Sunday 29 November 2009

Sekuntum Mawar Merah...Sebuah Puisi......


Sekuntum mawar merah...sebuah puisi......
Untuk gadis pilihan..ohhhhh...di bulan Febuari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran...
ribuan mimpi-mimpi ohhhh di bulan Febuari.....
















Salam semua...keindahan Oriental Ceramic Red Roses adalah pada bunga rosenya yang terang benderang dan besar..Ini juga antara set yang terawal dalam senarai koleksiku..mula-mula jumpa jug susu & piring kuehnya 2 keping je...masa tu belum explore blog2 member semua... Dah masuk blog rupa-rupanya ramai yang ada set lengkap red roses ni..sebab kecantikkan rosenya yang merah menyala menawan kalbu..... Semua orang mahu memilikinya....








Dari seciput, redrosesku semakin membiak..teko & cawan2nya adalah ihsan rakanku ..itupun diminta dari makmertuanya sebab kawanku tengok semuanya dibiarkan dalam gobok lama..sampai jadi sarang anai-anai katanya..dapat ke tangannku, ku polish hingga bersinar-sinar dan memancar2 cahaya rosenya itu...






Selain itu koleksi ku bertambah melalui sepupupapatku yang masih menyimpan pinggan2 kini tapi tak terliur nak menggunakannya lagi..dengan rela hati diserah kepadaku.. Ada juga dapat di kedai-kedai apek seperti mangkuk nasi besar ..boleh tahan juga regenya tak seperti yang kusangka...kalau boleh hunting kat kedai apek tu naklah murah2 sebab dahlah berkarat , berdebu dan kita kena cuci lagi...satu lagi kita cari sendiri sampai hidung ni naik resdung .....







Kalau dah cuci bersih siapalah yang tak memuji... semua puji cantikknya bunga pinggan ni ...sedap telinga ni dengar ....tapi koleksi ni dsimpan bukan untuk dipuji tapi untuk terapi minda dan mata......tapi kalau nak puji kita terima ikhlas.. Kalau dah cantikbersih , kita pun teringin nak makan dalam pinggan -pinggan ni ...









Jemput makan kawan-kawan semua, nasi tomato, ayam masak merah, hati masak kicap & sambal terung...bolehlah tu. Dah bubuh makanan pun bunga rosenya masih menyerlah mengintai di celah2 makanan...itulah yang mahal tu...










Sebelum makan marilah kita bersyukur dengan rezeki yang diberiNya....






" Ya Allah, jadikanlah ia (makanan ini)


rezeki yang baik, tiada tuntutan padanya dan tiada pula hisab"









"Ya Allah, berkatilah kami rezeki yang telah Engkau kurniakan


kepada kami dan peliharalah kami daripada azab api neraka"





Kemudian barulah kita menyuap makanan / mengangkat minuman


dengan menggunakan tangan kanan.












Petikan: Indahnya Hidup Bersyariat


Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus




Sampai di sini dulu , kita jumpa lagiii........







4 comments:

  1. salam.... cantiknyer koleksi OC tu..... tambah2 dapat pulak wat makan dlm tu.... lg la best.......

    ReplyDelete
  2. salam Amy...Oceramic roses nilah yg mendorong akak mengorek dan mengumpul koleksi lma2 ni..tq ya singgah sini..dtg2lah selalu..boleh kongsi rasa

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    lama x dgar brite..anyway..mmg cun lah set munger merah nie..chemp..satu pn tarak....hihhhiih..subur btul koleksi akak..asyik bertambah jer..

    ReplyDelete
  4. chemp, slm kembali...akak rasa kalau mu dpt set oc ni akan tidur tak lenalah nmpknya sebab mula2 kak dpt cremaernya ,kak dah mimpi2 kan item yg lain...teko & cwnnya tu marbeles...hunting chemp..jummmmmmm

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails