salam semua
Set teko & cawan Bunga Padi
2 hari lepas badan tak berasa nak sihat..mula2 kena jangkitan selsema dengan suami , makan ubat selsema ok sikit, melarat pula ke sakit tekak..dan semalam virus semakin mengganas hingga memaksa ku telan antibiotik ... rasa nak tercabut tulang2 badan..tapi tetap pergi bertugas selagi mampu kubawa badan..di tempat kerja dah demam dan balik terus makan ubat demam ..terus lena... Skg 70% dah ok.. Itulah sekejap dan sedikit je Allah nak menguji ketahanan iman kita..Sakit macam ni pun mampu menyebabkan ibadat terganggu, kerja rumah banyak tertangguh..aktiviti luar tak boleh nak buat..belum lagi Allah nak ujiku dengan ujian yang lebih berat... semoga dijauhkanNya.....
Koleksi pinggan sibunga padi
Minggu lepas suami yang selsema, batuk dan demam..hingga nak pandang muka kita pun tak nak..makan tak de selera..kita ni fikir2lah nak masak apa supaya suami makan dan cepat sihat...tapi time kita kena sapalah yang nak masak ya...kalau kita tak sedap badan elok makan jenis kukus2 dan sup..Tapi sup2 ayam ke daging memang tolak tepi olehnya. Makanan kukus dan sup senang untuk dihadamkan dan orang yang tak sihat sistem hadamnya tak berapa nak kuat untuk proses makanan...
Pinggan mungkun - sumber IMAH
Sayur hijau - sumber vitamin menu wajibnya , tapi tak nak berminyak2....tumis sikit guna minyak , tambah air..kalau jenis sawi boleh buat sup ..banyakkan kuah..kangkung janganlah ..nanti lain pulak yang jadi..Sumber protein gunalah jenis ikan sebab mudah untuk dihadamkan berbanding daging dan ayam..kalau boleh jangan goreng , lebih baik kukus ..daging ikan tu jadi lembut dan kurang kolestrol ..Lagipun kukus ikan lebih cepat dan mudah...
Pinggan bujur - sumber SHAS
Ikan siakap antara ikan yang sesuai untuk dikukus sebab isi putih. Ikan ni kalau belaan kolam rege sangat patut..1 kilo RM13-14 je, tapi kalau tangkapan laut RM20 ke atas..tapi mana nak dapat..kalau pergi ke kuala2 laut bolehlah rembat, tapi kalau sekadar di pasar, rata2 belaan kolam..Sebab tu seekor pun kadang2 tak sampai RM10 . Time kita demam ni teringat balik masak ikan kukus ni minggu lepas..bersemangat masak untuk orang demam siap tangkap gambo lagi dalam pinggan2 lama ni ...masak ikan ni kejap je ..lepas tu masa ngap pun kejap ..laju je....seperti biasa maknya selalu dapat kepala ikan ...mak memang sentiasa berkorban....
ikan kukus
1 ekor ikan isi putih- lumur dgn garam dan minyak jagung 1 sb. Kukus separuh masak
6 biji bawang putih, cili hijau , tomato, bunga kantan - potong halus .masukkan kedalm ikan tadi luar dalam. bubuh air asam yang dicampur 1sb tepung jagung dan kukus semula 5 minit.
Angkat dan tabur bawang goreng sikit..hidangkan panas.
Ikan kukus boleh guna versi apa jua ..hanya jangan tinggalkan bawang putih..banyakkan bawang putih lagi baik untuk jantung..Almaklum jantung dah tua ni kena banyakkan makanan sihat..Kalau di tempat kak ni kukus ikan patin belaan sungai pun popular..nantilah kalau senang boleh kita kongsi bersama. Pinggan yang diguna untuk kukus tu pinggan bujur bunga padi dan terus hidang...ok kita jumpa lagi ..semoga dipanjangkan umur ...
dari mana punai melayang?
dari paya turun ke padi,
dari mana datangnya sayang?
dari mata turun ke hati....
No comments:
Post a Comment