Monday 18 April 2011

Antik di Cameron Highland

Assalamualaikum & Salam Sejahtera





Apakhabar semua.....jumpa kita kembali. Masa berlalu pantas dan urusan bertambah..tak pernah bernoktah. Urusan kerja, urusan peribadi , urusan yang dicari-cari ..ishh entahlah..bukannya tak rindu kat blog ni tapi apakan daya. Walaupun akak tak dpt selalu berblogging di sini namun sentiasa mencari2 kesempatan untuk menjenguk koleksi geng2 lain. Terimakasih kepada kekawan yang masih sudi ke mari ...sayang kalian...muahhhh...jika ada kesempatan akak pun tak mahu ketinggalan menjenguk blog2 member semua...Buat masa ni akak memang sibuk memanjang dengan urusan anak2. Mungkin ramai yang tak tahu akak ada blog masakan ' Cooking Time' yang link kat sebelah blog ni...Blog masakan akak ni kerap juga diupdated sebab memang akak memasak setiap hari.. okeh apapun akak nak sharing satu cerita di sini. Jum tengok.....

TIME TUNNER CAFE



Bulan lepas, akak pergi Cameron Highland. Semasa akak pergi ke satu tempat untuk memetik strawberry, akak terperasan semasa sedang duduk dalam satu cafe yang berkonsepkan barang-barang lama. Semasa sedang minum selepas memetik strawberry, tiba2 akak terpandang sekeliling penuh dengan koleksi lama. Apabila akak bercakap dengan tuan cafe, dia kata kat bawah ada muzuem mempamerkan barang-barang lama. Apa lagi melompat akak nak pi tengok malangnya rombongan akak dah nak bertolak pergi...punyalah terkilannya akak tak dapat tengok..hanya sempat ambil gambar persikitaran untuk kenangan.






Sekiranya ada peluang lagi ke sini, akak akan pastikan singgah di Cafe ni untuk tengok koleksi lama yang dipamerkan di muzuem tu. Kepada tuan cafe ' Time Tunner' ni akak ucapkan terimakasih atas layanan mesra beliau. ok lah kita jumpa lagi...masa dah sampai untuk akak berhenti...jumpa lagi ...bai..bai....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails