Thursday, 8 April 2010

~Akhirnya Kau Pergi Jua~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
~ AlFatihah ~
gambar dirakam 2 minit sebelum arwah rebah ~
( gambar dari FB anak beliau )
Hari Ahad bersamaan 4.4.2010 waktu menunjukkan 9 lebih (a.m ) satu peristiwa yang sangat menyayat hati dan membuat kami terkejut ! pemergian seorang sahabat dan bekas boss kami pada pagi itu. Pada hari yang sama juga kami sedang mengadakan mesyuarat PIBG sekolah kami datang seorang rakan setugas membisikan ke telingaku bahawa Kak Mek meninggal dunia.....tersentak seketika, terasa lutut menggigil dan terus bangun mendapatkan kepastian dari rakan2 yang di belakang dewan ( Beliau memang mengalami masalah jantung dan akan membuat operation bulan 6 nanti..walaubagaimanapun tahun 2009 beliau mendapat pelepasan oleh IJN untuk menunaikan haji setelah ditangguh sebelum itu )
~~~~~~~~~~~
Akhirnya kami mendapat kepastian bahawa kawan mantan pengetua kami telah meninggal semasa sedang menghadiri mesyuarat PIBG sekolahnya dalam beberapa minit sahaja. Sesungguhnya pemergiannya sangat dirasai dan menyayat hati. Arwah telah bertugas di sekolah lamanya ( tempat kubertugas ) sejak posting hingga menjadi pengetua. Tidak hairan beliau dikenali oleh semua guru dan penduduk bandar kami menetap. 2 tahun lepas beliau telah berpindah ke sekolah baru di bandar berhampiran. Walaupun telah berpindah beliau tetap seorang kawan yang baik dan seorang pendengar setia. Beliau mampu meluangkan masa dan mendengar pada sesiapa saja yang mahu bercakap dengannya. Tetapi tidak mencampuradukkan tugas dan ikatan sahabat. Sebagai seorang rakan, memang aku rasa senang dengannya sebab sikapnya yang low profile tapi beliau seorang yang tegas dalam melaksanakan amanah yang diberi kepadanya. Tanpa mengira kawan rapat atau tidak arwah tidak berat sebelah . Itu yang membuatnya disenangi dan dihormati.. Kami boleh bergelak ketawa bersama tetapi kerja tetap kerja.. Hanya aku yang terkilan sebab beberapa hari sebelum beliau meninggal kami kebetulan terjumpa dan berbual lama hingga lewat petang..Beliau ada menyebut menyuruh aku masak apa2 je untuknya..tetapi apakan daya semuanya sudah ketentuanNya..Hanya apa yang mampu ialah solat sunat hadiah dan bacaan Yassin untuknya. Sehingga saat ini masih terasa sayu dan terkejut . Semoga Kak Mek ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh...Ya Allah , ampunilah arwah..kasihanilah arwah.. Amin.

~Sesungguhnya mati itu adalah benar..kubur itu adalah benar ~
Bersama suami dan rakan2 yang lain kami mengiringi jenazah hingga ke kubur sebagai penghormatan terakhir..Di sini terasa sangat hidup mati kita memang ditentukan oleh Allah yang maha besar. Terasa diri ini sangat kerdil untuk ini semua.. Semasa bacaan talkin oleh ustaz airmata tidak boleh ditahan2 .... terasa keinsafan dalam hati ini, bahawa mati kita bila-bila sahaja. Tidak ada yang terkecuali...termasuklah kita semua. Bersedialah untuk mati....
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2009/11/bersedialah-untuk-mati.html

12 comments:

  1. Salam Nor..Al Fatihah utk keluarga Kak Mek. Kita juga akan ke sana juga...benarlah mati adalah benar dan siksaan kubur adalah benar... moga arwak kak Mek ditempatkan dikalangan org beriman.

    ReplyDelete
  2. salam k nor,
    semoga roh arwah..dicucuri rahmat... amin

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Satu perkara yang pasti untuk setiap ciptaan Tuhan adalah 'mati', oleh itu sama sama la kita bersedia

    ReplyDelete
  4. salam kak nor..al-fatihah untuk arwah, moga allah mengampunkan dosa2nya dan ditempatkan dikalangan hamba2nya yang beriman....

    ReplyDelete
  5. salam nor..Alfatihah untuk arwah kak mek semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Nya..Amin

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Nor.. walaupun saya tak berapa mengenali arwah, tapi namanya selalu menjadi sebutan esp akak.. AlFatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarganya.. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Aminn

    ReplyDelete
  7. salam nor..alfatihah untuk arwah..semoga rohnya berada dalam golongan mereka yang beriman

    ReplyDelete
  8. salam kak nor..
    al-fatihah..salam takziah buat keluarga allahyarhamah..saya paham perasaannya..bila orang yang rapat dengan kita dijemput Ilahi..moga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman..aminn..

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Nor

    Alfatehah buat allyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dalam golongan org yg beriman. Dimuliakan kedatangannya, dijahkan dari azab seksa kubur dan diampunkan dosanya. Saya juga telah kehilangan seorang sahabat pada 2/4/2010. teman baik saya ketika kami sama2 bersekolah Agama di johor bahru. Saya duduk bersebelahan dengannya sewaktu di dalam darjah 4-6 dan sehinggalah sama2 ke Kelas Khas. Begitusedih dan hibanya perasaan apabila kehilangan org yg rapat dengan kitakan kak. Apapun saya harap akak kuatkan hati dan tabah dalam menjalani setiap apa yg dilalui

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,

    kepada semua yang sudi dan sempat meluangkan masa untuk berkongsi rasa diblog ni, kak mengucapkan terimaksih dan ingatan kalian sangat dihargai dan dikenang ..terimaksih lagi sekali untuk semua ni...semoga doa kalian menjadi pengubat kepada ahli keluarga arwah kak mek dan kami rakan2nya...

    ReplyDelete
  11. Assalam kak Nor, ya betul kak sampai masanya kita juga akan ikut jejak langkahnya.antara kita bersedia atau tidak saja. sama-samalah kita doakan semoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orgx2 beriman..amin.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails