Friday, 15 January 2010

Lempeng Abad ke 21


Pagi sabtu ni kena buat sarapan pagi ..pusing sana pusing sini nak masak berat2 sikit stok bahan licin dah, apa yang boleh nak dibuat lagi..fikir2 lempenglah jawabnya..Teringat alam kanak-kanakku, mesti ambil sarapan pagi ..pagi2 pulak tu..Arwah abah memang ambil berat pasal makan2 ni. Walaupun kami bukan keluarga senang lenang tapi bab2 makan arwah sangat ambilberat..Selalunya kalau arwah cuti, dia akan masakkan untuk anak2nya yang berderet ni dengan airtangannya sendiri. Biasanya kegemaran arwah masak mee hoon campur daging dan sawi . Satu lagi arwah suka buatkan roti canai untuk anak-anaknya yang tak pernah tak habiskan segala apa yang dimasak olehnya. Itulah kenangan indahku sewaktu kecil..segalanya boleh membuatkan hati ni sayu dan mampu membuatkan airmata ni keluar bila terkenangkan kisah silam...








Sambung bab lempeng ni, masa kecik2 dulu kalau dah tak de benda nak dimakan ..lempenglah jawabnya .Tapi lempeng pun habis kami makan adikberadik. ..tak pernah bersisa..tak macam anak2ku zaman ni..banyak songel..berpaksa2 ku suruh makan..tak nak cuba langsung tapi kalau dah cuba tu tak mau berhenti ...tau pulak sedap..Lempeng dulu selalunya kosong je, bancuh tepung dengan air garam boleh aja dimakan mengalas perut..Kalau ada kelapa bertambah sedaplah lempeng tu.. Ada juga lempeng tu dicampur gula atau pisang untuk menambah rasa..Diminum dengan air teh o atau kopi panas...semuanya menjadi begitu sedap . Itu kisah lempeng zaman dolu-dolu..

Gambar Lempeng dolu2 ni..kak pinjam dari mamavoque -Tulip Kasih

Kak suka masuk blog mamavoque ni sebab selalu entry masakan dolu2 yang susah nak dapat sekarang ni..rajin betul mama ni..walaupun sibuk sempat juga memasak untuk dikongsi bersama kita semua..teruskan mama..voque gituuuuu.....





Ini edisi lempeng abad ke21..atau anak2 lebih mengenali sebagai 'pancake'. Memang pun lebih mudah dipanggil pancake sebab dah bancuh2 masak dalam non stickpan ..manalah anak2 nak tau istilah lempeng dah tak ajar dari awal.. Pancake abad ni lebih kepada style omputih ..bubuh susu segar, telur dan butter. Kalau nak lebih gebu guna tepung naik sendiri..memang menjadi punya. Kalau nak variasi sikit , tambah je pisang macam di bawah ni..Sedang2 masak teringat kat pisang yang dibagi oleh jiranku di belakang rumah..



Masukkan sesenduk adunan ke dalam pan dan belah2 pisang susun atas adunan ..Tunggu hingga bahagian bawah pancake masak dan terbalikkan bahagian pisang ni ke bawah supaya masak rata. Sedap pulak pancake pisang ni...teringat kat lempeng pisang arwah wan selalu masak untuk kami dullu. Arwah wan masak lagi hebat dalam daun pisang lagi atas dapur kayu !








Teringat kat resepi ni..saja nak kongsi ya..kut2 teringin nak buat. Kalau tak pernah buat sekalipun, mesti menjadi punya. Sebenarnya resepi pancake ni macam2 boleh didapati.. Rasanya pancake ni pun sesuai dibawak bekal oleh anak2 ke sekolah menggantikan roti ..Taklah makan roti hari2..roti..roti..roti..anak kecik yang darjah 4 tu selalau nyanyi macam ni hehehhe.




Bahan-bahan :


2 cawan - tepung naik sendiri ( tepung kek)


1 cawan - susu segar


1 biji - telur


1 sb -butter



Cairkan butter..Masukkan telur dan susu ke dalam tepung .Gaulkan. Tambah air sehingga menjadi batter pekat. Masukkan butter cair tadi. Adunan ini perap sekejap sebelum di masak. Lebih cantik adunan tu naik nanti. Sebenarnya bahan2 ni yang asas je..kalau tak de susu segar pun tak de hal guna air sepenuhnya. Hanya kalau kita nak batter tu lebih berkhasiat dan sihat gunakan bahan-bahan tambahan ni.








Inilah lempeng2 ku pada hari ini..pagi tadi ..Yang makan ni seramai 3 orang je. Sudah tentu yang jadi juara sikecik tu..tapi dia tak sentuh langsung jem tu..Suami pun tak pandang .. Saja je nak interframe jem tu sebab nak display meakin celeste ni untuk hidangan pagi ni. Koleksi meakin ni antara koleksi yang sangat disayangi oleh tuan rumah ..Meakin ni bukan baru dengan diriku ini..Meakin adalah pinggan mangkuk orang putih zaman 40an & 50an . Meakin ni masuk sejajar dengan pengaruh penjajah tanah melayu dulu .. Cuba tengok kat blog Mukhriz tentang sejarah meakin ni. Masa belajar di sekolah menengah tahun2 70an dan kolej 80an meakin ni dah kukenali..macam2 warna yang ada .Tapi koleksi ni bukan tahan pun.Mudah retak dan sumbing.. Nak kata tahap ketahanannya bagus tak juge..banyak yang hancur berderai dah..Hanya tahap lamanya dan sukar diperolehi menyebabkan meakin ni mendapat tempat di kalangan pengumpul pinggan mangkuk lama ni..Hanya satu kalau guna pinggan jenis meakin ni pastikan dilap / toskan dengan betul2kering sebab jenis pinggan ni meresap air . Satu kemungkinan ia mudah retak seribu... Walaupun retak seribu tapi kasihku pada yang satu ni..ok bye jumpa di lain n3 ...sayang semua muahhhh....

5 comments:

  1. salam kak nor..
    cantik sekali mata memandang celeste kalau buat cenggitu..saya teringin gak snap sekali ngan masakan pada aritu..mmg xcited tgk blog kak zura..apakan daya anak2 mengacau jer..tunggu diorg besar sikit..lempeng nampak sodappp lebih2 lagi kalau komen di pagi hari..hehehe

    ReplyDelete
  2. SALAM YATT..

    yatt, rasenya kalau n3 koleksi lama ni dengan makananya sekali lebih bermakna. ..yatt boleh display makanan yang kita masak hari2 walaupun simple mimple je...hehehe..lebih memberi makna kenapa kita nak kolek benda2 camni..tentu cik abang tu suka hari2 tukar pinggan mangkuk..makanan simple pun jadi selera tul tak ....

    ReplyDelete
  3. Ahahahha..... yatt tu nak mengendeng lempeng org tulah sebenarnya. ekekekke......Apapun memang kene pd set itu utk lempeng omputih tu kak. Kdg2 saya rasa mcm main pondok2 tau bila dok tukar pinggan mangkuk nak dipadankan ngan masakan. Lebihpuas hati dan gembira sebab 2 hobby dapat digabungkan menjadi satu. Lebih happy lagi bila masakan kita sentiasa mendapat pujian daripada keluarga dan dihargai.

    ReplyDelete
  4. Ye la mama...sudahnya aktiviti harian jadi sibuk sebab nak tukar pinggan mangkuk ni lepas tu nak shoot pulak hehehe....tapi kak rasa berbaloi keje ni..Pas tu makan oleh ahli keluarga .Lauk tak sedap pun kira ok juge le sebab asyik tukar pinggan je ...Tapi memang puas hatiiii ..tak gitu mama...

    ReplyDelete
  5. wowwww..sedap la acik..makanan klasik tu..sy dtg mentakab nti blh la acik buatkan ye..hehhee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails