Tuesday 24 November 2009

Panjangkan Akal Umpama Jambatan



Salam pagi semua..semoga hari ni dan hari2 berikutnya kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dalam keredaanNya.. Minggu ni mesti minggu yang sibuk..dalam menyambut ketibaan AidilAdha dan juga minggu gaji setelah hampir 2 bulan gaji terakhir yang diterima...gitulah gayenya orang makan gaji...termasuklah diri ini memang menunggu ketibaan minggu ni ..untuk menyelesaikan segala2 bil dan juga perbelanjaan harian.....Kak nak berkongsi cerita tentang hari semalam semasa pergi ke bank nak settlekan bayaran terakhir kereta yang selalu diguna oleh suamiku ke tempat kerja ( lain2 juge le )


Alkisahnya, semasa nak membuat bayaran terakhir tu, pihak bank kena telefon dulu ke ibupejabatnya untuk melihat baki terakhir, kut2 ada yg tersangkut... Selepas tu, pihak meminta kak membayar RM816 untuk bayaran terakhir....kutanya kenapa bertambah pulak biasanya bayaran bulanan kak hanya membayar RM796 saje..sebab seingatku selama 7 tahun membuat bayaran never late & tiada tertunggak...bayangkan dapat gaji je terus bagi bank dan banyak kali juge bayar lebih dari biasa.. sbb prinsipku no tangguh2...last2 kena banyak dari biasa pulak...apahal...Selepas kak komplen sikit ..pegawai bank kata "you boleh komplain ke Headoffice kalau nak" beria-ia dia menyuruhku tel...oklah kak telefon guna phone bank..bla-bla rupa-rupanya bank kata untuk fullsettlement kena servicecharge RM100... ku cakap not fairlah ..dahlah akak ni client yang cukup patuh dan diakui pulak tu berdasarkan rekod bayaran..kena pulak charge..betul2 kapitalis ni...akak cakap lembut je (tahan geram tu)..tup2 officer tu katanya ..tak pe dia buat surat bagi pihak akak, bayaran diskaun 50%..sebab akak ni client yang x de masalah..hanya dalam fikiranku ini boleh pulak bagi diskaun terus , maknanya hanya perlu bayar RM50 je la utk fullsetllement tu...so dipendekkan cite , bayar jelah ....merdekalah lepas ni dari membayar kereta bulanan...



Moral ceritanya di sini ialah kita ni perlulah memanjangkan akal kita apabila dihimpit dengan tiba-tiba seperti masalah2 camni...bukannya apa semua tu dasar pihak2 yang sentiasa mengaut keuntungan dan menangguk di air keruh...walaupun mgkn ada yg berkata bukannya banyak RM100 je...tapi sebenarnya baggiku bukan soal banyak ke sikit tapi soal prinsip la..kalau kita suka kepala kita dipijak2 tak apelah tapi kalau kita ada akal fikir2lah, panjangkanlah akal kita kenapa kita perlu bertindak...padaku lebih baik rm100 kusumbangkan kepada yang lebih memerlukan atau paling tidaknya dapat juge ku tambah koleksi pinggan mangkuk lama ku ini....


Oklah, semua ni kupaparkan untuk kongsi bersama..pada anak-anakku kiranya depa membaca jadikanlah diri kita ini insan yang mempunyai prinsip diri dan ada mulut tanya, ada akal fikir...gunakan untuk ke arah kebaikan .
Dalam pada akak nak berkongsi koleksi rose jambatan ni..asalnya dari teko dan pinggan makan kepunyaan mak akak bertambah dengan set cawan lengkap hunting kat kedai apek ...lepas tu bertambah lagi dengan piring leper order dari Angah..


Ini pula teko yang akak dapat dari barter dengan seorang rakan yang duduk dibandar yang sama...tapi perjanjian berbarter ni berlaku semasa kak duduk dalam hotel dengannya di KL dulu semasa berkursus....rupa-rupanya kawanku ini sentiasa follow blog akak dan terus jatuh cinta dgn koleksi2 lama ni ..dia ada teko ni 2 biji..seronoknya kudengar...terus berbarter aduhaiiii ku tunggu kemunculanmu Salina. Rakanku ini juga ada koleksi-koleksi yang mengancam ..cepat na..cuti2 ni bolehlah join berblog..boleh cuci mata....Selain teko ni dapat juge akak pinggan makan twinroses ..terimakasih berbanyak na.










Oklah sampai di sini, nak kena menyambung tugasku ...jumpa lagi kita ...selamat menyambut hari raya AidilAdha ...moga hidup kita dipermudahkan hendakNya...Amin.



4 comments:

  1. Salam kak Nor64,

    Benar kak, adakalanya kita perlu membuat keputusan pada waktu itu juga dan ketegasan adalah sangat penting dalam mengendalikan sesuatu hal dan masalah agar kita tidak dipijak dan langkah yg panjang bagaimana utk menyelesaikan sesuatu masalah itu sebagaimana pemandangan jambatan di set rose hitam jambatan akak tu.hehehe...... byk makna yg tersirat pd pemandangan set tukan akak sebenarnya

    ReplyDelete
  2. Slm zura, tq & akak sokong pendapat zu 100%..Bukanya apa apa kadang2 kita selalu terlupa hak kita & suka membiarkan perkara2 spt ni sbb malas, leceh & tak nak dianggap x sporting...nak sporting pun kenalah bertempat ya zu....sebab akal kena panjang mcm rose jambatan tuuuu...hehehe

    ReplyDelete
  3. patut gertak pegawai tu kata nak komplen ke bank negara....

    ReplyDelete
  4. hehehe,patut hentak pegawai tu bukannya gertak lagi...weh, beraya kat rumah je ke...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails