Thursday 21 January 2010

Kekwa Hitam

Gulai masak lemak cili api udang dan rebung
Salam semua ..entry ni nak kongsi tentang gulai masak lemak cili api ..masakn Nogori Sembilan..Cara masak gulai cili api cara orang nogori..
Dihidang bersama ikan masin ..walaaaa mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak ...

Gulai udang dengan rebung betung . Rebung betung ni lain dari rebung jeruk biasa tu, rasanya manis. Kalau rebung ni tak dijeruk pun , sedap digulai.. tak rasa pahit pun. Cili api dan kunyit ditumbuk dengan lesung batu .. kalau blender banyak guna air ..gulai tak sedap le...





Kelapa parut ..Guna kelapa biji lebih sedap dari santan beli...Kelapa jangan diblender , perah je dengan tangan..lebih sodap..



Gulai dijerang dalam kuali atau periuk..Masukkan sekali asam keping. Mula2 besarkan api..mula je gulai ni menggelegak..kacau dan perlahankan api dapur..Jangan dikacau lagi..biar je gulai ni masak perlahan-lahan ..
Selalu tengok member masak gulai ni suka kacau dari awal hingga akhir..sebenarnya tak perlu macam ni ..biarkan je , pastikan api perlahan.. masukkan garam lambat sikit untuk bagi masa itu cili masak elok..Kalau tak sakit perut weh...Kemudian masukkan garam . Rasa garam asamnya dan masukkan santan pekat akhir sekali..



Simpan pati kelapa 1/2 mangkuk kecil untuk ditambahkan ke dalam gulai yang telah hampir masak nanti. Fungsi santan ini ialah untuk memekatkan semula gulai yang telah dijerang tadi. Hasilnya gulai masak lemak cili api ni lemaknya tak hilang.. Kalau gulai dijerang , santannya akan cair sebab dah bercampur dengan bahan-bahan yang berair...untuk pekatkan balik simpan sikit santan pekat untuk dimasukkan akhir nanti. Masakkan sekejap saja dan tutup api. Lihat gambar di bawah ni...

Sebab tu kalau orang dulu2 masak , simpan santan pekat ni wajib...baru gulai ada ummphhh....Kalau ikut cakap arwah Wan dulu..kalau tak nak penyakit gulai yang dimasak mesti seimbang dari rasa masam, garam, pedas dann lemaknya....memang betulpun arwah tak de penyakit kronik seperti orang zaman ni hingga akhir hayatnya






Bahan:
Udang - 1/2 kilo
kelapa - 1 biji
Cili api - 20 ulas
kunyit - 2cm
rebung betung - 1 paket
asam keping - 2 keping
garam


Masak lomak cili api udang & rebung


haaa dah siap...ni dimasak pagi semalam sebelum pi keje..bawak bekal nasi panas & gulai ni ..Ambil sarapan berat pukul 9.30 ..tak perlu makan tengahari..Nak makan pun pukul 7.00 p.m nanti. Sebenarnya kena masak pagi2 tu sebab cik abang sessi petang..Kena makan sebelum pi keje..Sambil masak untuk nya, bolehlah berbekal ..dalam pada tu jimat banyak hehehe...Ok cuba-cubalah ya masak lomak cili api ni..memang berbaloi.....bye jumpa lagi ....tata ....










roses hitam

Hitam-hitam si tampok manggis,
Kemuning telah gugur bunganya,
Sungguh hitam dipandang manis,
Putih kuning apalah gunanya...
Blackroses
Set rose hitam ni menawan kalbu ..roes hitam ada ke?.tak kisahlah janji set roses hitam ni memang cun ..Set ni dapat dikumpulkan dalam masa yang agak singkat dan laluan untuk mengumpulkannya pun mudah ..Walhal set ini pada awalnya bukan dalam senarai utama dalam melengkapkan koleksi lama ni ,kerana bagiku sukar untuk mendapatkannya..Tapi dah memang tersurat agaknya mudah pulak , tidak seperti koleksi yang lain. Kepada member blogger yang secara tak langsung telah membantu terimakasih kepada kalian semua ..muahhhh

Pinggan bujur blackroses

Pinggan bujur besar tu hasil barter ngan Nannie..antara pinggan bujur yang sangat kusukai. Dengan saiznya yang besar tu boleh dibubuh sebungkus meehoon goreng ..Cukup pratikal untuk hidangan ramai..Pinggan bulat leper tu pulak rembat dikedai semasa membeli cawan2 tu..Piring mungkun memang koleksi sendiri..pemberian mak yang memang banyak pinggan & piring batu ni . Emak membeli secara kutu semasa mudanya dulu..Tak hairanlah koleksi pinggan batunya satu almari penuh..itupun banyak yang dah pecah ...

Teko Blackroses
Teko black roses kiriman kak aton..terpikat tengok kak aton entry blackrosesnya, ku cuba nasib nak dapat teko blackroses ni walaupun masa tu cawan tak de..harapan menggunung tidak dihampakan ...terimakasih berbanyak kak...


Cawan mulut lebar

Ini dapat selepas dua minggu dapat kiriman teko tu, betul-betul rezeki terpijak kali ni. Pergi ke Seremban dan adikku zie bawak pergi ke kedai2 lama...naik kelabu asap mata kak ni tgk deretan pinggan mangkuk yang lama dan yang baru...Dalam pada tu barang2 yang akak cari tak display kat depan kedai..tokey tanya mau apa...kujawab mau cawan....dipunggahnya sekotak dan bila dibuka berset2 cawan lama.tup2 nampak black roses ni ..rasa nak gugur jantungku tengok, betul2 rezeki ni..tak payahlah pening2 nak cari lagi... harga kat kedai ni bukan mcm kat kedai apek le sebab dah jadi tempat terjah bloggers dari merata tempat...tokey pun demand jugak le...apapun berbaloi jugela beli ...cun habiss cawan2 ni...Sementara tu zie, adikku sorang dah terkena virus pinggan lama ni...hahaha dia pun dah mengumpul sikit2...yang bestnya suaminya pun sama naik...ni sedang tunggu kemunculan mereka di alam maya....


Cop mohor
Dari pemerhatian selepas begitu banyak tengok jenis2 cop ,kesimpulannya cop mohor juga memainkan peranan dalam menentukan kualiti pinggan mangkuk ..Ini adalah antara cop mohor yang mencapai tahap piawaian hehehe..






mangkuk nasi
Untuk melengkapkan set roses ini mangkuk nasi ni yang terakhir dijumpai tahun lepas. Banyak juga lagi kat kedai apek tu .Disebabkan bunganya yang memikat kalbu, kuambil semuanya. Lepas tu balik rumah termenung mana pulak nak disimpan..kepada rakan2 yang nak berbarter bolehlah ..Rasanya kualiti mangkuk ni ok . Rim emas kelilingnya menyerlah lagi.. Ada ke sesiapa yang berkenan dan terkenan dgn mangkuk nasi untuk melengkapkan set , tinggal pesan ya.. Jumpa di lain hari ....bye..bye !!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails