Tuesday 9 March 2010

Yang tidak diduga..!! cempedak jadi nangka ...

~ Salam semua ~
Mangkuk bujur ~ Tititpan Sue's Antik~
Tak pernah dijjangka akan mendapat mangkuk bujur kangkung ni..istilah sebenar mangkuk ni ku tak tahu. Memang kuniatkan pencarian koleksi bunga kangkung dah tamat..walaupun masih ada lagi yang tak ade tapi buat2 lelap mata je la ..sebab kalau nak kolek semua aduhai..tokey balak pun bungkus ! Tepuk beg tanya poket kalau nak membeli koleksi2 lama ni..Mangkuk bujur kangkung ni kudapat dengan tidak diduga..bak kata pepatah cempedak jadi nangka !. Sebenarnya ini adalah pemberian Sueantik yang semua bloggers kenal..Dalam pada akak mengintai2 cawan wildrosesnya tu (N3 sebelum ni), Sue menitipkan sekali mangkuk kangkung ni..ingatkan dia main2 je ngan akak ni ..rupanya betul2 rezeki datang bergolek ni..ibaratnya rezeki jangan ditolak , bala jangan dicari. Kepada Sue yang baik budi akak ucapkan berbanyak2 terimakasih atas pemberian Sue ni.. Sebenarnya sue, kak nak buat N3 khas untuk koleksi kangkung ni semula tapi simcard kamera kak dah jem ni..terpaksalah kak gunakan je gambar semalam yang dah rakam . Kak berbesar hati dapat mangkuk ni sebab banyak gunanya ni untuk hidangan . Dalam simpanan hanya ada mangkuk bunur peonoies yang acapkali ddigunakan. Sekarang dah ada mangkuk bujur kangkung pula,seronoknya hanya u alls je yang tahu.. Sue, kalau dekatlah boleh kak masakkan ikan pattin tempoyak untuk sue cayannggggg......moga Allah murahkan rezeki sue..Amin.
Ok lah kepada rakan2 pengumpul pinggan lama yang sentiasa memberi dorongan kuucapkan setinggi2 terimakasih dan kepada yang baru mengumpul teruskan dengan sabar kerana kadang2 mengambil masa yang lama juga untuk mendapatkan koleksi2 yang diidamkan. Dan juga jangan mudah melatah dalam menangani masalah pingganmangkuk lama ni .. Tanpa pertolongan & dorongan rakan2 alam maya ni siapalah kita..okeh kita jumpa di lain hari ..moga kita semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..jumpa lagii...byeeeeee..

9 comments:

  1. salam nor,
    Alhamdulillah...tuah badan tu..he3
    mangkuk bujur ni jugak idaman kalbu akak ni..
    susah nak dapat,apa2 pun tahniah..
    bagai pucuk dicita ulam mendatang..

    ReplyDelete
  2. salam lalinggg..
    tahniahh ye akaak..dah dapat idaman kalbu..tumpang gembira dengan kawan2 aka geng2 antik yang sentiasa pemurah..
    betul cakap akak..tanpa pertolongan rakan2 di alam maya..saya sendiri pun tak mungkin dapat lengkapkan set saya..bak kata pepatah..bersatu kita teguh..bercerai kita roboh..sama2 kita kekalkan ukhwah..moga2 atas dasar ukhwah..kita sesama geng antik boleh dapatkan manfaatnya.. ;)

    ReplyDelete
  3. Salam kak Nor


    Melihat pada mangkuk kangkung bujur ini teringat saya akan zaman kanak2 saya yg sangat happy, penuh keceriaan dan kenangan. Dulu samasa kanak2 setiap kali kalau ke rumah nenek di Punggol, Spore time makan kami akan disajikan dgn pinggan kangkung atau kekwa pink takpun rose jambatan. Bila makcik saya menghidangkan lauk dalam mangkuk bujur ini, saya selalu menolak ke kiri kanan mangkuk ini dan berteriak2...boat datang...boat datang ada ikan besar......sila beri laluan...berulang2 kali sehingga adakalanya daya dimarahi oleh ibu saudar saya dan dengan penuh kasih sayang nenek saya selalu berkata, wah mentanglah rumah nenek dkt dgn laut sampai mangkuk nenekpun awak nak buat boat. Namun semua itu hanyalah kenangan yg tak akan pernah saya lupakan dan saki baki pinggan mangkuk yg saya sebutkan sudah menjadi milik saya tetapi mangkuk bujur ini lama da tamat riwayatnya.

    ReplyDelete
  4. kak nor..
    org kata musuh jgn dicari..
    rezeki jgn ditolak..
    tapi kalau kak nor tak nakk..
    kalau nk tolak..
    tolak ke sya jer lahhh..hehehehehe

    ReplyDelete
  5. salam yaya,
    ye la kadang2 kita tak tau rezeki dtg tanpa dicari ..ada masanya kita cari2 tak dapat2 juga..betullah rezeki,ajal dan jodoh adalah ketentuanNya..mangkuk bujut kangkung ni betul2 mcm Yaya kata..pucuk dicita, ulam mendatang...apa2pun kalau tidak kerana sue yg murah hati..tak dapat jugakan..harap2 yaya akan dapat juge idaman hati ni..

    ReplyDelete
  6. salam yatt lalaingg...

    betul tu kalau kita pemurah, rezeki kita akan lebih murah walaupun tidak dapat dalam jangkamasa yg kejap..sbb tu betul kata yatt, kukuhkan ukhwah sesama kita kerana tanpa pertolongan geng2 antik akak pun tak mungkin dapat kumpul barang 2 nostalgia ni..betul tu yatt..bercerai kita roboh so jagalah talian ukhwah ni sebaik mungkin ...masalah jangan dicari..persahabatan jangan dinodai...panjang pulak ceramah edisi terlewat ni ...

    ReplyDelete
  7. salam zura..

    kekekeke ...sempat juga zura main boat dgn mangkuk bujur ni..kalau diimbau zaman silam boleh menagalir airmataku ini...zura pun beruntung kerana mempunyai kenangan 2 yg banyak kaitan dengan koleksi lama ni...sayangnya mangkuk bujur kangkung ni dah tak de ye...manalah nak cari ganti...

    ReplyDelete
  8. salam haniss,

    hehehehe...akak tolak batu dan kayu je..
    macamanalah akak nak tolak mangkuk bujur ni,tak sangka nak dapat ...sebab mangkuk bujur ni diluar target sebab dah tau susah nak dapat ni..tup2 sue bagi pulak ..aduhai camnelah nak balas kebaikannya tu...

    ReplyDelete
  9. Salam haniss
    Mohon follow blog ni. Tq cantek berkenan dgn pinggan mangkuk dolux nih. Saya baru nak berjinakx mengumpulnya. Tgh duk selongkar lemari nenek ku itewww..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails