Monday 29 November 2010

~Rose Merah Kuning~ " Di mana ibu ku..."

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Titipan Sahabat
Adussss....tebalnya abuk kat blog ni...hari berganti, masa berlalu..tahun baru mula nak menjelma lagi...blog ni hampir dilupai...tapi tidakkkkk....hanya blog je tak beroperasi tapi isi blog masih seperti dulu. Tambahan baru2 ni dapat kiriman dari seorang sahabat yang jauh di selatan tanahair nun...satu kiriman yang menyebabkan hati rasa terharu kerana walaupun hampir dah putus hubungan alam maya tapi bila dapat titipan ini..menyuntik semangat semula ..terimakasih tak terhingga kepada kawan yang seorang ni walaupun perkenalan di alam maya ni saja tapi memberi penuh pengertian dalam erti persahabatan..

Set bunga roses ni sebenarnya akak tak de satu pun ...tapi memang suka tengok kat blog members ...tengok bunganya yang cool je..rose kuning lagi..Memang nampak ada blog2 yang jual tapi tutup mata sebelah je sebab tak nak mulakan . Dah tahu susah nak lengkapkan set ni.. Tapi rasa hati tu macam boleh dibaca oleh sahabat di selatan ni...tiba2 dapat maklumat yang set ni akan dikirim sebagai gift . Kembang hati akak ni haa..mana boleh ditolak rezeki nak smpai...dengan senang hati akak terima dan terimakasih yang tak terhingga atas ingatan ni. Hanya yang susah hati di manalah akak nak cari ibu teko ni...jarang sgt akak tgk teko ni dijual ..apapun tunggu je lah keajaiabn berlaku . Sebenarnya banyak dah kejutan dan keajaiban berlaku dalam dunia blog antik ni ..dan sangat mengujakan.. Untuk rakan2 maya semua, bagi akak hobi ni bukan sekadar hobi semata tapi telah memanjangkan siratulrahim dan ingatan antara kita ...moga persahabatan kita semua berpanjangan ..amin.



Kepada kekawan yang terbaca berita terkini dari blog akak ni, kalau lah ada ibu teko yang nak letgo, barter, atau nak bagi je hehehe...bagitau akak ya. Moga satu hari nanti akak dapat ibu teko sirose merah kuning ni..sabar2.. . Okeh jumpa kita lagi..lepas ni ada lagi kiriman yang buat akak tersenyum ... dari seorang sahabat dari utara tanah air untuk dikongsi...tunggu yaaaaa....baiii...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails