Wednesday 23 December 2009

Masa berlalu tahun bertambah

ALMARI SOLEK ZAMAN DULU
Salam semua. Dalam keghairahan melakukan aktiviti harian tak sedar kita sudah kepenghujung tahun 2009...Bagiku tahun ini ku tutup dengan pelbagai peristiwa yang telah berlaku....sekadar ingin berkongsi cerita dengan kalian...terutama dengan rakan2 sebaya yang dah masuk era...life begin at 40!! ....hehehe muda lagi...kepada yang belum 40 tu , bersedialah anda ke arah perubahan ni...
Hanya nak berkongsi pengalaman menjalani ujian mamomgram...mengesan kanser payudara...aku rasa semua wanita jangan mengecualikan diri untuk ujian ini..Ini adalah satu cara yang paling cepat utk kita kesan cik2 kanser ni ada ke tak dalam badan kita....bukannya berani pun nak buat tapi kupaksa2 diri. Menjelang nak menjalani ujian ini, mood untuk berblog dah hilang lesap, ghairah bercerita pasal pinggan lama2 tak wujud...selepas ujian ini pun mood nak N3 baru pun payah sgt nak keluar ...semata2 MAMOMGRAM ini..spelling ni betul ke?
Tak perlulah cerita bagaimana ujian dijalankan...sakit? taklah sakit macam kita nak melahirkan anak tu....selepas doktor diagnos hasil xray tu..juruxray kata macam ni " Puan, ok boleh tukar baju semula dan balik ya...no follow check up"
Rasa syukur yang amat sangat bila dengar ni...legaaaa. Aku pun segera menukar baju, tiba2 dtg semula juruxray kata macam ni "kak..akak..tukar balik baju tadi, doktor nak buat ultrasound..." Aku rasa dunia dah runtuh!!!!.. ultrasound bermaksud somethingwrong somewhere....Aku pun dibaringkan dan doktor Mymar sambil buat ultrasound smbl potpet dgn juruxray...lututku dah menggigil2..... takut plus kesejukan..
Waktu inilah kuberdoa kepadaNya sekiranya ditakdirkan terdapat virus sgt ditakuti ini, aku memohon dan berdoa bersungguh2 supaya masih ditahap 1...bukannya tahap 4...terbayang anak-anakku dan suamiku..Diwaktu inilah aku terkenangkan perasaan wanita2 yang mengalami kanser payudara dan bagaimana mereka nak menghadapi hari-hari yang mendatang...aku jadi pilu seketika dan insaf dengan kehidupan ini....rupa2nya doktor mengesan terdapat biji2 air disebelah kiri yang dipanggil sis..aku bersoaljawab dan doktor menyenangkan hatiku dengan mengatakan bukan sintom kanser pun, rasa nak kupeluk2 doktor tu....Tapi dalam pada itu kena buat rawatan lanjut sebab dah termasuk dalam rekod perubatan ...Alhamdullilah..Baru diriku diuji sedikit olehNya , aku dah tak mampu nak menahan rasa...Sejak peristiwa ni, kalau boleh nak cakap dengan semua wanita seangkatanku pergilah menjalani ujian ini utk kebaikan juga...lebih baik mencegah sebelum parah..kepada yang pernah menjalaninya, marilah kita berkongsi pengalaman ni sambil memberi info kepada rakan2 semua





KOLEKSI TEKO KECIL & CREAMER

Dalam pada itu , aktiviti harian padat dengan menguruskan mak akak nak kahwin...saudara mara lagi...hingga tak blh nak n3 baru..ke hulu hilir....Rasa2nya sebelum hilang terus mood berblog ni..ku gagahkan juga mengadap pc ni.. Kalau dah berblog pasal koleksi lama tak boleh nak tinggal..Ni salah satu almari lama yang dah ada dalam rumahku ini....sapa yang ada almari ni n3lah ya...Ku letakkan creamer2 dan teko2 mini.. bila kupandang koleksi mini ni terkenangkan pulak biji2 air-sis yang terdapat dalam diriku ini..hisss ..Ada juga antara koleksi ni nak ku letgo dah sebab yatimpiatu ..bukan semualah...kalau nak barter2 bolehlah kut...tinggal pesan ya. Jumpa lagi.SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009.......

3 comments:

  1. salam kak nor.....

    dugaan yg dtg x kita ketahui kan..... amy pun penah kena cyst cam tu.... tp masa tu umuq baru belasan tahun n dh wat small operation kuarkn dia.... so far alhamdulillah x der bayang2 lagi.... doktor dulu kata x merbahaya tp kalo dibiarkn x mustahil leh jadik barah..... na'uzubillah....

    ReplyDelete
  2. Salam kaknor, sal dah melalui saat itu..so far I have done 2 times ultrasound, recently last year which is part of check-up dgn pap smear sekali. next year hehehe..berapa hari ajer lagi kan dah kena wat mamogram plak..early detection higher chanches nak sembuh..insyallah..

    ReplyDelete
  3. slm Amy Nujaimy and Salmi..tq 4 your all informations and caring.....Amy, doktor pun kata kalau dibiarkan x mustahilkan ..jauhkanlah semua tu...sebab tu akk kena followup checkup..

    Salmi...ooo nak buat mamogram ni ye...selamat ya...semoga everthings is ok....lebih baik cegah sebelum parah...tepat sekali

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails