Wednesday, 17 February 2010

Koleksi 'Anchor Hocking' - Suburbia

Salam Semua.....
-
Semoga kita semua gembira hari ini dan sihat walafiat hendaknya...terpanggil untuk kongsi bersama set 'ANCHOR HOCKING' - Suburbia - Made in U.S.A .
Petang tadi dari perjalanan balik dari Pekan, singgah kat Giant Kuantan ...bunyi sms masuk..rupa2nya kak Ana - pengumpul pinggan lama - menghantar berita set creamer Anchor Hocking dah selamat sampai ke Hutan Melintang...sebenarnya saya pun tak pernah sampai ke Hutan Melintang walaupun 4 tahun ulangalik dari Kedah ke Pahang..tak pernah singgah..Kak Ana ni peminat koleksi Anchor Hocking ni sebab tu bila kak Ana melamar set creamer ni yg putih polos tu ku letgo kepadanya..dah janji dengannya nak entry set yang ku ada ni..ok layan dulu ya..


Koleksi
Anchor Hocking
~Suburbia ~
Oven proof
Made in U.S.A

Rasanya koleksi kak Ana ni warna putih susu dan ada rim keemasan ..koleksi itu ialah Anchor Hocking - Fine King - Ware. Berbeza dengan koleksi hijau ni.. Ini ialah set Anchor Hocking ~ Suburbia ~ oven proff. Nak kata berat tak juga tapi cawan2 boleh tahan beratnya. Koleksi Suburbia ni ada cawan2 dan creamer set macam kat atas tu...Mangkuk besar dan kecil . Juga pinggan bujurnya itu ..boleh tahan besarnya...palingku suka ..tapi tak de tekonya pulak..lama dah set ni... Warna set ni pic yang ke2 tu yang tepatnya. Sesiapa yang pernah tengok tekonya bolehlah kita kongsi bersama ya..kongsi gambar la..

Corak bunga dan daun..hijau kekuningan



Pinggan bujur

Oklah , entry ni sebenarnya untuk semua yang ada koleksi ni - bolehlah dikategorikan lama sebab dah tak de dalam pasaran ni...pinggan lamalah ni...sesiapa yang ada koleksi Anchor Hocking ni bolehlah kongsi ya..Set ni boleh digunakan dalam oven - tahan panas . Cawan2nya tu pun ovenproof .Tapi akak tak pernah cubalah sebab banyak lagi bekas lain yang boleh dimasukkan dalam oven....nantilah terlebih rajin nak cuba juga..Untuk kak Ana di Hutan Melintang tu, semoga creamer set Anchor Hocking tu dapat melengkapkan koleksi yang ada tu dan terus mengumpul macam kami yang dah termakan sumpah ni hehehe (gurau tengah malam ni) Ok kita ketemu di lain waktu dan jumpa lagi ..byeeeee.... muahhhh !!!!

6 comments:

  1. salam nor,nicelah set nie..tentu susah nak dapat.Coraknya begitu menawan..Teruskan mewarisinya.

    ReplyDelete
  2. salam kak nor..

    set ni mak, atuk sblah mak dan arwah atuk sblah pak saya ada set ni in full. buat masa ni, set ni mak & atuk sblah mak buat basahan pinggan2 achor hocking ni.. mak ada square dish dia skali.. set ni, rasanya mmg tak ada teko kot.. coz tak pernah nampak teko2 nya..

    ReplyDelete
  3. salam Shariff64,
    tq ..memang cantik dan tahan lasak..saya guna hari2 juge ni..materialnya tahan ni..dah tak de jual sekarang ni..kalau ikut info tahun 60ann ni..cuba baca komen fitty di bawah ni..

    ReplyDelete
  4. salam Fitty, tq masuk sini dan atas info yg diberi..kalau atuk2 tu dah ada koleksi ni memang betullah set ni tahun 60an dah dlm pasaran..padanlah sebab buatannya memang berkualiti tak macam zaman skg punya, cantik tapi kurang kualiti..Akak guna juge untuk basahan..separuh dari koleksi ni..untung keluarga Fitty ada semua ni lengkap pulak tu..memang berbaloi la kan..nanti kak entry satu set lama lagi made in England..kalau2 boleh share info dgn Fitty ya..tq

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nor...
    Brand ini juga antara yang famous semasa Azzah study kat USA dalam 80an dulu... tapi azzah tak ada beli sebijik pun... asyik kumpul correlle, corning ware dan arcopal...

    azzah surf kat internet...set kak nor ni dikeluarkan pada akhir 1970's...manakala yg kak nor jual pada kak Ana tu dikeluarkan pada 1960an...

    Kak Nor boleh rujuk di website berikut:

    http://www.anchorhockingmuseum.com/index.html

    ReplyDelete
  6. salam azzah8,
    oh ye ke...terimakasih atas info azzah ni...goodinfo..yg set creamer pada kak ana tu memang lagi lama hayatnya tu..polos je putih susu....nanti senang akak surf anhorhocking ni..anyway tq ya azzah8..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails