Wednesday 9 December 2009

Teko Labu ASMARA

Kepada peminat teko termasuk diriku, seronok tak kalau tiba-tiba ada rakan-rakan bagi teko tanpa dijangka...seronokle ya jawabnya sebab tak payah pergi cari dapat pulak teko pemberian seseorang.... Tak taulah orang lain, tapi aku tak pernah menolak rezeki walaupun tak dijangka....bak kata orang tua-tua dulu rezeki jangan ditolak bala jangan dicarii...walaupun teko tu mungkin tak masuk dalam impian ambik jangan tolak........
Begitulah ceritanya, akak pergi bertandang ke rumah jiran sebelah je untuk tujuan menghantar pakaian2 yang perlu dibaikpulih hehehe...zip tercabut, seluar terkoyak dan macam2lah ..jangan kata akk ni malas ya. Sebenarnya mesin ku dah tak mahu bagi service dah merajuk ..lama dah tak usik..Hantar baiki mesin..jalan duaratus lebih..pakai kejap ..kong balik...malas nak bela dah .. Almaklum dah masuk 21 tahun usianya...boleh masuk gelari antik tu... jangan tak tau lama2 pun mesin elektrik jahit bunga2 lagi.... Duduk sembang2 ASMARA jiran ku ini.. aku pandang2 juga koleksi pinggannya dalam almari semuanya yang baru2, tiba2 dia mengambil teko dalam almarinya tu dan menyerahkannya kepadaku untuk dibawa balik..
Akk tanya mengapa? Di jawabnya " sebab kak nor kan suka simpan teko...ambiklah saya dah tak nak pun, lagipun cawan2nya pun dah pecah. Dah lama sangat teko ni..." apa lagi sambil tersengih je lah sambil menadah tangan.Tapi dalam hatiku ini pun berkata-kata ..tak malu ke aku ni.issh tak boleh fikir gitu..orang ikhlas kita pun ikhlas....yang penting niat kita tu..setuju ke ngan pendapat akk ni..terpulanglah asalkan kita bahagia...kepada MA terimakasih banyak ya kerana sudi bagi akk simpan..begitu juga kepada blogger2 yang pernah barter & berusaha tolong carikan ..terimaksihlah atas keikhlasan kalian..hanya Allah yang dapat membalasnya..kalian tetap di hati ini..ok bye..bye......lap u alls

4 comments:

  1. cantik la...walaupun tak de anak..simpan2...sayang kalau buang2kan..

    ReplyDelete
  2. Wahhh...rezeki terpijak nampak...ALhamdulillah orang nak bagi kan...orang memberi kita menerima...

    ReplyDelete
  3. salam suhaila-ab...cantik ke..ye lah akk simpan utk hiasan je tu..t.ksh ke sini ..datanglah lagi

    ReplyDelete
  4. salam azzah8...ya betul tu azzah..orang memberi kita menerima...tepat sekali..bahagia jiwaraga..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails