ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
~
~ Kunjungan rakan-rakan bloggers dan followers sangat dihargai ~
Lama tak cerita ceriti tentang teko lama ni ..ingatkan nak surrendar dah dengan hobi aneh ni...cakap je tapi tak jadi sebab dapat pulak suntikan baru bila ada teko baru diperolehi tanpa dirancang..rasa best juge camni...Alkisah teko kangkung koleksi wajib ni dah bertambah pulak bila SHAS dari WARISAN BONDA menitip teko mini yang kembung perutnya tu..memang akak sukalah Shas dapat teko ni tambahan pulak free of charge..memang dah fitrah manusia suka dapat barang free..akak order mangkuk sampan dapat pulak teko kembong ni sekali..suka benor akak ni..tanpa penutup..tapi cik adik Shas tengok teko minimu ni dah dapat penutupnya ..ngam2 je....pinjam dari teko mini sebesar penumbuk di sebelahnya tu..tengok bawah ni haaa...amacam Shas...jangan suruh akak cari tutup ni dah le..hihihiii..
bunga kangkung menyerlah....
Cuba tengok saiz teko mini bila diletakkan dengan bapak dan mak teko kangkung ni...tapi sejujurnya nampak lebih kecil diluar dari dalam gambar ni...
Inilah cerita teko kangkung selepas begitu lama tak cerita-ceriti teko2 lama ni...kalau dah mula ni susahlah pulak nak berhenti menceceh pasal teko2 ni..Ada lagi koleksi lain yang dibawa oleh adikku tu..nanti kita kongsi2 ok..apapun buat masa ni akak dah kurang memburu teko2 ni sebab banyak komitmen lain lagi yang perlu didahulukan..Namun koleksi pinggan mangkuk lama masih di hati, pantang jumpa rembat juga kalau dah berkenan..kita jumpa lagi di lain hari di lain masa...moga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur...bai..bai....
Inilah teko mini tiga beradik serupa tapi tak sama..kaklong, kak chik, kak ngah..(mulah merapu ni...) teko sebelah kiri tu kecik yang amat ....sebesar penumbuk dan sebelah kanan tu besar sikit je dari penumbuk kita ni...suka yang amat dapat teko yang tak dijangka ni. Alkisah dibeli di Sabah oleh adik lelaki akak yang bertugas selama seminggu di sana. Sempat jugalah kusuruh dia meredah kedai apek cari teko lama. Hamzah memang sporting habis bila dia telepon akak macam2 teko disuruhnya akaknya beli sampai dia email gambo2 teko tu.. Tak sangka teko kangkung mini ni betul2 kecik..ingatkan besar macam koleksi yang dah ada..Kusuruh beli 2 je..walahal katanya ada 6 biji lagi..huwaaaaaa...ngapelah tak dirembat semuanya.....kerana regenya kalau di sini (online) 1 biji teko mini sama dengan 6 biji teko mini di kedai apek tu...saboo je laaa
Cuba tengok saiz teko mini bila diletakkan dengan bapak dan mak teko kangkung ni...tapi sejujurnya nampak lebih kecil diluar dari dalam gambar ni...
Inilah cerita teko kangkung selepas begitu lama tak cerita-ceriti teko2 lama ni...kalau dah mula ni susahlah pulak nak berhenti menceceh pasal teko2 ni..Ada lagi koleksi lain yang dibawa oleh adikku tu..nanti kita kongsi2 ok..apapun buat masa ni akak dah kurang memburu teko2 ni sebab banyak komitmen lain lagi yang perlu didahulukan..Namun koleksi pinggan mangkuk lama masih di hati, pantang jumpa rembat juga kalau dah berkenan..kita jumpa lagi di lain hari di lain masa...moga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur...bai..bai....
cantek sangat...sebab yg ada barang gini...cuma org lama2..
ReplyDeletecayala...
salam mcza, rasanya 1st time mcza komen kat sini kan..salam kenal..set kangkung ni mmeng lama2 punya ..cuba2lah mcza ramah2 sedara mara kat kg tu..mesti depa ada simpan lagi...
ReplyDelete