Wednesday 31 March 2010

Gobok Baru, Pinggan Lama !

Salam semua..terimakasih kepada semua yang singgah dan memberikan komen ..semuanya sangat-sangat dihargai....



Kisah gobok diteruskan...ramai geng yang memberi komen n3 gobok yang lepas.semua komen sangat bermakna dan mampu memberi semangat untuk terus berblog walaupun berkejaran dengan tugas2 yang lain...baru 2 hari lepas membuat pemilihan dan pengisian di dalam gobok baru ni..pening juge rupa2nya...Terpaksa memunggah keluar dan mengubahsuai semula kedudukan almari2 lain..semuanya masih dalam proses dan rumah macam kedai pinggan mangkuk dah gamaknya..nasib baik cik abang tu tak bising lagi...(kena kemaskan cepat ni sebelum kena sound hihihihi) Teruja nak entry isi gobok ni selepas akak tengok blog MG tu..( Mat, masa tengok entry mat semalam tu , akak baru siap je menyusun...) rupanya almari kite serupe ya....hanya pengisian tu berbeza...tak boleh nak tanding Mat punya laa.... Tapi jangan salah faham ya kita bukan nak menunjuk2 atau nak bersaing hanya sekadar berkongsi rasa dan minat sesama kita dan berupaya merapatkan yang jauh menjadi dekat walaupun di alam maya!




Selepas timbang2kan apa yang patut diisi ..keputusannya berpihak kepada koleksi meakin dan ala2 meakin..alasannya koleksi ni jarang digunakan sebab rapuh gituu...eloklah duduk dalam gobok ni . Untuk koleksi batu , tahan lasak dan selalu digunakan...elok diletak ditempat yang mudah dicapai ..Kalau asyik buka tutup mau tercabut pulakkkkk...oh ya pintu almari ada kunci..betul serupa sangat dengan Mat punya kecuali tombol pintu tu. Semua almari pinggan diletak di ruang tengah rumah tempat kami makan...sambil makan sambil tengok pinggan dalam almari..jangan tercekik dahlah ...yang tengok pinggan tu emaknya je!



Para 1 diletakkan koleksi polos ..campur2 sebab itu je yang adanya. Banyak sumber tu..Ada yang barter dan beli online & kedai apek. Set cawan kelapakk tu dibeli dari eis..walaupun ciput je tapi masih berharap akan dapat yang lain2 tu...sabar je la betul tak eiss....Pinggan2 meakin jade rembat dikedai apek .Cawan2 ala meakin tu hasil barter dengan Zura ..blogger yang jauh di selatan..Zura juga antara sahabat alam maya yang banyak membantu dalam mencari koleksi yang diidamkan ...Selain dari itu, Zura juga telah mencarikan teko kuning ala meakin sunshine tu sekali dengan set cawannya itu..sebenarnya akak sangat2 menghargai usahanya yang bersungguh2 untuk mendapatkannya..terimakasih sekali lagi ya zura.. Tingkat 2 tu ditempatkan juga meakin rossa pink tu ..semua koleksi meakin ni dibeli di Maha Serdang kecuali tureen rossa tu berbarter dengan cik adik Shas diPerak tuu...walaupun tutup rossa tu dah diubahsuai tetapi tak ape ..sabar menunggu kut2 ada pulak tutup ni dijual.....





Tingkat 3 pulak , koleksi meakin celestte mengambil tempatnya..Ini antara koleksi yang muat diletak ..selebihnya letak dalam almari lain ..Koleksi ini memang dah lama dalam simpanan.. Suatu masa dulu , memang agak banyak juge tetapi telah susut sebab dah berbarter dengan yang bernasib baik...walaupun dah berpindah tangan tapi kutahu semua terpelihara dengan elok oleh tuan barunya...Untuk tingkat yang terakhir, set pinggan Pernas buatan Malaysia pula menjadi penghuninya ...Set ni juga mempunyai unsur2 meakin tapi Malaysia mari , sebab cuba tengok tekonya tu...ala2 teko meakin ..Begitulah isi gobok ni buat masa ni ..tak taulah akan datang macamane pulakk..apapun setakat ini dulu, jumpa lagi InsyaAllah..untuk yang telah memberi komen, nanti akan balas walaupun lambat....namun semuanya tetap dihati...jumpa lagi..byeeee

Sunday 28 March 2010

Hadiah Birthday ke niii...

Salam bahagia kepada semua pengunjung dan followers
Minggu lepas pi 'windows shopping' kat kedai perabot barangan terpakai kat bandar berhampiran ..pergi pun sebab dah berjanji dengan siMat kecikku untuk mencari permainan pelik2. Kedai ni juge menjual perabot jati terpakai dan perabot display yang tak laku....kebanyakannya datang dari Singapura.. Bertahun2 kedai ni wujud tapi tak pernah terlintas nak singgah tengok..Setelah sedaramara dari KL singgah dan beli punggah kerusi jati ke KL..aku jadi pelik ngape aku sendiri tak kesini yekkk...Dipendekkan cerita setelah 2-3 kali kekedai ni, minggu lepas kami pun pergilah dan belek2 almari ..terbelek pulak almari kat atas ni...hubby cakap nak belilah kalau nak..eh betul ke apa yg kudengar? Almari ni bukan yang dah terpakai tapi mengikut tokey kedai (melayu) almari tak laku masa pameran dari Spura..Sebab tu regenya tu walau pun tak laku ..riburaban jugek.. Alkisahnya ibarat orang mengantuk disorang bantal le..dapatla kurang juge walaupun masih 4 angka hantarannya tu...tapi taklah semahal kayu jati baru2 tu..seram rasenya nak bertanya rege...Lagi satu memang lebih suka kabinet yang oldfashion berbanding yang kerawang2 tu..tak kisahlah yang tak laku pun tak pe laaa.....yang penting aku sukeeee...

~ CikMat merasmikan pembukaan almari ~


Kena booked dulu 1 minggu sebab nak varnish semula almari ni...balik rumah tertanya-tanya juge dalam hati ngape cik abangku ini offer beli almari ni..selalunya tak semudah ini hihihii...fikir2 oooo..hadiah birthday kut merangkap ulangtahun perkahwinan kami gamaknya. Suamiku memang tak pandai nak wish2 ..kempunanlah nak tunggu dia ucap ape2 .....dah biasa macam ni..tapi selalunya dia ada cara tersendiri nak tunjukkan dia tak lupa ! terimakasihlah cikabang ya (inipun kalau baca) secara tak langsung menyokong hobiku menyimpan pinggan2 lama ni....selamatttt...lainkali boleh order lagi hahaha...


Selepas tu ada terbaca dalam blog Ezany...almarinya menyembah bumi ...sedihnya sebab klip tak kuat menahan lantai cermin....aku pun menelepon tokey kedai pastikan klip penahan lantai almari tu selamat...dijawabnya mana ada klip2 ..semuanya pasang kayu penahan sebab kayu jati ni berat..dia pun mengakui kalau lantai cermin bahaya sikit ...syukur taklah ralat membelinya..Ahmad penyokong kuat emaknya ni..tengoklah dia sukarela check almari tu kut2 ada cacatcelanya ...warna almari gelap lagi dari gambar ni...nantilah nak cari idea koleksi apa yang bertuah tu nak dapat rumah barunya ..okeh jumpa lagi ...bye semuaaa..muahhhh...


Thursday 25 March 2010

~ GA ~ CHAH DARI TERATAK PUTERI ~


Jum join GA Chah sempena birthdaynya tu.. birthday kak awal 1 hari je Chah...Hepy besday to you ...moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..tapi akak tak de GA macam Chah ni sebab tak mampu nak uruskan..semua nak buat, masa berpusing ligat..tak terkejar dek badan ni ..almaklum dah masuk umur macam ni..skru dah longgar tapi kalau fikir2 balik omputih kata Life begins at fourthy...ye ke...terpulanglah pada andaian masing2 ni....apapapun kepada semua anda tetap di hati...jumpa lagi byeee.....

Monday 22 March 2010

~ Pelengkap Twinrosesku ~ Terimakasih Shas

~ Salam mesra kepada semua yang mengunjungi ~





Kiriman diterima hari ini, walaupun dah dimaklumkan sebelum ni oleh tuan yang mengirim tapi masih lagi ku teruja apabila bungkusan dibuka..pepatah ada berkata manusia berpegang pada janji...kepada SHAS - Warisan Bonda - akak sangat menghargai kirimanmu dik oiii..walaupun dah lama tapi Shas masih mengingati janji2nya..bukan janji manis tapi janji ubi berisi !..pepatah baru ke ni hihihii.. Ku anta sms berapa mahu dibank in ( eh patut bank in dulu, baru kirim ) Shas dengan bermurah bagi hadiah bday (20.3) Terharu akakmu ni, akan kusimpan jauh disudut hati ....teremosi pulak ni...Pada Shas, semoga Allah murahkan rezeki dan memudahkan urusan mu...( ada lagi titipannya selain twinroses ni..tungguuuuu )








Sebelum cawan2 kiriman shas sampai, koleksi twinrosesku hanya si teko hasil barter dengan Nannie pada tahun lepas lagi..Kemudian ada la pinggan makan 6 biji hasil barter juge dengan Salina (StorAntik) kawanku ini yang dah lama menyepi diri ...tak pe sekali dia muncul nanti gempaq blognya tu dengan teko lamanya tu hihihiii...





Ini je koleksi twinroses yang ada. Ini antara koleksi yang mulanya tidak masuk dalam senarai sebab rasenya susah nak dapat..Tapi dah termula dengan pemberian pinggan dari Salina, tak boleh berhenti di situ rupanya...melarat2 hingga dapat teko dan akhirnya cawan2nya sekali..kalau tidak kerana Shas, tak taulah dapat ke tidak cawan2 twinroses ni lagi...tambahan selalu terlewat kalau ada jualan online..Tapi kalau dah rezeki..tetap dapat juga. Kepada rakan2 yang baru nak terbabit, banyakkan bersabo dalam mengumpul koleksi ni..banyak benda2 yang kita tak jangka berlaku..





Ramai bloggers yang dah banyak koleksi ni...akak baru nak tayang je... Tak lupa kepada rakan2 alam maya Yatt, Zura, Shas dan Sue yang ucap selamat sempena tarikhlahir akak , terimakasih tak terhingga atas ingatan kalian...Semuanya akan tersimpan dalam kenangan. Kepada semua followers dan sesiapa sudi ke sini , terimakasih kepada sokongan anda...jumpa lagi..semoga hari esok lebih baik dari semalam.....bai..bai...



Wednesday 17 March 2010

Award dari Chempaqa Lavender Cottage


Award yang cantik , cute dan cantik mata memandang dapat dari Chemp, kenalan blogger yang ramah dan happy go lucky . ..Chemp terima kasih atas ingatan ini dan sangat akak hargai...pernah bejumpa sekali. Walaupun sekejap hanya di depan hotel tempat menginap semasa kursus..dapatlah berbual sekejap dan beliau memang happy go lucky..Chemp ingat tak, datang sorang pulang berdua hihihi..kebetulan lalu bekas anak muridnya semasa kami berbual...terus dipelawa Chemp menumpang keretanya kerana laluan mereka sama...baik hati dan sudi menolong tidak kira sesiapa..Semoga dimurahkan lagi rezeki dan dimudahkan urusan..ok jumpe lagi byeeeeeee..............

Tuesday 16 March 2010

Award dari Yatt Precious

Salam semua pengunjung dan followers ..terimakasih semua kerana sudi ke sini....


Award dari Yatt


Yatt, terimakasih atas pemberian award ~beautiful blogger ~...sorry ya terlambat ambil bukan sekadar faktor masa seperti Yatt cakap tu..faktor teknikal pun ya juge...kak ni slow bab2 IT ni ..explore lebih2 lain jadinya pulak..almaklum keretapi lama hihihii....Untuk Yatt, dengan berbesar hati akak terima award ni sebagai tanda persahabatan di alam maya..setakat ni tak pernah bersua muka..walaupun tak bersua jauh dimata tapi dekat di hati ..Yatt antara bloggers yang banyak membantu akak dalam berjuang mengumpul koleksi lama ni di awal2 dulu..walaupun koleksi tak segempak bloggers lain tapi cukup kepuasan diri dan semuanya mempunyai sentimental value bagiku..Ok Yatt, terimakasih ya sebab ini sebagai tanda penghargaan khas bagi akak atas usaha mengumpul koleksi lama ni....kepada Ezany dan juga Shima yang telah sudi memanjangkan award ini kepada akak ...terimakasih kerana mengingati akak di sini...Salam Sayang semua byeeeeee...muahhhhhh

Monday 15 March 2010

Mat Gebu Junior...

~salam semua pengunjung satu nostalgia ~
Dik Mat dengan pizza harijadinya yang lepas
(pizza homemade sebab tu besar gedebak)

Cuti sekolah telah bermula..baru cuti dah cuti lagi..masa berlalu pantas..kejap siang dah malam pula..begitu juga anak2..rasanya baru je melahirkan diaorang ni ke dunia..tiba2 dah besar depan mata..macam tak percaya umur makin tua..( masalahnya hati ni sentiasa rasa muda..hihiihik) Entry ini khas untuk anakku yang kecil sekali..walaupun umurnya bukanlah kecil lagi sebab dah 10 tahun tapi bagiku dia masih kecil sebab yang lain tu dah besar panjang.. dia dilahirkan selepas 9 tahun melahirkan kakaknya yang sudah tingkatan 5 sekarang. Shas bagi gelaran Mat Gebu junior ..jangan mare ya CMG... memang namanya Ahmad je..ayahnya yang bagi nama ..dua tiga kali pegawai daftar tu tanya Ahmad je ? Ahmad ni penyokong kuat emaknya mengumpul koleksi lama..boleh berpakat dengannya..lepas tu asyik suruh maknya jadi tokey online sebab katanya dah banyak sangat ..dia tak tau kekawan emaknya berganda-ganda lagi banyaknya... Siap ajar emaknya lagi buka mudah.com cari teko ..tapi lately ni anakku ni tanya bila emak nak insaf dan bertaubat beli teko ? dasyat punya ayat..terkesima emaknya dengar ayat power dia ni ...dik mat, dik mat....cepat na kau membesar nak oii...asyik ingat umurnya 4 tahun je.....apapun dialah penghibur dan pengubat hati ni.....kita sambung lagi kisah mat gebu junior !

Tuesday 9 March 2010

Yang tidak diduga..!! cempedak jadi nangka ...

~ Salam semua ~
Mangkuk bujur ~ Tititpan Sue's Antik~
Tak pernah dijjangka akan mendapat mangkuk bujur kangkung ni..istilah sebenar mangkuk ni ku tak tahu. Memang kuniatkan pencarian koleksi bunga kangkung dah tamat..walaupun masih ada lagi yang tak ade tapi buat2 lelap mata je la ..sebab kalau nak kolek semua aduhai..tokey balak pun bungkus ! Tepuk beg tanya poket kalau nak membeli koleksi2 lama ni..Mangkuk bujur kangkung ni kudapat dengan tidak diduga..bak kata pepatah cempedak jadi nangka !. Sebenarnya ini adalah pemberian Sueantik yang semua bloggers kenal..Dalam pada akak mengintai2 cawan wildrosesnya tu (N3 sebelum ni), Sue menitipkan sekali mangkuk kangkung ni..ingatkan dia main2 je ngan akak ni ..rupanya betul2 rezeki datang bergolek ni..ibaratnya rezeki jangan ditolak , bala jangan dicari. Kepada Sue yang baik budi akak ucapkan berbanyak2 terimakasih atas pemberian Sue ni.. Sebenarnya sue, kak nak buat N3 khas untuk koleksi kangkung ni semula tapi simcard kamera kak dah jem ni..terpaksalah kak gunakan je gambar semalam yang dah rakam . Kak berbesar hati dapat mangkuk ni sebab banyak gunanya ni untuk hidangan . Dalam simpanan hanya ada mangkuk bunur peonoies yang acapkali ddigunakan. Sekarang dah ada mangkuk bujur kangkung pula,seronoknya hanya u alls je yang tahu.. Sue, kalau dekatlah boleh kak masakkan ikan pattin tempoyak untuk sue cayannggggg......moga Allah murahkan rezeki sue..Amin.
Ok lah kepada rakan2 pengumpul pinggan lama yang sentiasa memberi dorongan kuucapkan setinggi2 terimakasih dan kepada yang baru mengumpul teruskan dengan sabar kerana kadang2 mengambil masa yang lama juga untuk mendapatkan koleksi2 yang diidamkan. Dan juga jangan mudah melatah dalam menangani masalah pingganmangkuk lama ni .. Tanpa pertolongan & dorongan rakan2 alam maya ni siapalah kita..okeh kita jumpa di lain hari ..moga kita semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..jumpa lagii...byeeeeee..

Monday 8 March 2010

Kemarau sudah berakhir ~ Wildroses~

* Salam dan terimakasih kepada pengunjung dan followers *
Wildroses
Sekarang memang panas..panas..disebabkan cuaca panas..haba mudah naik kepala dan mudah pula kita nak melenting walaupun perkara remeh..Oleh itu banyakkan minum air ..baik untuk kesihatan dan juga baik untuk suhu badan kita supaya sentiasa diparas normal...tapi wildrosesku ini dah lama kemarau ...set ini memang kupanggil wildroses berdasarkan input dari blogger2 yang dah lama ada set ni...Teko wildroses ni adalah teko pertama dibeli melalui sistem online..siapa lagi kalau tak dari tokey teko tu..Tasha..berkenan noo kat bunga teko ni sebab dalam simpanan memang dah ada pinggan makannya ( warisan mak le ) tu walaupun tak banyak pun..Tapi roses ni memang memikat hatiku..Lama juge teko ni gersang keseorangan tak beranak-anak..Memang tak pernah nampak pun dalam online ke atau kedai apek ke cawan2nya itu...puas dah bersabar..susahnya nak dapat..tiba2 tengok kat sueantik ada pula cawan2nya..banyak pulak tu..manalah ciksue kita ni jumpa gua wildrosesnya tu...maka dengan muka tak malu kucuba nasib meminang cawan2nya barang sebiji dua..lulus rupanya pinanganku itu..bak kata ciksueantik ni buat pengubat sitekoku itu..tak kisahlah sue...terimakasih bebanyak sue yaaaa......

Inilah cawan wildroses pemberian sue....yang 2 biji bertangkai tu...walaupun tak de piring tak de hal punya...yang paling bestnya tak perlu duit hantaran kata sue..punyalah seronoknya akak ni sue oiii...kalau dapat free2 macam ni memang kita akan ingat sampai sudah tau...cawan lompang wildroses tu tak beli kat Khaty..


Inilah keluarga wildrosesku ...ada pinggan makan dan pinggan bujur..Mangkuk besar tu jumpa kat kedai apek bersama dengan mangkuk2 kecil..susah nak keluarkan tak yahlah bergambar ko...Walaupun seciput tapi set ni memang disayangi sebab ini antara set lama yang sukar diperolehi..dan juga kuntuman rosesnya yang menawan hati..ok cukup sampai di sini..semoga kita berjumpa lagi..barang silap jangan simpan di dalam hati ..kalau tidak merana diri. Semoga kita semua diberkati...jumpa lagii...byee muaahhh

Sunday 7 March 2010

Teko Labu & keluarganya



~ Salam semua pengunjung ~






Hai kekawan dan peminat teko semua ...paparan teko labu yang dah dikumpul sejak kena virus teko...Atas ni teko2 labu yang berwarna-warni ..untuk Ryna itu teko labu coklat yang dititip untuk ke2 kali.. Yang pertama pecah berderai..Sebenarnya tak sampai hati pun nak mintak ganti tapi ryna terus sebut nak ganti balik...terimaksih banyak2 atas perihatin rakan2 antik ni....teko dari Serawak dan juga dari Ajmah yang labu kuning..ang lain2 kak dapat kat kedai apek..Untuk teko labu putih kosong tu kak nak letgo ...mungkin pada yang minat deco2 ni boleh tampal bunga kat teko2 kosong ni ..sesiapa yang berminat tinggal2 pesan ya...



Asalnya teko2 yang akak pakai hari2, duduk kat sini, le ni teko2 labu2 rampas kuasa hihihiii...nasib le serupa je nasib kita..Ibarat habis manis sepah dibuang...merapu2 pulak akak ni..baiklah jumpe di lain entry ....byeeeee

Orang penjara mai dah !!!

~ Selamat malam semua ~
Akak ipar ...jadi tokey batik pulak dah..
Semalam Sabtu sukan , setengah hari duduk di sekolah.Balik penat sangat rasa skru longgar satu badan ni ...pagi ni bangun awal kerana ada slot penting lagi..rumahku dijadikan tempat beranggoh ( persinggahan ) rombongan pengantin dari penjara wanita Kajang. Alkisah anak salah seorang staff penjara ni bertemu jodoh dengan anak orang kampungku ini.. Kebetulan , kakak ipar pun staff di sana. Maka menyandang tugas pemandu pelanconglah dia menunjukkan arah ke sini. Sebelum sampai rumah pengantin mesti lalu rumahku dulu. Makan jadilah tempat beranggoh mereka sebelum menuju ke rumah pengantin..melepaskan lelah setelah penat duduk dalam bus dari pagi . Walaupun penat tapi tetamu mesti dirai walaupun dihidangkan dengan air sirap sejuk je....lepas balik dari rumah pengantin singgah lagi sebab menunggu ketibaan ikan patin dan talapia sungai yang mereka pesan ...
Kakak ipar sempat membawa baju2 batik hasil kerjatangan banduan wanita Kajang. Entry ini sebenarnya nak menunjukkan hasil aktiviti banduan di penjara, Selama ini kuingat banduan ni makan tidur je, walaupun tahu ada aktiviti mereka tapi tidaklah pula terfikit sehebat ini...Kain2 batik yang dihasilkan bermutu tinggi sebab kain2 batik ni diorder khas dari Batik Malaysia . Kemudian banduan mencanting lukisan batik dengan motif bunga dan abstrak. Lebih menarik, banduan ini juga mengambil upah menjahit baju dengan harga yang berbaloi dan juga menjahit manik2 mengikut kehendak pelanggan...tu baju kurung kuning yang depa tunjuk tu siap dijahit manik2 berbunga lagi...Harga batik ni pun murah dari harga luar sana ...



Selain dari itu, hasil kerjatangan yang dibawak ialah makanan ..kek coklat ni bukan main sedap..kek moist yang ditoping, bukan kek span..anggaran harga penjara RM8 ni.. Selain itu ada juga buah tangan berupa frozen foods..dibawanya pau, murtabak kecil dan karipap..Lupa pulak nak ambik gambo..Semuanya ini hasil kerja banduan wanita ...banyak kemahiran yang mereka perolehi di penjara di samping menjalankan hukuman.


Bye-bye..jumpa lagi ! bus penjara kajang meninggalkan kawasan rumah
Kesimpulannnya, aktiviti2 banduan di penjara boleh membantu mereka apabila keluar dari situ. Selain itu mereka juga diberi kemahiran saloon dan spa.. Ada mereka yang telah keluar menelepon kak iparku dan memaklumkan telah membuka butik di salah sebuah bandar...bukan main tuuu...sama2lah kita mendoakan semoga bekas2 banduan ini dapat menjalankan kehidupan di dunia yang warnawarni....dan moga kita juga sendiripun dimudahkan urusan di dunia ini dan sentiasa mendapat hidayahNya dalam melalui kehidupan seharian jumpa lagi .......



Friday 5 March 2010

Pari-Pari SiBiru

~ Salam Sabtu ~
Hari ini 6.3.2010 minggu pertama Sabtu adalah cuti umum , tapi kami ni terlebih rajin, sekolah lain buat sukan hari persekolahan...sekolah kami buat sukan hari cuti umum..bukan dapat ganti cuti pun . Nak protes pun tak laku..sebab ' Saya yang Menurut Perintah '. Ngomel2pun tugas tetap dijalankan..Sukan sekolah yang 40 untuk sekolah kami.. Sukan sekolah ini ialah hari pelajar2 melaram habis2an ..tengok kat pic atas tu..Rumah Biru, rumah sukan akak la...Students yang dah macam jelmaan pari2 tu ialah peserta yang memeriahkan pertandingan perbarisan rumah..Macam2 style depa buat untuk menarik perhatian hakim . Kadang2 kita pun terpana tengok dia orang ni kalau dah melaram...eh eh cantik budak ni ..kalau dalam kelas ..layu dan lemau macam biskut lemau...hehehehe. Students kat gambar atas tu semuanya ex-classmates anak pompuanku selama 3 tahun lepas..dah naik ting 4 , dia sambung di SBPI..harap2 gambar kawan2nya dapat mengubat rindunya pada kawan2nya tu....


Ini pulak persiapan terakhir mereka untuk berarak, sempat posing dengan kapten rumah biru ..siFaisal ni (F6 student) teringat pulak zamanku F6 tahun awal2 80an dulu...ishhhh enjoy betul zaman persekolahan...tak hengat probelm apapun...Tu yang bertudung putih tu cikgu rumah sukan ..ketua rumah tu..rajin dia ni...Cikgu Aida very committed..Syabas ya Aida ..rumah biru jadi juara ke? Akak sibuk bahagian gerai jualan sampai tak tahu sapa yang juara rumah tahun 2010 ni......balik rumah baru teringat pulakk....



Ini posing maut sipari2 biru dengan cikgu Patma...tengok tu sampai terbongkok2 sipari2 ni nak bagi sama tinggi dengan cikgunya tu...tanda hormat tu pada guru! Cikgu Patma ni kecik2 cili api ni ...jgn disangka kecik students boleh buli2 ni hihihi.....Badan je kecik tapi kete Hondanya tu mak oii besorrr.. gurau je patma cayanggggg...




Ini antara gerai jualan sempena hari sukan...tengoklah tu pakai sari jual burger...sebab lepas perbarisan tak sempat bukak dah terus je pakai sampai balikkk...sepatutnya burger2 tu mesti laku sebab faktor penjualnya tu.....pelajar2 sekolah ni kalau diberi peluang berniaga suka bebenor..sampaikan keliru ni hari sukan ke hari gerai...habis gerai2 kena serbu..padang tinggal dengan peserta2 dan guru2 yang bertugas..rasa2nya tahun depan batalkan aja gerai dihari sukan supaya lebih berkesan sukan sekolah...nantilah dalam meeting nak usulkan juge..kalau ada yang setuju oklah tapi kalau ada bangun membangkang nasib le.....okeh jumpa lagi dilain entryu byeeeee....muahhhh



Thursday 4 March 2010

Saidah , terimakasih daun keladi....

~ Salam kepada semua pengunjung dan followers ~
Malam kian larut....tugasan belum selesai termasuk nak rakamkan terimakasih kepada blogger Saidah yang telah mengirimkan bingkisan yang berisi teko dan 2 piring leper. Ini bukan barang order atau barter tapi hadiah ! ( Tak pernah lagi berurusan dengan beliau ) . Kalau dah hadiah, apa je kita terima dengan suka dan syukur.. terimakasih berbanyak di atas susah payah saidah membungkus dan mengeposnya........Alkisahnya kononnya akak ni pemenang pertama untuk kategori komen untuk entry beliau yang meminta pendapat bagaimana untuk menguruskan badan..Kebetulan kita online..saje je bagi pendapat berdasarkan pengalaman.. tak terfikir pun nak rebut hadiah tu...dah lupa bila tarikhnya tu dan akak pun sebenarnya tak mengharap apapun sebab dah faham sangat tentang kesibukan masing-masing...Namun tak dijangka satu bungkusan yang dibalut kemas sampai minggu lepas, teruja akak bila membukanya...jeng2 ni dia kat bawah ni....

Hadiah dari Saidah
Saidah mengirim 2 pinggan leper ni yang bunganya menawan hati..rasanya ada yang memiliki teko dan tureen bunga2 ni.... untuk makluman Saidah, tuan punya badan ni memang suka mengumpul pinggan2 leper yang berbunga2 lama ni..terimakasih lagi sekali ....


Teko yang dititip pun comel , ada motif bunga pada tutup dan badannya.. kebetulan di rumah memang dah ada teko bermotif bunga yang sama tapi berbeza saiz...seolah2 yang di rumah teko bapak..yang sampai tu teko emaknya...hihii...teko yg di rumah dibeli oleh anak gebuku itu tahun lepas..dalam kita sibuk2 kat kedai apek..dia pun sibuk2 nak beli teko ..ni lah tekonya ..layan je kerenahnya ..dapat pulak penemannya dari Saidah...sekali lagi terimakasih Saidah..semoga dimurahkan rezeki ...jumpa lagi.. Moga kita semua sentiasa dalam keredaanNya...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails