Gelas berkaki ni boleh tahan tebalnya..cantik ni..peninggalan tuan rumah yang kami beli 5 tahun lepas...macam2 yang ditinggalkannya..yang berkenan disimpan, banyak juga dibuang..berlori juga yang dipunggah keluar..Kalau tak rumah kami ni jadi pusat alam flora pulak....sebenarnya sampai sekarang pun masih ada saki baki lagi..
Set gelas ni peninggalan arwah mak mertua akak..Masa mula2 kahwin kak dah nampak gelas ni digunakan ..masa tu pun dah jatuh cinta dengan koleksi ni...disebabkan akak duduk sama dengan arwah hingga akhir hayatnya, gelas ni pun samalah juga ...Ezany dan Yatt ada koleksi ni...Ada 3 warna biru, coklat dan hijau..nipis senipis kulit telur .
Jug hijau ini yang besar sikit....cantik sangat dengan warnanya tapi nipis ...seram nak guna..takut berderai !
Gelas hijau pokodot ni tinggalan arwah mak mertuaku...masa kenduri kendara gelas ini digunakannya selalu..sayang pulak dah tinggal 4 biji , ada ke jual lagi? ....ngape pokodot? akak yang beri nama sebab dinding gelas ini ada corak pokodot..
Gelas ni kepunyaan arwah abah akak - masa arwah berniaga zaman diri ini masih berhingus lagi weh..... ini je sempat yang masih ada lagi..
Style gelas ni dah berpuluh tahun lamanya ..masa akak kecik2 sering tengok digunakan di kedai2 kopi ..untuk minuman panas...termasuk mak akak yang berniaga kedai makanminum ni Dulu punyalah banyak tapi le ni tinggal ni je...pada sesiapa rakan2 kita yang ada simpanlah sebab masa akan datang saham gelas ni melambung tinggi ..kwang..kwang...
Pic terakhir ni adalah gelas hadiah minum chinese honey zaman dolu2..bukan kami yang minum tapi kawan chinese yang minum ..masa kami ambilalih rumah dan tanah mereka, banyak juge koleksi lama ni yang ditinggalkan sekali..ini salah satu gelas yang ada..simpan juga sebagai koleksi je..mungkin ada antara rakan yang berminat bolehlah tinggal pesan ya...okeh ada satu info di sini..pada sesiapa yang nak tahu tentang bank Islam dan pembiayaannya dalam kad kredit dan pinjaman petang ni di TV3, pada pukul 5 pm . Ramai antara kita termasuk akak sering mempersoalkan kenapa Bank Islam ni mahal? Apa bezanya dengan bank conventional? Pagi ni akak tertengok slot ~ Tanyalah Ustaz ~diTV9 menyentuh issu ini ...jum tengok nanti..semoga kita mendapat hidayahNya...jumpa kita lagi ...byeeeeee
Salam kak
ReplyDeletecawan2 ini mengingatkan saya di zaman kanak2 juga. Set cawan berbintang ini dulu2 popular kalau ke rumah org kawin org bubuh air kopi utk org2 duduk rewang2. selain itu ianya juga di gunakan dirumah2. Cawan ini tersangatlah lama. Cawan hijau polkadot saya dpt dari nenek beberapa thn yg lepas kerana di rumah nenek di spore byk betul. Cawan hijau digunakan utk kenduri kendara dan juga dpt hasil pemberian utk bunga telur zaman dulu2. Saya ada serba 6 yg hijau tuh. Satu set yg mcm akak punya dan satu set lagi cawan dia agak kurus. pernah saya N3 utk masakan saya dulu yg saya gandingkan bersama bunga kangkung