Thursday 8 April 2010

~Akhirnya Kau Pergi Jua~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
~ AlFatihah ~
gambar dirakam 2 minit sebelum arwah rebah ~
( gambar dari FB anak beliau )
Hari Ahad bersamaan 4.4.2010 waktu menunjukkan 9 lebih (a.m ) satu peristiwa yang sangat menyayat hati dan membuat kami terkejut ! pemergian seorang sahabat dan bekas boss kami pada pagi itu. Pada hari yang sama juga kami sedang mengadakan mesyuarat PIBG sekolah kami datang seorang rakan setugas membisikan ke telingaku bahawa Kak Mek meninggal dunia.....tersentak seketika, terasa lutut menggigil dan terus bangun mendapatkan kepastian dari rakan2 yang di belakang dewan ( Beliau memang mengalami masalah jantung dan akan membuat operation bulan 6 nanti..walaubagaimanapun tahun 2009 beliau mendapat pelepasan oleh IJN untuk menunaikan haji setelah ditangguh sebelum itu )
~~~~~~~~~~~
Akhirnya kami mendapat kepastian bahawa kawan mantan pengetua kami telah meninggal semasa sedang menghadiri mesyuarat PIBG sekolahnya dalam beberapa minit sahaja. Sesungguhnya pemergiannya sangat dirasai dan menyayat hati. Arwah telah bertugas di sekolah lamanya ( tempat kubertugas ) sejak posting hingga menjadi pengetua. Tidak hairan beliau dikenali oleh semua guru dan penduduk bandar kami menetap. 2 tahun lepas beliau telah berpindah ke sekolah baru di bandar berhampiran. Walaupun telah berpindah beliau tetap seorang kawan yang baik dan seorang pendengar setia. Beliau mampu meluangkan masa dan mendengar pada sesiapa saja yang mahu bercakap dengannya. Tetapi tidak mencampuradukkan tugas dan ikatan sahabat. Sebagai seorang rakan, memang aku rasa senang dengannya sebab sikapnya yang low profile tapi beliau seorang yang tegas dalam melaksanakan amanah yang diberi kepadanya. Tanpa mengira kawan rapat atau tidak arwah tidak berat sebelah . Itu yang membuatnya disenangi dan dihormati.. Kami boleh bergelak ketawa bersama tetapi kerja tetap kerja.. Hanya aku yang terkilan sebab beberapa hari sebelum beliau meninggal kami kebetulan terjumpa dan berbual lama hingga lewat petang..Beliau ada menyebut menyuruh aku masak apa2 je untuknya..tetapi apakan daya semuanya sudah ketentuanNya..Hanya apa yang mampu ialah solat sunat hadiah dan bacaan Yassin untuknya. Sehingga saat ini masih terasa sayu dan terkejut . Semoga Kak Mek ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...Ya Allah , ampunilah arwah..kasihanilah arwah.. Amin.

~Sesungguhnya mati itu adalah benar..kubur itu adalah benar ~
Bersama suami dan rakan2 yang lain kami mengiringi jenazah hingga ke kubur sebagai penghormatan terakhir..Di sini terasa sangat hidup mati kita memang ditentukan oleh Allah yang maha besar. Terasa diri ini sangat kerdil untuk ini semua.. Semasa bacaan talkin oleh ustaz airmata tidak boleh ditahan2 .... terasa keinsafan dalam hati ini, bahawa mati kita bila-bila sahaja. Tidak ada yang terkecuali...termasuklah kita semua. Bersedialah untuk mati....
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/11/bersedialah-untuk-mati.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails