Wednesday, 20 January 2010

Black Roses & Kuih Keria


Hari Rabu sudah 13 jam berlalu, entry hari ini mengimbau semula masa-masa lalu.. Kuih keria atau kuih gelang- kuih melayu - adalah antara kuih2 yang terawal yang kucuba buat sendiri di rumah tanpa bantuan sesiapapun. Alkisahnya naluri ingin mencuba membuat kuih keria ni kerana suka sangat makan sebab ada keledek dan gula...nikmatnya .Masa tu umurku awal belasan..selain diriku anak perempuan, ada lagi 2 adik perempuan..seorang duduk diasrama sebab sekolah Convent Seremban, jauh dari rumah dan seorang masih kecik lagi..Akak jadi teko kat rumah masa tu ....sebab emak akak ni berniaga (berkedai) dan arwah abah bekerja... Bebaslah akak nak buat benda-benda yang teringin nak masak...



Kuih keria ni nampak senang nak buat, tapi dah buat baru tau...berpeluh !! .Bab2 merebus dan melenyek keledek tak de hal, sampailah bab2 membentuk menjadi gelang seperti kat bawah ni...Paling akak keliru masa tu ialah masa memasak air gula untuk menyadur kuih gelang ni..Kat sini memang fail habiss...kuih gelangku tak menjadi seperti yang diharapkan ...gula tak mengeras..hissss .kuih gelang pertamaku lembik dan membantutkan selera nak makan ...Apalagi kucampak ke tanah sebagai jalan penyelesaiannya.... habis cite..tapi kusimpan azam mesti cuba lagi..proses belajar membuat kuih keria ni berlanjutan hingga sekarang ni...harap anakku ( seorang je perempuan) mewarisi caraku ini iaitu cuba hingga berjaya.... tau tak pe..



Bahan:


2 buku besar keledek

1 cawan tepung gandum




Keledek direbus dan dilenyek bersama tepung.



Kepal-kepalkan adunan ini dan bentukkan seperti gegelang








Panaskan minyak dengan api yang perlahan.


Setelah minyak panas, masukkan gegelang tadi dan goreng hingga cukup masak dan garing





Toskan gegelang ini sehingga kering dan sejukkan sebelum disira. Sekiranya kuih tidak digoreng garing , ia akan lembik tambah kalau kandungan tepung kurang. Kurang tepung, lebihkan keledek memang sedap tapi mesti goreng hingga garing .





1/2 cawan gula pasir


1 cawan air





masukkan dalam kuali, masakkan air gula hingga berbuih dan bersakar di kuali..






Masukkan gegelang keledek tadi dan kacau hingga rata gula tadi ..sambil tu gula mula mengeras dan menyalut gegelang keledek.









Bila gula tadi sudah mengeras dan menyalut gegelang, padamkan api dan angkat keluar


Sejukkan kuih dan hidangkan untuk minum petang..



Kuih keria nama diberi, menjadi kegemaran satu family. Tapi demi kesihatan kuih ni jarang dibuat kerana kandungan kolestrol dalam kuih keria ni tinggi juga. Bahan2nya pun dari keledek dan tepung , kemudian digoreng dalam minyak dan disira dalam air gula..Kandungan karbohaiderat yang tinggi...Kalau dah buat tu mau habis 5 dan 6 biji kumakan sorang, puas makan dan berbaloi buat. Ye lah kalau buat tak kan buat 2 biji seorang je..baik beli je..Oleh itu untuk keselamatan diri dan kesihatan boleh buat banyak2 dan hulur2lah kat jiran tetangga...di samping memahirkan diri membuat kuih tradisional sambil buat pahala . Oklah cukup sampai di sini ya....semoga kita dimurahkan rezeki. Bye.....







4 comments:

  1. salam kak nor..
    wahhhhh..nampak sedapppp..
    esok gak pi cari keledek..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nor

    Kak, masa saya kecik2 dulu saya panggil kuih ni kuih tayar. Saya suaka buat kuih ni sebab rasa keledek yg lemak manis tapi buat gula dia memang ler hancussss.....Ambil masa yg lama juga utk dpt buat gula ni menjadi setelah berkali2 mencuba. Saya memang tak kenal putus asa kalau dlm bab memasak ni.

    ReplyDelete
  3. salam yatt, beli yatt jgn tak beli...modal buat kuih ni murah je..hanya kita nak kena rajinkan..tambah sikit lagi minat pun mesti mau ada .....hehehe

    ReplyDelete
  4. salam zura, kuih tayar? hehehe best juge bunyi tu..akak pun hancuss juge bab2 sira gula ni, tapi buat sampai jadi ..ok juge..akak pun kalau buat kuih tak jadi mesti buat lagi sampai jadi..baru hati puas ..tak gitu zura ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails