikh kendurinya tu(siap pasang khemah u) sama pulak dengan abang ipar nak kahwinkan anaknya ..Mak oh mak...camnalah besok ni...Tapi legalah sikit sebab mak maklumkan akadnya diawalkan dari tarikh kendurinya itu...









Mak telah menjanda selama 10 tahun lebih..tinggal keseorangan di kampung kami yang rumah pusaka tu duduk atas tanah seluas 2 ekar lebih.. Selepas adik bungsu pi Matrik tinggalah mak ni sorang2. Sekarang ni dia terpaksa menyewa rumah di pekan kecil jauhnya 2 kilometre dari rumah kampung...Kadang-kadang kesian juga kat orang tua ni sebab yang anak2 sibuk memanjang...balik pun last2 minute..almaklum semua dengan masalah masing2...Macam raya haji yang baru lepas, nasib baik ku balik sebelum raya, kalau tidak mak dah nekad nak bungkus kain baju nak bawak diri beraya ke bandar yang anak2nya ramai duduk...Itupun aku sampai malam raya, mak dah siap masak rendang & tempah lemang. Sebab tu keputusannya untuk kahwin lagi , kami relakan je sebab dapat juga dia kawan bersembang dan menolongnya..Anak mana yang suka mak dia kahwin tapi kita jangan fikir perasaan kita je, fikirlah kenapa mak bertindak macam ni..aku menyokongnya walaupun sedih juga..almaklum dah ada suami lainlah pulak rentak mak ni nanti..Hanya aku berharap dan berdoa semoga mak dijodohkan dengan lelaki yang bertanggungjawab dan menyayanginya sepenuh hati...sanggup membahagiakannya dan ikhlas mengahwininya..Mak akk ni masih sihat dan berniaga kecil-kecilan semenjak arwah abah akak ada lagi. Kami ni semua sepuloh orang adikberadik kami teruja juga menunggu saat-saat mak berdua..semoga mak bahagia.




Bekas tepak kat atas tu peninggalan mak mertuaku...Sebelum mak mertua akk meninggal , kami duduk bersama arwah hampir 7 tahun juga..Arwah meninggal ketika sedang menunaikan fardhu maghrib malam kejadian . Ketika arwah MIL sedang sujud , beliau kembali kerahmahtullah... ingat lagi aku sedang membasuh pingganmangkuk di dapur, suamiku bercakap kenapa mak sujud lama sangat..tak sedap hatiku mendengarnya..Ku suruh suami memanggil mak tapi suamiku macam terpaku..aku bingkas menuju ke arahnya dan memegang badan MIL. Arwah terus rebah dan menyebabkan kami semua tergamam dan dengan keadaan menggigil, kami mengangkat arwah menuju ke hospital ..tetapi Allah lebih menyanyanginya dan pemergianNya adalah pada malam rakyat mahu menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita 310g0s 1999. Sudah 10 tahun arwah pergi tetapi aku rasa macam baru je berlaku semalam...sesuangguhnya apabila seseorang itu telah tiada , baru kita rasa kehilangannya..Oleh itu bagiku, selalu mengingatkan diri ini biarlah seseorang itu ada dari tiada...terlalu banyak kenangan yang mengimbau apabila seseorang itu telah meninggalkan kita...tambahan pula kalau kita banyak menghabiskan masa dengan mereka...Kehidupan ini memang sementara.....












Tembaga dua biji ni adalah hadiah perkahwinanku 21 tahun lepas...lamanya dah tapi rasa macam baru je berlalu ....bukan kawanku yang bagi tapi kawan suamiku..berbangsa China.Selepas 20 tahun baru nak digilap sampai berkilat.Sebelum ni kusam je sbb kami ni berpindahrandah lebih jugalah 5 kali rasanya..sebab tu tak kesah nak lawokan rumah..baru ni jelah rasa nak menetap terus. Entahlah kut2 di masa depan ni berpindah lagi sebab rezeki, maut, jodoh adalah ketentuanNya . Ok lah panjang dah rasanya mengalahkan karangan nak amk PMR ni...kepada yang sudi membacanya terimakasih, kalau tak aku yang baca n3 ni berkali-kali sambil mengimbau kisah lama..jumpa lagi kita kalau ada cerita ceriti menarik .....wassalam..








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails