buatan Japan..agaknya syarikat Sanyo buat ni sebagai gift beli barang2 Sanyo dolu2...
Ok seperkara akak nak kongsi dengan penggemar dan pengumpul antik dan pinggan lama..Kalau nak tau baca sampai habis ..untuk kebaikan kita semua..nak percaya tak percaya terpulanglah..hanya akak rasa patut kita kongsi cite ni..ok layannnn di bawah ni
Dalam kita mengumpul koleksi lama termasuk pinggan lama, pernah tak kita terfikir kisah silam pinggan2 ni semua? Tak pernah kan termasuk akak juge..Sapelah nak ambik kisah sekadar pinggan je kan..Ok , akk ada sorang kawan lelaki sama bertugas.. Dia yang mengingatkan akak tentang hobi ni..Kisahnya dia ni pergi berubat dengan pengamal perubatan Islam (seorang ahli akademik di IPT). Baiklah akk direct je ni ..berdasarkan maklumat yang diperolehinya..jin dan saka ( makhluk halus) boleh wujud dalam koleksi2 lama yang telah lama tidak digunakan. Sebab jin dan saka suka duduk di tempat2 macam ni.. Kalau kita simpan juga dan tidak digunakan ada kemungkinan jin dan saka duduk sama dengan kita seiisi keluarga..eh eh eh..seramkan...caranya cuci pinggan2 ni (rendam) dengan air asam dan garam dulu sebaik kita beli supaya bersih dari unsur2 makhluk halus ni...macam tak logik tapi kita kena ingat makhluk halus memang wujud..hanya tak kacau kita tak pe tapi kalau kena tak aman hidup kita ni...bukan kita takut pada makhluk2 sebab kita hanya takut padaNya..
Akak harap tulisan ni tak cetuskan kontroversi ok..ini hanya nak sharing je dari maklumat yang akak dapat sebab akak tengok kawan akak ni depan mata peristiwa yang berlaku padanya (bukanlah kena jin pinggan mangkuk lama ni ) Hanya dia ikhlas ingatkan akak tentang kewujudan mahkluk halus ni di mana2 terutama pada barang dan tempat lama.. Akak nak kongsi je cite ni terpulanglah pada pandangan rakan semua ya... Untuk makluman, masa akak snap pic2 ni pagi tadi , akak teringat pesan kawan ni..caya tak caya rasa seram dan berdebar2 akak ni masa snap gambo anak dara Sanyo tu...hisss dijauhkan malaikat 44 ..hehehhehe.. oklah sampai di sini kita ..jumpa lagi !!!!
~ SHARING IS CARING ~
salam kak nor..
ReplyDeletethanks for sharing sis..ada benarnya kejadian mistik pada barangan lama..kita yang kolek pinggan mangkuk pun tak terkecuali..percaya benda2 tu ada..selagi tak kacau kita & kita pun takde niat buruk..insyaAllah semuanya ok..yang penting jangan dipikirkan sangat sampai jiwa kita jadi lemah..sape2 yang lemah semangat tu yang akan diganggu..bagi petua rendam air asam tu penah saya dengar di tv..guna limau purut pun katanya terhindar dari kejadian mistik2..wallahu'alam..
set sanyo tu mcm kak ryana kan..saya penah jumpe tapi tak tergerak nak kolek..macam akak jugak, maybe tak 100% kenan kot..tapi semuanya terserah pada minat masing2.. ;)
salam Yatt,
ReplyDeleteakk nak kongsi sesuatu ni melalui pengalaman akak yg berubat dgn perubatan Islam. Jin2 ni memang ada golongan baik dan jahat. Yg jahat mng tugasnya mengacau dan menyesatkan manusia. Benda ni boleh berlaku dalam keadaan kita tak sedar. Tanda2nya boleh kita perolehi seperti
gelisah, gundah gelana, cemas, fikiran jadi serabut, dpt mimpi2 tidak baik. dan antara tanda yg jelas terdapat kesan lebam pada anggota badan setelah bangun dari tidur. hanya perawat Islam yang dapat mengesan.Wpun berada dalam diri kita tanpa mengganggu kita secara nyata, ia akhirnya akan menyebabkan sakit fizikal dalam jangka masa yg lama seperti kanser dan stroke.Contohnya sekira telah masuk ke dalam badan kita, lama kelamaan ia akan menyekat salur darah hingga boleh stroke Kerana dlm perubatan Islam, kanser berpunca dari kejahatan jin. Untuk rujukan seterusnya cuba Yatt tengok dalam buku perubatan Islam karangan Dato Dr Harun Din dan juga lain2 penulis.. Apapun kita kongsi bersama untuk kebaikan bersama..