Wednesday 24 February 2010

Koleksi Meakin Rossa

~Salam semua ~
Set Meakin Rossa
Koleksi yang tak ada tekonya..tak pelah menumpang kasih dengan siteko pink made in china . Itupun nasib baik Ezany nak barter ..mengenangkan tak de teko rossa ni ..buat sementara teko pink ni pun jadilah..terimakasih pada Ezany anak muda yang hobinya sama ngan makcik2nya ni.


Sementara itu, set yang lain diperolehi di Maha Serdang ..beli dengan Liza yang baik budi. Kalau ada sesiapa yang ada teko gemuk rossa ni ..tinggalah pesan ya... makanan dalam pinggan tu roti telur bakar dalam oven.. sempoi je..kalau nak cuba bolehlah rujuk caranya kat blog masak2 kat penjuru atas tu.. ~Cooking Time~ Kepada semua, selamat bercuti selama 3 hari ni dan selamat menyambut Maulidur Rasul. Sama-samalah kita berdoa moga kita sentiasa diberkatiNya dan dalam keredaanNya.. Amin..Jumpa lagi ..asssalamualaikum.

Tuesday 23 February 2010

Gandum membiak....

Salam semua

Teko ini diperolehi semasa lawatan pertama ke Maha Serdang pada tahun lepas.. dirembat dari Din. Berkenalan pertama kali dengan Din. Akak panggil dia Din Maha..jangan mare ya Din..Sebelum tu memang dah ada mug2nya dan piring2nya. Nampak je teko ni terus ambik ..macam Din ni tau2 je nak berurusan dengan dia petang tu..Masa beli teko tu , dah janji dengan Din nak publish tentang jualan koleksi lama kat Maha ni.. Lepas entry dalam blog ramailah juga yang serbu kat sana dan masing2 masuk blog..bak kat Din sampai tak celus nak layan blogger2 ni hehehe... Sempat juga berkenalan dengan Zulkis..beliau ada blog koleksi lama
iaitu Teratak Rimbun....happy go lucky depa ni...




Cawan dan piring tu pun Din yang sms dari jauh..Tak pernah dah pergi sebab jauh diulu akak ni..Guna orang tengah je berurusan dengan Din dan Zulkis ni...Terimakasih pada kalian yang baik budi ni...harap2 dapat ke Maha lagi ...Pinggan leper besar ni dibeli dari kedai apek Singapore Street Seremban..Sekeping tu je yang ada ...cukuplah jangan tak de..hilang kempunan...Kuih lepat tu saja interframe sebab masih ada masa koleksi gandum ni bergambar..






Set mug bunga gandum ni dah lama dalam simpanan . Mug dan piring bujur comel adalah set bunga gandum yang terawal diperolehi. Bukan di kedai apek, tapi belian pertama online dari Nassir Pinggan Lama...terpesona dengan bunganya yang melambangkan hasil bumi..teruja untuk memilikinya..Set gandum ni rasanya dah cukup untuk setakat ni...jumpa lagi..ni berebut masa dan pc ni ....byeee..jumpa lagi....


Thursday 18 February 2010

~pecah kaca pecah gelas~

Semoga pagi Jumaat ni membawa kebahagiaan kepada kita semua dan sentiasa dalam rahmatNya..untuk pagi ni nak kongsi bersama koleksi gelas2 lama yang ada ...puluhan tahun hayat gelas ni...bukan dibeli pun tapi peninggalan orang-orang tersayang dan rakan taulan..semuanya menjadi kenangan dan mampu mengimbau kisah silam bila terpandang semua ni..koleksi ni disimpan dalam kabinet atas ..disebabkan tahap kemalasan ku tinggi ..nak keluarkan, ku panjat je kerusi dan shoot terus ke dalam kabinet atas ..jimat masa sikit..

~ Gelas hijau berkaki ~

Gelas berkaki ni boleh tahan tebalnya..cantik ni..peninggalan tuan rumah yang kami beli 5 tahun lepas...macam2 yang ditinggalkannya..yang berkenan disimpan, banyak juga dibuang..berlori juga yang dipunggah keluar..Kalau tak rumah kami ni jadi pusat alam flora pulak....sebenarnya sampai sekarang pun masih ada saki baki lagi..




Set gelas ni peninggalan arwah mak mertua akak..Masa mula2 kahwin kak dah nampak gelas ni digunakan ..masa tu pun dah jatuh cinta dengan koleksi ni...disebabkan akak duduk sama dengan arwah hingga akhir hayatnya, gelas ni pun samalah juga ...Ezany dan Yatt ada koleksi ni...Ada 3 warna biru, coklat dan hijau..nipis senipis kulit telur .

~ Jug hijau kurus ~



~ Jug hijau gemuk ~


Jug hijau ini yang besar sikit....cantik sangat dengan warnanya tapi nipis ...seram nak guna..takut berderai !


Gelas hijau ~ pokodot ~

Gelas hijau pokodot ni tinggalan arwah mak mertuaku...masa kenduri kendara gelas ini digunakannya selalu..sayang pulak dah tinggal 4 biji , ada ke jual lagi? ....ngape pokodot? akak yang beri nama sebab dinding gelas ini ada corak pokodot..

~ Tapak kaki gelas 4 segi ~



Gelas ni kepunyaan arwah abah akak - masa arwah berniaga zaman diri ini masih berhingus lagi weh..... ini je sempat yang masih ada lagi..


~ Gelas berkaki 4 ~


Style gelas ni dah berpuluh tahun lamanya ..masa akak kecik2 sering tengok digunakan di kedai2 kopi ..untuk minuman panas...termasuk mak akak yang berniaga kedai makanminum ni Dulu punyalah banyak tapi le ni tinggal ni je...pada sesiapa rakan2 kita yang ada simpanlah sebab masa akan datang saham gelas ni melambung tinggi ..kwang..kwang...



~ Gelas Chinese Honey ~


Pic terakhir ni adalah gelas hadiah minum chinese honey zaman dolu2..bukan kami yang minum tapi kawan chinese yang minum ..masa kami ambilalih rumah dan tanah mereka, banyak juge koleksi lama ni yang ditinggalkan sekali..ini salah satu gelas yang ada..simpan juga sebagai koleksi je..mungkin ada antara rakan yang berminat bolehlah tinggal pesan ya...okeh ada satu info di sini..pada sesiapa yang nak tahu tentang bank Islam dan pembiayaannya dalam kad kredit dan pinjaman petang ni di TV3, pada pukul 5 pm . Ramai antara kita termasuk akak sering mempersoalkan kenapa Bank Islam ni mahal? Apa bezanya dengan bank conventional? Pagi ni akak tertengok slot ~ Tanyalah Ustaz ~diTV9 menyentuh issu ini ...jum tengok nanti..semoga kita mendapat hidayahNya...jumpa kita lagi ...byeeeeee

Wednesday 17 February 2010

Koleksi 'Anchor Hocking' - Suburbia

Salam Semua.....
-
Semoga kita semua gembira hari ini dan sihat walafiat hendaknya...terpanggil untuk kongsi bersama set 'ANCHOR HOCKING' - Suburbia - Made in U.S.A .
Petang tadi dari perjalanan balik dari Pekan, singgah kat Giant Kuantan ...bunyi sms masuk..rupa2nya kak Ana - pengumpul pinggan lama - menghantar berita set creamer Anchor Hocking dah selamat sampai ke Hutan Melintang...sebenarnya saya pun tak pernah sampai ke Hutan Melintang walaupun 4 tahun ulangalik dari Kedah ke Pahang..tak pernah singgah..Kak Ana ni peminat koleksi Anchor Hocking ni sebab tu bila kak Ana melamar set creamer ni yg putih polos tu ku letgo kepadanya..dah janji dengannya nak entry set yang ku ada ni..ok layan dulu ya..


Koleksi
Anchor Hocking
~Suburbia ~
Oven proof
Made in U.S.A

Rasanya koleksi kak Ana ni warna putih susu dan ada rim keemasan ..koleksi itu ialah Anchor Hocking - Fine King - Ware. Berbeza dengan koleksi hijau ni.. Ini ialah set Anchor Hocking ~ Suburbia ~ oven proff. Nak kata berat tak juga tapi cawan2 boleh tahan beratnya. Koleksi Suburbia ni ada cawan2 dan creamer set macam kat atas tu...Mangkuk besar dan kecil . Juga pinggan bujurnya itu ..boleh tahan besarnya...palingku suka ..tapi tak de tekonya pulak..lama dah set ni... Warna set ni pic yang ke2 tu yang tepatnya. Sesiapa yang pernah tengok tekonya bolehlah kita kongsi bersama ya..kongsi gambar la..

Corak bunga dan daun..hijau kekuningan



Pinggan bujur

Oklah , entry ni sebenarnya untuk semua yang ada koleksi ni - bolehlah dikategorikan lama sebab dah tak de dalam pasaran ni...pinggan lamalah ni...sesiapa yang ada koleksi Anchor Hocking ni bolehlah kongsi ya..Set ni boleh digunakan dalam oven - tahan panas . Cawan2nya tu pun ovenproof .Tapi akak tak pernah cubalah sebab banyak lagi bekas lain yang boleh dimasukkan dalam oven....nantilah terlebih rajin nak cuba juga..Untuk kak Ana di Hutan Melintang tu, semoga creamer set Anchor Hocking tu dapat melengkapkan koleksi yang ada tu dan terus mengumpul macam kami yang dah termakan sumpah ni hehehe (gurau tengah malam ni) Ok kita ketemu di lain waktu dan jumpa lagi ..byeeeee.... muahhhh !!!!

Sunday 14 February 2010

Patin oh Patin

Salam semua...



Sungai Pahang



Sambungan cerita ikan patin sangkar Sungai Pahang..kebetulan abang datang sekeluarga , kami pergi menziarahi sepupu di Pekan Kuala Krau. Kebetulan sepupu ni ada projek memelihara ikan patin sangkar sungai. Untuk entry ini, diselitkan sedikit bagaimana tempat patin ini dipelihara. Jum layan cerita patin ...





Ahmad gebu posing di Sungai Pahang...sungai yang terbesar di Malaysia . Satu ketika dahulu ditepi sungai penuh dengan rumah rakit.. rumah yang dibina atas sungai..air naik , rumah pun naik ke atas, selamba je penghuninya....kita yang tengok pulak seriau... dulu rasa hairan macamana manusia boleh hidup diatas sungai ..tapi fikir2 balik itulah macamana kita boleh hidup atas daratan begitu jugalah mereka diatas air..rezeki masing-masing ...




Ikan kerai

Kebetulan masa kami pergi melawat sekitar sangkar ikan ini, ada budak yang mengail ikan dapat ikan kerai..ikan ini kalau beli di pasar sekilo RM35. ..tapi dah rezeki kami diletgonya RM10 sahaja seekor tu.. dimasak lemak cili api..terangkat !..nanti dah masak boleh entry ok..Ikan kerai ni makin besar makin sedap dan makin mahal le...
Ini bukan hidup dalam sangkar..tapi hidup dalam sungai.









Sepupu akak ini sedang menangkap ikan patin yang diorder untuk mkan kenduri doa selamat. Dia ni bukan berdiri dalam sungai tapi dalam sangkar atas jaring ..Sangkar ikan telah dinaikkan dari dasar sungai ke atas permukaan sungai. Ini cara menangkap patin2 ni . Macam senang je menangkap ikan ini..Patin ini dipelihara selama selama beberapa bulan..Sehingga cukup matang dan besar baru dijual...Isi patin yang sedap beratnya mesti melebihi 700gram..baru ummphhh!!









Haaa..ambik ko , berebut-rebut ikan ni nak masuk dalam karung tu untuk dikorbankan..Dalam masa tak sampai setengah jam penangkap ikan ni dah dapat masukkan lebih kurang 30 ekor ke dalam karung ni.....best tul cam ni..kalau pancing ikan 1 jam belum tentu dapat sekor pun.....






Din ni tuan punya sangkar ikan merangkap sepupu akak sedang menaikkan sangkar kepermukaan sungai untuk langkah awal menangkap ikan patin ni...sepatutnya gambar ni awal2 ditunjukkan tapi tak kisahlah asal faham ya...






Mereka sedang menaikkan sangkar ke atas..kirikanan semuanya sangkar tu..berbentuk empat segi dikelilingi jaring ..Ikan tu terkurung dalam sangkar ..tidak bebas ke mana-mana tapi membesar dalam sungai. Makanannya khas disediakan disamping rezeki alam yang lalu dalam sangkar ikan ini..tapi kalau nak harap rezeki dalam sungai rasanya tak akan membesar ikan2 macam dalam gambar ni..almaklum je ..Ikan 2 ni bukannya bebas ke mana2 hanya dalam berlegar dalam rumah jaring ni je...







Gambar dari jauh sangkar2 kepunyaan Din ..bersusun - susun.. Bilalah pulak akak nak jadi tokey ikan patin ni..ada hati pulak tu..seronok pulak masa kak duduk tengah - tengah sangkar sungai ni..bermain dengan alam ...Setiap kali pergi rumah Din, ada je habuan untuk kami ..sampai naik segan pulak nak ke umahnya selalu..Tapi biasalah orang berbudi kita berbahasa..taklah malu sangat kalau tersinggah rumahnya untuk mencari ikan segar..hehehe...Oklah kita jumpa dientry lain..kita kongsi pula masak patin asam tempoyak ni langkah demi langkah...jumpe lagi byeeee...























Wednesday 10 February 2010

Hangat sehangat masak asam patin sungai.....


Salam semua.....



Hari ini hangat..hangat..suasana tempat keje kami hangat macam cuaca dalam sehari dua ni...mana taknya tengahari semalam ada perjumpaan tergempar mengatakan pada hari ini pegawai-pegawai dari jabatan datang untuk memantau dari A-Z ...terkejut beruk kami dibuatnya ...yang datang bukan sorang dua tapi 25 orang! huwaaaa...ini kes gerakgempur ni...satu bas mai noo...Kalau dah 25 orang maknanya peluang untuk dipantau sangat tinggi..apalagi ..tak cukup tangan tak cukup kakilah semua membereskan semua yang tak siap dan tak sudah...hehehe ....nak tergelak pun ada ..ramailah yang balik petang..tak lena tidur malam , bangun seawal pagi untuk memastikan kerja2 dibereskan. Sebelum 7.00 pagi dah sampai ke tempat keje... pagi2 ni dengan hati lapang dan tenang hadapi je lah apa yang mendatang...untung sabut timbul ... untung batu tenggelam....Pengajaran dari peristiwa ini ialah kerja mesti diberes ikut masa..jangan bertangguh dalam membuat sesuatu tindakan ........sendiri mau ingat ma...


Dipendekkan cerita , masa tidak akan menunggu kita..kerja mesti beres seiring dengan masa yang berlalu.. Kira dah lega la ni....boleh update blog ...ni teringat masakan ikan patin sangkar sungai yang dimasak pada hari ahad lepas...sempatlah dok bergambar dengan set pionies ni....Set pionies ni sebenarnya dah lengkap rasanya sebab banyak yang dapat dari koleksi mak dulu.. ada juga yang dapat dari geng2 alam maya ni..




Ikan patin siap digaul dengan ciliapi dan tempoyak


'Timun tahun'



Ikan patin sangkar sungai ini sangat popular di tempat kami ni..sebab negeri Pahang ni ada Sungai Pahang yang terbesar di Malaysia, di mana terdapat pemeliharaan ikan patin sangkar sungai. Sangkar dibina dalam Sungai Pahang dan dipelihara secara komersial...Kalau dibandingkan dengan patin kolam sangat berbeza dengan patin sangkar sungai..dari segi warna kulit ikan, rasa dan baunya....Di sini masakan yang sangat popular ialah masak asam pedas tempoyak patin. Untuk masak asam pedas ini lebih sedap dibubuh timun tahun seperti dalam gambar. Untuk melengkapkan rasa tambahlah daun kesum. Aroma tempoyak dan daun kesum amat menyelerakan ......




Patin masak asam tempoyak



Mangkuk bujur pionies ini order dari Nasir Pinggan Lama....memang lama pun dah dapat pertengahan tahun lepas lagi..best juga mangkuk ni , banyak kegunaannya ini untuk hidang lauk berkuah atau bubur...



mangkuk bubur pionies

Pinggan & cawan bujang pionies


Pinggan makan dan cawan bujang adalah 'soko' mak ...soko tu maksudnya barang lama mak2 kita dulu ..sampai sekarang tak dapat2 lagi teko pionies ni. Ada teko mini titipan dari Yatt ..pun dah lama dapat ..nanti kak entry semula ya Yatt..
Mangkuk kecil peonies ni hasil barter dengan Chemp yang ramah tu ..Chemp bagi lebih dari satu ni.....mangkuk ni boleh guna untuk macam-macam ..untuk slot ni akak guna untuk airbasuh tangan...Selain itu koleksi ni juga terdapat pinggan leper peonies yang dititip oleh Shas . Kepada rakan2 blogger terimakasih banyak menolong melengkapkan koleksi2 lama kak ni .....Apapun layan ya dulu ye entry kali ni..ok bye semuaa......

Saturday 6 February 2010

Titipan Seorang Sahabat

Salam semua.....





Entry petang ni sangat istimewa bagiku kerana koleksi yang 'istimewa' di atas adalah titipan dari seorang sahabat alam maya yang jauh nun di selatan tanahair...bukan senang meluangkan masa untuk mencari koleksi2 ini semata2 bagi memenuhi keinginan orang lain . Terimakasih tak terhingga kepada rakan maya yang 'low profile' ni..Seorang yang sangat sibuk tetapi masih sudi meluangkan masa untuk berkongsi minat dan hobi ni..Kerana hobi & minat yang sama ..terjalin satu ikatan persahabatan walaupun di alam maya...kerana kami tidak pernah berhubung melalui talian apapun kecuali alam maya ni...Minat yang sama mampu mendekatkan kita semua tanpa mengenal status dan latarbelakang kita..ini pendapat peribadiku lah ..tak taulah apa kata members semua...



Teko gemuks dan cawan-cawan ala2 meakin ni hasil berbater kami ...teko dan cawan ni sangat membuat akak teruja..bukan senang nak dapat koleksi ni ..trimakasih yg amat sangat kepada rakan blogger ni ...sementara pinggan meakin sunshine tu kak dapat di kedai apek ..sebanyak 8 keping dengan regenya yg amat2 berbaloi..pakan ada 8 je kalau 80 keping pun ku rembat kalau dah regenya macam tu...harap2 jumpa lagi set ni ....durian runtuh bukan selalu ..setahun sekali je ..hehehehe..bawak bersabo...





Di samping set teko ni , sahabat ni telah menitip satu benda yang buat ku melompat suka..ibaratnya gitulah..taklah melompat betul2..dah tua2 ni tak boleh silap laku..kang lain hal lak jadinya..acuan muffin...tak disangka acuan ni rupanya porcelain ..memang cantik sangat..cantik dari dalam gambar ni ..pemberian ini membuat akak terharu dan besar nillainya ni....

belum bakar


Ini muffin yang belum dibakar..malam semalam buat muffin sebab anakku Ahmad nak bagi cikgu-cikginya kat sekolah..entah angin apa tak taulah..tapi layann jugelah untuk sukakan hatinya dan hati cikgu2nya...Mestilah cikgu2 suka dapat walaupun seketul sorang ..terasa anak murid hargai susah payah mereka mendidik...Sebab tu penat2 pun buat juga untuk penuhi hajat anak kecik ni....






Inilah hasil muffin yang dibakar dalam acuan porcelain ni..naik cantik ..baru ingat ni bukannya adunan muffin..adunan kek coklat ni...Kalau muffin lagi cantik sebab akan merekah permukaannya kalau dibakar elok.....Kalau digunakan acuan ni boleh dihidang terus atas meja..sebab acuan ni memang cantikkk...Oklah setakat ni yang dapat dikongsi bersama. Kepada sahabat maya yang telah menitip pemberian ini...terimakasih kak ucapkan..semuanya sangat2 kak hargai dan semoga rakanku ni sihat dan dimurahkan rezeki...kepada rakan2 sekelian pun begitu juga..pada pesanan yang ditinggal..nanti kak balas ye ...walaupun lambat tetap kuingat.. ..esok lagilah sibuknya...macam2 hal....ok jumpa lagi dilain entry ..byeeeeeee





Friday 5 February 2010

Set Ros Merah Jambu.....

Salam Semua
Naik kelabu dah mata kak ni tengok set roses hitammmm...okeh jum kita layan pulak set roses pink ni...ada kata 4 roses ada kata 5 roses ..ye jugek dah kira bunga rose tu memang 5 kuntum pun...tak kisahlah nak panggil apapun..yang pasti roses ni memang cun habiss..tambah dalam gambar..luar bunganya tak besar manapun ...nak tengok betapa cantiknya roses ni tengok kat bloglaa..tak puas mata memandang ..akak rase nak nyumm..nyumm...kombinasi susunan bunga dan kolornya tu cukup mantop ...okey kita layan dulu ye entry 5 roses ni...


Close-up bunga roses ni..teko sumber dari Salina- storantik..hehe..macam goreng pisang panas permintaan atas teko ni masa dia published kat blognya...siapa yang dapat senyum panjang le...Akak ni berbarter ngan Salina ni....terimakasih daun keladi na...cunnn kan bunga ni...


Ini pinggan bujur dari NurSalam ....ngam2 je ikan bawal putih kukus ni . kukus je terus dalam pinggan ni..boleh tahan tebal pinggan ni. Sebelum ikan ni kena ngap, kak sempat bagi posing dengan teko & cawan2nya tu..sampai suami kena tunggu kejap tunggu akak shot...tak pe lah mood ok..kalau tak, mau akak berani hehehe .. Ok na..pinggan bujur masih kat akak..bilalah nak hantar ni..apapun selamat dalam simpanan akak ni..




Sebenarnya bukannya banyak pun koleksi bunga ni, tapi tak sabar2 nak guna sebab cun tu la..cawan janda 2 biji tu hasil barter dengan Ezany ...kagum ngan dia ni muda2 dah kolek barang2 lama ni...teruskan felix... Ok semua ..jumpa kita lagi..esok hari keje bagi kami ....keje..keje...byeeee

Thursday 4 February 2010

Rose Hitam Lagi

Salam semua..............



Kisah cawan sirose hitam yang tak berapa nak menawan ni..hampir sepurnama terbiar tidak berpiring dan beribu....tapi atas jasa baik Yatt, piring telah dititipnya...dicarigali olehnya dari Kluang kalau tak silap. Cerita tahun lepas ni...lama juga dah. Betul2 kagum ngan Yatt ni sebab boleh cari piring sirose hitam ni.....terimakasih atas tersusah payah itu ....akak hargai yang amat..ku kenang jasamu my sis..



Teko sirose hitam ni puas pujuk rayu cik adik Shas tu....tak mau juga dilepaskanya..hampir2 ku letgo je cawan2 ni ..tiba2 dapat berita teko roses akan dikirimkan ..bulan 12 lepas...dapat juga sudahnya...Shas siap pesan..dah kata bawak2 bersaboooo.....apapun terimakasih ya Shas..tak jadilah nak letgo weh..tekonya cun betul..padanlah cik shas tak nak lepaskan....




Walaupun cawannya tak berapa nak cuna macam mulut lebar tu tapi sebabkan tekonya cun, sedap juga mata ni memandang...



Ini sukusakat sihitam rose ni.....almari ni dahlah lama, padat pulak..jangan runtuh dah le....layannnnnn..jumpa kita lagi..bye..bye...



Renung sejenak..

"Wahai orang beriman! Sesungguhnya di antara isteri dan anak2 kamu
ada yang menjadi musuh bagi kamu. Oleh itu berhati-hatilah terhadap mereka!
Tetapi kalau kamu suka memaafkan, berhati lapang dan memberikan ampun,
sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha penyayang. "


(Surah at-Taghabun, ayat 14)

Monday 1 February 2010

Teko padi dah berdua..

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....
Sambung entry lepas tentang set padi..kebetulan baru dapat hari ini pasangan teko padi jantan ni pasangannya siteko bulat tu..Haniss, terimakasih ya atas kiriman ni..nasib baik siteko padi ni tidak menerima nasib seperti sipinggan yang dititip bersama..terbahagi 4 ..hanya dapat mengeluh je ..tak ada rezeki...apapun masih bersyukur sipadi bulat ni selamat sampai...





Posinglah kejap dengan anak padi ni...ada banyak anaknya malas nak bawak keluar..wakil je la...ok layannnn...penat sungguh hari ni...jumnpa lagi..bye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails