Thursday 31 December 2009

SELAMAT TINGGAL 2009...WELCOME 2010 !



Salam bahagia ....kepada diri ini, keluargaku, follower, rakan2 blogger dan pengunjung blog Satu Nostalgia ingin kuucapkan selamat menyambut tahun baru 2010. Bermakna kita menginjak setahun lagi .. bukan tahun je yang menginjak..umur tu yang paling penting sekali dalam kamus hidup kita ni...Ku tengok rakan2 blogger bikin N3 khas ..teringin juga nak wat tapi tak reti2 nak download gambar yang sesuai..Yang ku reti browse dari gambar yang dah ada..cari2 jumpa le potret masa kat puncak gunung Kinabalu tu..sesuailah tu ye..lambai2 lagi ucapkan selamat tahun baru kat u all hehehe..ignore gambo hero tamil kat belakang tu...ku ingatkan dari India ..rupa2nya dari Kelang je...1 Malaysia !
Sempena malam ni mlm akhir 2009, ingin ku singkap kembali satu dua perkara yang berlaku semasa proses mengumpul dan mencari barang-barang lama ...Memang dah lama minat kat pinggan mangkuk ni..tak kiralah lama ke baru janji cantik di mata ni..ku beli sikit2..Yang menjadi-jadi dok kumpul barang lama ni selepas tengok blog2 antik ..sebelum tu aku ni selalu follow blog2 masak..sebab memang suka main masak2 ni tapi rupa2nya tidak seghairah tengok blog koleksi lama ni. Sampai ku gagah juga untuk buat blog koleksi lama ni ...susahpayah bukan aku seorang yang tanggung, habis rakan2 kelilingku susah juga sebab nak mintak tolong tak berhenti nak publishkan blog ..sampaikan rakan maya Shas Warisan Bonda pun tersusah payah juga nak bantuku wujudkan Satu Nostalgia ..Terimakasih berbanyak kepada semua ya..





Semoga 2010 yang bermula pada tengahmalam ni memberi kita semua harapan baru dan impian baru..Harap2 seperti bunga rose di atas..Rose ni diambil gambarnya di Kundasang..kaki gunung kinabalu (sebelum panjat gunung ) Aku harap kehidupan akan datang akan seceria bunga rose merah ni dan mewangi sepanjang tahun..Azam tahun baru, rasanya semua orang nak buat yang terbaik dan mengharapkan hasil yang terbaik..Apa-apapun keredaanNya adalah segala-galanya........






Teko -teko mini kat atas ni gambar lama . Saja N3 semula sebab teringat masa hunting teko dari kampung hingga balik ke Pahang...Entah apa mood suami kak baik sangat hari tu..Bermula dari Bahau, kami dah singgah menyinggah nak cari teko sampailah kami berhenti di setiap pekan kecil yang kami lalu sepanjang nak sampai ke Temerloh...Pekan-pekan yang kami singgah tu adalah jumpa sikit2 tapi bukan koleksi idaman macam otai2 jumpa..Aku ni dah naik penat..anak bujang yang drive ..suami jadi bigboss beri arahan...Sampai kat pekan kecil,my hubby nampaklah satu kedai lama atapnya pun zing dah naik karat..katanya mesti banyak pinggan lama ni..aku kata tak payahlah dah penat..tak de nanti wat penat je...Dia suruh try juga..Nak ku tolak kang,kok ada melepas pula .ikut je. Aku pun turun dan masuk kedai nyonya tua tu..tanya macam ni
Aku :"Ada teko lama ke nyonya?"
Nyonya : "Apa tu?"
Aku:" Itula, buat air punya" (Sambil tu ku tunjuk aksi bch air)
Nyonya: " Oh ada-ada.lu mau berapa? Mari2 ...."
Dengan semangat bercampur gumbira aku ikut nyonya tu ke depan kedai..lalu ditunjuknya padaku satu benda ..sambil bertanya berapa mau?Ku jawab saya bukan mau susu cap teko..saya mau teko...haiya!!!!! Masuk kereta masing2 nak tunjuk sapa ketawa yang paling kuat....Inilah peristiwa yang aku tak boleh lupa..dah berlaku 3 bulan lepas...Macam2 kes teko ni..baru-baru ni dapat kiriman dari Rayna..2 biji teko dah jadi 4 biji huwaaaa..Harap lepas ni selamat ya....Dalam pada itu teko kiriman yang lain2 tu selamat ..alhamdullilah...





Ini satu lagi peristiwa dalam pos mengepos barang lama ni..agenda bungkus dan mengepos ni yang paling ku tak gemari...betul-betul menduga kesabaran kita...tapi sekurgnya memahirkan diri dalam proses membungkus ni..Hanya di sini kak nak kongsi cerita proses mengepos..
Bungkusan pertama yang kuhantar ialah kepada Shas ke Perak..Pejabat pos di tempat aku tinggal ni menolak mentah2 bungkusan ni..katanya pergi ke Pejabt Pos Laju..yang 5 km dari pejbt pos itu...Aku pergi dan tanpa apa2 prejudis menimbang berat dan petugas itu maklumkan berapa kena..rupa-nya bukan timbang , depa ukur kotak tu..tau berapa RM45 ko...terkejut beruk sekejap..katanya lebih baik pergi ke pejbt pos. Aku cakap pejbt pos ....tak mahu terima, depa hairan..disuruhnya aku pergi ke satu pekan lagi yang jauhnya 5 km lagi dari situ..pegi juga sebab malas nak tangguh2..Pejbt pos ni terima tanpa banyak songe...hairan juga pejbt pos Malaysia ni tak selaras ke??? Habis cerita yang ini..hari2 berikutnya ada juga kirim bungkusan ...aku cuba nasib dipejbt pos tempat aku tinggal..lepaslah juga selepas bersoaljawab ttg kandungan kotak tu, itupun bergantung kepada kerani yang bertugas.


Nak dijadikan cerita hari ini,ku pergi lagi ke pejbt pos ini utk pos 2kotak ke JB dan 1 kotak ke Sg Karang. Ku isi borang pengiriman, dah ambk nombor beratur untuk bayar setem bungkusan. Sampai giliranku, kerani pejbt pos tu tanya apa isinya ..ku jawab kaca dan tembikar..Terus ditolaknya sambil berkata pejbt pos tak terima hantar barang2 macam ni....Apa lagi setelah berkali2 ku tahan sabar..hari ni tak boleh nak tahan dah..ku tanya kerani tu kenapa pejbt pos Malaysia ni tak selaras...Kenapa di bandar satu lagi boleh pos? Dia boleh jawab pergilah ke sana pos... Ini ibarat menjolok sarang tebuan ni ..tak boleh jadi ni weh..Aku pun bertanyakan soalan bertubi2 macam peluru sesat..sampai keluarlah ketua pos nak tau apa yang bising2..dengan ketua2 pos tu kena peluru sesatku ini. Ketua pos ni kata mereka takut didakwa kalau barang2 tu pecah..lepas tu kujawab kami tak pernah terfikir nak dakwa pun kalau barang2 yang kami terima pecah sebab memang kena tanggung risiko sendiri semua tu..kami ni pun faham juga masalah2 penghantaran...Moral ceritanya di sini ialah cara petugas kaunter tu bercakap dengan pelanggan..tak mesra pelanggan langsung..tak padan dengan umur yang muda ..bayangkan ada ke disuruhnya kita pergi pejabt pos yang boleh terima bungkusan tu semata-mata dia tak mau terima...tak cukup kursus budak ni...puas hati ku dapat meluahkan rasa dan perasaan ..itupun puas ku control bahasa....selepas itu aku masuk kereta siap tanya kat anak kecilku..mak tadi marah sangat ke? Anak ku jawab belum sampai 100% marahku..tapi semua orang dengarlah suara mak dalam pejabat pos tu bercakap.. Gasaklah, sekurang2nya petugas2 pejabat pos kawasanku ini kena muhasabah diri dan cuba khatamkan Piagam Pelanggan kat dinding tu....Yang pasti , ku tak pergi dah pejabat pos tu rasa2nya..dah kena blacklist ni..






Cukup di sini ..penat dah dok mengarang dari tadi. Tahun 2010 menjelang tiba..semoga harapanku yang tinggi melangit ibarat puncak gunung ni menjadi realiti tahun 2010..banyak perancangan diharap terlaksana....






Kepada semua yang dikasihi...SEMOGA KITA LEBIH BERJAYA DALAM MENCAPAI DAN MENGGAPAI IMPIAN PADA TAHUN 2010. MARI KITA SAMA-SAMA MERINTIS RANJAU KEHIDUPAN YANG MENDATANG........SELAMAT TAHUN BARU 2010 !!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails