Kisah 1
Pantun 4 kerat ni sedap pulak bunyinya..sesuailah untuk menggambarkan perasaan ni sebab tu dah lama tak entry blog ni..dah perasaan gundah gelana..nak wat camne...tapi tangan ni masih nak menulis untuk berkongsi dengan pengunjung semua..Set airmata ni antara koleksi terawalku..mula-mula dapat set putih cawan..pastu asyik jumpa mangkuk & piring pulak...tak semena2 bila pergi rumah sepupuku SAL ternmpak pulak dalam almari lamanya set pinggannya yang bujur, bulat besar dan berbagai2 saiz..(selama ni tak nampak pulak) dapat pulak 4 biji darinya. SAL tak keberatan nak bagi sebab katanya tak pernah guna dan bila kenangkan kak ni mmg selalu bawa buah tangan padanya selama ni hahaha...sebab tu kita ni kena selalu bermurah hati, rezeki kitapun jadi murah! SAL beli kat Woodlands Spore zaman 70an dulu..Lepas tu jumpa pulak kat kedai apek set biru ni ..ada dua colourlah koleksi airmata ni...berat kaca ni. Koleksi terbaru belum dirakam lagi..Ini gambar yang dah ada....
Sesuap nasi , Seteguk air
Adik porter ni memang setia betul ..setiap kali ku berhenti kepenatan, dia akan berhenti walhal dia langsung tak nampak penat weh..Sepanjang perjalanan tu dia pun dapat habuan coklat, kismis, gula2 yang ku bawak utk tenaga...Walaupun aku takut tak cukup bekalan nanti ..tapi tetap ku beri sebab kesihannnnn. dia hanya pegang 1 botol air mineral je..Lepas tu kami akan isi air di setiap station rehat dengan air gunung yang memang ummmph..Tak cakap banyak budak ni..diam je..mungkin 1 teknik untuk menyimpan tenaga untuk mendaki. Bayangkan pendakian ku bermula pada pukul 9 pagi berakhir pukul 5 petang di Laban Rata untuk berehat...
Selain mengambil upah membawa pakaian pendaki gunung, mereka juga ambil upah bawa tong gas dan bahan2 makanan mentah utk cafe di tempat rehat kat Laban Rata tempat kami berehat sekejap..kalau tengok depa ni mesti timbul rasa insaf pada kita yang lebih bernasib baik... Adalah terdengar di telinga ni , Mat salleh yang sama2 mendaki masa tu mengumpat kenapa kerajaan kita tak hantar je dengan heli barang2 tu ke atas....kononnya mereka kasihan tgk porter ni bawak tong gas berat tu...walhal itu adalah pekerjaan mereka..kalau guna heli habislah tertutuplah punca pendapatan mereka ni.. Rasanya nak menyampuk juga masa omputih tu cakap tapi tenaga kehabisan..tercungap2 camne nak bercakap...hanya cakap dalam hati je le tak cerdik juga omputih ni....sempat mengata lagi tu ..hehehe
Gambar 2
Gambar 3
Adik ni pula menjual di atas lantai...berlengas tak berbaju..meneruskan tradisi keluarga..Beruntunglah anak-anak kita semua...Kepada anak-anakku tengoklah kehidupan ini..bersyukurlah kalian semua dengan limpah rahmatNya. Sebab tu emak kau orang ni kecewa sangat kalau kalian main2 belajar dan sentiasa demand tak tentu pasal. Bersyukurlah dengan apa yang diberi dan kalau nak lebih-lebih tu usahalah dari sekarang, memang berbaloi apa yang kita perolehi nanti...
Gambar 4
Kumpulan pemuzik buta..mencari sesuap nasi dengan kemahiran yang ada....Sesungguhnya tangan yang menghulur itu sangat mereka hargai...Masa belajar dulu pernah ku temuramah seorang pemuzik buta di pusat latihan orang buta. Beliau buta selepas berumur 37 tahun sebab penyakit mata...bayangkan dugaan yang diterimanya..Setiap kali kutemui penyanyi2 ni di jalanan , teringat nasib pakcik itu....mencari rezeki dengan hanya menyanyi yang belum tentu disukai oleh orangramai yang lalulalang...
Gambar 5
Pak cik ni termenung panjang ..mungkin sedang terkenangkan sesuatu..tak taulah apa ya..Tau berapa rege tembikai merah tu..Ku perlu bayar RM2 je untuk makan sebanyak itu..tapi tak taulah sekarang ni...Semoga pakcik ni lebih makmur perniagaanya .
Gambar 6
Kehidupan perlu diteruskan dengan apa cara sekalipun...Bila ku renung2 betapa diri ini perlu bersyukur dengan nikmat yang begitu besar yang Allah telah berikan . Sebab selalu terleka dan tak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Betullah wanita ni ada 9 nafsu..semuanya kalau boleh nak ...hingga tak sedarkan diri termasuk dalam melayan hobi mengumpul koleksi pinggan ni hehehe.Lepas ni ni kenalah muhasabah diri.. Doaku, dalam memenuhi keinginin diri semoga aku tidak lupa pada yang lara .......