
Teko ni sebenarnya akak rasalah bukan ibu kandung pada cawan2 yang tangkainya bersegisegi ni....kalau tak silap akak pernah tengok kat rumah cik intan tu tekonya yang tangkainya bersegi macam cawan2 ni....kalau nak tengok terjah ke rumah cik intan tu...secangkir kopi .......cik intan sihat ke?? Lame benor tak dengar khabar...harap ok2 semuanya...
Sampai di sini kite bercerita ttg set pinggan ni ok kekawan cemua..........bersedia kite untuk bersahur esok dan menjalani ibadah puasa di siang hari... Terimakasih pada kalian semua yang sudi meluangkan masa di blog ni untuk mencuci mate dan juge melepas rinduuu ....Kadang-kadang masa menjadi begitu cepat berlalu..so kenalah bahagi2kan mase ni weh....Semoga hari esok menjanjikan sesuatu yang indah-indah dan membahagiakan untuk kite semua....bye-bye ..
Sepintas lalu
Tuhan menguji ibubapa dengan perangai anak kerana kasih sayang Tuhan kepada kita.Tuhan susahkan sikit kita di dunia supaya kita di akhirat tidak susah dengan azab api neraka.
Apabila kita berasa marah yang tidak terkawal dengan sikap anak-anak, maka timbullah tindakan-tindakan negetif yang salah di sisi Islam.Oleh yang demikian Islam mengajar kita apabila sedang marah cuba hilangkan dengan langkah-langkah di bawah :
1. Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak tanduk kita. Allah s.w.t memerhati segala perlakuan dan sikap kita yang biadap.
2. Bila datang perasaan marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah s.w.t agar selamatkan kita dari rasa marah
4. Hendaklah ingat akan kesan marah itu mungkin membawa permusuhan & membalas dendam
5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita sedang marah, lebih buruk dari perlakuan seekor binatang
6. Apabila datang rasa marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahiminas Syaitannirrajim)
7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana dapat menenangkan .
8. Jika tidak boleh hilang marah itu, cepat2lah duduk, sekiranya masih lagi cepat2lah baring kerana akan meredakan perasaan marah itu apabila bangkit dari tidur..