Monday 6 June 2011

~ Bot Rosa belayar dari Perak ke Pahang ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

~ Gravy boat Rosa ~


Lamanya berpuasa PML ni. Hari ni dah buka puasa...apapun terimakasih pada blogger otai PML ni SHAS. Rasenya bloggers PML kenal sape dia ni...kalau tak kenal tepuk dahi dan belum cukup lagi ilmu PML ni ....hihihi.....gurau2 di lewat malam ni....akak memanglah ramai yg tak berapa nak kenal atau tak kenal langsung sebab bak kata SHAS lama berpuasa sampai blog hampir merajuk...nasib baik masih boleh on lagi. Cerita akak dgn Shas ni biarlah rahsia....tapi akak nak kongsi sikit ttg koleksi mekin rosa yang ada...nak refresh blog ni. Akak kumpul sikit2..lama jadi bukit...dan cara akak dapatkannya ada sejarahnya tersendiri dan dari berbagai negeri...harap bloggers yang sudi ke sini tidak jemu membaca...kalau tidak kalian siapalah yang sudi nak baca blog macam ni...okeh jum layan ya...


Nak cite sikit ttg gravy boat & tureen...akak dapatnya bukan serentak tapi dua rentak...sapa lagi kalau tak otai PML SHAS tolong dapatkan...anyway shas...mekasih sekali lagi..mula2 dapat tureen ni tanpa tutup..shas kata tutup tarak tapi akak kata ok je..tak sangka Shas kirim tutup juge tapi tutup plastik warna macam rosa...nak tergelak pun ada frust pun ada tapi berkat sabar satu hari shas telepon tutup dah jumpa...jumpa pulak dengan gravy boat tu...aduhai semuanya memang dah ditakdirkan .. tapi yang terharunya Shas boleh ingat kat nak tolong lengkapkan set akak yang tak lengkap ni. Kembang hati dan hidung akak bila dapt kiriman ini...bukannya apa masing2 sibuk dan penat tapi itulah indahnya persahabatan dalam PML ni...bukan sekadar nak mengumpul barang2 tapi lebih penting telah mewujudkan siratulrahim sesama bloggers walaupun tak pernah berjumpa....ok sambung cite di bawah pulak..



Yang set ini pula akak dapat semasa merayau2 di Serdang carboat sales...mula2 tgk cik adik tu jual the whole set pinggan2 makan dan mangkuk gulai dan cawan princess tu hampit RM100, akak tak nak ambik sebab akak tgk set pinggan tak sama..campur2. Balik umah tak boleh nak lupa set rosa ni..menyesal tak ambik..apalagi akak guna talihayat akak , abang di Kajang suruh pi ambikkan dan simpan dulu..nasib baik tak jual lagi..maka jadilah rezeki akak..sampai skg tak nyesal pun. Ini cerita 1 tahun lebih dah.. Teko gemuk rosa tu akak order on9 dgn blogger Melaka. Maaf lupa pulak namanya. Dah lama sgt . Murah je dijualnya sebab muncungnya tu ada sikit sumbing tapi oklah dgn regenya yang diminta. Sebab ada penjual barang PML ni kadang2 letak harga tak masuk akal sedangkan barangannya tidak mencapai tahap piawaian....sekadar ingat mengingatkan sebab kecewa yang amat sekiranya kita dapat barang yang tidak kita jangka sedangkan harga yang dibayar bukannya murah...kalau dah rosak sana rosak sini nak simpan pun buat sakit mata je walaupun antik .....kalau rosak semasa kiriman sudah cite lainlah.....itu diluar kawalan kita...oklah sambung cite di bawah ni lagi...


Pinggan bujur Princess rosa tu memang besar...letak ayam golek memang ngam betui. Ini akak dapat dari EZANY seorang lagi otai PML... Ini boleh tahan mahalnya tapi berbaloi2..terimakasih ya zany. Lama kita tak ngobrol2 ya....apa khabar kamu di sana? Yang set Cawan minum besar tu akak mintak tolong MAMA VOQUE dapatkan dari selatan tanahair...beliau memang rajin sangat menolong ..hingga sampai saat ini akak masih tak dapat balas jaa baiknya tu..apapun itu bukan meakin tapi seakan2 ..made in China..harap2 satu hari nanti ada keajaiban dapat pulak cawan2 meakin...ada sesiapa nak letgo...inform akak ya...


chop 1
chop 2
Pinggan yang berbeza saiz dan bentuknya ..copnya pun berbeza..pinggan2 meakin besar2 dan luas..boleh bubuh isi banyak dalamnya. Setakat ni yang ada koleksi meakin. Akak tgk ramai bloggers baru PML wujud. Baguslah sekurang2nya ada penyambung dan juga meriahkan lagi dunia PML ini..kepada bloggers yang ada juga melintas kat sini terimakasih kepada kalian dan juga kepada member bloggers yang tak jemu menyapa akak, kalian sentiasa dalam ingatan ini...jumpa lagi ..Wasalam.

Testing...testing


Harap-harap blog tak meragam lagi.maklum dah lama "puasa"PML.

Monday 18 April 2011

Antik di Cameron Highland

Assalamualaikum & Salam Sejahtera





Apakhabar semua.....jumpa kita kembali. Masa berlalu pantas dan urusan bertambah..tak pernah bernoktah. Urusan kerja, urusan peribadi , urusan yang dicari-cari ..ishh entahlah..bukannya tak rindu kat blog ni tapi apakan daya. Walaupun akak tak dpt selalu berblogging di sini namun sentiasa mencari2 kesempatan untuk menjenguk koleksi geng2 lain. Terimakasih kepada kekawan yang masih sudi ke mari ...sayang kalian...muahhhh...jika ada kesempatan akak pun tak mahu ketinggalan menjenguk blog2 member semua...Buat masa ni akak memang sibuk memanjang dengan urusan anak2. Mungkin ramai yang tak tahu akak ada blog masakan ' Cooking Time' yang link kat sebelah blog ni...Blog masakan akak ni kerap juga diupdated sebab memang akak memasak setiap hari.. okeh apapun akak nak sharing satu cerita di sini. Jum tengok.....

TIME TUNNER CAFE



Bulan lepas, akak pergi Cameron Highland. Semasa akak pergi ke satu tempat untuk memetik strawberry, akak terperasan semasa sedang duduk dalam satu cafe yang berkonsepkan barang-barang lama. Semasa sedang minum selepas memetik strawberry, tiba2 akak terpandang sekeliling penuh dengan koleksi lama. Apabila akak bercakap dengan tuan cafe, dia kata kat bawah ada muzuem mempamerkan barang-barang lama. Apa lagi melompat akak nak pi tengok malangnya rombongan akak dah nak bertolak pergi...punyalah terkilannya akak tak dapat tengok..hanya sempat ambil gambar persikitaran untuk kenangan.






Sekiranya ada peluang lagi ke sini, akak akan pastikan singgah di Cafe ni untuk tengok koleksi lama yang dipamerkan di muzuem tu. Kepada tuan cafe ' Time Tunner' ni akak ucapkan terimakasih atas layanan mesra beliau. ok lah kita jumpa lagi...masa dah sampai untuk akak berhenti...jumpa lagi ...bai..bai....

Friday 25 March 2011

AYAH & ANAK ~ KENANGAN SCRAMBLER~



Terkial-kial nak menyusun ayat ni...puhhh punyelah lama pancit..tapi tak mungkin pencen..rasa terpanggil nak join balik ngan kekawan semua sebabnya setelah lama tak berblogging di sini , terasa akak terpinggir dari kekawan alam maya ni...namun kalian tetap diingatan.. apa khabar kekawan semua...terimakasih kepada yang sentiasa bertanya khabar...kepada semua yang sudi singgah di sini untuk entry hari ni salam mesra dari akak ya..... nak kongsi satu kenangan di sini tentang motosikal scrambler ni....suami akak punya.. Scrambler ni dibelinya sejak zaman mudanya lagi....tahun2 70an kut...Scrambler popular masa tu.. Sampai sekarang masih dalam simpanan dan telah dibaikpulih berkali2 dan ditukar bajunya.. Suami akak guna untuk ke kebun jalan kebun tu pulak berbukit2....Pernah peminat Scrambler nak beli ..regenya pun agak tinggi tapi mati kering tak nak dijualnya....banyak nostalgianya tu kut...terutama zaman muda2nya tu...tapi akak tak sempatlah naik motornya tu sebelum kahwin...era 80an dah tak naik motor le..naik kete...hehehee..layan ye...





Ahmad yang selalu membonceng ikut pegi kebun....pakai topi cowboy...berangan naik kuda...



Sebenarnya pic ni dah 2 bulan dlm simpanan...sekarang colour Scrambler ni dah salin baju..cat hijau muda lah pulak....



Penunggang Srambler meneruskan hala tujunya ( ni depan umah ).....selamat jalan...jumpa lagi !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails