Saturday 3 July 2010

ANAK DARA SANYO, JAPAN

SALAM SEMUA
Di pagi Ahad ni nak kongsi satu cerita tentang set teko cawan anak dara Sanyo mari Japan ni..nak kata koleksi ni cantik sesangat pada selera kak ni tak jugelah...mula2 adik akk Hamzah yang masa tu pi kursus di Sabah telep0n akak maklumkan ttg set ni, akk keberatan nak ambik...Tapi adik akk beria2 pulak suruh akk ambik sebab sinyonya Sabah tu dah pengaruh dia habaq set ni dah berusia 40 tahun lebih..Lepas tu Hamzah send foto lagi, habis kawan2 cakap cantik kak , beli kak, antik laa..tambah ada anak dara yang duduk merayu burung pungguk tu..dek terpengaruh sms adik ..rembat je laaa...

Mengikut si Nyonya yang tuanpunya asal set ni ..set biru ni dah disimpannya selama 40 tahun lebih..Tapi tak pernah digunakannya sebab kalau tengok camne lah nak guna ..bermotif sangat sampai tak sanggup nak guna.so yang ni betul2 jadi hiasan. Akak sebetulnya sentiasa gunakan set2 cawan lama ni untuk kelainan tapi kenalah rajin untuk mengemas dan menyimpan semula..hingga kadangkala naik lemas dengan rutin yang tak berkesudahan..asyik keluar masuk almari je...


Tengok tu motif anak dara Sanyo tu sedang merayu kat anak burung pungguk tu hehehe...


Motif yang serupa pada cawan - cawan



tu, rege yang masih tak buang ...sepuloh sen pun tak leh kurang..adik akak cakap beli je kesian kat nyonya tu ..untung dapat pembeli macam adik akk hihihi..( bukan 1 dibelinya..macam2 dirembatnya asal nyonya tu promote kat dia...smpai akk cakap jadi muzium rumah akk ni nanti )






buatan Japan..agaknya syarikat Sanyo buat ni sebagai gift beli barang2 Sanyo dolu2...





Ok seperkara akak nak kongsi dengan penggemar dan pengumpul antik dan pinggan lama..Kalau nak tau baca sampai habis ..untuk kebaikan kita semua..nak percaya tak percaya terpulanglah..hanya akak rasa patut kita kongsi cite ni..ok layannnn di bawah ni






Dalam kita mengumpul koleksi lama termasuk pinggan lama, pernah tak kita terfikir kisah silam pinggan2 ni semua? Tak pernah kan termasuk akak juge..Sapelah nak ambik kisah sekadar pinggan je kan..Ok , akk ada sorang kawan lelaki sama bertugas.. Dia yang mengingatkan akak tentang hobi ni..Kisahnya dia ni pergi berubat dengan pengamal perubatan Islam (seorang ahli akademik di IPT). Baiklah akk direct je ni ..berdasarkan maklumat yang diperolehinya..jin dan saka ( makhluk halus) boleh wujud dalam koleksi2 lama yang telah lama tidak digunakan. Sebab jin dan saka suka duduk di tempat2 macam ni.. Kalau kita simpan juga dan tidak digunakan ada kemungkinan jin dan saka duduk sama dengan kita seiisi keluarga..eh eh eh..seramkan...caranya cuci pinggan2 ni (rendam) dengan air asam dan garam dulu sebaik kita beli supaya bersih dari unsur2 makhluk halus ni...macam tak logik tapi kita kena ingat makhluk halus memang wujud..hanya tak kacau kita tak pe tapi kalau kena tak aman hidup kita ni...bukan kita takut pada makhluk2 sebab kita hanya takut padaNya..

Akak harap tulisan ni tak cetuskan kontroversi ok..ini hanya nak sharing je dari maklumat yang akak dapat sebab akak tengok kawan akak ni depan mata peristiwa yang berlaku padanya (bukanlah kena jin pinggan mangkuk lama ni ) Hanya dia ikhlas ingatkan akak tentang kewujudan mahkluk halus ni di mana2 terutama pada barang dan tempat lama.. Akak nak kongsi je cite ni terpulanglah pada pandangan rakan semua ya... Untuk makluman, masa akak snap pic2 ni pagi tadi , akak teringat pesan kawan ni..caya tak caya rasa seram dan berdebar2 akak ni masa snap gambo anak dara Sanyo tu...hisss dijauhkan malaikat 44 ..hehehhehe.. oklah sampai di sini kita ..jumpa lagi !!!!

~ SHARING IS CARING ~






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails