Wednesday 28 April 2010

Cuci mata lagi !




Assalamualaikum dan selamat tengahari ......ini nak sambung sikit lagi koleksi pinggan mangkuk yang ada di dalam rumah sepupu akak yang entry sebelum ni....Memang menawan hati , leka menelek koleksinya itu...aduhai kalaulah dapat ...hmmmmm...sabo je laaa...Akak tak nak ulas apa-apa tentang koleksinya itu . Ada yang lama dan ada yang baru. Semua dibeli semasa beliau duduk kat luarnegeri selama 20 tahun lebih..Sepupu akak cakap dia tunggu sales , kalau tak mana mampu nak beli..kata dia.. ada juga yang diperolehi dari carboots sales...tapi memang koleksinya cantik2 ..layan je ya gambar-gambar kat bawah ni...




Antara koleksi teko yang ada ...cutekan...




Koleksi yang disimpan di ruang tamu rumahnya...




Koleksi yang ada di dapur kering ...



Jenis koleksi akak tak perlu komen ..ramai yang lebih arif..Ini antara yang sempat dirakam dengan kamera yang dah nak kong tu, bateri pancit..ok jugalah . Saja kongsi cerita je dengan peminat pingganmangkuk macam akak ni..okeh kita jumpa lagi . Moga hidup kita ceria selalu dan dirahmatiNya..Amin...

Cuci mata lagi...


Salam semua. Malam ini nak cerita ceriti sikit dan sambungan kisah sepupuku ini...yang pernah entry sebelum ini...Dua minggu lepas , balik kampung singgah rumahnya itu tapi dah lewat sangat masa tu..hari nak malam dah. Hajat di hati nak ambik gambar koleksinya tu tapi mana yang sempat je tambah pulak bateri kamera dah kong..gambar pun macam kong kalikong je ni...pic atas tu dah pernah n3 sebelum ni. Bahagian depan rumahnya itu, yang buat akak ni asyik ingat nak balik kampung je..bukannya apa nak menyinggah cuci mata kat sini..rasa bahagia dan seronok walaupun bukan akak punya...tumpang semangkuk pun jadi le..


Ini pic bahagian belakang rumah, sebenarnya bahagian tengah. Ruang makannya dan juga dry kitchen.Di sinillah koleksi pinggan mangkuknya itu..wow...banyak loo...Suka tengok pagar comel kayu keliling rumahnya..Pagar kayu ni keliling rumah untuk mengelakkan binatang peliharaannya masuk kawasan rumah. Bahagian belakang tu ialah ke wet kitchen ..berasingan dari rumah induk ..ada pulak gajah menyusu ke dapur basah..bahagian ni paling akak suka sebab ada satu kawasan lain untuk memasak dan juga menanam herba2 dan ulam2 keliling dapur..Cuba tengok bawah ni...




Pic akhir ni lah dapur basahannya yang ditutupi pokok rimbun tu..tak sempat nak ambik dekat gambar dapur tu sebab bateri dah jem..bahagian dapurnya tu luas dan ada ruang2 yang tertutup dan terbuka..nantilah ada kesempatan akan ku terjah lagi....sepupuku ini memang dah faham kalau kamera akk hala sana sini dia pun dah tak kisah ...akak lagilah tak kisah..hahahaaa. Akak pun dah cakap nak masuk blog, dia tak ambik pot pun janji jgn tayang muka dah lah katanya..
.


Pic akhir ni sebenarnya kawasan nurserynya tu..macam2 bunga dan daun-daunan ada kat sini..heran juga akak macamanalah dia menguruskan semua ni seorang diri ..Atap nurserynya tu dah penuh dengan bunga dan daun . Kakak sepupu ni suka sangat menanam bunga dan herba2..bukan tanaman di sini je malahan herba2 org putih tu pun banyak ditanamnya..Masa dia balik dari luar negeri tu, dibawanya bijibenih seperti basil, thyme, oregano dan sebagainya. Akak pun punggah je pasu2 kecilnya tu balik....setakat ni masih hidup lagi... Walaupun hidupnya seorang sebab 2 anaknya dah bekerja , belajar dan seorang lagi anak istimewa tapi hidupnya begitu terisi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkannya..beliau suka berkebun, memasak , melukis , menternak dan juga mengumpul koleksi pinggan mangkuk lama dan baru..haaa yang ini entry seterusnya ya untuk sama2 kita mencuci mata ..ok layan je cite akak ni , terimakasih pada yang sudi...jumpa lagi .......bye..bye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails