Salam semua
Teko ini diperolehi semasa lawatan pertama ke Maha Serdang pada tahun lepas.. dirembat dari Din. Berkenalan pertama kali dengan Din. Akak panggil dia Din Maha..jangan mare ya Din..Sebelum tu memang dah ada mug2nya dan piring2nya. Nampak je teko ni terus ambik ..macam Din ni tau2 je nak berurusan dengan dia petang tu..Masa beli teko tu , dah janji dengan Din nak publish tentang jualan koleksi lama kat Maha ni.. Lepas entry dalam blog ramailah juga yang serbu kat sana dan masing2 masuk blog..bak kat Din sampai tak celus nak layan blogger2 ni hehehe... Sempat juga berkenalan dengan Zulkis..beliau ada blog koleksi lama
iaitu Teratak Rimbun....happy go lucky depa ni...
iaitu Teratak Rimbun....happy go lucky depa ni...
Cawan dan piring tu pun Din yang sms dari jauh..Tak pernah dah pergi sebab jauh diulu akak ni..Guna orang tengah je berurusan dengan Din dan Zulkis ni...Terimakasih pada kalian yang baik budi ni...harap2 dapat ke Maha lagi ...Pinggan leper besar ni dibeli dari kedai apek Singapore Street Seremban..Sekeping tu je yang ada ...cukuplah jangan tak de..hilang kempunan...Kuih lepat tu saja interframe sebab masih ada masa koleksi gandum ni bergambar..
Set mug bunga gandum ni dah lama dalam simpanan . Mug dan piring bujur comel adalah set bunga gandum yang terawal diperolehi. Bukan di kedai apek, tapi belian pertama online dari Nassir Pinggan Lama...terpesona dengan bunganya yang melambangkan hasil bumi..teruja untuk memilikinya..Set gandum ni rasanya dah cukup untuk setakat ni...jumpa lagi..ni berebut masa dan pc ni ....byeee..jumpa lagi....
No comments:
Post a Comment