Sunday 30 August 2009

Set Daun Maple - Selalulah Pandang Ke Bawah

Salam ukhwah kepada semua rakan-rakan yang sudi menjenguk blog ni...bagaimana kita hari ni?? Semoga hari ni lebih baik dari semalam..N3 pada malam ni Cerita si Maple..Ramai dah blogger yang ada, lebih lengkap lg dr akak punye ni..saje2 nak kongsi ngan kalian bukan nak tunjuk2 eh...untuk jamu mata dan minda...silakan tontoni wayang maple ....


Set maple ni mempunyai keunikkan tersendiri..walaupun batang & daun kering je tapi lain dari lain mcm cik mat ckp tu..blogger mat dah N3 tak lama dulu..ingatkan akak nak follow sbb shoot gambar dah lama tapi terlupe pulak..oklah kekawan minat juge ke..kawan akak cakap daun maple ni ada dalam filem hindustan...daun2nya berguguran semasa shah rukh khan sdg berkasih kat taman ...filem apa tah lah..bukan akak cakap ye..kwn akak cakap..orang yang bercinta pekalah benda2 camni ....romantik gitu...set ni sampai kat tangan akak..ade cite sebaliknye..kalau nak tau, baca sampai bawah yekk..jangan bosan dah le...


Selalulah Pandang Ke Bawah
( Diceduk dari bacaan ilmiah, untuk renungan bersama)

Nabi s.a.w berpesan agar dalam soal nikmat dunia, lihatlah kepada orang yang lebih bawah dri kita. Selalulah pandang ke bawah.Yang biasa berlaku seseorang itu suka melihat kepada orang yang lebih dari dirinya. Suka pandang ke atas. Makinlah dia rasa kurang, lalu tak pernah bersyukur.....


Jadi kalau mahu rasa lebih dan tahu bersyukur, selalulah tengok orang yang kurang dari kita.Contoh kita mungkin cuma mampu pakai kereta ke pinggan lama, tapi ade orang langsung tak mampu beli kereta atau kereta kena tarik.


Sesungguhnya nikmat dari Allah tak pernah putus. Cuma ada nikmat nyata, ada yang tersembunyi.Sifat redha dan sabar kitalah yang boleh menukar musibah kepada nikmat, keluhkesah kepada lapang dada, lalu bersyukur dengan nikmat yang diberikan-Nya.


Kalau nikmat nyata pun tidak membuat seseorang itu bersyukur, bagaimana nikmat tersembunyi boleh membuatnya bersyukur?Kita tidak nampak Allah waktu senang, bagaimana kita boleh nampak Allah waktu susah? Firman Allah:

"Sedikit sekali di kalangan hamba-Ku yang bersyukur".(Saba':13)


Teko Maple


Teko ni datangnya dari tokey teko ..tasha..betul la kata cik mat kita ..tasha ni banyak lubang sebab tu macam dia tau je bila kite perlukan teko-teko ni....Akak dah ade set cawan maple ni ..tak lama lepas tu keluar pula teko maple ni...apa lagi order je lah...apapun tasha ni banyak jasanye kat kami yang dah kena sumpahan koleksi lama ni..mekasih ya tasha...

Ibu & Anak

Anak-anak ni baru jumpe ibunya..kalau boleh nak duduk bawah ketiak ibu hehehe
Renungan
HARGAI SEMASA ADA
Setiap nikmat yang Allah berikan hendaklah kita hargai sebaik rahmat itu sampai kepada kita. Apatahlah lagi kalau belum sampai, jangan putus asa untuk terus berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya .Tetapi janganlah berhenti tatkala kita sudah mendapatkanya.Hal-hal yang kecil jangan dianggap remeh kerana tanpa yang kecil kita tidak akan bertemu dengan yang besar. Inilah hakikat kehidupan.


Cawan & Piring

Apa yang kau orang buag buat ni ..sedang akrobatik ke...isshh nasib tak jatuh ke bawah ....kalau tak berderai ...mane nak ku cari ganti...mau meleleh ayak mate..hai kekawanku sekelian, akak dapat set cawan maple ni accident je sebenarnye...tapi dah nak jadi rezekikan. Akak barter ngan yatt manis tu..tapi yatt silap faham terbagi ni kat akak.Akak ni nak barter oriental ceramic maple..tapi yatt ingatkan simaple ni..nasib baik..so akak dptlah set ni..walaupun silap bagi, tapi di pihak akak sendiri syukur yang tak terhingga..nyiru tapak tangan boot kereta kutadahkan...mekasih ye yatt cayang...lainkali boleh barter lagi ya..

Sekian untuk malam ini...Selamat Berpuasa Hari Esok & Selamat Hari Merdeka..

Merdeka!!!!...Merdeka!!!...Merdeka!!!!

Friday 28 August 2009

Set Bunga Padi Berdaun Lalang

Koleksi ni adalah pemberian dari sahabat akak cik Imah ...budibaikmu ku kenang...
Salam ramadan kutujukan kepada sahabat-sahabat di maya ini. Harap kita semua telah dapat menjalani ujian hari ini dengan sebaik mungkin ..insyaAllah. Akak saje nak tayang koleksi ni untuk menambah meriahkan tayangan perdana set bunga padi oleh sahabat kite yang lain..tak caye cube check..berderet bunga padi sedang online..hehe. Pada sesiapa yang belum dapat ade bawak bersabo, lepas raya sambung hunting ok...Pada blogger yang dah ade tu meh kite ulang tayang..syok juge camni..ada mood sikit nak buat tayangan.. Tak payahlah akak ulas apa2 ye sebab mood nak ulas tu kureng sikit bulan pose ni sebab maso terhad...selamat mencuci mata...

Keluarga Bunga Padi

Pinggan makan ni akak ade lebih dr 2 keping tu...pinggan kuih pun ade tapi terlupa pulak masa shooting nak letak sekali

Teko Aladdin Bunga Padi

Cantik tak body I ni...tapi kalau u all perasan I ni tak sempurna...OKU..segan I nak cakap kat mane kurengnya I ni..carile sendiri ya..pastu bisik2 kat I ..Kalau u all tak perasan kira ok jugelah I ni..he he he..

Selingan

Kepentingan Bersahur

  • makan sahur untuk elakkan hypoglycemia (gule rendah) yang boleh menyebabkan kelesuan
  • Makan makanan yang lambat dihadam sewaktu sahur. Ia mampu bertahan sehingga 8 jam. Oats, kurma, sayuran, nasi adalah jenis lambat dihadam dan mengandungi banyak fiber.
  • Minum air kosong banyak untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan
  • mengambil suplemen kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan



Teko & Cawan



Emak & anak sedang posing habis....sampai lupa si anak tu nak pakai kain - piringnya..hehe

Oklah untuk hari ini.Sebenarnya nak N3 bulan ramadan ni kurang mood sikit ( sikit je)...tapi kalau ngadap pc ni gatal je tangan ni..tambah akak dah lama ambk gambar ni hanya tak smpt nak N3 ..ok kekawan sekelian, terima kasih dengan kedatangan anda sekelian semoga kita dapat merapatkan ukhwah sesama kita sempena bulan yang mulia ini.....wassallam.

Tuesday 25 August 2009

Memburu Redha-Nya DiKEBUN RAMADAN

Dipagi puasa ke 5 ni...akak terbaca satu artikel yang menarik dengan situasi bulan mulia yang sedang kita lalui ini. Akak nak kongsi dengan kalian yang disayangi ..semoga kita dapat sedikit sebanyak petunjuk dari bacaan ini...Luangkan 5 minit ye untuk kita renung2kan bersama catatan pagi ini....
Ganjaran Berganda
Bukan kecil apa yang Allah s.w.t sediakan kepada kita di dalam sebulan Ramadan.Semuanya tanda kemurahan rahmat dan kasih sayangNya. Tugas kita meraih sebanyak-banyaknya ganjaran dan kelebihan Allah peruntukkan itu. Banyak amalan sunat, ertinya banyaklah ganjaran bertaraf fardu yang biasa diperolehi pada hari-hari sebelum puasa.Apatah lagi kalau yang fardu itu kita buat dengan baik dan sempurna...
Kalau kita yakin sungguh dengan amalan sunat di bulan Ramadan ini setaraf ganjaran dengan amalan fardu di bulan lain..kenapa dipersoalkan lagi sunat terawih?Memang ia jelas ia adalah ibadat sunat. tapi tidak sama dengan amalan sunat yang biasa dilakukan pada bulan2 selain Ramadan. Yang sama cuma takrifnya saja- buat dapat pahala, tinggalkan tak berdosa.
Tarawih
Banyak yang dibuat, insya-Allah banyaklah pahala yang dapat. Kalau banyak yang tinggal, banyaklah pahala yang terlepas...Letakkan soal kepatuhan, ganjaran dan kelebihan itu di hadapan, bukan soal sunat atau tak sunat.......
Bersahur
Nabi s.a.w berpesan, " Makan sahurlah kamu,kerana makan sahur itu mengandung berkat."Jangan sekalikali dipandang remeh amalan makan diwaktu dinihari itu. Sebaliknya tengoklah nilai falsafah dan pendidikannya. Betapa seorang hamba itu sanggup bangun pada waktu sedang enak tidur, semata-mata untuk makan?.Kenapa? Kerana mematuhi suruhan Allah walaupun lazimnya selera makan tidak terbuka...." SesungguhnyaAllah dan para malaikat Nya mengirim rahmat kepada orang yang sedang makan sahur." (Riwayat Thabrani.....)
Dua perkara di atas adalah antara amalan sunat di bulan puasa ini.Bukan suruhan wajib pun tetapi suruhan berbentuk sunat sahaja. Namun amalan sunat ini ibarat usaha tambahan yang kita buat dengan rela hati..semata-mata untuk menarik perhatian Allah s.w.t. Mudah-mudahan dengan perhatian itu Allah sudi mencurahkan rahmat-Nya. Dengan rahmat Allah s.w.t, kita mengharapkan keampunan-Nya jua. Dengan rahmat dan keampunan-Nya, kita sangat-sangat mengharapkan kebebasan daripada seksa neraka-Nya pula. Demikianlah tiga rangkaian anugerah yang saling bersimpul dan bertaut, walaupun dipisah2kan dalam tiga fasa ramadan.
Inilah bulan yang pada awalnya Allah menurunkan rahmat, dipertengahanya Allah memberikan keampunan-Nya & di penghujungnya Allah membebaskan para hamba-Nya daripada api Neraka Jahanam.
( Riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Salman r.a )

Ia ibarat hasil yang dituai dari sekebun Ramadan. Bermula daripada sepuluh hari yang pertama berterusan hinggalah sepuluh hari yang ketiga. Menguji keikhlasan, konsisten dan daya momentum mereka yang benar-benar mengharapkan reda Allah yang berlimpahan di bulan Ramadhan. Apa lagikah nikmat @ pemberian lain di muka bumi iniyang lebih mahal & bernilai dari keredaan Allah s.w.t..?
Oleh itu apa lagi kekawan yang dikasihi...tepuk dada tanya selera...(terutamanya diriku sendiri) pisau ditangan kiri, mentimun di tangan kanan..letak tepi nafsu nafsi sebelah kiri kanan kita . Mari kita kaut sebanyak-banyak keredaan-Nya di bulan yang datang hanya setahun sekali....Buat sungguh-sungguh, buat elok-elok dan yang terbaik, tak culas takut-takut ini Ramadan terakhir kita... manalah kita nak tau bila Allah nak cabut nyawa kita ni (juga dituju khas untuk diriku ini).
Sekian untuk N3 ari ini, moga apa yang akak kongsi bersama dengan pembaca budiman dapat memberi sedikit sebanyak manfaat. Kalau tak banyak, cikit pun jadilah.... Sekiranya ada salah dan silap datangnya dari kelemahan akak, kiranya baik datangnya dari Allah s.w.t...Wassallam pada semua...I love u all ..muah....

Monday 24 August 2009

Kad Ucapan Suka Jadi Corner

Salam Ramadhan untuk semua yang mengunjungi blog akak ni..harap2 tak terlambat lagi akak mengucapkan kepada semua. Semoga kedatangan bulan barakah ini sama-sama kita dapat meningkatkan alaman baik dan juga ibadat kita. Marilah kita mengambil kesempatan bulan yang mulia ini untuk memulakan sesuatu amalan baru yang mungkin selama ini kita alpa . Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih Dan Penyayang.
Kepada semua adik-adik blogger ni yang sudi tuju kat akak ni, maaf ye lambat ambik. sebab tak reti nak copypaste2 ni..akak ni lambat sikit nak explore2 benda macam ni..banyak sangat benda nak kena settelkan ...oklah ari ni dah pandai hasil tunjukajar yatt & shas...sonang yo..eksyen pulak tu..Malam ni akak baru duduk depan pc ni...sedang tension ni esok ada exam..hehe dah tua2 pun pekse...malam ni nak release tension so ngadap pc ni.. hilang tension tgk kad2 ramadhan nie. xplore2 berjaya jugak akak angkut kad2 ni sebagai mhargai wish adik2 blogger ni. Cik abang geleng2 kepala tengok akak bukannya sibuk nak baca buku , sibuk ngadap pc...Lupa pulak, ni kad blogger Welly ...mekasih ya Well.....cantik kad ni ringkas tapi menarik sangat . Nanti akak nak tunjuk kat my son (suke sgt buat kad2 wishes) .Pada welly laling akak ucapkan sama-sama kita berpuasa & semoga diberkatiNya.

Kad Ucapan Yatt's Precious

Pada Yatt, terimakasih atas kad yang touching ni. Yatt juga bagi akak blogger yang friendly and commited dengan tugas khas sebagai pemburu set pinggan lama...yatt juge banyak bantu akak tanpa disedari...haa yatt akak ni dah pandai copy paste ni...mekasih yatt cayang..

Kad Ucapan Koleksi Warisan Bonda

Terima kasih jua untuk blogger Shas. Shas antara blogger yang selalu tolong akak nak upgredkan blog akak ni...awal2 blog ni nak published shas lah yang banyak tolong akak itu ini...ok shas cayang selamat berpuasa dan sama-samalah kite menghayati fadilah bulan Ramadhan almubarak ini...

Tuesday 18 August 2009

Dumex Oh Dumex !!

Salam Sayang kepada pengunjung semua....kunjungan kalian sangat bermakna bagi akak ...harap tak jemu mengikuti blog akak ni sebab N3 akak lebih kepada pinggan mangkuk yang orang tak pandang pun sebelah mata.....tapi akak sampai 4 mata akak guna untuk telek2 koleksi lama ni.....Alkisah citenya hari ni...pasal keluarga DUMEX ni...Teko montok kat atas sangat2 bermakna buat akak....inilah teko hasil minuman susu dumex yang arwah mak akak bagi kami 6 beradik sewaktu kami kecil hingga dapat berlari..bayangkan umur teko ni berapa??? Umur akak sendiri dah sweet .......Masih ku ingat kami dahlah setahun sorang, masing2 pegang botol susu keliling meja tunggu arwah emak bancuh susu......& seingat akak (belum sekolah lagi) akak dah nampak set ni lengkap dengan cawan dan pinggan, tureennya dalam almari dapur....tak pernah gune pun buat pameran je..akak selalu intai2 tengok(masa ttu pun dah tumbuh minat kat pinggan mangkuk he he ) Musim berlalu pergi...termasuklah juge set ni...yang tinggal hanya teko ini dan piring cawannya 4 biji....manalah nak kucari ganti .....satu2nya teko peninggalan arwah mak . Arwah pergi dalam usia yang muda, akak dapat pengganti emak baru yang lagi minat mengumpul pinggan mangkuk...
Teko ni cukup montok dan gebus ....material teko ni banyak kandungan tembikar gamaknya...mudah retak seribu kalau basuh tapi tak lap kering2...dia ni bukan kaca tembikar macam teko yang dikeluarkan era 70 an...maklumlah syarikat Dumex ni pun mesti nak upgrade produk dia year by year ......tapi teko arwah mak akak ni memang tak diguna2kan sebab tu masih cantik dan terurus rupenya...akan ku simpan juga utk tatapan generasiku ......biarlah ia menjadi satu nostalgia walaupun hanya sebiji TEKO DUMEX

Bapak & Emak Dumex

Alkisahnya cik mat, cik minah cik puan semua..pasangan ni baru bertemu jodoh..emak dumex ni janda dari pantai barat dan sibapak ni pulak dari pantai timur ....walaupun siemaknya ini dah berumur sikit dan sibapaknya ni mudalah sikit...tapi kalau dah jodoh tak ke mana...usia tak menjadi ukuran....yang paling penting dah jodoh.......

Keluarga Dumex Berkumpul


Dah jumpa pun kaum kerabat Dumex ni. Walaupun dari era tahun yang berbeza dan dikeluarkan oleh dengan design & kualiti yang berlainan, tapi apabila depa berkumpul camni sangat menyentuh perasaan.....air dicincang tak akan putus..huk huk huk...harap2 kita sesesama insan ni pun camtu lah...
Teko tu dari sumber lain, pinggan tu pulak akak sepupu bagi...pinggan ni cukup besar untuk jadi pinggan hidang tapi berat be....kualiti material sama ngan teko tu...

Teko Dumex era 70 an

Teko Dumex Tinggi lampai....Teko ni geng akak yang prihatin bagi...inipun emak mertuanya dia punye .Kualiti teko ni kaca tembikar....tapi teko ni akak rase x pratikal nak bancuh air...kena pakai senduk panjang bancuh gule....he he sebab tu x digunakan lagi kut berkilat2...sebab simpan lama dlm almari..

Saturday 15 August 2009

Bunga lalang Cina

Salam mesra kuberikan kepada semua pembaca budiman yang sudi jenguk ke blog akak yang tak sempurna lagi ni.....dalam kita trauma dengan serangan virus h1n1 ni, masyarakat setempat akak ni pun sedang demam gula tak ade.....sebab ape ????sebab kena sorok lah dek jerung2 yang tak henti2 nak kaut untung lebih2 ..wpun diberi amaran tolak tepi je....kalau kedai apek tak ade, yg hairannya pasaraya besar2 pun tak jual...hisss apa tindakan penguatkuasa...ke memang depa tak sedar situasi ini berlaku...ke depa memang tak kuasa nak ambk pusing dah!!!!.Yang pusingnya kite terpaksa berpusing2 mencari gule....sudahnya makan gula castor yang cik mat gebu bikin kek tu....Dalam gula x de ni akak ade satu set mini bunga lalang.....comel lote....sesuailah buat air untuk 2-3 teguk je...kalau buat kuih ke , pengat ke sikit je lah untuk dihidangkan...sesuai bebenor untuk set ni......gambar ni tak sharp kekawan...lain kali akak dapat tambah set ni lagi ..akak N3 semula ye......selamat jamu mata......

Friday 14 August 2009

Mug, Mangkuk & Piring Leper Bunga Lalang

akak sempat juga lah susun atur mug dan piring mangkuk set ni untuk tayangan perdana kali ni...kalau x susun camni akak rasa tak jelas pulak gambar2nya nanti..ni pun gambar kurang sharp lah tapi dah virus malas menjalar satu badan...layan je lah yang ni....ade tambah set lagi lainkali n3 lain pulak ye kekawan ..tengok dulu yang ni ye...

cawan bunga lalang

set cawan ni tak tepat ni..rasanya lebih sesuai dipanggil mug betul tak adik kakak semua....dimaklumkan mug ni hanya untuk 3 kali teguk je...kalau kalian datang mah akak mesti cakap tuan rumah kedekut...tak puas minum... lebih2 lagi gule tak ada sekarang ni weh....caya tak akak dah seminggu cari gule tak dapat dikesan....geram betoi tgk tokey2 kedai ni...x ade hati perut ...sorok gule x nak jual....x tau lah nak ngadu ngan sape ni...

mangkuk-mangkuk bunga lalang

cantikkan... puji la sendiri sebab ini salah satu set yg akak berkenan sesangat ..ada lagi mangkuk tak muat nak display.....

pinggan bujur & mangkuk bunga lalang

pinggan bujur yang teramat2 lah comel sebab kecik je cik minah weh...rasanya letak dua ketui pisang goreng je boleh..untuk hidangan sorang dua je...mangkuknyapun sama comel bebenor...tapi akak suke je..nak wat camne tu je yang ade...

Tuesday 11 August 2009

Piring Leper Pionies


Salam semua kekawan ...akak ni sebenarnya dah dilanda virus malas...bukan H1N1 mitak dijauhkanNYA..tapi virus malas ni datangnya dari virus itu jugelah..sejak tak sihat seminggu lepas..mood habis..hilang semangat..entahlah ...teruk juge penangan virus ni....apapun kekawan akak entry juge lah apa yg dah ada dlm simpanan ni..ni piring leper pionies kiriman shas...akak cukup suke dgn piring2 ni...sebab boleh digandingkan dgn cawan2 peonies akak tu...mekasihlah shas atas kiriman ni...piring ni boleh tahan kualiti tebalnya sebab tu selamat dalam perjlnannya..shas, kalau jumpe tekonya sound2 kat akak ya....piring2 ni ku anggap satu koleksi yang berharga sebab mengumpul piring2 lama pun dah satu jadi tabiat dari dulu ni...........

Piring Pionies

Piring Leper Pionies ...bunga-bunga rose yang menawan kalbu walaupun gambar yg kutangkap kelabu....eeh tak puas hati betoilah tgk gambar x terang ni ...hidup jelas bunga2 rose ni dan sempurna dengan sentuhan daun dan pucuk2nya...lainkali akak N3 baru ok...

Piring leper Kekwa Hita & Rose Padi


Piring Leper Kekwa Merah

Ini piring2 mak punya dulu...tak jelaslah gambar ni pulak..bolehlah ye..ramai blogger2 ade ni...mat gebu ada satu set lengkap..akak suka lah set ni sbb betul2 nostalgia melayu ni..dulu2 buat hidang kuih raya masa akak kecik2 ..zaman dah berlalu..tuanya rasa.....

Mari-mari dengar ini cerita.......

Dalam keadaan wabak H1N1 melanda negara ni dan negeriku khususnya telah menyebabkan wabak demam dan synthom2nya merebak sampai tak boleh nak dijangkan...lepas satu -satu kematian yang tak dijangka...amat menakutkan.................pada diri aku yang dah tak sihat selama 1 minggu ni.....wabak ni seolah2 memberi warning.."haa kalau aku ni masuk dalam badan, kan ku godak satu badan ....." hee..dijauhkaNYA..Aku ni pada hari pertama tiba-tiba pening pagi tu, petang tu sakit2 tulang, malam dah ngerang demam sejuk panas. esok tu pagi2 dah pi hospt..msh tak kira demam hanya dibagi ubat tahan sakit..tapi petang tu sampai malam badan dah x larat angkat, kepala mcm nak pecah...esok tu pegi lagi hospt ..diberi ubat demam je...Aku tanya kenapa x ambk darah..belum smpai 38 suhu badan kata doktor..Oklah balik hospt makan je ubat demam..kebahlah demak tuu. tapi baru ku perasan tak boleh berdiri lama x smpai 5 minit, betis2ku ini mcm dicucuk2 jarum bisanya..meresap sakitnya ke tulang ..aduh apahal ni...berlarutan sampai hari esoknya..petang tu pegi lagi hospt..mengadu ngan doktor...check suhu badan dah 38.5..panik kau...doktor ambk darah, kencing ...Ku tanya doktor, saya ni kena H1N1 ke???. doktor kata esok ambik darah lagi....Hai tak tahan dah ni ku tanya terus sang doktor mcmana nak kesan H1N1?????? x payahlah ckp apa jawapan doktor tu....hanya satu nak kongsi dengan kekawan sekelian..berhati-hatilah dengan sgala synthom yang datang tiba2 dalam badan kita.....jangan ambk mudah.Makan sayur2 & buah2 byk2, minum air byk2, tututp mulut ke mana pegi..pastikan kebersihan tangan dan pesanlah pada anak2 semua....itu je lah yang mampu kita kawal untuk diri kita untuk mengelakkan jangkitan ....berdoalah semoga kita semua dilindungiNYA...

Thursday 6 August 2009

I came I saw I .........


Salam Semua..hari ni cite bkn pasal pinggan lama tapi ia tetap satu nostalgia bagiku...kisah aku menjejak kaki dipuncak gunung tertinggi di asia..Gunung Kinabalu...terletak di negeri bawah bayu..Asalnya menyertai program ni kerana menemani my daughter. Dipendekkan cite..Gunung ni tingginya 4095.2m (mcm tak tinggi je)..Itu tingginya kalau diukur lurus tapi kalau jalan rasanya jaraknya jadi 4 kali ganda tingginya. Kami mula bergerak pukul 9 pagi dari kaki gunung..akak smpai kul 5.30 ptg di tmpt rehat LabanRata..Dari sini nak ke puncaknya lebih kurang 2 km ukuran lurus....Kena rehat dulu kul 2 pagi baru naik ke puncak dgn lampu suluh letak kat kepala. Dlm gelap gelita kami redah laluan yg amat sukar..sbb tu dr 30 org yg smpai ke puncak 15 orng je..yg lain reverse ke belakang..x thn sejuk cucuk tulang & x blh bernafas...Gambar atas ni kira2 akak on the way ke puncak gununglah ...bangporter beri arahan suruh shoot.Apapun cite2 gunung ni byk sgt tapi apa yg terpapar di sini hanya cite kat atas puncak gunungnya . Akak nak kongsi dgn kalian semuaa pemandangan di Puncak Gunung Kinabalu.......sesapa yg dah pegi tu bolehlah join kelab gunung ya...dan sesapa yg nak pegi tu bolehlah akak bagi tips sikit2....ok Layan je ye...


Wednesday 5 August 2009

Bersama Porter Gunung

Cuba lihat ketulan2 batu dibelakangku itu...batu2 nilah yg terpaksa diredah dan dipijak untuk mmenuju ke puncak....waduh2 ..ditambah pulak kalau ada lurah dicelah2nya...apa lagi jadi spidermanlah..guna tali belati yg memang dah disediakan dan dipasak di atas gunung ni...tu abang porter yg ada janggut tu..banyak jasanya kat akak ..dahlah dia setia menenamni akak naik masa turun pun dia jugaklah yg muncul jadi penyelamat akak...masa turun gunung lagilah haru story akak ni...nangis2 dik sepanjang jalan turun tu...maklum nyawa dah separuh he hehe

Misi Semakin Hampir


Ini adalah waktu2 selepas ku melepaskan lelah....bersedia untuk menyambung semula misi ke puncak ....nampak tak puncak2 batu kelilingku...sebenarnya atas puncak ni banyak gunung2 yg lain...ada gunung harimau, agda gunung seringgit, ada gunung apa lagi..dah lupa pulak..itu yg porter maklumkan kat akak..porter2 mmg sabar melayan kerenah akak yg betul2 bergantung harap kat depa ni 100 peratus( sape lagi nak tolong.....porter je yg ada ...)

Keseorangan di puncak

kenapa seorang???Apa taknya member2 lain semua dah cabut turun bawah, aku baru nak merangkak ke puncak...ni pun ada yg tercicir sorang smptlah snap gambar...sempat pulak posing. Masa ni kak dah lama duduk atas batu tu..rehat ..tu yg boleh posing tu..siap bukak tutup mulut ..pakai sbb terlampau sejuk..tempat ni lebih kurang 3 meter lagi nak puncak sebenarnya..tapi laluannya mcm entahlah tak dpt nak gambarkan..aku jadi spiderman kejap , cicakman kejap...guna tali beluti lagi untuk meredah celah2 batu tu...cabaran yg yak mungkin kulupakan seumur hidup ni...

Puncak Gunung Kinabalu. Betapa agung ciptaanNya


Kawasan gunung yang ni boleh dikira sebagai kawasan puncaknya..gambar betul2 atas puncak akak x dpt nak N3 tah mana2 simpan ...ni kira kawasan puncakna..nmpak tak awan yang melambai-lambai kat bawah tu...Ya Allah Ya Rabbi...tidak tergambar ngan kata2 betapa besarnya ciptaanNya. Keinsafan menyelinap masuk ke dalam diri ini melihat kekuasaannya.........Pada pukul 4.30 pagi sedang bergerak naik tiba2 porter suruh akak menoleh ke belakang...dengan keadaan yg tak larat sgt akak toleh..astagfirlullah...nmpak ombak awan sdg bergulung2 seolah-olah mengejar diriku yg sdg tersgt2 lelah ni( oksijen dah nipis) lantas aku terfikir aikk..kat padang masyar ke diriku ini....masa ni lah ku berdoa semoga Allah memudahkan tugasan ku ini...

Pemandangan di atas gunung




Haa..ni adalah antara pemandangan yang terdapat di atas gunung tu...kira dekat2 nak smpai puncaknya dah..perjalanannya semakin sukar dan amat meletihkan...walaupun jam menunjukkan pukul 6.30 pagi tetapi cerahnya mcm tengahari kat bawah tapi sejuknya 6 darjah bengkak2 mata . kalau x kuat lah semangat ni..x sampailah kat sini ..jauh lagi nak ke puncak tu..
sepanjang perjalanan akak sentiasa berzikir supaya diberi kekuatan fizikal dan mental untuk menyudahkan ekspidisi ni.... Akhirnya dengan izinNya juga, dengan ketahanan mental & fizikal walaupun ditahap minimum sampai juge aku ke puncak gunung ini,,satu impian yang yg tak pernah dirancang sblm ni...tpi ini semua ku anggap rezeki dariNya kerana melalui semua ini telah membuat ku tersedar sesungguhnya bumi Allah ini terlalu banyak rahsiaNya yang tak tergapai oleh kita dan tak terlintas difikiran ...mampu membuat kita berasa diri ini amatlah kerdil .....Air mataku yang mengalir keluar tandaku bersyukur dengan anugerah yang diberiNya. Waktu2 beginilah aku merasakan begitu hampir denganNya kerana tidak ada sesiapa lagi keliling untuk berkongsi segalanya....anak tidak dpt meneruskan ekpidisi ini, rakan2 pula telah menuruni gunung..hanya tinggal aku keseorangan dengan sekumpulan porter yang tidak jauh berkeliaran...Tapi jauh di sudut hati ini sekiranya diberi peluang kedua aku tidak akan melepaskannya..InsyaAllah






Saturday 1 August 2009

Jug Ocera Biru

Salam & Selamat malam semua ....ni salah satu koleksi yang akak ada tapi tak pastilah pinggan lama ke tak....yang pasti memang pada sesiapa yang ikuti arus pemodenan pinggan mangkuk koleksi ni takkan menarik minat mereka untuk menyimpannya apatah lagi membelinya...hanya peminat pinggan lama je yang berminat so mari kita kongsi sama-sama ye..Jug ni cop belakangnya cop Ocera gamaknya ringkasan Oriental Ceramic ...x tulis made in mana...x kisahlah tu...bentuk jug ni lebih kurang jug creamer meakin hanya dia besar lagi.....Bunga apa entahlah...ada sesapa yang ada koleksi ni ke...jom kongsi tengok ...

Teko & Cawan Ocera Biru

Haa...ini emak ngan anaknya .Kalau tengok kalian tengok betul-betul, bunga teko tu lebih jelas dari bunga cawannya tu..kat mana silap tukang bikin set ni entahlah....teko tu cantik warnanya tapi cawan tu tak teranglah....apapun set ni ada keistimewaannya sendiri betul tak...

Blue Ocera Mug

Cawan ke mug ni.....apa-apa jelah ye...asalnya ada 5 biji tapi dah tinggal 4 je...jenis ocera ni x boleh kasar-kasar, merajuklah dia alamat jadi batu belah batu bertangkuplah ....tapi cawan ni terbelah je tak bertangkuplah pulak..isssy merapek apa ni..badan penat mula otak ni meracau ...

Blue Ocera

Oklah kekawan semua, ni last entry untuk mlm ni....harap dapat membahagiakan jiwa pada sesiapa yang menatapnya....bagi saya ini semua terapi minda dan mata yang penat dan lelah ni...satu kepuasan yang hanya boleh dikongsi dengan peminat-peminat koleksi lama......okey I lap u all semua muahh......Ini khas untuk anda semua "Kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur panjang boleh kita berjumpa lagi..."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails