Thursday, 20 May 2010

ADUHAI JAQUAR !!!!

ASSALAMUALAIKUM
JAQUAR
Jaquar ..nama diberi pada anak kucing yatim piatu dari baby oleh Ahmad. Aku memang bukan penggemar kucing tapi kalau ada diberi makan dengan syarat tidur di luar rumah. Hanya satu selalu dipesan kepada anak-anak jangan disiksa kucing walaupun tak suka nak pelihara. Namun kehadiran Jaquar yang lincah dan yatim piatu ni merubah segala. Dari baby diberi makan hingga umurnya sekarang hampir 3 bulan. Semalam JAQUAR tidak berbunyi dan tiada di mana-mana..malam baru ku perasan...dicari2 rupanya sedang merana kesakitan di bawah katil...apahal...bersuara tidak diberi susu pun menolak..berjalan pun mengangkang je... Semalam petang dibawa ke doktor haiwan..rupa2nya bisul di celah kangkang. Doktor kata JAQUAR kesakitan yang amat sangat hingga demam dan tidak boleh kencing berak pun.. Apalagi satu suntikan di celah kangkangnya....pil dibekalkan...bayarannya aduhai melebihi rawatan untuk anak ke klinik...senyum je laaa almaklum hujung2 bulan ni....bawak balik dan masih tak nak makan...pagi tadi tugasan suami bagi makan pil antibiotik ...nak tak nak kena buat sebab aku dah cabut pegi keje..Balik rumah, JAQUAR dah mula makan dan mengiowww.....lapang dada. Rupa2nya tak kira manusia ke binatang ..perlu dibelai dan dijaga..rasa kemanusiaan mengatasi segala...

6 comments:

  1. Salam... alhamdulillah akhirnya JAQUAR diberi perlindungan dan kasih sayang...

    * Perbelanjaan perubatan mereka memang mahal! Satu ekor, ok lagi... kalau banyak2... :-S

    ReplyDelete
  2. salam umi-e,

    itulah umi, dulu tak suka tapi lately ni dah lain pulak ...JAQUAR secara tak langsung mengajar akak menyayangi kucing...nasib baiklah sekor kalau banyak entahlah umi...umi peminat kucing ke?

    ReplyDelete
  3. Salam kak Nor

    Sedih saya baca kisah ini dan mengalirkan airmata kerana saya seorang yg amat menyayangi haiwan yg bernama kucing. Saya, ayah dan kakak sangat gemar pd kucing dan dulu memang memelihara. Akak tau sewaktu saya di dalam drj 3 saya ada seekor kucing, dialah yg mengejutkan saya bangun tido dan menemani saya ke bilik mandi. Lps tuh menghantar saya hingga ke simpang menaiki bus sek. Pulang pula dia da sedia menunggu. begitulah hari demi hari sehingga pd suatu hari dia mati termakan racun tikus. hanya Allah saja yg tau betapa sedihnya saya waktu itu. Lama lps itu saya x bela kucing sehingga suatu hari masa form 1 saya bela lagi seekor kucing. Semua kucing yg saya bela mmg masuk ajar. Lps kawin saya bela lagi seekor kucing nama dia Amor. Merajuk kalau blk keje x bawak dia naik kete jln2. Tido pun nak dgn kami. Hubby dari x suka kucing jadi sayang pd si Amor. mertua bimbang kalau2 saya terkenan kucing sebab saya mengandung masa tuh. Alhamdulillah ank saya x cacat malah sehat. Amor lari semasa ank saya berusia 7 bulan hilang ke mana puas kami cari. Pd saya berbuat baik dgn haiwan ini kadangkala lbh baik kerana mereka pandai membalas budi. Kucing ni pun kesayangan nabi kan kak. Diapun pandai berdoa utk kesejahteraan tuannya. Semoga Jaquar cepat sembuh. Ingat kak jgn diberi panadol tau .

    ReplyDelete
  4. saya suka sgt tgk org bela kucing, tingin gak nak memelihara tp memandangkan saya ni bkerja kesian lak nak letak mana kuching tu nanti. Kurung? tak mungkin la...

    Cian JAQUAR...sabo ya JAQUAR...

    ReplyDelete
  5. sebak pulak dada baca kisah Jaquar ni.. smoga cepat smbuhnya..

    saya skeluarga sangat suka kucing, suka bagi makan tapi tak boleh bela pasal takde orang jaga. Pcaya tak, w/pun takde kucing tapi kat umah kami ada whiskas, nanti kalu ada kucing lalu dpn umah, kami panggil bagi makan.. hik2

    ReplyDelete
  6. salam zura..sebak pulak akak baca kisah zura ni..lagi satu tabik kat zura sbb sayang kucing macam anak..akak taklah macam tu sekali..tak larat nak layan macam ni..hanya mampu jaga asasnya aje..apapun jangan zalimi kucing ni kan walaupun dia binatang..akak jadi tersentuh kalau kucing pandang akak dengan mata tak berkedip2 seolah mtk dikasihani....

    salam Ct, akak ni pun sebenarnya tak mampu nak bela kucing..tapi kebetulan je ni..tak sampai hati pulak nak buang..bela je tapi kalau ada bau kencing kucing tu naik hangin juge satu badan..sebab akak pun keje juga ct..


    salam sariyusa, akak tak pernah beli whiskas, sebab akak bagi makan apa yang akak makan ..tapi Jaquar ni hyperaktif..sentiasa bergerak dan melompat2 mcm nak bergaduh ngan tuan yang bagi dia makan ni geramm juge kdang2 tu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails