Thursday 20 May 2010

ADUHAI JAQUAR !!!!

ASSALAMUALAIKUM
JAQUAR
Jaquar ..nama diberi pada anak kucing yatim piatu dari baby oleh Ahmad. Aku memang bukan penggemar kucing tapi kalau ada diberi makan dengan syarat tidur di luar rumah. Hanya satu selalu dipesan kepada anak-anak jangan disiksa kucing walaupun tak suka nak pelihara. Namun kehadiran Jaquar yang lincah dan yatim piatu ni merubah segala. Dari baby diberi makan hingga umurnya sekarang hampir 3 bulan. Semalam JAQUAR tidak berbunyi dan tiada di mana-mana..malam baru ku perasan...dicari2 rupanya sedang merana kesakitan di bawah katil...apahal...bersuara tidak diberi susu pun menolak..berjalan pun mengangkang je... Semalam petang dibawa ke doktor haiwan..rupa2nya bisul di celah kangkang. Doktor kata JAQUAR kesakitan yang amat sangat hingga demam dan tidak boleh kencing berak pun.. Apalagi satu suntikan di celah kangkangnya....pil dibekalkan...bayarannya aduhai melebihi rawatan untuk anak ke klinik...senyum je laaa almaklum hujung2 bulan ni....bawak balik dan masih tak nak makan...pagi tadi tugasan suami bagi makan pil antibiotik ...nak tak nak kena buat sebab aku dah cabut pegi keje..Balik rumah, JAQUAR dah mula makan dan mengiowww.....lapang dada. Rupa2nya tak kira manusia ke binatang ..perlu dibelai dan dijaga..rasa kemanusiaan mengatasi segala...

Saturday 15 May 2010

~ Without Teacher ....~

SELAMAT HARI GURU


Terima Kasih Cikgu


Istimewa Kepada Semua Guru yang muda , yang tua, yang pencen, bekas guru , bakal guru ,tok guru dan rakan guru di alam maya & nyata ..terimalah ingatan dari Satu Nostalgia:
**********
Without TEACHERS dayz are
" sadday, " moanday, "tearsday, "wasteday, "thirstday,
"fightday, "shatterday" so
HAPPY TEACHERS DAY!!!

Monday 10 May 2010

~ Ingatan Hari Ibu ~

Assalamualaikum



Apa khabar semua....lama tak menulis di sini sampai terasa susah pulak nak mulakan cerita..apapun terimakasih tak terhingga atas ingatan kazah dari kk ni..kad ingatan hari ibu sedunia..walaupun hari tersebut dah berlalu, namun bagiku hari ibu sepanjang waktu , selagi hayat dikandung badan . Kak Azah , cantik kad ni ..bunganya tu pun cantik..i likeee ..K.Azah ni duduk jauh di bawah bayu..rasenya kita ni sepusat sepusing asal negeri ...kak azah tau lah tu ..terimakasih ya kak..pi terjah blognya yang penuh coretan hidup di sini..http://azahahmad.blogspot.com/. Ok jangan lupa ya..

Tiba-tiba teringat kat umah ada pulak bunga spesis yang sama tapi putih melepak ..sempat rakam ni....dah beli beberapa tahun lepas. Masukkan je dalam satu pasu ..Tak payah siram tak payah baja..segar sepanjang zaman..






*************************

Putihnya bunga melambangkan doa ibu yang tulus untuk anak-anak , seorang ibu mampu mendoakan sepuloh anaknya namun dalam sepuloh anak itu berapa orang yang ingat untuk mendoakan ibunya yang seorang ? Seorang ibu berdoa:

" moga Allah memanjangkan usiaku kerana sekiranya aku mati awal siapalah hendak mendoakan kesejahteraan anak-anakku itu nanti ? " Itulah hati seorang ibu!

Sunday 2 May 2010

~Tip untuk tentukan makanan halal atau tidak~

Senyum Kambing


Assalamualaikum


Suke makan di restoran dan hotel ? Memang suka tapi ada juga yang tak suka sebab bimbang halal ke tidak... Kadang2 terpaksa makan di hotel sebab tak de pilihan contohnya hadiri kursus ke meeting ke wajib makan kat hotel tu kalau tak kebulur... di bawah adalah tip untuk mengesan samada makanan yang kita makan tu mengandungi benda haram ke tidak...Info diperolehi dari AL-ISLAM keluaran Mei 2010.. Diberi oleh seorang Chef yang berpengalaman bekerja di hotel..Sama- sama kita kongsi ya..

~

Apabila kita sendawa kekenyangan , angin keluar melalui hidung maka tidak syak lagi makanan itu mengandungi arak!

~

Api yang menjulang naik di dalam kuali bewarna biru, itu bermakna kaedah flambe dilakukan dengan menggunakan arak bukannya minyak kelapa..batalkan order dan angkat kaki !

~

Berhati-hati dengan penggunaan lemak babi di dalam makanan bergoreng. Lemak babi dihasilkan dalam bentuk mentega. Dibubuh dalam minyak panas untuk menggoreng ayam dan keropok. Sebab itu keropok Cina tidak mudah lemau atau masuk angin. Ini kerana bakteria babi yang kuat ( tidak mati ) dapat menyokong bakteria lain untuk terus hidup. Bagaimana nak kesan bakteria babi dalam keropok dan ayam goreng? Mudah je ..bila kita rasa terdapat sedikit kelat..maka sudah terang lagi bersuloh!

~

Demikian sedikit tip dari seorang chef yang mempunyai tanggungjawab sosial dalam menyedarkan kita semua apa yang berlaku dalam hidangan pada hari ini..ramai di antara kita yang menutup mata sebelah dan pekakkan telinga untuk hal2 begini...chef ini mengingatkan kita semua bukan hotel sahaja yang menggunakan arak untuk memberi kelainan pada makanan tetapi tidak ketinggalan juga restoren2 . Untuk info lanjut sila baca AL-Islam keluaran Mei 2010


Okeh tepuk dada tanya selera...jumpa lagi ...wassallam.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails