Saturday 5 December 2009

CARRIBBEAN BAY RESORT








Salam semua...hari ni nak kongsi sikit info tentang satu tempat percutian di sebelah pantai timur...baru dibuka 2 bulan lepas. Tempat ni memang dibuat di atas tanah seluas lebih 200 ekar..dan baru diteroka sebanyak 80 ekar...terletak di Gambang jalan menuju ke Kuantan.




Hari Jumaat lepas 4hbDis. kak ikut suami..kena meeting kat sini. Anak ikut 2 orang je..konon nak mandi-manda..apa nak buat gi musim hujan.. x keluar bilik lah sudahnya...sudahnya kami tengok hujan turun....




N3 ini sebab ada kawan-kawan nak tgk ..mana tahu cuti ni nak bawak anak bermain air dan segalanya ada...makan tak de kena makan kat hotel..siap duit je..kalau tak gi keluar cari makanan ..











Antara apartment yang boleh disewa...konsep apartment di sini ialah pembeli membeli dari pemaju sini dan pemaju menyewakan semula dari pembeli secara kontrak..Alkisahnya kak ni salah seorang pembeli apartment ni juga tahun lepas.....dah bayar deposit pun tup2 takut risiko , kak pi batalkan tanpa pengetahuan suami.....le ni tengok tempat membangun dan ramai benor yang datang , rasa pulak nyesallllll....tapi tak pelah tak rugipun tapi tak untung...ye le tu nak nyedapkan hatiku ini je..












Pemandangan dari bilik ..hujan turun tak berhenti2 ...nasihat kak tak yah pegi waktu ni..silap2 terkurung kat sini tak boleh balik sebab air dah naik sampai jalan kat jalan besar luar sana..tapi best juge sesekali gitu ...






Taman tema air...jauh ke belakang lagi banyak tempat bermain air..gambar ambk dari jauh sebab dah nak balik petang semalam..luas lagi di belakang tu..



Ini tempat sewa motor lasak . Sekali naik RM30. boleh ronda sampai dalam hutan..Jungle tracking..best ni...




Rumah kuda..boleh naik kuda kat sini...luas kawasan ni tapi kuda pun tak nak keluar sebab hujan















Ini depa baru balik dari jungletracking..sewa motor ni redah hutan ...kalau accident mintak tolong ngan pak belang hehehe




Ahmad geramm sebab tak dapat mandi ..berkurung dalam bilik.....



Okey ..sampai sini je yang sempat dirakamkan ..gambar tak memuaskan..kalau kita pi sendiri tengok memang tempat ni besar dari yang lain2. tu luas ...okey sesiapa yang bercuti pi tengok dulu kajian cuaca..biar selamat....ok byeeeeee























LinkWithin

Related Posts with Thumbnails