Wednesday 28 April 2010

Cuci mata lagi !




Assalamualaikum dan selamat tengahari ......ini nak sambung sikit lagi koleksi pinggan mangkuk yang ada di dalam rumah sepupu akak yang entry sebelum ni....Memang menawan hati , leka menelek koleksinya itu...aduhai kalaulah dapat ...hmmmmm...sabo je laaa...Akak tak nak ulas apa-apa tentang koleksinya itu . Ada yang lama dan ada yang baru. Semua dibeli semasa beliau duduk kat luarnegeri selama 20 tahun lebih..Sepupu akak cakap dia tunggu sales , kalau tak mana mampu nak beli..kata dia.. ada juga yang diperolehi dari carboots sales...tapi memang koleksinya cantik2 ..layan je ya gambar-gambar kat bawah ni...




Antara koleksi teko yang ada ...cutekan...




Koleksi yang disimpan di ruang tamu rumahnya...




Koleksi yang ada di dapur kering ...



Jenis koleksi akak tak perlu komen ..ramai yang lebih arif..Ini antara yang sempat dirakam dengan kamera yang dah nak kong tu, bateri pancit..ok jugalah . Saja kongsi cerita je dengan peminat pingganmangkuk macam akak ni..okeh kita jumpa lagi . Moga hidup kita ceria selalu dan dirahmatiNya..Amin...

Cuci mata lagi...


Salam semua. Malam ini nak cerita ceriti sikit dan sambungan kisah sepupuku ini...yang pernah entry sebelum ini...Dua minggu lepas , balik kampung singgah rumahnya itu tapi dah lewat sangat masa tu..hari nak malam dah. Hajat di hati nak ambik gambar koleksinya tu tapi mana yang sempat je tambah pulak bateri kamera dah kong..gambar pun macam kong kalikong je ni...pic atas tu dah pernah n3 sebelum ni. Bahagian depan rumahnya itu, yang buat akak ni asyik ingat nak balik kampung je..bukannya apa nak menyinggah cuci mata kat sini..rasa bahagia dan seronok walaupun bukan akak punya...tumpang semangkuk pun jadi le..


Ini pic bahagian belakang rumah, sebenarnya bahagian tengah. Ruang makannya dan juga dry kitchen.Di sinillah koleksi pinggan mangkuknya itu..wow...banyak loo...Suka tengok pagar comel kayu keliling rumahnya..Pagar kayu ni keliling rumah untuk mengelakkan binatang peliharaannya masuk kawasan rumah. Bahagian belakang tu ialah ke wet kitchen ..berasingan dari rumah induk ..ada pulak gajah menyusu ke dapur basah..bahagian ni paling akak suka sebab ada satu kawasan lain untuk memasak dan juga menanam herba2 dan ulam2 keliling dapur..Cuba tengok bawah ni...




Pic akhir ni lah dapur basahannya yang ditutupi pokok rimbun tu..tak sempat nak ambik dekat gambar dapur tu sebab bateri dah jem..bahagian dapurnya tu luas dan ada ruang2 yang tertutup dan terbuka..nantilah ada kesempatan akan ku terjah lagi....sepupuku ini memang dah faham kalau kamera akk hala sana sini dia pun dah tak kisah ...akak lagilah tak kisah..hahahaaa. Akak pun dah cakap nak masuk blog, dia tak ambik pot pun janji jgn tayang muka dah lah katanya..
.


Pic akhir ni sebenarnya kawasan nurserynya tu..macam2 bunga dan daun-daunan ada kat sini..heran juga akak macamanalah dia menguruskan semua ni seorang diri ..Atap nurserynya tu dah penuh dengan bunga dan daun . Kakak sepupu ni suka sangat menanam bunga dan herba2..bukan tanaman di sini je malahan herba2 org putih tu pun banyak ditanamnya..Masa dia balik dari luar negeri tu, dibawanya bijibenih seperti basil, thyme, oregano dan sebagainya. Akak pun punggah je pasu2 kecilnya tu balik....setakat ni masih hidup lagi... Walaupun hidupnya seorang sebab 2 anaknya dah bekerja , belajar dan seorang lagi anak istimewa tapi hidupnya begitu terisi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkannya..beliau suka berkebun, memasak , melukis , menternak dan juga mengumpul koleksi pinggan mangkuk lama dan baru..haaa yang ini entry seterusnya ya untuk sama2 kita mencuci mata ..ok layan je cite akak ni , terimakasih pada yang sudi...jumpa lagi .......bye..bye...

Sunday 25 April 2010

~ Award dari Nenek Voque ~

~Salam semua yang mengunjungi dan mengikuti Satu Nostalgia ~
Semoga kita semua dilimpahi rahmatNya
Cantiknya

Tugasan tertangguh diteruskan lagi dengan titipan dari NENEK.... Sebenarnya lama dah Nenek Voque ni jemput akak ambik ..maaf nenekku sayang kerana cucumu ni lambat segala....bukan disengaja tapi banyak sebab tergendala ..ewah best pulak bunyi ayat ni...perasan pulak dah akk ni... Cantiknya award ni nenek. Akak pilih blue diamond ni sebab sejuk je mata akk ni memandang...bayangkan pakai crown ni , sarung gaun kembang duduk sambil memegang tombol pemerintahan....wah macam minah jenin punya angan-angan...hushhh apappun kepada nenekku itu terimakasih yang tak terhingga ingat kat akak ni..suke dapat ni semua ..Kepada sesiapa yang nak tau sapa nenek voque ni layarilah addhttp://fiza848.blogspot.com/ betul-betul voque nenek ku sorang ni...semoga persahabatan di alam maya terus berkembang wangi ...muahhhhh

Friday 23 April 2010

~ Ikan di laut, asam di darat....Bigroses

Selamat tengahari Sabtu ...moga bahagia semua....
*********************
Memang pepatah Melayu mempunyai makna yang boleh menceritakan sesuatu peristiwa...cite roses besar cantik ni sesuatu yang terjadi tanpa dirancang. Ramai yang ada koleksi roses besar ni tapi akak tak de..hanya terkulat2 tengok geng punya.. Tapi rasenya susah nak dapat , tidaklah akak mencari..pada suatu hari ternampak kat blog SHAS entry cawan roses besar, saja mengendeng tinggal pesan ..tak sangka pulak SHAS betul2 kirim sekali dengan twinroses dulu..terimakasih cik adik Shas, semoga rezekimu berkembang macam bunga roses ni ..Teko bigroses ni pulak hasil dari sistem barter dengan silentreader tapi peminat pinggan lama AidaMn. Aida email nak berbarter..lepas tu suruh pilih nak barter ngan apa...pilihan tepat siteko bigroses..melengkapkan bigroses ni..anak Perak mari, ibu KL mari ...berkumpul kat sini...bahagia jiwa sebab dapat melengkapkan set bigroses ni ...

Sistem barter memang sangat bermakna untuk kita yang dah terkena panahan mengumpul pinggan lama ni. mana tidaknya dengan berbarter kita dapat memenuhi hajat untuk set2 kita yang kurang sana, kurang sini..Nilai sesuatu barang yang dibarter subjektif, tidak dapat dinilai kerana ia bergantung kepada keperluan kita sendiri..kalau kita betul2 kita faham sistem barter ni akan memberi kepuasan di samping mewujudkan ikatan sahabat ..betul tak...serius pulak catatan ni..oklah , Aida bagi gift lagi teko kecik di atas tu..cantik dalam kotaknya. Aida, mekacih ya atas tanda ingatan ni..Satu ketika dulu kak ada teko besar comel bunga ni tapi dah letgo..ni menggantikan teko yang dah tak de tu..satu kebetulan pulak. Pada Aida, teruskan hobi yang unik ni...

Dalam pada kita melayan hobi, semoga kita dapat mewujudkan siratulrahim sesama kita semua...

Bungkusan teko tu memang selamat, dibalut dengan plastik gebu hitam tu badanya dan diletak pulak dalam bekas plastik ni..pandai aida bungkus tiptop..lainkali guna pos Malaysia pun pasti selamat...lagipun jimat !





Teringat semula kiriman dari Welly..si teko Sakura.. Welly pernah mengirim parcel dan akak ada n3 sebab kiriman tu pinggannya pecah 2 ..walaupun bungkusannya bagus tapi masih pecah..Sekali ini kiriman Welly juge tapi bungkusannya lagi bagus dari dulu sebab cuba tengok tutup dan muncung teko dibalut rapi dengan plastik gebus tu . Lepas tu dibalut pulak badannya denga plastik hitam ni. kemudian kotak pula penuh dengan gumpalan kertas2 yang padat ...memng terjamin selamat..Kak n3 ni sebab ramai yang terlibat dalam pos2 barang ni..ada yang pecah berderai..Kasihan sebab penat2 bungkus , poskan dan sampai2 pecah..tuan yang terima pecah hati yang kirim pulak susah hati..Kalau nak ganti pun satu keje pulak lagi...barang ada tak pe, barang tak ade manalah nak cari..Ini pandangan ikhlas akak , minta jangan sesiapa yang terasa hati ya..bukan ada tujuan apappun hanya pandangan peribadi, di samping kita berkongsi ..



Apapun tabik spring pada yang boleh bungkus macam ni..sebab akak pun tak mampu nak buat..sebab tu tak boleh nak jadi tokey pinggan lagi..memang mencabar masa membungkus dan mengepos..bukan sedikit masa digunakan ..terimakasih pada semua yang pernah mengirim barang , kerana tanpa sokongan kalian susah la nak kumpul koleksi pinggan lama ni..jumpa lagi ....bai..bai...

Tuesday 20 April 2010

Tugasan yang tertangguh ~ Award ~ INA



~ Award dari INA ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang diingati....Apakhabar semua? Rindu untuk berblog tapi maaflah mood nak berblog dah malap...sebelum terus padam teringat tugasan belum selesai..sebagai menghargai ingatan rakan2 di alam maya, tugasan yang tertangguh ni perlu diselesaikan, pemberian award dari rakan2 blogger. Maaf ya kerana dah lama diberi baru nak kongsi . Walaupun lambat tapi tetap ingat di hati sebenarnya kehilangan sahabat yang telah kembali ke alam baqa memberikan kesan yang bukan sedikit kepada emosi kita ni ..Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.


Oklah ini award yang dititip oleh INA , rakan blogger yang rajin menyinggah ke blog akak ni..kepada INA terimakasih atas ingatan ikhlas ni ya dik..kak suke juge terjah blog ina macam-macam ada..pada sesiapa yang nak berkenalan dengan INA sila ke sini..http://zarinawati74.blogspot.com/



Ada lagi award yang diterima..nanti menyusul lagi..semoga kita dipanjangkan umur dan jumpa lagi....

Thursday 8 April 2010

~Akhirnya Kau Pergi Jua~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
~ AlFatihah ~
gambar dirakam 2 minit sebelum arwah rebah ~
( gambar dari FB anak beliau )
Hari Ahad bersamaan 4.4.2010 waktu menunjukkan 9 lebih (a.m ) satu peristiwa yang sangat menyayat hati dan membuat kami terkejut ! pemergian seorang sahabat dan bekas boss kami pada pagi itu. Pada hari yang sama juga kami sedang mengadakan mesyuarat PIBG sekolah kami datang seorang rakan setugas membisikan ke telingaku bahawa Kak Mek meninggal dunia.....tersentak seketika, terasa lutut menggigil dan terus bangun mendapatkan kepastian dari rakan2 yang di belakang dewan ( Beliau memang mengalami masalah jantung dan akan membuat operation bulan 6 nanti..walaubagaimanapun tahun 2009 beliau mendapat pelepasan oleh IJN untuk menunaikan haji setelah ditangguh sebelum itu )
~~~~~~~~~~~
Akhirnya kami mendapat kepastian bahawa kawan mantan pengetua kami telah meninggal semasa sedang menghadiri mesyuarat PIBG sekolahnya dalam beberapa minit sahaja. Sesungguhnya pemergiannya sangat dirasai dan menyayat hati. Arwah telah bertugas di sekolah lamanya ( tempat kubertugas ) sejak posting hingga menjadi pengetua. Tidak hairan beliau dikenali oleh semua guru dan penduduk bandar kami menetap. 2 tahun lepas beliau telah berpindah ke sekolah baru di bandar berhampiran. Walaupun telah berpindah beliau tetap seorang kawan yang baik dan seorang pendengar setia. Beliau mampu meluangkan masa dan mendengar pada sesiapa saja yang mahu bercakap dengannya. Tetapi tidak mencampuradukkan tugas dan ikatan sahabat. Sebagai seorang rakan, memang aku rasa senang dengannya sebab sikapnya yang low profile tapi beliau seorang yang tegas dalam melaksanakan amanah yang diberi kepadanya. Tanpa mengira kawan rapat atau tidak arwah tidak berat sebelah . Itu yang membuatnya disenangi dan dihormati.. Kami boleh bergelak ketawa bersama tetapi kerja tetap kerja.. Hanya aku yang terkilan sebab beberapa hari sebelum beliau meninggal kami kebetulan terjumpa dan berbual lama hingga lewat petang..Beliau ada menyebut menyuruh aku masak apa2 je untuknya..tetapi apakan daya semuanya sudah ketentuanNya..Hanya apa yang mampu ialah solat sunat hadiah dan bacaan Yassin untuknya. Sehingga saat ini masih terasa sayu dan terkejut . Semoga Kak Mek ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...Ya Allah , ampunilah arwah..kasihanilah arwah.. Amin.

~Sesungguhnya mati itu adalah benar..kubur itu adalah benar ~
Bersama suami dan rakan2 yang lain kami mengiringi jenazah hingga ke kubur sebagai penghormatan terakhir..Di sini terasa sangat hidup mati kita memang ditentukan oleh Allah yang maha besar. Terasa diri ini sangat kerdil untuk ini semua.. Semasa bacaan talkin oleh ustaz airmata tidak boleh ditahan2 .... terasa keinsafan dalam hati ini, bahawa mati kita bila-bila sahaja. Tidak ada yang terkecuali...termasuklah kita semua. Bersedialah untuk mati....
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/11/bersedialah-untuk-mati.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails