Monday 30 November 2009

Terapi Minda & Mata


Bunga kantan



Salam bahagia semua yang mengunjung di sini...sekarang musim cuti panjang untuk persekolahan anak-anak kita....ada yang menghantar anak tuisyen supaya jgn leka dirumah dan ada yang belajar di rumah saja ..yang dah tentu memerlukan komitmen yang tinggi untuk melakukannya....bagiku kalau menghantar anak kekelas tuisyen musim cuti ni mestilah datang dengan kehendak hatikecilnya juga...kalau dipaksa memang tidak bermakna apa-apapun ..hanya masa & wang ringgit yang terkorban....... itulah dugaan yang mendatangi kita dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.....jika dibandingkan dengan zaman kita dulu sangat berbeza..tak perlulah diceritakan disini....... hanya diri ini selalu berdoa kepadaNya semoga dipermudahkan urusan mendidik anak-anak supaya mereka menjadi anak-anak yang beriman dan berjaya. Bercerita mengenai komitmen ni, akak nak berkongsi cerita tentang kisah kakak sepupuku yang memang sangat komitmen dalam apa saja perkara yang dilakuknya.......
Oklah, masa beraya dikampung minggu lepas, sempat akak menziarah sepupu kak yang tinggal berdekatan dgn rumah arwah abah akak....walaupun tinggal dekat dgn rumah kelahiranku tapi kak jarang berkesempatan mengunjunginya disebabkan akak duduk jauh dari kg asalku itu... hanyak nak kongsi cerita ..tentang sepupuku ini yang sangat rapat denganku semasa kecil hingga kami meningkat remaja.....kami terpisah lama selepas itu, kerana beliau berhijrah ke luar negara. Hanya berjumpa semula setelah beliau pulang dan membina rumahnya dikg kami....





Semasa mengunjungi rumahnya yang membuatku terpesona ialah cara dia mengisi rutin kehidupannya dengan membuat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk dikongsi bersama...apa yang sempat dirakam di sini ialah hobinya menanam perlbagai jenis bunga -bungaan yang boleh menyebabkanku terlekat mendengar ceritanya tentang bunga-bunga ni...saja ku rakamkan dalam blog ni untuk terapi minda dan mata....





Ini ialah pandangan hadapan rumahnya...sepupuku ini beruntung kerana kawasan rumahnya sangat luas hingga boleh buat aapa-apa aktiviti digemarinya..selain menanam bunga , beliau juga memelihara segala jenis ayam dan itik....dan juga mempunya kebun yang luas di belakang rumahnya.....
selain itu beliau juga mempunya minat melukis dan mempunyai rumah kecil berasingan untuk lukisannya....sesungguhnya beliau seorang yang berbakat dan mempunyai comitmen yang tinggi walaupun membuat perkara yang kita fikir remeh temeh....





Bunga2 raya ini adalah sebahagian koleksi bunga yang ditanamnya..selain ini ditanamnya juga herba2 yang sangat jarang dijumpai di sini..akak akan N3 kan secara berperingkat tentang sepupuku ini.. teruja ku nak berkongsi satu minatnya lagi iaitu koleksi pingganmangkuknya yang boleh buat bijimataku terjojol keluar.....apappun layan dulu le n3 ni ya...kita jumpa lagi.....byeeee.

Sunday 29 November 2009

Sekuntum Mawar Merah...Sebuah Puisi......


Sekuntum mawar merah...sebuah puisi......
Untuk gadis pilihan..ohhhhh...di bulan Febuari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran...
ribuan mimpi-mimpi ohhhh di bulan Febuari.....
















Salam semua...keindahan Oriental Ceramic Red Roses adalah pada bunga rosenya yang terang benderang dan besar..Ini juga antara set yang terawal dalam senarai koleksiku..mula-mula jumpa jug susu & piring kuehnya 2 keping je...masa tu belum explore blog2 member semua... Dah masuk blog rupa-rupanya ramai yang ada set lengkap red roses ni..sebab kecantikkan rosenya yang merah menyala menawan kalbu..... Semua orang mahu memilikinya....








Dari seciput, redrosesku semakin membiak..teko & cawan2nya adalah ihsan rakanku ..itupun diminta dari makmertuanya sebab kawanku tengok semuanya dibiarkan dalam gobok lama..sampai jadi sarang anai-anai katanya..dapat ke tangannku, ku polish hingga bersinar-sinar dan memancar2 cahaya rosenya itu...






Selain itu koleksi ku bertambah melalui sepupupapatku yang masih menyimpan pinggan2 kini tapi tak terliur nak menggunakannya lagi..dengan rela hati diserah kepadaku.. Ada juga dapat di kedai-kedai apek seperti mangkuk nasi besar ..boleh tahan juga regenya tak seperti yang kusangka...kalau boleh hunting kat kedai apek tu naklah murah2 sebab dahlah berkarat , berdebu dan kita kena cuci lagi...satu lagi kita cari sendiri sampai hidung ni naik resdung .....







Kalau dah cuci bersih siapalah yang tak memuji... semua puji cantikknya bunga pinggan ni ...sedap telinga ni dengar ....tapi koleksi ni dsimpan bukan untuk dipuji tapi untuk terapi minda dan mata......tapi kalau nak puji kita terima ikhlas.. Kalau dah cantikbersih , kita pun teringin nak makan dalam pinggan -pinggan ni ...









Jemput makan kawan-kawan semua, nasi tomato, ayam masak merah, hati masak kicap & sambal terung...bolehlah tu. Dah bubuh makanan pun bunga rosenya masih menyerlah mengintai di celah2 makanan...itulah yang mahal tu...










Sebelum makan marilah kita bersyukur dengan rezeki yang diberiNya....






" Ya Allah, jadikanlah ia (makanan ini)


rezeki yang baik, tiada tuntutan padanya dan tiada pula hisab"









"Ya Allah, berkatilah kami rezeki yang telah Engkau kurniakan


kepada kami dan peliharalah kami daripada azab api neraka"





Kemudian barulah kita menyuap makanan / mengangkat minuman


dengan menggunakan tangan kanan.












Petikan: Indahnya Hidup Bersyariat


Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus




Sampai di sini dulu , kita jumpa lagiii........







Tuesday 24 November 2009

Panjangkan Akal Umpama Jambatan



Salam pagi semua..semoga hari ni dan hari2 berikutnya kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dalam keredaanNya.. Minggu ni mesti minggu yang sibuk..dalam menyambut ketibaan AidilAdha dan juga minggu gaji setelah hampir 2 bulan gaji terakhir yang diterima...gitulah gayenya orang makan gaji...termasuklah diri ini memang menunggu ketibaan minggu ni ..untuk menyelesaikan segala2 bil dan juga perbelanjaan harian.....Kak nak berkongsi cerita tentang hari semalam semasa pergi ke bank nak settlekan bayaran terakhir kereta yang selalu diguna oleh suamiku ke tempat kerja ( lain2 juge le )


Alkisahnya, semasa nak membuat bayaran terakhir tu, pihak bank kena telefon dulu ke ibupejabatnya untuk melihat baki terakhir, kut2 ada yg tersangkut... Selepas tu, pihak meminta kak membayar RM816 untuk bayaran terakhir....kutanya kenapa bertambah pulak biasanya bayaran bulanan kak hanya membayar RM796 saje..sebab seingatku selama 7 tahun membuat bayaran never late & tiada tertunggak...bayangkan dapat gaji je terus bagi bank dan banyak kali juge bayar lebih dari biasa.. sbb prinsipku no tangguh2...last2 kena banyak dari biasa pulak...apahal...Selepas kak komplen sikit ..pegawai bank kata "you boleh komplain ke Headoffice kalau nak" beria-ia dia menyuruhku tel...oklah kak telefon guna phone bank..bla-bla rupa-rupanya bank kata untuk fullsettlement kena servicecharge RM100... ku cakap not fairlah ..dahlah akak ni client yang cukup patuh dan diakui pulak tu berdasarkan rekod bayaran..kena pulak charge..betul2 kapitalis ni...akak cakap lembut je (tahan geram tu)..tup2 officer tu katanya ..tak pe dia buat surat bagi pihak akak, bayaran diskaun 50%..sebab akak ni client yang x de masalah..hanya dalam fikiranku ini boleh pulak bagi diskaun terus , maknanya hanya perlu bayar RM50 je la utk fullsetllement tu...so dipendekkan cite , bayar jelah ....merdekalah lepas ni dari membayar kereta bulanan...



Moral ceritanya di sini ialah kita ni perlulah memanjangkan akal kita apabila dihimpit dengan tiba-tiba seperti masalah2 camni...bukannya apa semua tu dasar pihak2 yang sentiasa mengaut keuntungan dan menangguk di air keruh...walaupun mgkn ada yg berkata bukannya banyak RM100 je...tapi sebenarnya baggiku bukan soal banyak ke sikit tapi soal prinsip la..kalau kita suka kepala kita dipijak2 tak apelah tapi kalau kita ada akal fikir2lah, panjangkanlah akal kita kenapa kita perlu bertindak...padaku lebih baik rm100 kusumbangkan kepada yang lebih memerlukan atau paling tidaknya dapat juge ku tambah koleksi pinggan mangkuk lama ku ini....


Oklah, semua ni kupaparkan untuk kongsi bersama..pada anak-anakku kiranya depa membaca jadikanlah diri kita ini insan yang mempunyai prinsip diri dan ada mulut tanya, ada akal fikir...gunakan untuk ke arah kebaikan .
Dalam pada akak nak berkongsi koleksi rose jambatan ni..asalnya dari teko dan pinggan makan kepunyaan mak akak bertambah dengan set cawan lengkap hunting kat kedai apek ...lepas tu bertambah lagi dengan piring leper order dari Angah..


Ini pula teko yang akak dapat dari barter dengan seorang rakan yang duduk dibandar yang sama...tapi perjanjian berbarter ni berlaku semasa kak duduk dalam hotel dengannya di KL dulu semasa berkursus....rupa-rupanya kawanku ini sentiasa follow blog akak dan terus jatuh cinta dgn koleksi2 lama ni ..dia ada teko ni 2 biji..seronoknya kudengar...terus berbarter aduhaiiii ku tunggu kemunculanmu Salina. Rakanku ini juga ada koleksi-koleksi yang mengancam ..cepat na..cuti2 ni bolehlah join berblog..boleh cuci mata....Selain teko ni dapat juge akak pinggan makan twinroses ..terimakasih berbanyak na.










Oklah sampai di sini, nak kena menyambung tugasku ...jumpa lagi kita ...selamat menyambut hari raya AidilAdha ...moga hidup kita dipermudahkan hendakNya...Amin.



Sunday 22 November 2009

Teko Kangkung Barter & Pai Kentang









Assalamualaikum & Salam Sejahtera..terimakasih untuk pengunjung yang mengunjung blog ni & sudi berkongsi rasa....Untuk hari-hari yang berlalu , dalam masa seminggu dua ini , maka berlakulah pertukaran barang antara kami ...Rupanya kalau dah tercebur dalam kancah pinggan mangkuk lama ni, nampaknya dah tak kira tempat nak berbarter ...asalkan barang selamat sampai ke tangan masing-masing....asalkan ianya selamat dan masing-masing boleh tersenyum lebar.... Semasa kak pergi kl atas urusan 'saya yang menurut perintah' sempat juga akak bertukar barang dengan Zie dari Wellcome To Zie's Blog & Chemp dari Chempaqa Levendar Cottage .





Walaupun Zie tak dapat datang sendiri jumpa kak tapi telah mengirim dengan suami beliau yang kebetulan bertugas di KL...Akak respectlah suami zie ni sebab sanggup datang mencari hotel dalam kesesakan lalulintas semata-mata untuk menghantar teko kangkung di atas ..terimakasih lah zie atas bersusahpayah meminta boss menghantar hingga ke lobi hotel.... akak suka sangat dengan teko ni dan harap zie pun berpuas hati dengan barangan yang akak bagi tu....




Di samping tu Chemp pun datang juga menghantar dan menjemput barang yang kami berbarter...Chemp, sorry mangkuk peonies tu tak sempat nak bergambar lagi...lainkali akak N3 ya...terimakasih bersusahpayah datang dan menunggu akak turun ...harap Chemp suka dengan teko labu tu...jangan kempunan lagi ya tgk teko2 labu lepas ni ok ..







Teko Kangkung



Inilah teko kangkung yang zie bagi...cantikk . Rasanya teko ni penutup segala teko kangkung koleksi akak..dah mencukupi rasanya. Bolehlah beralih pula ke teko2 lain lepas ni..








Disebabkan akak nak N3 teko kangkung ni , kak pun masukkan juga piring & pinggan leper kiriman ShasWarisan Bonda... Terimakasih juga kepada Shas yang selalu baik hati ni..... Kebetulan dua hari sebelum cuti ada jamuan lagi, kak pun mengangkutlah koleksi kangkung ni pulak , kebetulan kawan akak nak tengok apapunya pingganmangkuk yang akak tergilagiloskan sangat tu....hehe...biasalah bila depa tengok tak pelik pun diaorang....akak tak kisah pun depa pelik tak pelik yang penting akak bahagia.....dan paling bahagia sekali lepas tu ada geng2 yang offer pingganmangkuk lama diaorang kat akak...apalagi panjanglah ceritanya lepas tu......






Sempat jugalah buat roti bun pedas...inti roti tu ialah lebihan daging kambing untuk Mahashi terung yang dibuat untuk jamuan akhir tahun.... Selain roti tu, buat juga pai kentang ..kak panggil Sheperd pai je...Kisah pai ni ....nostalgia juga bagiku...telah diajar oleh guru SRT akak pada tahun 1981 ....seorang guru yang sangat dedikasi Puan Jamaliah . Akak sangat kagum dengan beliau kerana dia memberikan ilmunya tanpa sempadan...bukan sahaja dia mengajar kami memasak tapi siap cara makan dan rahsia-rahsia masakan..Disebabkan beliau belajar homesciense di England, maka banyaklah resepi2 ala barat digunapakai masa mengajar kami ..akak doakan cikgu akak ini sihatwalafiat hendaknya....akak dah lost contact bila habis persekolahan menengah tu....Salah satu resepi yang pakai sampai sekarang pai kentang nilah...Ingat lagi selepas kami memasak, diajarnya kami makan dengan sudugarpu dan makan dengan adab yang betul makan bersama-sama beliau...punyalah takut kami masa tu sebab almaklum budak kampunglah katakan.....takut buat salah.... Membuat pai ni senang sangat dan rakan-rakan semua boleh jenguk kat blog2 masak ramai blogger yang N3 sheperd pai ni...macam2 versi ada.....kalau kak masak tak sukat-sukat pun...agak2 je sebab tetap menjadi juge kalau terlebihkurang bahan-bahannnya..tapi kalau buat biskut , roti & kek akak guna sukatan..kalau tak sah tak jadikkk...






Sheperd Pai



Di bawah ada sekali cara-cara ringkas untuk menyediakan masakan ni....





Inti ayam atau daging


Masak inti ini macam kita buat inti karipap...tumiskan bawang2, karrot dan tomato cincang. Campurkan lada hitam dan garam...kalau suka bubuh daun ketumbar atau saderi...nak sedap lagi bubuhlah oregano untuk bau2nya....wangi...Inti di atas ni adalah lebih daging kambing untuk resepi Mahashi..akak tumis dan modified sikit....





Kentang lenyek


Kemudian sediakan kulitnya....kentang rebus dan lenyek dengan susu segar dan butter sikit..lenyek2 hingga sebati...biasanya kak buat 1kilo lebih baru cukup untuk letak atas bawah..agak2 jelah susu dan butter tu hanya untuk sebatikan kentang tu dan bagi lembut









Selepas tu masukkan dalam acuan yang telah dilenser dengan butter...ratakan kentang tadi lebihkurang 2 cm tebalnya....macam kat atas tu....





Selepas tu masukkan pula inti kambing tadi dan ratakan biar sekata di atas permukaan kentang tadi...lagi banyak inti lagi sodapp.......biar tebal dek inti ....




tutup semula dengan lebihan kentang tadi . Ratakan hingga tutup semua daging kambing tu.....Habiskan je kentang tu jangan tinggal2kan....






Dah siap untuk dibakar dalam oven bukan atas dapur ya...hehhee. Oh ya masa melenyek kentang tu panaskanlah oven kita tu...180 oklah tu... Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan...bakar selama 30 -40 minit....Tandanya dah berbau wangi...masaklah tu......Lagipun kentang & inti tu dah masak sebelum dibakar .......



Inilah Sheperd's Pai yang telah siap dibakar....sedia untuk dimakan...panas2 lagi sedap ..tak panas pun sedap juge...makan dengan sos cili ...memang licin . Resepi ni akak selalu buat atas rankingnya yang tinggi.....anak2 sangat gemar , hanya maknya yang tak berapa nak gemar nak buat....penat + malas ...tapi buat juge demi anak-anakku......



Begitulah ceritanya dari cerita kangkung jadi cerita masak pai pulak...tapi semuanya itu nostalgia buat akak...apa sahaja yang memberi kenangan akan kucoretkan dalam SN ..supaya ia dapat mengembalikan kenangan silam yang telah pergi tak akan kembali lagi......hanya kenangan menjadi teman sepi.....salam untuk semua.........





Thursday 19 November 2009

Kenangan Bersama Meakin Biru




Salam bahagia semua...minggu lepas akak telah mencuba resepi lama masakan Johor..yang telah akak ambil dari blog Tulip Kasih ...suka masuk blog zura ni sebab banyak perkara baru yang kita dapat contoh resepi masakan lama orang-orang Johor...contohnya acar limau yang telah lama tak jumpa..kecur air liur ni bila ingat2kan arwah wan akak dulu rajin buat limau jeruk limau nipis...berbotol2 disusunnya kat dapur...lepas tu makan dengan nasi panas & ikan goreng.....lepas tu arwah meninggal ..tiada siapa yang nak sambung menjeruk limau ni...sesapa yang nak tgk acar limau jenguk ke blog zura ..tulipkasih...Akak tak buat lagi sebab bayang limau nipis pun tak jumpa lagi..tak caripun lagi...









Sebelum layan n3 ni, akak nak betulkan ralat sikit pada tarikh gambar ni diambil...baru perasan ni..tarikh dlm gambar tu silap tu..settingnya salah..gambar2 ni dirakam pada 18.11.2009 ..tapi dalam gambar ni 12.10.2009....silap setting tu..










Jamuan akhir tahun



Hanya pada rabu lepas, kami buat jamuan kelas sikit sempena akhir tahun..akak pun nak mencubalah kononnya resepi lama johor ni...iaitu nasi tomato Johor, masak kormak badam dan Mahashi terung & tomato...tapi kutukar tomato dengan kambas...sama2lah kami memasak resepi ni bersama2 ..sambil tgk internet hehehe..haru betul...zu, akak kena doublekan 3 kali semua masakan ni sebab nak berjamu ramai.....






Nasi Tomato Johor




Inilah rupanya Nasi tomato Johor..guna brasmathi & sos tomato..kelainannya resepi nasi ni bubuh susu cair banyak dari kebiasaan dan guna airmawar.. akak tanya members...sodappppp terasa lemak2nya...alhamdullilah ..cubaan pertama yang menyeronokkan....Pada sesiapa yang nak tengok resepi lengkap sila keblog zura ya..



Ayam Kormak Badam




Ini pulak..ayam masak korma badam...ni pertama kali akak try masak kurma x payah guna rempah kurma..guna buah badam tumbuk dengan lesung batu....resepi asalnya guna susu cair tapi akak memandai tukar susu jadi santan...lawan tokey resepi ni ..jadi lemak yg amat bagi akak tapi masih sedap lagi kata members hehehe...lainkali kalau buat ingat guna susu cair ya..





Bagi akak, resepi ni kelainannya pada tairunya dan buah badamnya dan juga lada putih yang digunakan ...sedap cubalah...



Dibawah ni interframe sikit (lupa nak selitkan ) dessert yang kami berjamu tu.....cocktail buah2an .byk tembikai tu.., kek burter English dan Tiramisu yang menggunakan sponge coklat cake..Kek2 ni hasil dari seorang rakan akak Imah pergi kursus atas 'saya yang menurut perintah' ke Johor bulan lepas..kawan kak ni duduk seminggu di sana menuntut dengan tuanpunya Kluangbread ni...kami pun boleh sama2 berkongsi ilmu ni....tiramisu tu sodappp..







Cocktail



Kek Butter English



Tiramishu



Mahashi terung




Ini satu lagi resepi akak buat sebab tak pernah buat lagi..Mahashi terung dengan kambas..ini lagi special sebab guna daging kambing yang dihancurkan dan digaul dengan daun ketumbar & saderi..akak guna ketumbar je..sebab akak ni peminat bau ketumbar wangi yang amat walaupun satu masa dulu..tak boleh bau sebab masa tu macam bau serangga apa tah....Daun ketumbar pun sangat sesap kalau dimasukkan ke dalam tomyam...



Alkisahnya masa jamuan tu ada rakan lelaki yang tak makan kambing dah termakan Mahashi ni sebab tak tau sumbat daging kambing..lepas akak cakap dia punya terkejut sebab takut allergic tapi sampai nak balik tak pening2 juge hehhe..dia kata firsttime makan kambing..best katanya..Untuk makluman semua ..akak terdengar dalam info radio , kajian mendapati daging kambing mengandungi kadar kolestrol yang paling rendah berbanding dengan lembu dan ayam...so jangan risau dengan fobia nak makan kambing ni...






Cara nak buat mahashi ni cerewet sikit je...kena korek isi terung dan lepas tu sumbat daging kambing tadi...baru dimasakkan...jenguk2lah tulipkasih..lengkaplah penerangannya ...













Daging masak hitam






Daging masak hitam ni akak ceduk dari Maklang corner ...daging ni bukannya rendang ..x guna santan pun hanya kicap manis, lada kering, bawang2 & ratusrempah ..bukan serbuk rempah ya...untuk resepi lengkap boleh jenguk rumah maklang ni yang sangat popular dengan baking classnya...ni mak lang promosi percuma ni


Daging ni ni pun dapat sambutan ramai pedas2 manis ..apa tidaknya hampir sebotol besar kicap akak tuang sebab nak bagi seimbang dengan 3 kilo daging tu....ni pun akak tersasar juga ..rebus dagingnya dengan lada dan kicap sekali...walhal resepi asalnya rebus dengan kicap je...sorrylah mak lang silap baca ...,mata dah 4 ni almaklum je...tapi bagi akak lagi bagus sebab tak cirit2 sebab ladanya lama dimasak..sebab akak bubuh ladanya kus semangat...banyak ko nak bagi terangkat sikit masa makan tu....syukur tak de sapa yang sakit perut esoknya tu....



Acar rampai






resepi ni..tak perlu sebut sumbernya ...buat sendiri je..kami bubuh udang kering sikit..hanya kami guna mentimun jepun yang warna hijau je tu sebab timun ni tak lembikk..ni memang senang semua orang boleh buat tak perlu bukak resepi .....





Hidangan Siap








Masa nak menghidang akak gunakan koleksi meakin biru akak ni...ya la kumpul2 tak gunakan tak berbaloi juge...seronok juge sesakali gune...punyalah rajinya akak mengangkut dari rumah...(walhal rakan2 tak ambil pot pun dengan kehadiran meakin ni..)tapi dalam pada kelamkabut tu terlupa pulak nak angkut set teko ni...takpelah nak selitkan juga yang tercicir ni...set teko & cawan...okeh setakat ni dulu..dah lambat ni nak ambk anak balik asrama...apapun terimakasih kepada zura dari tulipkasih dan juga maklang corner atas info2 yang bermakna ni....jumpa lagi kita..sayang semua muahhhhh

Saturday 14 November 2009

Bunga lalang berkembang lagi...


Teko Aladdin Lalang






Salam bahagia semua....kepada yang baru singgah satu nostalgia apa yang terpapar di sini hanyalah coretan kenangan dan koleksi yang akak kumpulkan samada yang mempunyai satu kenangan di sebaliknya atau pun yang akak sukeee.....kepada yang menyingah terimakasih semua, semoga kita dapat menjalinkan siratulrahim sesama kita...bak kata pepatah melayu ..' kawan biar seribu...musuh jangan satu'...betul ke?..kalau salah tolong tunjukkan.... N3 pagi ni tentang koleksi lalang...lalang kalau kat luar tu buat semak je..sesapa pun tak nak...tapi lain dengan lalang yang ini...memang ramai yang nak...akak juge..dapat sikit-sikit juge tapi sekarang dah rase lege sebab si emak lalang dah ade...lengkaplah rasenya..







Lalang ke ??




Teko lalang ni akak dapat 1 bulan lepas masa akak pegi ke rumah abang akak di Kajang...penjara wanita Kajang...isterinya bertugas disana C.Inspektor penjara ni..akak suke pergi sini sebab akak rase suasana yang bebeza dari rutin harian yang akak lalui...mana taknya setiap kali akak melepasi pintu utama keluar masuk penjara ni..kalau akak bersama dengan kakak ipar, staff yang bertugas akan memberi tabik hormat kepada kakak ipar akak ni...akak yang duduk dibelakang naik perasan bila depa ni beri tabik hehehe.......itulah budaya kerja jabatan beruniform yang berbeza dengan penjawat awam yang lain....








Abang & akak ipar ni sporting ...( Akak ipar jauh muda dr akak .mek kelate) diaorang bawak akak ke MAHA Serdang, ada carbot sales...kat sana adelah 2&3 orang jual pinggan2 lama ni..wpun tak ramai tapi menepati akak dapat apa yang dicari....teko aladdin lalang ni akak rembat....sebab mmg dicari2 ..syukurrr....seronok tak tau nak habaklah mase tu....rasenye kalau banyak sangat teko yang akak nak ada dijual, mau ditinggalkan suamiku di situ...hahaha









Mangkuk-mangkuk Lalang



Akak ade juge mangkuk lekuklekak ni dengan mangkuk licin..comel je mangkuk ni.Ini dapat melalui Nassir Pinggan Lama..




Sesiapa yang nak tengok pinggan makan & item lain boleh jenguk yatt precious...lengkap koleksinya itu..marbeles


piring bujur & mug lalang




Disamping tu ada piring bujur leper dan juga mug lalang...kalaulah akak dapat cawan set cawan mulut jahat tu alangkah bahagianya....@ cawan lekuklekak macam N3 'Yatt Precious' ....




Koleksi Yatt ni lagilah lengkapnya...kalau terlebih tu yatt ..ingat2lah akakmu ni weh



























Orang tua-tua dahulu ada mengatakan jangan hidup seperti lalang..tidak ada jati diri.. sebab ke mana bayu menghembus ke situlah dia mengarah...makin tinggi makin menyemak ..tidak memberi apa-apa sumbangan ...tapi bunga lalang memang cantik sehingga diabadikan dalam koleksi pinggan mangkuk....




Set pinggan lalang ni , akak tak pernah jumpe kat kedai apek kat belah sini....bunga lalang ni cantik pada mata kasar akak lah....pinggan2 lain penuh dengan bunga2an...tapi set ni konsepnya berbeza...lalang pulak jadi bahan utama ...kat sini terselah kreativiti sipelukis & perekanya.. Serupa juge dengan set gandum......persekitaran & sumber alam menjadi bahan utama dalam melahirkan luahan perasaan siperekanya.





Satu sebab akak minat dengan koleksi ni tambahan lukisanya memang indah....
Okeh sampai kita bertemu semula...apa yang dipaparkan hanya untuk dikongsi bersama , sesiapa yang ada koleksi ni yang mahu dilego @ barter tinggal2kan pesan ya...jumpe kita dilain masa & ketika....




















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails