Saturday 3 July 2010

ANAK DARA SANYO, JAPAN

SALAM SEMUA
Di pagi Ahad ni nak kongsi satu cerita tentang set teko cawan anak dara Sanyo mari Japan ni..nak kata koleksi ni cantik sesangat pada selera kak ni tak jugelah...mula2 adik akk Hamzah yang masa tu pi kursus di Sabah telep0n akak maklumkan ttg set ni, akk keberatan nak ambik...Tapi adik akk beria2 pulak suruh akk ambik sebab sinyonya Sabah tu dah pengaruh dia habaq set ni dah berusia 40 tahun lebih..Lepas tu Hamzah send foto lagi, habis kawan2 cakap cantik kak , beli kak, antik laa..tambah ada anak dara yang duduk merayu burung pungguk tu..dek terpengaruh sms adik ..rembat je laaa...

Mengikut si Nyonya yang tuanpunya asal set ni ..set biru ni dah disimpannya selama 40 tahun lebih..Tapi tak pernah digunakannya sebab kalau tengok camne lah nak guna ..bermotif sangat sampai tak sanggup nak guna.so yang ni betul2 jadi hiasan. Akak sebetulnya sentiasa gunakan set2 cawan lama ni untuk kelainan tapi kenalah rajin untuk mengemas dan menyimpan semula..hingga kadangkala naik lemas dengan rutin yang tak berkesudahan..asyik keluar masuk almari je...


Tengok tu motif anak dara Sanyo tu sedang merayu kat anak burung pungguk tu hehehe...


Motif yang serupa pada cawan - cawan



tu, rege yang masih tak buang ...sepuloh sen pun tak leh kurang..adik akak cakap beli je kesian kat nyonya tu ..untung dapat pembeli macam adik akk hihihi..( bukan 1 dibelinya..macam2 dirembatnya asal nyonya tu promote kat dia...smpai akk cakap jadi muzium rumah akk ni nanti )






buatan Japan..agaknya syarikat Sanyo buat ni sebagai gift beli barang2 Sanyo dolu2...





Ok seperkara akak nak kongsi dengan penggemar dan pengumpul antik dan pinggan lama..Kalau nak tau baca sampai habis ..untuk kebaikan kita semua..nak percaya tak percaya terpulanglah..hanya akak rasa patut kita kongsi cite ni..ok layannnn di bawah ni






Dalam kita mengumpul koleksi lama termasuk pinggan lama, pernah tak kita terfikir kisah silam pinggan2 ni semua? Tak pernah kan termasuk akak juge..Sapelah nak ambik kisah sekadar pinggan je kan..Ok , akk ada sorang kawan lelaki sama bertugas.. Dia yang mengingatkan akak tentang hobi ni..Kisahnya dia ni pergi berubat dengan pengamal perubatan Islam (seorang ahli akademik di IPT). Baiklah akk direct je ni ..berdasarkan maklumat yang diperolehinya..jin dan saka ( makhluk halus) boleh wujud dalam koleksi2 lama yang telah lama tidak digunakan. Sebab jin dan saka suka duduk di tempat2 macam ni.. Kalau kita simpan juga dan tidak digunakan ada kemungkinan jin dan saka duduk sama dengan kita seiisi keluarga..eh eh eh..seramkan...caranya cuci pinggan2 ni (rendam) dengan air asam dan garam dulu sebaik kita beli supaya bersih dari unsur2 makhluk halus ni...macam tak logik tapi kita kena ingat makhluk halus memang wujud..hanya tak kacau kita tak pe tapi kalau kena tak aman hidup kita ni...bukan kita takut pada makhluk2 sebab kita hanya takut padaNya..

Akak harap tulisan ni tak cetuskan kontroversi ok..ini hanya nak sharing je dari maklumat yang akak dapat sebab akak tengok kawan akak ni depan mata peristiwa yang berlaku padanya (bukanlah kena jin pinggan mangkuk lama ni ) Hanya dia ikhlas ingatkan akak tentang kewujudan mahkluk halus ni di mana2 terutama pada barang dan tempat lama.. Akak nak kongsi je cite ni terpulanglah pada pandangan rakan semua ya... Untuk makluman, masa akak snap pic2 ni pagi tadi , akak teringat pesan kawan ni..caya tak caya rasa seram dan berdebar2 akak ni masa snap gambo anak dara Sanyo tu...hisss dijauhkan malaikat 44 ..hehehhehe.. oklah sampai di sini kita ..jumpa lagi !!!!

~ SHARING IS CARING ~






Friday 2 July 2010

TEKO GANDUM

SALAM SEMUA
Akhirnya bertemu jua.....

teko gandum yang ayu

tutup teko


~ Assalamualaikum dan salam bahagia ~

~~~~~~

Dari mana datangnya cinta

dari mata turun ke hati

dari mana datangnya teko

dari langit turun ke bumi...
~~~~~~
wow..hati mane tak berbunga riang bila teko idaman kalbu di depan mata..rasa tak caye tapi bukan mimpi bukan khayalan ni..tengahari tadi ada panggilan tel suruh ambil parcel dipejabat utama..heran juge..parcel ape lagi ni..sebab dah lama tak order online ni...member tolong ambilkan dan tgk parcel..mcm kenal je pengirimnya (kenal di alam maya je ) .Salah address ape cik kak ni..Buka2 tengok ada teko yang memang akk cari2 selama ni..hampir 1 tahun mencari kat alam maya dan realiti..tak wujud atau terlepas...tak salahlah lagi..gumbira tak terkata...panjang ceritanya kisah si teko ini..biarlah rahsia hehehhehee...hanya akak nak kongsi di sini ...dunia blogger boleh membuat kejutan2 yang menyeronokkan setakat ini wpun ada yang tak seronok tapi sikit je...Kadang2 kemesraan di alam maya lebih membawa erti dalam kita berkongsi hobi ni..dunia realiti susah nak cari kawan yang faham kepelikan dalam keseronokan mendapatkan koleksi pinggan mangkuk lama ni...apapun akak ucapkan terimakasih yang tak terhingga kepada blogger Aida Mn dari alkesah yang bersusah mendapatkan teko idaman kalbu ni untuk melengkapkan set cawan gandum yang dah lama tak beribu tu..tengok sini . Set gandum ni akak suka bangat sebab putih melepak bak kata Mat Gebu macam model Tasha tu..gebuss..betul tak Mat..Sekali lagi dunia blogger telah menjadikan impian satu kenyataan..Akak ambil kesempatan ni ucap terimakasih juga kat Yatt yang telah bersusah payah mencarikan cawan2 kat Kluang dulu..Yatt, dah lengkap koleksi akk ni. Setahun tunggu baru dapat ibu teko yang cantik ni...





tutup teko yang luas..boleh masuk tangan lagi..




Teko dan Cawan


Muncung teko yang unik..kat hujungnya yang melentik tu ada lubang kecik...pandai orang Jepun ni reka..air yang dituang tak akan meleleh ke badan teko sebab ada lubang kecik dimuncungnya itu.Ini buatan Jepun. Panjang pulak akak menceceh malam ni, bukannya apa dapat semangat baru untuk terus berblogging ttg koleksi pinggan lama ni selepas dapat suntikan dari members blogger ni..Jasa kalian sangat akk hargai..nak balas pun susah sebab hal2 ni mmg subjektif untuk dinilai..oh ya satu nak kongsi..teko ni gift dari Aida Mn untuk akak..jangan jelesss ek hehehee sebab Aida kata akak tolongnya untuk berblogging dalam hobi ni..ye ke..sebenarnya tak besar manapun pertolongan akak tu..cikit cangat...walau apapun Aida sangat2 akak hargai..budimu dikenang..moga persahabatan di alam maya ni berterusan antara kita semua..yang penting keikhlasan dan hati mau baik baaa...ok jumpe lagi ..salam semua muahhhhhhh!!!





Thursday 1 July 2010

TAG DARI YATT

Salam Semua
Tag dari Yatt..terimakasih Yatt sebab ingat juge lagi kat akak walaupun dah jarang keluar ni..apapun macam dapat suntikan baru nak terus berblogging....ok akak layan ek..
1. link kepada orang yang bagi award ni..

2. Nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink
minat kaler pink sebab sejuk mata memandang dan feminin ..
3. Sejak bila suke dengan kaler pink ?
Sejak kaler pink ni wujud hehehee...skg ni tambah minat sebab kalau pakai pink perasan muda !
4. Sebutkan 5 barang yang anda paling sayang yang kalernya pink..
bunga rose pink
koleksi meakin rossa
set2 teko bunga2 pink

5. Snap gambar anda dengan salah satu kaler pink..
Akak ambik gambar lama set meakin rossa yang terawal akak kolek....bunga sejambak pink tu pulak dihadiahkan oleh bekas anak murid yang pertama Julaini Malek. Bunga pink ni telah disimpan lebih 5 tahun lepas.Pada masa tu anak murid ni dah ada anak 3..

6.Tag 5 orang kawan anda yang suka kaler pink...
Kalau boleh nak tag kat semua orang yang datang menjenguk blog akak ni..apapun akak nak ikut je arahan untuk 5 orang ...terimalah ek macam akak terima taq ni dengan senang hati...lepas tu panjang2kanlah tag ni semoga dapat merapatkan ukhwah sesama kita...ambik masa sikit tak pe....faham semua sibuk..
Aida Mn
Chemp
Kak Yon
Azatie
Mak Lang Azie

Kepada yang terkena ni rajin2lah menjawab ya dan salam sayang dari akak muahhhhhhh!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails