Thursday 18 February 2010

~pecah kaca pecah gelas~

Semoga pagi Jumaat ni membawa kebahagiaan kepada kita semua dan sentiasa dalam rahmatNya..untuk pagi ni nak kongsi bersama koleksi gelas2 lama yang ada ...puluhan tahun hayat gelas ni...bukan dibeli pun tapi peninggalan orang-orang tersayang dan rakan taulan..semuanya menjadi kenangan dan mampu mengimbau kisah silam bila terpandang semua ni..koleksi ni disimpan dalam kabinet atas ..disebabkan tahap kemalasan ku tinggi ..nak keluarkan, ku panjat je kerusi dan shoot terus ke dalam kabinet atas ..jimat masa sikit..

~ Gelas hijau berkaki ~

Gelas berkaki ni boleh tahan tebalnya..cantik ni..peninggalan tuan rumah yang kami beli 5 tahun lepas...macam2 yang ditinggalkannya..yang berkenan disimpan, banyak juga dibuang..berlori juga yang dipunggah keluar..Kalau tak rumah kami ni jadi pusat alam flora pulak....sebenarnya sampai sekarang pun masih ada saki baki lagi..




Set gelas ni peninggalan arwah mak mertua akak..Masa mula2 kahwin kak dah nampak gelas ni digunakan ..masa tu pun dah jatuh cinta dengan koleksi ni...disebabkan akak duduk sama dengan arwah hingga akhir hayatnya, gelas ni pun samalah juga ...Ezany dan Yatt ada koleksi ni...Ada 3 warna biru, coklat dan hijau..nipis senipis kulit telur .

~ Jug hijau kurus ~



~ Jug hijau gemuk ~


Jug hijau ini yang besar sikit....cantik sangat dengan warnanya tapi nipis ...seram nak guna..takut berderai !


Gelas hijau ~ pokodot ~

Gelas hijau pokodot ni tinggalan arwah mak mertuaku...masa kenduri kendara gelas ini digunakannya selalu..sayang pulak dah tinggal 4 biji , ada ke jual lagi? ....ngape pokodot? akak yang beri nama sebab dinding gelas ini ada corak pokodot..

~ Tapak kaki gelas 4 segi ~



Gelas ni kepunyaan arwah abah akak - masa arwah berniaga zaman diri ini masih berhingus lagi weh..... ini je sempat yang masih ada lagi..


~ Gelas berkaki 4 ~


Style gelas ni dah berpuluh tahun lamanya ..masa akak kecik2 sering tengok digunakan di kedai2 kopi ..untuk minuman panas...termasuk mak akak yang berniaga kedai makanminum ni Dulu punyalah banyak tapi le ni tinggal ni je...pada sesiapa rakan2 kita yang ada simpanlah sebab masa akan datang saham gelas ni melambung tinggi ..kwang..kwang...



~ Gelas Chinese Honey ~


Pic terakhir ni adalah gelas hadiah minum chinese honey zaman dolu2..bukan kami yang minum tapi kawan chinese yang minum ..masa kami ambilalih rumah dan tanah mereka, banyak juge koleksi lama ni yang ditinggalkan sekali..ini salah satu gelas yang ada..simpan juga sebagai koleksi je..mungkin ada antara rakan yang berminat bolehlah tinggal pesan ya...okeh ada satu info di sini..pada sesiapa yang nak tahu tentang bank Islam dan pembiayaannya dalam kad kredit dan pinjaman petang ni di TV3, pada pukul 5 pm . Ramai antara kita termasuk akak sering mempersoalkan kenapa Bank Islam ni mahal? Apa bezanya dengan bank conventional? Pagi ni akak tertengok slot ~ Tanyalah Ustaz ~diTV9 menyentuh issu ini ...jum tengok nanti..semoga kita mendapat hidayahNya...jumpa kita lagi ...byeeeeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails